GUAN ENG BIDAS ATOK 95

 

DAP menolak pencirian oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa DAP adalah ekstremis sebagai salah, tidak berasas dan tersasar.

Mahathir salah kerana sejarah dan fakta telah membuktikan bahawa DAP ialah sebuah parti pelbagai kaum yang berusaha untuk mewakili semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Berbeza dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap dirinya sebagai Melayu dahulu, DAP menganggap diri kami sebagai rakyat Malaysia dahulu.

Dakwaan Mahathir bahawa DAP adalah ekstremis adalah tidak berasas ketika DAP berkhidmat dan membantu rakyat semua kaum dan agama, sama ada semasa menjadi kerajaan mahupun pembangkang.

DAP tidak pernah mendiskriminasi ataupun mengambil pendirian yang memudaratkan hak serta kepentingan rakyat Malaysia sama ada Melayu mahupun bukan Melayu, Muslim mahupun bukan Muslim.

Malah, pemimpin-pemimpin DAP sanggup dan telah pernah dipenjarakan demi mempertahan hak orang Melayu dan orang bukan Melayu.

Mahathir tersasar apabila beliau gagal melihat DAP sebagai inklusif dan mempunyai wakil rakyat daripada semua kumpulan etnik utama termasuk Melayu, dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Tambahan pula, DAP tidak pernah bercanggah dan sentiasa mendukung Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, yang rasis dan ekstremis ialah parti-parti komponen PN atau BN yang hanya mewakili satu kumpulan kaum atau agama sahaja.

Mujur, semakin ramai rakyat Malaysia yang kagum dengan pencapaian DAP dan tidak percaya kepada diayah bahawa DAP adalah ekstremis, apabila DAP mampu memenangi lebih banyak kerusi yang mempunyai lebih ramai pengundi Melayu berbanding bukan Melayu.

Bantuan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim baru-baru ini kepada seorang ibu tunggal berbangsa Melayu yang mempunyai 10 orang anak dan tiada tempat tinggal merupakan jawapan terbaik kepada mereka yang telah melabelkan dengan palsu bahawa DAP adalah ekstremis.

LIM GUAN ENG

Setiausaha Agung DAP

5 April 2021.




No comments: