GEMPAK! PENCAPAIAN HEBAT KERAJAAN MENJADIKAN PEMBANGKANG JADI PEMBANGANG!

PENCERAHAN DS ANWAR ISU PANAS PETRONAS - PETROS SEMUA PERJANJIAN & KONTRAK!

PEMBANGKANG ASIK MEMPERSOAL! SEMASA JADI KERAJAAN APA PAS & BERSATU BUAT?

PARLIMEN ISU MINYAK MASAK! KES MINYAK MASAK ANAK HAMZAH APA CERITA MACAM...

OWHHH...RAMAI RUPANYA KETUA KETUA CABANG NO-...LAMA DOK DIAM...INGAT DAH ARWAH..

 

Pemilihan KEADILAN 2025: Hanya 57,187 Daftar Kemaskini Setakat Ini



Setiausaha Agung KEADILAN Dr Fuziah Salleh mengendalikan taklimat MATC dan Pemilihan KEADILAN 2025 di Shah Alam pada Sabtu. Foto Facebook Fuziah Salleh

SHAH ALAM, 16 Feb – Hanya 57,187 anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berjaya mengemas kini maklumat masing-masing bagi Pemilihan KEADILAN 2025 setakat 12 tengah hari Sabtu.

Menurut Setiausaha Agung KEADILAN Dr Fuziah Salleh di Facebook, ini berdasarkan maklumat yang diberikan pengendali sistem pemilihan selain memberi maklumat semasa berkaitan taklimat Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC).

“Alhamdulillah selesai taklimat MATC, Pemilihan 2025 & Kongres. Terima Kasih semua yang hadir dari semua cabang di Semenanjung Malaysia.

Paparan kemaskini maklumat anggota yang dikemaskini sehingga jam 12 tengah hari Sabtu. Foto Facebook Fuziah Salleh

“Saya salut anda semua dan semoga selamat kembali ke negeri masing-masing. Selamat Berjuang !,” katanya.

Terdahulu Fuziah mengendalikan taklimat Setiausaha Agung KEADILAN yang diadakan di sini pada Sabtu dan dihadiri wakil-wakil cabang dari seluruh Semenanjung.

Diharapkan agar semua anggota dapat segera mengemas kini maklumat diri bagi menyertai pemilihan parti yang dijadualkan pada 11 hingga 20 April ini.

Malaysia Sudah Sedia Pimpin ASEAN Dengan Jelas Dan Yakin – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Persidangan China: Asia Tenggara 2025 pada 17 Februari 2025. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia sudah bersedia untuk memimpin ASEAN dengan jelas dan yakin sebagai Pengerusi bagi tahun 2025.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, kepimpinan bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata, dan beliau menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan dan masyarakat sivil memainkan peranan dalam membentuk masa depan yang inklusif, mampan dan berdaya tahan.

“Masanya sudah tiba bagi ASEAN… Kita mesti bertindak dengan segera, bersatu, dan bercita-cita tinggi bagi menjamin masa depan yang sejahtera untuk semua. Ini bukan masa untuk incrementalism atau pemikiran jangka pendek.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ASEAN mesti memimpin dan berhenti bertindak balas mengikut perubahan global. Foto Bernama

“Ia adalah masa untuk membuat keputusan berani, perkongsian transformatif, dan komitmen bersama untuk kemakmuran jangka panjang,” katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan China: Asia Tenggara 2025 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour

Ketika Malaysia terus gigih memainkan peranannya dalam ASEAN dan mengukuhkan kerjasamanya dengan China, Anwar juga menggesa semua pihak yang berkaitan untuk menjadi sebahagian daripada wawasan ini.

“Mari kita bina masa depan berdasarkan kepercayaan, inovasi, dan aspirasi bersama,” kata Perdana Menteri.

Sementara itu persidangan yang dianjurkan oleh South China Morning Post hari ini telah mengumpulkan lebih 700 pegawai kerajaan, diplomat, pemimpin perniagaan global, cendekiawan, dan pemimpin pemikiran dari seluruh dunia.

Sepanjang sesi hari ini, persidangan itu akan mengkaji hubungan China-ASEAN yang sentiasa berkembang dan membincangkan kepentingan strategik hubungan yang lebih kukuh antara China, ekonomi kedua terbesar di dunia, dan ASEAN, blok ekonomi paling dinamik di dunia.



Kerajaan Persekutuan Perakui Aspirasi Sarawak Ceburi Industri Minyak – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan China Asia Tenggara 2025 di Kuala Lumpur pada 17 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak memperakui aspirasi negeri itu yang berhasrat menceburi kegiatan industri minyak di negeri berkenaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata hasrat itu dipaparkan menerusi Ordinan Pengagihan Gas 2016 (Pindaan) (DGO) dan berkuat kuasa pada 1 Mac 2025.

“DGO dibaca sekali dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA), maka PETROS (Petroleum Sarawak Bhd) berperanan sebagai agregator di Sarawak,” kata beliau pada Sesi Penerangan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Isnin 17 Februari 2025.

Menjelaskan selanjutnya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peranan itu tetap mengesahkan kelulusan sebelumnya kepada Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan anak-anak syarikatnya.

“Ini bermakna PETRONAS akan mengekalkan semua perjanjian (obligasi berkontrak) domestik dan antarabangsa yang sedia ada,” kata Anwar.

Di bawah ordinan itu, PETROS dijamin memperoleh gas asli sehingga 1.2 bilion kaki padu sehari untuk keperluan domestik Sarawak dengan jaminan penambahan berdasarkan keperluan berikutnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Isnin 17 Februari 2025.

Perdana Menteri berkata PETROS juga berhak meluaskan kegiatan yang baharu dan memanfaatkan kerjasama dengan PETRONAS.

“PETRONAS dan PETROS akan bergerak sederap (serentak) sebagai rakan bagi menjamin kepentingan dan hasil negara serta kepentingan negeri Sarawak; dan segala rundingan terperinci berikutnya akan mengekalkan manfaat dan kepentingan bersama mengikut prinsip komersial secara telus,” kata beliau.

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak juga, kata beliau, turut mengiktiraf Akta PDA 1974 sebagai Akta Persekutuan seperti yang tertera dalam peruntukan undang-undang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Persidangan China: Asia Tenggara 2025 pada 17 Februari 2025. Foto Bernama

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata PETRONAS telah menyempurnakan tugas dengan menjamin pengagihan kepada semua negeri.

Merujuk Sarawak, Anwar beliau berkata manfaat pembangunan industri minyak dan gas di Sarawak merangkumi pelaburan huluan dan infrastruktur berjumlah melebihi RM280 bilion sejak 1976.

“Daripada jumlah pelaburan huluan tersebut, dianggarkan lebih RM90 bilion nilai kontrak yang dibelanjakan dalam tempoh 10 tahun lepas (2014-2024).

“Syarikat vendor berdaftar dari Sarawak telah mendapat kontrak melebihi RM40 bilion dalam tempoh sama,” kata beliau.

Dari segi pulangan kewangan, Perdana Menteri berkata Sarawak telah menerima bayaran tunai sebanyak RM49 bilion (sehingga Disember 2024) bagi sumber petroleumnya serta bayaran cukai jualan sebanyak RM18.66 bilion sehingga suku ketiga 2024.

Sarawak turut memperoleh dividen sebanyak RM28.6 bilion sehingga Disember 2024 melalui pegangan saham “State Financial Secretary of Sarawak” (SFS) dalam Syarikat Kumpulan MLNG.

SFS merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah “State Financial Secretary (Incorporation) Ordinance, 1948,” kata Anwar.



ASEAN Perlu Fokus Tangani Tiga Cabaran Utama – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Persidangan China Asia Tenggara 2025 di Kuala Lumpur pada 17 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 Feb – ASEAN berdepan tiga cabaran utama kepada sejauh mana negara anggota bertindak dalam menangani ketahanan ekonomi dengan berkesan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, cabaran pertama bagi ASEAN adalah perlu memberi fokus dalam menangani isu gangguan dan kepelbagaian rantaian bekalan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Persidangan China Asia Tenggara 2025 di Kuala Lumpur pada 17 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“ASEAN mesti menjadi hab perdagangan dan pelaburan global yang boleh dipercayai dengan mengurangkan kelemahan terhadap kejutan luar.

“Memperkukuh asas industri kita melalui pelaburan dalam pembuatan berteknologi tinggi, semikonduktor dan teknologi hijau adalah penting,” katanya pada Persidangan China Asia Tenggara 2025 di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan China Asia Tenggara 2025 di Kuala Lumpur pada 17 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara cabaran kedua jelas Anwar adalah melibatkan keselamatan tenaga dan kelestarian alam mendepani perubahan iklim global.

“Grid Tenaga ASEAN dan pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui akan menjadi teras dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang berpaksikan kesedaran iklim dan berorientasikan jangka panjang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapta pada Persidangan China Asia Tenggara 2025 di Kuala Lumpur pada 17 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sasaran Malaysia untuk mencapai 70 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050 akan menjadi penanda aras kepada usaha kelestarian ASEAN secara lebih luas,” katanya.

Menjelaskan cabaran ketiga pula, Anwar memfokuskan berkaitan isu ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI) termasuk pemerkasaan ekosistem digital.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan China Asia Tenggara 2025 di Kuala Lumpur pada 17 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN mesti menjadi pemangkin kepada transformasi serantau dengan memberi keutamaan kepada tadbir urus AI (kecerdasan buatan), keselamatan siber dan keterangkuman digital,” ujarnya.

“Bagi memastikan semua negara anggota ASEAN dapat memanfaatkan sepenuhnya kemajuan teknologi, kita mesti menetapkan piawaian bersama untuk perlindungan data, memudahkan perdagangan digital rentas sempadan dan melabur dalam inisiatif pembangunan kapasiti bagi merapatkan jurang digital,” ujarnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Persidangan China Asia Tenggara 2025 di Kuala Lumpur pada 17 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Tambah Anwar, Malaysia bersedia untuk memimpin ASEAN dengan kejelasan dan keyakinan.

“Namun, tanggungjawab kepimpinan bukan hanya terletak pada bahu kerajaan semata-mata. Sektor perniagaan, ahli akademik, usahawan, dan masyarakat sivil juga mesti memainkan peranan dalam membentuk masa depan yang inklusif, mampan, dan berdaya tahan,” katanya.


APA YANG PMX LAKUKAN

 


INI YANG DILAKUKAN PMX SEJAK SEKIAN LAMA ISU DIPERAM


 

MAKAN ATAIH ANGIN SAJA.


 

KDNK NAIK


 

PERSEPSI.. MANA ANGKA SAMPAI 10K KENA BUANG?


 

PATI HARUS DITANGANI DENGAN HOLISTIK


Tuaran Sabah




 Kehadiran pendatang asing boleh memberi impak kepada pekerjaan, sumber daya, dan ekonomi tempatan, yang sering menjadi punca ketidakpuasan.

Kebimbangan tentang keselamatan dan jenayah yang sering timbul...

Cabaran dalam integrasi pendatang ke dalam masyarakat tempatan, termasuk budaya, bahasa, dan nilai-nilai, juga boleh menyebabkan ketegangan

Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menangkap dan mengusir pendatang haram.

Memperkenalkan sistem pendaftaran yang ketat untuk pendatang yang sah dan memantau status mereka.

Meningkatkan kesedaran awam tentang kesan negatif pendatang haram terhadap masyarakat dan ekonomi.

Bekerjasama dengan negara asal pendatang untuk menangani isu migrasi secara holistik.

Memastikan dasar imigresen yang adil dan efektif, termasuk langkah-langkah untuk menangani isu pelarian dan suaka.

Dengan langkah-langkah ini, Malaysia dapat menguruskan isu pendatang dengan lebih baik dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

Kemasukan pendatang asing ke Malaysia ibarat 'kudis' yang akan mengancam keharmonian dan kemakmuran negara sekiranya kerajaan masih lambat bertindak untuk mengubah penguatkuasaan undang-undang berkaitan pelarian.

Terdapat khabar yang mengata kan bahawa ada segelintir pandatang sudah mula terlibat dengan politik dan mula mengecam langkah langkah kerajaan secara terbuka dengan berselindung dibawah parti politik tertentu..



KATANYA KETUA PEMUDA PENAKUT NAK BERDEBAT... DEPAN PENYOKONG HANDAI KEMAIN.. TAK KAN AJAK BERDEBAT TAK TAHU.

 


𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗣𝗔𝗦 kata, mungkin 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 hanya layak berdialog dengan 𝗽𝗮𝘀𝘂 𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮.



Hah ok la tu. Sebab tu Pemuda Amanah ajak Pemuda PAS berdialog. Sebab bukan setakat Pemuda, bahkan 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦 macam 𝗽𝗮𝘀𝘂 𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮!


Masalah banjir, hakisan laut, negeri tiada pendapatan, pemimpin PAS 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗿𝗲𝘁𝗶 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮! Nak bayar bonus pun 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁! Pasu bunga la tu!


Disebabkan PAS memang 𝗽𝗮𝘀𝘂 𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮, maka tidaklah salah Pemuda Amanah ajak Pemuda PAS berdialog. Takut ke? 𝗖𝗮𝗸𝗮𝗽 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗽 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 sebelum ni.


Tapi memang 𝘁𝗶𝗽𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗣𝗔𝗦. Cakap besar. Macam 𝗠𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘀𝘁𝗮𝗺. Buat sedang media kata 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗮𝗳. Tak lama lepas tu melutut pada DS Anwar minta ampun. Mulut lagi laju dari otak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PMX LAKUKAN LAWATAN MENGEJUT SI SK KAMPUNG BARU

 











Pagi tadi saya kembali ke bilik darjah tetapi bukan sebagai guru, tetapi sebagai seorang pemimpin yang mahukan persekitaran dan keadaan sekolah yang baik dan selesa buat anak-anak bangsa selain mendengar suara dan keluhan guru, ibu bapa, termasuk para pelajar. 


Di Sekolah Kebangsaan Kg Baru, saya meninjau sendiri keadaan dan suasana hari pertama persekolahan dan dedikasi serta kecekalan para pendidik yang bersungguh-sungguh membentuk masa depan bangsa dan negara. Dalam kunjungan mengejut dan singkat tersebut, saya luangkan masa mendengar kerana perihal pendidikan bukan sekadar buku teks dan peperiksaan, tetapi soal membina impian, menerjah peluang, dan mencorak harapan.


Saya sempat menghimbau saat berdiri di hadapan mahasiswa di Georgetown University, Washington DC di tahun-tahun lampau, yakni betapa besarnya peranan seorang guru dan pendidik dalam membimbing bukan sahaja dengan ilmu, tetapi dengan kasih sayang, sikap ihsan yang terdalam, contoh teladan dan hikmah. Sudah tentu sekolah dan universiti adalah dua persekitaran yang berbeda, namun semangat mencurah bakti adalah yang sama. 


Justeru, sekolah mesti menjadi tempat yang selamat, selesa, dan penuh harapan kerana pendidikan adalah pintu kejayaan. Dan di sebalik setiap harapan, ada tanggungjawab yang kita—sebagai pemimpin, guru dan pendidik serta ibu bapa—genggam dan pikul bersama demi kejayaan anak bangsa. 


Kepada anak-anak yang memulakan hari pertama persekolahan hari ini, selamat kembali menimba ilmu. 


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja



Konvensyen Perpaduan Kedah: Menyemai benih untuk menuai buah


MSO


CATATAN PERJALANAN

Penanda tangani plat solusi konvensyen,
1 Tekad 1 Visi 1 Hati.











WALAUPUN kondisi diri tidak seperti 10 atau 20 tahun lalu, tetapi semangat untuk melihat sendiri event politik masih membakar dalam diri ini. 

Kerana itu saya mengagahkan juga diri untuk hadir ke Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 anjuran Pakatan Harapan dan Barisan Nasional negeri Kedah di Sungai Petani kelmarin 15 Februari.

Mulanya cadang untuk ke Sungai Petani menaiki kereta, tetapi disebabkan tak larat untuk memandu, ubah menaiki kapal terbang. Kebetulan sdr Zulaimi akan bawa balik kereta dari Alor Setar, jadi sepakat pergi menaiki flight, balik dengan kereta.

Alang alang di Kedah dua malam juga tidur disana. Entah macam mana saya begitu mesra dengan politik Kedah sejak dari dahulu lagi. Pada saya politik Kedah ada keunikan dan persamaan dengan politik Kelantan, sama tetapi tidak serupa dengan Kelantan, situasi ini menjadi tarikan kepada saya.

Sebaik sampai rumah jam 6.15 petang semalam, selepas rehat satu jam, saya cuba buat catatan perjalanan ke konvenysen berkenaan seperti lazimnya, kerana perangai saya, selagi sesuatu peristiwa, apa lagi penting dan menarik tidak dicatat (diluahkan) selama itu ia menggaru-garu tempurung kepala dan rasa tidak selesa menggodam diri.

