By
Hari Ibu baru sahaja
disambut beberapa hari yang lalu, dengan itu, Aliran ingin mengucapkan selamat Hari Ibu kepada
semua. Kami sesungguhnya sangat menghormati kepada para ibu tunggal yang
berkorban semuanya untuk anak mereka walaupun berdepan tekanan. Kasih ibu yang
sebegitu perlu kita hargai.
Seterusnya:
sambutan Hari Raya. Muslim di seluruh dunia meraikannya selepas berakhirnya
Ramadan selepas sebulan berpuasa. Aliran ingin mengucapkan selamat Hari Raya,
maaf zahir dan batin buat semua ahli, teman serta pembaca kami.
Dalam
keadaan biasa, perayaan sebeginilah waktunya untuk bersuka-ria. Namun dek
kerana pandemik Covid yang berlanjutan, yang mengepung dunia sejak awal tahun
lalu, cukup menggemparkan, di mana nyawa diancam serta menghancurkan kehidupan
ramai orang.
Keadaan
yang luar biasa sekaligus memerlukan tindakan yang luar biasa. Kes Covid yang
mencanak naik sekaligus mengakibatkan sekatan pergerakan sepenuhnya di Malaysia
bermula 12 Mei. Ketua pengarah kesihatan juga merayu kepada seluruh warga
Malaysia, terutamanya yang meraikan hari Raya, untuk mengelak dari berhimpun
secara beramai-ramai, yang boleh mengakibatkan ‘penularan besar-besaran’.
Nasihat yang baik – namun adakah ianya akan dituruti?
Pengenalan
program imunisasi Covid peringkat kebangsaan bermula dengan baik, namun sumber
tetap menjadi isu. Khairy Jamaluddin, menteri yang bertanggungjawab, kesal
bagaimana syarikat farmaseutikal mengutamakan negara yang lebih kaya bagi
pengagihan vaksin.
Menteri
Kesihatan Dr Adham Baba menyatakan bahawa sehingga kini 7.6 juta warga Malaysia
sudah pun berdaftar bagi mendapatkan vaksinasi, namun hanya 670,000 orang yang
divaksinasi sepenuhnya sehingga akhir April.
Risiko
dijangkita masih tinggi, jadi ayuh bersama-sama mengingatkan antara satu sama
lain untuk berjaga-jaga dengan mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup
muka serta membasuh tangan dengan kerap.
Support
the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly
newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Schedule an auto donation to Aliran every month or every
quarter
Segelintir netizen mula mengkritik cara pihak berkuasa menguruskan pandemik sejak kebelakangan ini. Kes pilih kasih sungguh tidak membantu, saatnya para pegawai nampaknya bebas melanggar peraturan manakala rakyat biasa dikenakan denda yang tinggi.
Kehidupan
perlu diteruskan, sekaligus kita memahami mengapa keputusan dicapai bagi
membenarkan bazar Ramadan untuk dibuka. Namun, pihak berkuasa sepatutnya
memikirkan lebih lanjut kaedah bagi mengawal orang ramai dalam memastikan
penjarakan sosial. Sebaliknya, kerajaan tampaknya lebih fokus berpolitik
berbanding mengurangkan ancaman Covid kepada kehidupan komuniti yang bersusah
payah.
Ramai
percaya yang pengisytiharan darurat hanyalah bertujuan untuk mengelakkan
Parlimen dari bersidang kerana kerajaan Perikatan Nasional sekarang hanya
mempunyai majoriti yang goyah. Secara rasminya, darurat dikenakan untuk melawan
pandemik, namun kes Covid yang mencanak naik mengakibatkan tujuan itu dapat
dipersoalkan secara serius.
Untuk
‘menakut-nakutkan’ mereka yang mengkritik darurat ini, presiden Pas Hadi Awang,
yang merupakan pendukung regim sekarang, menggunakan logik yang pelik serta
memeningkan bagi merujuk kepada mereka yang menolak darurat sebagai lebih teruk dari
pengebom berani mati.
Berbanding
memberikan alasan yang buruk bagi menjustifikasi darurat, lebih baik kerajaan
membantu mereka yang dari kelompok pendapatan rendah ini yang berhadapan dengan
masalah kewangan akibat pandemik ini.
Seperti
yang dinyatakan oleh pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) baru-baru ini,
semua orang cuba untuk hidup melangkaui gelora Covid, namun kita perlu ingat
bahawa kita semua ‘belayar’ di dalam kapal yang berlainan. Mereka yang di dalam
kapal yang lebih kukuh seperti kapal layar besar atau kapal pesiaran barangkali
tidak terkesan dengan gelora ini. Namun ianya kisah yang berlainan bagi mereka
yang berada di dalam sampan yang goyah bergantung pada pendayung mereka untuk
mara ke hadapan.
Langkah
kerajaan bagi membantu pelbagai kelompok warga nampaknya hanya bertujuan bagi
memastikan sokongan pada masa hadapan berbanding kepada keperluan penerima
bantuan. Misalnnya, pegawai kerajaan, di mana gaji mereka tidak terkesan dengan
pandemic, juga mendapat bantuan kerajaan.
