MASALAH HUTANG, MAHIADDIN USAH TERUS MEMALUKAN DIRI SENDIRI – ANWAR

 


Adalah sesuatu yang membimbangkan tatkala membaca unjuran positif yang dibuat Bank Negara terkait tinjauan fiskal tahun mendatang dalam keadaan kita akhiri tahun 2020 dengan nisbah pendapatan isi rumah kepada KDNK pada tahap yang sangat tinggi.

Angka terkini adalah sebanyak 93.3%.

Angka lama iaitu sebanyak 87.5% yang ditetapkan pada bulan Jun 2020 yang lalu juga sudah keterlaluan tinggi dan berada di tahap yang cukup memprihatinkan.

Sebilangan besar hutang ini adalah hutang pinjaman perumahan dan kenderaan, dan ini adalah kesan langsung dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan. Hutang kad kredit juga mencanak naik dan berada di tahap yang merungsingkan.


Rakyat tidak ada banyak pilihan dalam mendepani masalah ini, dan situasi ini akan mengheret mereka untuk membuat pinjaman baharu, lantas meletakkan mereka dalam beban hutang yang berpanjangan.

IMF menyarankan untuk kita rencanakan dasar dan kebijakan baru bagi menangani masalah kesenjangan kerana kita tahu beban kewangan saat ini memberi dampak yang cukup parah pada warga yang miskin dan tersisih.

Masalah hutang ini sekiranya tidak ditangani dengan baik, ia akan tambah melambatkan fasa pemulihan ekonomi pada tahun ini. Malah, untuk beberapa tahun akan datang juga sekiranya kerajaan yang ada pada hari ini tidak berbuat apa-apa.

Perdana Menteri mesti segera mengarahkan tim ekonominya untuk fikirkan strategi yang baru dalam meringankan beban rakyat saat ini, melebihi kepentingan kroni dan para cukong.

Secara tradisinya, dalam sistem demokrasi kita, pemimpin yang tidak ada keyakinan dan mandat dari rakyat akan segera meletakkan jawatan dari terus memalukan diri sendiri.

ANWAR IBRAHIM

5 April 2021.



GUAN ENG BIDAS ATOK 95

 

DAP menolak pencirian oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa DAP adalah ekstremis sebagai salah, tidak berasas dan tersasar.

Mahathir salah kerana sejarah dan fakta telah membuktikan bahawa DAP ialah sebuah parti pelbagai kaum yang berusaha untuk mewakili semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Berbeza dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap dirinya sebagai Melayu dahulu, DAP menganggap diri kami sebagai rakyat Malaysia dahulu.

Dakwaan Mahathir bahawa DAP adalah ekstremis adalah tidak berasas ketika DAP berkhidmat dan membantu rakyat semua kaum dan agama, sama ada semasa menjadi kerajaan mahupun pembangkang.

DAP tidak pernah mendiskriminasi ataupun mengambil pendirian yang memudaratkan hak serta kepentingan rakyat Malaysia sama ada Melayu mahupun bukan Melayu, Muslim mahupun bukan Muslim.

Malah, pemimpin-pemimpin DAP sanggup dan telah pernah dipenjarakan demi mempertahan hak orang Melayu dan orang bukan Melayu.

Mahathir tersasar apabila beliau gagal melihat DAP sebagai inklusif dan mempunyai wakil rakyat daripada semua kumpulan etnik utama termasuk Melayu, dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Tambahan pula, DAP tidak pernah bercanggah dan sentiasa mendukung Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, yang rasis dan ekstremis ialah parti-parti komponen PN atau BN yang hanya mewakili satu kumpulan kaum atau agama sahaja.

Mujur, semakin ramai rakyat Malaysia yang kagum dengan pencapaian DAP dan tidak percaya kepada diayah bahawa DAP adalah ekstremis, apabila DAP mampu memenangi lebih banyak kerusi yang mempunyai lebih ramai pengundi Melayu berbanding bukan Melayu.

Bantuan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim baru-baru ini kepada seorang ibu tunggal berbangsa Melayu yang mempunyai 10 orang anak dan tiada tempat tinggal merupakan jawapan terbaik kepada mereka yang telah melabelkan dengan palsu bahawa DAP adalah ekstremis.

LIM GUAN ENG

Setiausaha Agung DAP

5 April 2021.




KEADILAN tuntut RM10 juta dari Dr Xavier Jayakumar

 




KEADILAN akan mengemukakan tuntutan sebanyak RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar setelah beliau bertindak keluar daripada parti itu bulan lalu.

Bendahari KEADILAN, Lee Chean Chung berkata surat tersebut akan diserahkan oleh peguam parti itu kepada Xavier dan bekas naib presiden KEADILAN itu diberi masa tujuh hari untuk membayarnya.

"Sesiapa yang membuat keputusan untuk meninggalkan parti mereka perlu menerima akibat, mereka seharusnya membayar RM10 juta seperti dipersetujui,” katanya.

Chean Chung berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Indera Mahkota 2020 semalam.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau selaku Ketua Cabang Indera Mahkota berkata sebanyak dua usul telah dikemukakan iaitu menolak sebarang kerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengusulkan bahawa calon Ahli Parlimen Indera Mahkota harus dilantik daripada penduduk tempatan.

Kerusi Indera Mahkota merupakan salah satu kerusi tradisi KEADILAN, terutamanya apabila Azan Ismail memenanginya pada Pilihan Raya Umum 2008 dan terus dipertahankan oleh Fauzi Abdul Rahman pada 2013.

Ketika ini, kerusi itu disandang oleh Datuk Saifuddin Abdullah yang menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas lambang KEADILAN sebelum terlibat dengan gerakan Langkah Sheraton sehingga menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Mac tahun lalu.

 

Saifuddin Abdullah dilabel lepasan sarjana lompat parti

 


Saifuddin Abdullah dilabel lepasan sarjana lompat parti


Seorang veteran Umno hari ini secara sinis melabelkan pemimpin Bersatu, Saifuddin Abdullah, sebagai “pakar lompat parti” yang gagal menelaah kedudukan Umno dalam BN yang dianggap dominan dalam gabungan itu.

Dalam nada menyindir Shahrir Samad menganggap menteri komunikasi dan multimedia itu memang pakar mengenai BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Kalau ikut tahap kelulusan akademik, dia dah sarjana dalam bidang lompat parti.

“Mula-mula (menjadi ahli parlimen) Umno-BN, kemudian PKR-PH, seterusnya PPBM (Bersatu) PN.

“Satu (kali) lagi lompat, dah bolehh dapat PhD,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Untuk rekod Saifuddin bermula sebagai ahli parlimen BN dan pernah dilantik menjadi timbalan menteri pengajian tinggi sebelum melompat menyertai PKR.

Dalam parti barunya itu dia diberi peranan besar termasuk suatu ketika mengetuai sekretariat PH selain dilantik menjadi menteri luar selepas PRU ke-14 lalu.

Ahli parlimen Indera Mahkota itu bagaimanapun menyertai kumpulan Azmin Ali untuk berpaling tadah meninggalkan PKR dan membawa kepada jatuhnya kerajaan PH di sebalik mandat yang diterima daripada pengundi pada 2018.

Teliti perlembagaan sebelum cakap

Saifuddin kemudian bersama bekas ahli parlimen PKR yang lain menyertai Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin. Dia kini turut dilantik menjadi pengerusi PN Pahang.

Pada 3 April lalu, Saifuddin mendakwa PN sedang membangunkan gabungan besar parti-parti politik yang menyatukan rakyat dengan adil, saksama, inklusif dan harmoni dalam acuan politik baru negara.

Katanya PN belajar daripada kelemahan BN dan PH bahawa keputusan gabungan dibuat berasaskan perundingan dan bukan dominasi satu parti.

“Dalam BN, Umno parti dominan. Jawatan utama BN – pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha agung, bendahari, ketua wanita, ketua pemuda, ketua penerangan – semuanya dipegang Umno.

“Dalam PN, ia dikongsi sesama parti komponen,” katanya.

Menurut Shahrir, Saifuddin sebenarnya masih melakukan kesilapan apabila menganggap Umno sebagai dominan.

Kata bekas menteri berkenaan walaupun jawatan ketua dalam BN dipegang Umno namun semua keputusan dibuat atas persetujuan sebulat suara atau secara konsesus kecuali dalam isu disiplin dan isu undang-undang.

“Jadi kalau dah ijazah sarjana pun dalam amalan lompat parti, kenalah juga teliti perlembagaan BN sebelum bercakap,” katanya. 





'Kalahkan pengkhianat di mana sahaja mereka bertanding' - Dr Razali Nawawi

 



POSTED BY AMIR WRLR


Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang mungkin diadakan pada suku ketiga tahun ini mantan Presiden ABIM, Prof Dr Razali Nawawi mengingatkan rakyat Malaysia agar bersatu hati mengalahkan pengkhianat dalam rejim Perikatan Nasional, di mana pun mereka akan bertanding.

Katanya, para pengkhianat adalah punca kepada masalah poltik yang berlarutan di negara ini dan tidak boleh diberi peluang untuk memerintah sekali lagi selepas PRU 15.

"Rakyat jelata saya yakin kenal semua pengkhianat-pengkhianat. Dulu mereka pengkhianati Pakatan Harapan (PH), sekarang mereka berusaha mengkhianati Umno pula.

"Juga mereka sedang berusaha mengkhianati harapan golongan 18 tahun. Orang berumur 18 ghairah menunggu hari mengundi. Apa pengkhianat ini buat? Mereka meyakinkan pihak tertentu jangan mendaftar golongan 18 tahun supaya mereka tidak mengundi.

"Jadi pengkhianatan demi pengkhianatan. Saya yakin pengundi khususnya dan rakyat Malaysia umumnya cerdik menilai siapa pengkhianat-pengkhianat. Jangan mengundi pengkhianat.

"Pengkhianat ini akan bertanding. Mereka akan menjadi seperti sesumpah boleh berubah warna. Pergi ke kawasan lain. Kalau tak biasa pakai kopiah, pakai kopiah. Berubah warna. Jangan tertipu oleh pengkhianat. Sekarang giliran kita untuk melanyak para pengkhianat habis-habisan di mana sahaja mereka pergi.

"Mereka bertanding di ulu langit, lanyak mereka. Mereka bertanding di Gunung Himalaya lanyak mereka. Jangan bagi peluang," katanya dalam forum anjuran Gabungan Reformis Malaysia bertajuk "Reformasi: Antara Pengkhianatan dan Harapan", baru-baru ini.

Menurut Ustaz Razali lagi, rakyat perlu membuat perbandingan secara akademik antara 22 bulan pemerintahan PH berbanding setahun pemerintahan PN dan jangan bersikap semberono memilih parti dalam PRU.

"Kita telah melihat kejayaan PH selama 20 bulan. Sekarang pula melihat pemerintahan rejim politik korup selama setahun. Apa perubahan yang dibuat oleh rejim politik korup sekarang ini? Jadi boleh nilai secara akademik antarta PH dan PN.

"Beri penilaian yang betul dalam PRU akan datang ini. Tarik kuasa dan beri kepada politik yang mempunyai maruah. Itu saya rasa harapan munasabah. Rakyat Malaysia mesti sama-sama berusaha keluar dari bencana malapetaka politik yang sedang melanda negara sekarang ini," katanya lagi.

Dr Razali Nawawi merupakan Presiden kedua ABIM dan teman rapat Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lama.

 

Tidak mahu dipenjara, Najib bagi 307 alasan di mahkamah

 


Tidak mahu dipenjara, Najib bagi 307 alasan di mahkamah


Mahkamah Rayuan pada Isnin mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara ke atas beliau berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta tepat jam 9 pagi Isnin.

Bagaimanapun prosiding tertangguh seketika dan hanya bermula 40 minit kemudian.

Prosiding kali ini bagi mendengar rayuan bekas Perdana Menteri itu untuk mengetepikan sabitannya terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan melibatkan wang milik SRC.

Mahkamah sebelum ini menetapkan prosiding berjalan selama empat hari bermula Isnin hingga Khamis, iaitu pada 5 hingga 8; 12 hingga 15 dan 19 hingga 22 April.

Seawal jam 8 pagi, seramai 21 petugas media tempatan dan antarabangsa termasuk jurukamera memenuhi pekarangan Mahkamah Istana Kehakiman di sini.

Bagaimanapun hanya wartawan yang membuat pendaftaran menggunakan kad penerangan media dibenarkan mengikuti prosiding menerusi tayangan videolink di bilik persidangan sehingga jam 4.30 petang.

Panel hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera; pasukan pendakwaan serta pembelaan, Najib mengikuti prosiding di Mahkamah Rayuan 3.

Najib sebelum ini mengemukakan 307 alasan dalam petisyen rayuannya, mengapa beliau perlu dibebaskan daripada pertuduhan terbabit; antaranya ialah beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil dan saksama.

Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhi Najib hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, pecah amanah dan pengubahan wang haram, serta 12 tahun penjara dan denda RM210 juta atau lima tahun penjara bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun beliau hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun berikutan hakim memerintahkan kesemua hukuman tersebut berjalan serentak.

Najib, 67, pada masa ini bebas dengan ikat jamin RM2 juta serta dua penjamin sementara menunggu kes rayuan itu selesai.








Kadar hutang isi rumah tinggi, mengapa Bank Negara masih membuat unjuran positif?

 





posted by AMIR WRLR


Unjuran positif tinjauan fiskal Bank Negara Malaysia dan nisbah pendapatan isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahap yang sangat tinggi baru-baru ini merupakan sesuatu yang kontradik dalam ekonomi negara.

Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh lagi menyembunyikan masalah ekonomi dan membiarkan rakyat melakukan pinjaman demi pinjaman untuk menampung kehidupan.

"Adalah sesuatu yang membimbangkan tatkala membaca unjuran positif yang dibuat Bank Negara terkait tinjauan fiskal tahun mendatang dalam keadaan kita akhiri tahun 2020 dengan nisbah pendapatan isi rumah kepada KDNK sebanyak 93.3%.

"Angka lama sebanyak 87.5% yang ditetapkan pada bulan Jun 2020 juga sudah keterlaluan tinggi dan berada di tahap yang cukup memprihatinkan.

"Sebilangan besar hutang ini merupakan hutang pinjaman perumahan dan kenderaan, dan ini adalah kesan langsung dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan. Hutang kad kredit juga mencanak naik dan berada di tahap yang merungsingkan.

"Rakyat tidak ada banyak pilihan dalam mendepani masalah ini selain akan mengheret mereka membuat pinjaman baharu, lantas meletakkan mereka dalam beban hutang yang berpanjangan," kata Anwar dalam satu kenyataan.

Menurut Presiden KEADILAN itu lagi, kerajaan PN seharusnya melaksanakan beberapa syor badan ekonomi dunia seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menyarankan Malaysia bergerak ke arah kebijakan baharu untuk menangani masalah kesenjangan kerana beban kewangan saat ini memberi dampak yang cukup parah kepada warga miskin dan tersisih.

Katanya, pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu memanggil pakar-pakar ekonomi bagi memikirkan strategi meringankan beban kewangan rakyat sebelum terlambat.

"Masalah hutang ini sekiranya tidak ditangani dengan baik akan tambah melambatkan fasa pemulihan ekonomi pada tahun ini. Malah, untuk beberapa tahun akan datang juga, sekiranya kerajaan yang ada pada hari ini tidak berbuat apa-apa.

"Perdana Menteri mesti segera mengarahkan tim ekonominya untuk fikirkan strategi yang baharu dalam meringankan beban rakyat, melebihi kepentingan para kroni dan cukong," katanya lagi.

Di samping itu, Anwar mengingatkan secara tradisi dalam sistem demokrasi Malaysia, pemimpin yang tidak ada keyakinan dan mandat dari rakyat akan segera meletakkan jawatan.

Katanya, pemimpin berwibawa tidak akan terus berada dipuncak kuasa dengan memalukan diri memikul pelbagai kelemahan.

 

Kerajaan PN ubah kos ECRL kepada RM50 bilion

 


Kerajaan PN ubah kos ECRL kepada RM50 bilion


Kementerian Pengangkutan mengumumkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan ditambah baik dan dijajarkan semula ke laluan asalnya, iaitu Jajaran Utara dengan kos anggaran pembinaan sebanyak RM50 bilion.

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, jajaran baharu dikenali sebagai ECRL 3.0 itu dilaksanakan selepas mengambil kira hasil perbincangan dan permuafakatan dengan pihak berkepentingan yang terbabit dengan projek ECRL.

“Antaranya kerajaan negeri, agensi kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pemain industri.

“Kementerian Pengangkutan telah membuat keputusan untuk mengubah semula jajaran Seksyen C ECRL ke jajaran asal yang dicadangkan pada 2016-2017,” katanya pada sidang media di Kementerian Pengangkutan mengenai perkembangan projek ECRL.

Wee berkata, jajaran asal Seksyen C itu, yang juga dikenali sebagai Jajaran Utara, akan membabitkan laluan ECRL dari Mentakab ke Pelabuhan Klang melalui Bentong, Gombak dan Serendah menggantikan Jajaran Selatan yang melalui Negeri Sembilan.

Katanya, Kementerian Pengangkutan sebagai pihak dipertanggungjawabkan bagi menyelia pelaksanaan projek ECRL, mendapati Jajaran Utara akan meningkatkan kebolehmampuan projek ECRL dan seterusnya memberi lebih manfaat kepada ekonomi, alam sekitar, dan sosial.

“Jajaran Seksyen C ECRL 3.0 dianggarkan merangkumi 201km termasuk 32.4km jajaran sisihan berbanding jajaran sebelum ini 185.5km (termasuk 41.5km jajaran sisihan).

“Ini menjadikan keseluruhan jajaran dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang dengan perubahan terkini adalah sepanjang 665km.

“Jajaran Utara ini akan melibatkan pembinaan tujuh stesen dalam jangka masa panjang dengan lima stesen yang akan dibina pada peringkat awal iaitu stesen Temerloh, Bentong, ITT Gombak, Serendah Baru dan Jalan Kastam (Pelabuban Klang).

“Manakala dua stesen iaitu Puncak Alam dan Kapar di Selangor telah pun ditetapkan sebagai stesen perancangan masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata, mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan jajaran itu pada 2 Sept tahun lalu.




Hampir 90 peratus nama calon PRU-15 telah dikemukakan - Saifuddin

 


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa partinya telah menerima hampir 90% nama calon yang layak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, kebanyakan negeri dan cabang parti telah menyerahkan nama-nama tersebut kepada jawatankuasa pusat.

"Bagaimanapun, calon belum disenarai pendek," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan KEADILAN Cabang Tambun semalam.

Ketika ditanya mengenai pengagihan kerusi, Saifuddin berkata rundingan masih belum dimulakan dengan rakan komponen Pakatan Harapan (PH), namun memberi bayangan ia kemungkinan akan bermula dalam masa terdekat.

"Majlis Presiden PH bermesyuarat dua kali sebulan untuk membincangkan isu-isu mendesak, termasuk pada PRU-15," tambahnya.

Berhubung kerjasama dengan parti pembangkang lain seperti parti Muda dibawah teraju Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Saifuddin berkata KEADILAN sentiasa bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak, selagi prinsip KEADILAN terus diperjuangkan.

"Sentiasa ada ruang untuk meneroka kerjasama politik," katanya.

 


KALAU HANCUR MUSNAH...JAWATAN PUNG MELAYANG...KAH..KAH...RUU 355 MANA...WOII HUDUD..HUDUD MANA?

 


Khairuddin dakwa ada golongan yang harapkan MN hancur

Khairuddin dakwa ada golongan yang harapkan MN hancur

Perpaduan ummah Muafakat Nasional (MN) sukar dicapai kerana terdapat golongan yang mengharapkan kesatuan itu hancur demi kepentingan peribadi.

Pengarah Strategi Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, agenda MN menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana golongan yang menolak Islam seperti ditunjukkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika mentadbir negara bersama Pakatan Harapan (PH).

“Kesatuan umat ini tidak mudah. Ramai yang sedang mendoakan kejayaan kesatuan ini sepertimana adanya golongan yang mengharapkan kehancuran perpaduan ini kerana kepentingan peribadi sendiri.

“Justeru, slogan ‘No DAP, No PKR’ sentiasa dilaungkan dan dijadikan asas persefahaman.

“Malah, Pas keluar daripada Pakatan Rakyat pada tahun 2015 juga atas asas menolak agenda DAP dan PKR yang dilihat songsang tidak menguntungkan Islam,” katanya melalui siaran Facebook beliau pada Sabtu.

Mohd Khairuddin yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berkata, MN ditubuhkan untuk menyatukan persaudaraan dan kuasa politik umat Islam.

“Ia melangkaui kepentingan parti masing-masing. Ia tidak bertujuan menjadikan mana-mana parti mendominasi satu sama lain.

“Ia semata-mata untuk memperkasakan umat Islam yang menjadi majoriti rakyat Malaysia, sekali gus memberi jaminan keselamatan dan kebajikan untuk rakyat minoriti,” ujarnya.

Tambah beliau, penyatuan dalam kalangan pemimpin amat penting dan menjadi asas kestabilan kerajaan.

“Kerajaan perlu dilihat sentiasa memperjuangkan isu dan kepentingan rakyat. Kritikan yang dibuat mestilah dengan hasrat ke arah memperkasakan kerajaan bersama.

“Tidak wajar isyarat yang salah disampaikan kepada rakyat yang sedang berhadapan dengan isu kesusahan ekonomi dan pengangguran akibat pandemik covid-19,” jelas beliau.

Pada Jumaat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, Pas menolak sebarang agenda peribadi yang hanya untuk menyelamatkan pemimpin serta anggotanya berbanding menyelesaikan masalah negara serta rakyat.

Abdul Hadi berkata, parti tersebut juga menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal MN





Kantoi! Saifuddin dedah taktik Muhyiddin, jangan terjerat dan berhati-hati

 

Kantoi! Saifuddin dedah taktik Muhyiddin, jangan terjerat dan berhati-hati


Semua parti di dalam Perikatan Nasional (PN) mahupun yang berhasrat menyertai gabungan itu dinasihat supaya berhati-hati dengan helah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR pernah berdepan pemimpin utama Bersatu itu yang mahu menjadi dominan di dalam Pakatan Harapan (PH) dengan meminta 80 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya, alasan yang dikemukakan pada waktu itu ialah Bersatu sebagai parti mewakili orang Melayu mesti dilihat mempunyai kelebihan kerusi untuk menarik pengundi berbangsa Melayu.

“Semalam (Sabtu), dia (Muhyiddin) berucap dalam Perhimpunan Agung MIC, dia kata PN ini adalah satu gabungan yang tidak ada dominasi satu parti atau satu kaum. Watak yang saya kenali, rakan dan pengalaman masa dalam PH dia mahu kerusi lebih kepada Bersatu.

“Jadi saya nasihatkan komponen ataupun penyokong dalam PN harus berhati-hati baik Gerakan, baik MIC, baik PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) yang sekarang menyokong dia, mereka harus melihat bahawa watak Presiden Bersatu ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Tambun di sebuah hotel di sini pada Ahad.

Pada 3 April lalu, Muhyiddin ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-74 menyatakan bahawa MIC boleh melakukan sumbangan besar kepada situasi semasa dengan mengutamakan politik perpaduan demi kebajikan rakyat, bukan politik pecah belah untuk kepentingan sempit.