Pengamatan.

Sebahagian peserta Konvensyen.
Konvensyen semalam dalam pengamatan saya, berjaya menjadi satu kebangkitan baru bagi pembangkang di Kedah. Konvensyen itu menjadi pencetus ataupun pemotongan ribbon untuk PH/BN Kedah memulakan pecutan menuju garis penamat pilihan raya akan satang.

Melihat suasana dan mood konvensyen itu saya yakin ia mampu mengejutkan pihak di sebelah sana. Walaupun ada ejekan dan persendaan nanti, tetapi secara senyap pihak sebelah sana terkesan dengan aura konvenysen itu.

Secara umum sekurang-kurang ada dua faktor kenapa saya kata konvensyen itu berjaya dan beraura. 

Pertama, sambutannya hebat dan luar biasa apabila semua parti komponen BN dan PH walaupun ia diadakan dalam tempoh relatif singkat. Katanya waktu diambil untuk mengurus dan mengendalikan konvensyen itu tidak sampai seminggu. 

Ia cambah atau digerakkan sebaik sahaja pelantikan pengerusi Pakatan Harapan Kedah yang baru Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail 8 Februari lalu bagi menggantikan Datuk Mahfuz Omar. Perubahan itu mengorak semangat untuk Pakatan Harapan Kedah bangkit menyusun barisan untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Pertukaran pengerusi itu merupakan peliup untuk bergerak lebih ke depan dengan terbentuk team baru dan tuangan idea komtemporari berstrategi. 


Pengarah Konvensyen sdr
Basir Ismail.

Kehadirannya sangat memuaskan. Saya mulanya tidak percaya dewan tempat berhimpun akan penuh. Timbul kebimbangan kepada saya konvensyen itu gagal. Sangkaan saya meleset, Dewan Ghandi tempat berlangsung konvensyen itu penuh sesak.


Semua wakil pimpinan parti diberi peluang secara bebas menyatakaan apa sahaja pandangan dan kritikan ke dalam. Inilah saya katakan konvensyen itu unik dan istimewa. 

Semua pemimpin parti bercakap sebebasnya, setengah tanpa teks menyatakan apa tersekang di hati, terbetik difikiran tanpa ada batas dan segan silu. Semua fikiran dan idea dilontarkan disambut tempukan gemuruh peserta diterima secara insaf.

Atas semangat dan pengertian itu kadang-kadang ada bicara yang menyinggunng pihak lain, tetapi diterima tanpa sunggutan atau "sokses sokseh" di belakang.  

Keduanya, kesemua wakil-wakil parti komponen semua hadir. Tidak ada seorang pun yang ketinggalan. Semua mereka mengambil bahagian. Paling membahagiakan juga para pemimpin veteran, aktivis dari semua parti turut memberi partisipasi. 

Antara yang ternampak oleh saya, bekas MB Kedah Ahmad Bashah, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir, dan beberapa yang saya tidak hafal namanya. Daripada Amanah turut hadir bekas Pengerusi Amanah, Datuk Phahrorazi  ZawawiUstaz Redhuan dan para veteran yang juga aktivis semasa dalam Pas. Hanya dua tokoh Amanah yang terlihat Mahfuz Omar dan Dr Ismal Salleh, mungkin mereka keuzuran atau sibuk berpodcas.

Kesediaan mereka yang untuk hadir bergabung dengan tokoh-tokoh muda memberi semangat ini merupakan komitmen bagi menjayakan konvensyen itu yang bertema 1 Tekad 1 Visi 1 Hati. Kehadiran dari semua fraksi itu melambangkan wujud kesatuan hati dalam muafakat rakyat BN/PH.

Konvensyen itu dijalankan tiga sessi. Sessi pertama ialah ucap utama disampaikan oleh Pengerusi Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya Mahadzir Khalid. Secara simboliknya kemunculan kedua tokoh ini menunjukkan PH dan BH terus akan bersama untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Mereka bukan tegak sepentas, tetapi akan menghayung langkah ke serata ceruk Kedah.

Kemunculan mereka menafikan cerita buruk dari belakang yang menujum tidak ada akan ada keserasaian di antara BN dengan PH.