READ MORE: Yang di-Pertua wajib
jadualkan undi percaya bagi sidang Parlimen ini
Namun
bagaimana pula dengan mereka yang pendapatan mereka terkesan akibat pandemik,
mereka yang kehilangan kerja, mereka yang mendapat gaji harian, peneroka
bandar, Orang Asli serta penghuni estet? Mereka mungkin tidak mendapat (atau
mendapat secukupnya) bagi memastikan mereka untuk terus hidup.
Walaubagaimanapun,
untuk menjangkakan kerajaan ini untuk kisah kepada komuniti rentan ini
seakan-akan sebuah khalayan. Kita melihat bagaimana mereka yang di puncak kuasa
hanya memikirkan bagaimana caranya untuk memastikan ‘bank undi’ dapat
dilindungi, dengan harapan agar mereka dapat terus berkuasa selepas pilihan
raya seterusnya.
Pemerintahan
ini tampaknya benar-benar kurang cekap dalam soal pentadbiran yang baik.
Kementerian dalam negeri di dalam sebuah perbualan telefon pula sedang mengulas
pilihan ketua polis negara yang baru serta ketua polis di beberapa negeri yang
lain. Menteri itu kemudiannya memperakui bahawa perbualan itu asli dan
mengatakan bahawa ianya sesuatu yang sah untuk diperkatakan serta di dalam
bidang kuasanya. Beliau mempercayai bahawa, sebagai pengerusi Suruhanjaya
Pasukan Polis, pilihan itu perlu sepenuhnya mengikut kehendaknya.
Di Aliran, kami
mempunyai pandangan yang berbeza: patut tidak wujud campur tangan
politik di dalam hal ehwal anggota polis.
Mereka
yang berada di tampuk kuasa sepatutnya patuh kepada prinsip pengasingan kuasa.
Mereka perlu memperakui peranan mandiri ketiga-tiga cabang kerajaan: eksekutif,
legislatif serta badan kehakiman.
Namun,
dengan pengisytiharan darurat, cabang legislatif terus disenyapkan. Wakil yang
dilantik tidak berupaya untuk bercakap bagi kawasan mereka secara efektif.
Walaupun semua wakil ini terus menerima gaji, namun mereka tidak dapat
menjalankan tugas legislatif secara efektif. Akibat penggantungan Parlimen
serta dewan undang negeri, anggotanya hanya dapat melakukan hanya sedikit
reformasi politik serta undang-undang.
Keadaan
ini mengakibatkan tumpuan kuasa yang terlalu banyak oleh cabang eksekutif
kerajaan, sekaligus berisiko tinggi bagi salah guna kuasa.
READ MORE: Vaksin Covid: Biar
cermat asal selamat!
Dalam
perkara lain, warga yang sensitif terhadap isu gender meraikan keberanian
pelajar, Ain Husniza, yang tegas menegur seorang guru pendidikan jasmani yang
membuat gurauan di dalam kelas berkenaan isu rogol.
Malangnya,
mereka yang berada di puncak kuasa tidak melakukan apa pun terhadap apa yang
dibimbangkan Ain. Sebaliknya, ada laporan berita yang menyatakan bahawa wujud
rancangan dari sekolah untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Ain kerana
tidak hadir ke sekolah beberapa hari. Ain tidak ke sekolah kerana beliau risau
akan keselamatannya di sana.
Gerakan
Akademik Malaysia (Gerak) pula mendesak agar pihak
penguasa untuk tidak memangsakan Ain kerana berani menyuarakan
fikirannya. Sebenarnya, Ain sudah pun mempunyai jasa yang besar atas
keberaniannya mendedahkan budaya rogol yang menyelubungi masyarakat kita.
Sokong Ain, dan jangan jadikan beliau mangsa.
Bekas
menteri pendidikan Maszlee Malek sudah mencabar Menteri Pendidikan Radzi Jidin
agar bersuara di dalam hal ini atau letak jawatan. Maszlee bahkan mengutarakan
memorandum yang ditulisnya ketika menjadi menteri di mana beliau “memperincikan
niatnya untuk memperkukuhkan undang-undang bagi melindungi kanak-kanak”.
Ada
beberapa pihak pula bimbang jika pemerintahan sekarang cuba untuk melanjutkan
keadaan darurat hingga selepas Ogos, dengan menggunakan pandemik yang memburuk
sebagai alasan. Terdapat banyak usul serta contoh yang sudah pun dinyatakan
dari pelbagai negara yang menunjukkan bahawa persidangan Parlimen dapat
diteruskan di dalam keadaan pandemik sekarang.
Oleh
itu, pihak kerajaan perlu secepat mungkin memanggil sidang Parlimen. Ia patut
menggunakan kuasanya bagi menjunjung nilai tadbir yang baik bertunjangkan
integriti, ketelusan serta kebertanggungjawapan.
Henry
Loh
Editor bersama, Surat berita Aliran
10 Mei 2021
Terjemahan oleh Zikri Rahman