Sementara itu, Saifuddin berkata, PKR masih terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam berdepan dengan PRU15.

Menurutnya, sejarah parti itu membuktikan bahawa mereka tidak berseorangan dalam menghadapi pilihan raya umum sejak tahun 1999.

“Sejarah PKR dalam menempuh pilihan raya, rekod kita menunjukkan kesediaan kita untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak asal sahaja perkara yang menjadi prinsip dalam parti iaitu Islam agama Persekutuan dan kebebasan beragama, institusi raja-raja Melayu diiktiraf sebagai sebahagian daripada sistem demokrasi negara kita ada peranan dan fungsi dia yang ketiga adalah tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah, Sarawak serta bahasa Melayu bahasa rasmi dipersetujui.

“Prinsip kita juga membanteras rasuah, berusaha mewujudkan tatakelola pemerintahan, itu prinsip-prinsip kita. Kalau ada gabungan selain daripada PH yang menerima prinsip ini kami nyatakan bahawa PKR bersikap terbuka untuk meneroka potensi kerjasama dengan mana-mana pihak tanpa menamakan pihak yang berminat,” katanya. 





PH 'JAHANAM' KALI KEDUA JIKA TERUS KERJASAMA DENGAN TUN M…



Faiz Zainudin


Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim Otai Reformis berkata, PH melakukan kesilapan besar dengan memberi kepercayaan kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ke-7 kerana banyak janji yang tidak ditunaikan.


PETALING JAYA: Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim menyokong penuh pendirian terbaharu ketua pembangkang itu untuk memfokus kepada pilihan raya umum akan datang berbanding rancangan mengambil alih pentadbiran negara dengan sokongan Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang.


Bendahari Otai Reformis, Ronnie Liu berkata, langkah itu sewajarnya menjadi tumpuan ketua pembangkang bagi memperkuat Pakatan Harapan (PH) memandangkan pilihan raya umum ke-15 boleh diadakan pada bila-bila masa.


“Adalah wajar PH memberi fokus kepada kerja persiapan PRU-15 yang mungkin berlaku pada bila bila masa,” katanya kepada FMT.


Beliau juga memberi “peringatan” kepada PH supaya tidak bekerjasama dengan kumpulan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bagi mengelak gabungan pembangkang itu “jahanam” kali kedua setelah hilang kuasa selepas 22 bulan memerintah.


“PH tidak boleh bergabung sekali lagi dengan Dr Mahathir yang telah kehilangan kredibiliti sebagai seorang pemimpin politik. Jika tidak, PH akan dijahanamkan sekali lagi,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek di Selangor mewakili DAP.


Seorang lagi penyokong tegar Anwar, Abdul Razak Ismail senada dengan Ronnie dengan berkata, sebarang bentuk kerjasama dengan Mahathir perlu dielak, selain menambah bahawa PH melakukan kesilapan besar dengan memberi kepercayaan kepada Ahli Parlimen Langkawi itu sebagai perdana menteri ke-7 kerana banyak janji yang tidak dapat ditunaikan.


“Sebenarnya PKR-PH melakukan ‘kesalahan besar’ apabila bersetuju Dr Mahathir menyertai PH dan seterusnya mengangkat beliau sebagai perdana menteri ke-7 tempoh hari.


“Bukan saja PH gagal menunaikan janji manifestonya seperti menghapuskan PTPTN, kamera kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan menutup kilang Lynas.


“Malah pendedahan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini menyebut bahawa Mahathir sebenarnya tidak mahu tol dihapuskan,” katanya.


Beliau berkata, tidak boleh “diterima akal” sekiranya PH masih mahu mengekalkan kerjasama dengan kumpulan Mahathir.


Razak yang juga setiausaha Otai Reformis turut mengingatkan PH supaya tidak bekerjasama dengan pemimpin Umno yang disifatkan cuba “bermain dua kolam” dengan menyokong Anwar dan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.


“Sikap ‘talam dua muka’ Umno terserlah apabila tiada seorang pun Ahli Parlimennya menolak Belanjawan 2021 pada persidangan Parlimen tahun lepas sedangkan kita diberitahu tidak kurang 10 orang Ahli Parlimen parti itu menyokong Anwar.


“Ucapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam perhimpinam agung parti itu minggu lalu juga dengan lantang menyebut, No Anwar, No DAP dan No PPBM’.


“Ini sewajarnya menjadi isyarat jelas supaya PKR-PH segera menamatkan sebarang rundingan ‘di sebalik tabir’ beberapa orang pimpinan PKR dengan pemimpin Umno untuk bekerjasama dalam menghadapi PRU15 akan datang,” katanya.


Katanya, kenyataan terbaharu Anwar bahawa PH akan memfokus kepada persiapan PRU berbanding mengumpul Ahli Parlimen membentuk kerajaan baharu juga memberi kelegaan kepada penyokong dan akar umbi.


