FB IBRAHIM MAT ISA
Saya percaya tidak semua roket yang dilepaskan oleh pejuang
adalah yang 'original'. Bahkan kebanyakkannya adalah roket 'dummy'. Ia bukan
perkara baru, pejuang pernah menggunakannya pada perang 2014 dahulu.
Mengapa strategi ini digunakan:
1. Menguji terlebih dahulu kemampuan Iron Dome Israel.
2. 'Meletihkan' Iron Dome sebelum senjata sebenar digunakan.
3. Menakutkan musuh dengan jumlah roket yang sangat banyak
dilepaskan.
4. Merugikan Israel. Harga sebuah Roket Al-Qassam lebih kurang(
kenyataan HAMAS dalam perang 2014) USD800, manakala harga sebuah Peluru
Berpandu Penangkis (Iron Dome) milik Yahudi Zionis adalah sekitar USD 50,000.
Ini bermakna dalam beberapa hari ini sahaja jika 1000 roket pejuang
dilancarkan, kos mereka hanyalah USD80000, manakala Israel perlu menghabiskan
sejumlah USD50,000000 untuk menangkisnya. Itu belum lagi harga bateri Iron Dome
yang sangat mahal!
Namun saya percaya pihak Israel tahu tentang perkara ini. Cuma
mereka tiada pilihan. Setelah roket pejuang dilepaskan, Iron Dome sudah tidak
mampu lagi memilih antara yang 'Ori' dan 'dummy'!
ISRAEL AKAN HANCUR?
Mungkin belum lagi... Ya, mereka akan mengalami kerugian
pelbagai. Tetapi petunjuk kehancuran itu masih belum kelihatan. Apatah lagi
mereka mempunyai 'payung besar' termasuk PBB dan lain-lain. Belum lagi dikira
dengan kelemahan umat Islam itu sendiri. Perjuangan bermusim dan hanya mengikut
sentimen tertentu dan bukan secara istiqamah dan menyeluruh.
Sejarah juga menunjukkan pembebasan Palestin setelah bebasnya
Bumi Syam yang lebih terfokus kepada Syria. Sebab itu jangan sesekali abaikan
isu Syria. Ia juga menjadi petunjuk pembebasan Al-Aqsa. Bukankah ia telah
dilakukan dizaman Saidina Umar dan Solahuddin Al-Ayyubi? Bukankah
wilayah-wilayah di Syria dibebaskan dahulu sebelum dapat membebaskan Al-Aqsa?
NASIHAT...
Sebagai umat Islam, kita adalah satu ummah. Persaudaraan kita
bukan hanya dengan umat Islam Palestin sahaja. Tetapi juga dengan saudara kita
di Syria, Myanmar, Afrika Tengah, Afghanistan, Iraq dan seluruh pelusuk dunia.
Persaudaraan berlatarkan aqidah. Nilai darah dan nyawa mereka adalah SAMA!
Kesakitan yang kita perlu rasa bukanlah hanya mengikut tempat
sahaja seperti sekadar di Palestin, tetapi tidak ditempat lain yang juga nyawa
dan maruah saudara kita dicalari...
Nabi Muhammad SAW juga bersabda:
عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِير قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تَرَى المُؤْمِنِينَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَتَوادِّهِمْ
وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عضْوًا تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ
جَسَدِهِ بِالسَّهَرِ والحُمَّى». رواه مسلم
Ertinya: "Dari An-Nu’man bin Basyir, ia berkata, Rasulullah
saw. bersabda, “Kamu melihat orang-orang mukmin di dalam saling berkasih
sayang, mencintai, dan bersimpatnya seperti satu tubuh. Jika (sebahagian)
anggotanya sakit, maka sebahagian tubuh lainnya akan turut (ikut merasakannya)
sehingga tidak boleh tidur dan demam.” (HR. Muslim).
Ayuh, perjuangan ini bukan bermusim. Perasaan, kesakitan dan
ingin membantu ini sepanjang masa. Sehinggalah tiada lagi ummah atau saudara
kita yang dizalimi dan menderita dimana sahaja mereka berada.
Maka perjuangan ini masih panjang...
Source: Capt (rtd) Mohd Asri bin Abdul Khalek. Pengerusi NGO
Green Project Malaysia