ADAKAH AZMIN MASIH DILINDUNGI?

 

Jamzuri Ardani


Sekali lagi pihak polis cuba nak selamatkan Azmin Ali.  Dalam kenyataan polis, disebut mereka adalah ahli keluarga dan tiada rekod pergerakan keluar masuk pada hari tersebut.


Soalannya:

1. Adakah mereka adalah ahli keluarga yang tinggal serumah? Bukankah SOP jelas menyebut hanya ahli keluarga yang tinggal serumah sahaja dibenarkan berkumpul?


2.  Apakah pergerakan keluar masuk ahli keluarga juga direkodkan? Kenyataan itu juga hanya menyebut tiada rekod pergerakan keluar masuk pada 13hb Mei sahaja. 


Bagi saya ini adalah satu bentuk manipulasi undang-undang bagi melindungi golongan pembesar. 


Selagi undang-undang dan peraturan tidak dilaksanakan secara saksama, jangan salahkan rakyat kalau masih ramai yang tidak patuhi SOP.