Beliau menggesa pucuk pimpinan PH, khususnya PKR supaya membersihkan parti daripada pemimpin yang mesra dan masih menyokong bekas timbalan presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.


“Ramai penyokong setia Anwar berpandangan pemimpin ‘proksi Azmin’ yang kekal dalam parti akan memporakperandakan PKR sekiranya mereka terpilih sebagai calon dalam PRU15 akan datang.


“Ramai menjangka akan berlakunya agenda ‘lompat parti’ seperti yang berlaku sekarang,” katanya.

LAWATAN ANWAR KE BRUNEI LEBIH BERJAYA

 Lawatan Anwar ke Brunei di sambut oleh Sultan Brunei.


Berbeza PM Tebuk Atap.di sambut anak kepada Sultan Brunei.boleh lah.daripada langsung tak ada...😊



Mat Sabu: Kalaulah Kita Masih Pemerintah, Padang Merbok Rumput Tak Naik

Mat Sabu: UMNO Mereka Kerajaan, Tetapi Macam Pembangkang, Nak Jadi Pemba...

Mat Sabu: Kalau Rakyat Sekarang Meluat Kepada Wakil Rakyat, Saya Tak Marah

Mat Sabu: Pilihanraya Indonesia Hebat, Tapi Politik Stabil, Sini Kita Ta...

CINA TOLONG MELAYU- MELAYU SIBUK LA NI DOK MUAFAKAT....KAH....KAH...

 

STEVEN SIM

May be an image of standing and headscarf

May be an image of 2 people and indoor

May be an image of 1 person, child, standing and bicycle




Pagi ini saya sepatutnya ada mesyuarat penting dengan Sdr. Lim Guan Eng, tapi last minute, saya terima info ada sebuah keluarga di Bukit Mertajam kena halau dari rumah sewa sebab ibu mereka tak mampu bayar sewa.

Saya terus pergi ke sana dan mendapati mereka sudahpun pack dan duduk di luar rumah buntu sebab tak ada tempat nak pergi.

Ibunya Puan Ros ada 10 orang anak, paling kecil hanya berumur 3 tahun. Dia duduk di luar rumah menangis terkenang nasib anak-anaknya. Kasih seorang ibu tidak ternilai, susah senang anak didahulukan.

Saya bagitau Puan Ros, saya akan pastikan sebelum matahari turun hari ini, keluarga mereka akan ada bumbung atas kepala.

Kemudian saya bawa ibu, anak-anak kecil dan kakak-kakak ke Tesco BM untuk membeli barang-barang keperluan. Dua troli penuh kami belikan. Cashier pun terkejut ingat kami borong untuk niaga. Moga-moga cukup bekalan Ramadhan sehingga hujung Syawal.

Lepas tu, budak-budak nampak kedai barang mainan, mereka terdiam, tapi saya tahu hati mesti tergerak juga. Saya ada anak kecil, tiap kali nampak kedai barang mainan mesti minta nak masuk. Saya bawa mereka masuk, beli mainan kegemaran mereka.

Kebetulan di luar Tesco ada bazaar jual baju raya. Dah sampai kat situ, takkan tak beli. So, seorang sepasang baju baru. Ibu kata tak perlu beli untuk dia, beli untuk anak-anak cukup. Ibu tak pernah beli baju raya. Saya bagitau anak-anak, kali ini kita mesti beli sepasang baju baru untuk ibu. Semua pakat pilih baju untuk ibu. Description: 🥰

Kakak yang sekolah menengah, saya belikan tablet. Asal Cek Mau Pi Sekolah, pak cik akan pastikan adik-adik terus belajar walaupun susah macam manapun. Hanya ilmu di dada mampu mengubah nasib kita.

Last sekali kami makan mekdi tepi Tesco. Bila nak order, semua diam. Saya ingat mereka tak suka. Tapi rupa-rupanya, semua tak pernah makan mekdi jadi tak tahu nak order apa. Ok, takpa, pakcik tolong orderkan. Setiap seorang satu set Happy Meal, pakcik dan ibu makan burger.

Lepas tu, kami ke rumah baru. Puan Ros tanya sewa rumah berapa? Saya jawab jangan bimbang, saya akan tanggung sampai dia dapat rumah kerajaan nanti.

Lepas hampir setengah hari, kami semua pun letih. Tapi Puan Ros sekeluarga sekarang ada rumah baru, baju baru, tablet baru, peti ais dah penuh (sampai satu rak pecah Description: 😅sebab terlalu berat). Ibu minta satu saja, blender nak masak untuk anak-anak. Terlupa beli kat Tesco, jadi saya pergi pasaraya Wonderful beli blender jenama Khind. Bila dia dapat blender, ibu tersenyum begitu manis sekali. Saya dah janji ini hari gembira buat Puan Ros sekeluarga, syukur teramat sangat saya dapat berkongsi kegembiraan itu.

 

PESAN ANWAR SEMPENAN 22 TAHUN PARTI KEADILAN

 






Tanggal 4 April kita kembali mengingati sejarah wadah tercinta KEADILAN yang kini menjangkau usia 22 tahun.

Buat para pendukung gerakan reformasi, zaman derita dan kezaliman di masa lalu mesti terus menguatkan semangat dan tekad kita dalam memungkinkan perubahan.

Derita rakyat miskin dan yang melarat pelbagai kaum harus didepani dan disikapi dengan baik dan mesti berterusan.

Gerak kerja mesti dimantapkan, semangat mesti kuat, kesatuan mesti terus dipupuk dan jangan tergelincir dari idealisme perjuangan.

Kendatipun begitu, setiap perjuangan yang akan menang pasti menghadirkan kita dengan pendekar-pendekar jadian dan jagoan kesiangan.

Justeru, tekad murni kita dalam memungkinkan sebuah tatanan yang demokratik dan bertanggungjawab mesti terus menyala dan disemarakkan.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk terus kekal di landasan ini dan terus menjadi jurubicara rakyat pelbagai kaum.

Bangkit dari fitnah nan kelam

Mengusir lelah segala duka

22 tahun menyalakan iltizam

Tegakkan Keadilan di bumi merdeka

Lama dicari teman berjuang

Tidak sekali mengubah haluan

Bukan kerana sanjungan dan wang

Tulus jiwa semangat pahlawan

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR (Keadilan)

4 April 2021.


NASIB BUKAN ZAMAN PH


 Nasib baik bukan Dap di era kjaan PH yg kata camtu.  Di era kjaan tebuk atap ni, cakap la apa pun, lebai tetap akan tutup mulut sbb mulut penuh dgn pengat taik....




SEBAGAIMANA KATA KULI.,..TAPI INI BEEKAITAN SAMPAH.

 


Ko sedar tak yang ko tu pun dah macam sampah dalam kerajaan tebuk atap ni? Takde nilai langsung.  Dari segi politik, takde maruah sebab jadi kerajaan tak dipilih oleh rakyat.  Dari segi ugama, langsung takde moral kerana pelacur politik mana pernah ada moral?

W.Faudzin




PERTEMUAN ARTIS BERSAMA ANWAR

Onn Jaafar.

Pertemuan dgn Dato' Siti Nurhaliza dan suami Dato khalid Mohamad Jiwa disertai bersama veteran artis Dato Rahman dalam program Anwar di PD.





 

Licik! Selepas JAIS, Polis juga gagal tangkap Sajat

 


Licik! Selepas JAIS, Polis juga gagal tangkap Sajat


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador meminta usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman agar segera keluar dari tempat persembunyiannya dan seterusnya berhadapan dengan kes yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, ketika ini, pihak polis masih belum mendapat sebarang perkembangan tentang kedudukan dan keberadaan usahawan kontroversi terbabit yang dipercayai sedang berada di luar negara.

Tambah beliau, pihaknya turut berasa hairan dengan tindakan yang dilakukan Nur Sajat ketika ini iaitu dengan melarikan diri memandangkan dia tidak menghadapi sebarang pertuduhan atau hukuman yang berat di mahkamah.


Abdul Hamid turut menjelaskan bahawa polis sebelum ini telah berjaya mengesan keberadaan Nur Sajat dan cuba untuk menahannya namun terdapat beberapa kekangan terutama kewujudan lorong tikus di sempadan negara telah menggagalkan usaha tersebut.

“Saya harap dia bertanggungjawab, itu private life dia, saya tahu, (tetapi) janganlah apabilah dia berada di luar negara ke, tempat persembunyian, dia masih lagi hendak mencuit perasaan orang ramai (dengan kenyataan dan tindakan yang dilakukannya), (saya minta dia) balik (dan) pergi ke mahkamah,

“Dia sudah memang di luar negara, masa dia lari dari mahkamah itu kita tidak dapat kesan, hanya kita tahu lebih kurang dia di mana. Kita ada teknik mengesan misalnya ada di Kedah, Perak, kita cuba hendak menahan dia di sempadan. Tetapi kena faham, sempadan kita bukan sahaja tembok, kalau mereka gunakan lorong tikus ini, sukar bagi kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Seksyen K9 Bahagian Bantuan Teknik D6 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM di Langkawi pada Ahad.

Rabu lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kemungkinan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat berada di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan Muhammad Sajjad berada di luar negara, namun pemantauan sedang dilakukan.




(function() { var d = document, w = window; w

Hannah Yeoh: Nak Melanjutkan Masa Mensyuarat Kerajaan Ini Pun Takut, Ker...