Dengan keduanya muncul mengepalai konvensyen berkenaan, menjadi seperti induk ayam yang akan dibuntuti anak-anak dari belakang. Keikhlasan, iltizam yang dipancarkan keduanya juga mengkagumkan. 

Tidak cukup dengan apa yang dilowongkan Saifuddin dan Mahadzir, ia juga disusuli oleh ucapan pemberian semangat, dan pernyataan keyakinan daripada ketua-ketua parti yang membawa naluri ahli akar umbi.

Asmiru Anuar Aris

Yang tampil ke pentas untuk berucap dan menyampaikan gagasan dan wawasan mereka serta menyatakan nekad kebersamaan dan sehati sejiwa ialah; Pengerusi Mic Kedah S Suresh a/l Subramaniam, Pengerusi Mca Kedah, Chua Tiong Gee, pengerusi Amanah Kedah Asmirul Anuar Aris dan pen gerusi DAP Kedah Tan Kok Yewe.


Turut sama berucap membentang pandangan dan harapan masing-masing, timbalan pengerusi badan Perhubungan Umno Kedah Abdul Azeez Abd. Rahim dan pengerusi Keadilan Kedah Nor Azrina Surip.

Sebelum itu satu sessi wacana bebas bagi membincang halangan dan solusi memadukan PH/BN Kedah juga diadakan dengan menampilkan dua tokoh wanita pusat Ketua Penerangan Wanita BN Rosni Zahri, ketua wanita PH Aiman Athirah al Junid dan tokoh muda ahli parlimen Sungai Petani Taufik Johari. Wacana atau town hall itu dipengerusikan sdr Omar Mokhtar.

Sebelum konveysen menutup tirai dengan pembacaan resolusi konvensyen, penggulungan keseluruhan konvensyen dilakukan oleh Pengerusi Umno Kedah Madhazir Khalid dan pengerusi Perpaduan Kedah Saifuddin Nasution Ismail. Kedua mereka menzahirkan rasa syukur dan teruja dengan perjalanan konvensyen yang dilihat pada semangat yakin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional mampu memberi cabaran kepada Perikatan Nasional dalam pilihan raya kelak.

Pembacaan resolusi oleh sdr Dr Taufik Johari.










Saifuddin tanpa berselidung menyebut, halatuju, serta nekad dan visi utama konvesnyen itu adalah untuk merealisasikan bagi capai kerajaan dalam penantian. Nasihatnya jangan mudah tergugat dengan ugutan persendaaan PN atau mana-mana pihak sebalik seluruh ahli PH/BN bergerak ke hadapan untuk mencapai visi itu. 

Dan atas kejayaan konvensyen berkenaan ucap tahniah harus disampaikan kepada jawatankuasa pelaksananya yang juga merupakan gabungan di antara PH/BN manakala pengarah konvesnyen sdr Basir Ismail. [wm.kl.12:47 17/02/2025]



DULU ARWAH HANTU GIGI NI IKUT ARWAH MB SELANGOR.

 

Nampak tak spesis ni..?? punyalah bising khurafat dan syirik bila di selangor, bila kedah.. Ampun Tuanku.. hahaha


Anjir..





KALAU ARWAH TOK GURU TAK PERCAYA, TAK KAN LAH WALAUN DOK FITNAH, ORANG MELUAT JA.


 

TAHAN OMBAK LAGU MANA LA HAI..


 

DEIII.. YENADEI... MULLAI YELLEK.


 

KDN ELAK BERLAKU KES TATATERTIB.


 

5 PERKARA MENARIK 2024


 

PERPECAHAN PN : BOM JANGKA YANG BOLEH MELETUS BILA BILA MASA




Melihat kepada situasi politik terkini , Perikatan Nasional(PN) dilihat sedang berkecamuk antara parti komponennya. 

Semakin hari semakin jelas perpecahan didalam Blok PN. 


1. Ia terlihat bermula dari perletakan jawatan Bendahari Agung PN oleh YAB Dato Seri Dr.Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu. Seorang Menteri Besar yang profesional dan telah menjawat jawatan Menteri Besar dua Penggal berturut- turut. Berbanding dengan Setiausaha PPBM yang juga Setiausaha Agung PN , hanya sepenggal menjawat jawatan Menteri Besar Selangor dan lari meninggalkan posisi itu ghairah untuk menjadi menteri diperingkat persekutuan. Setiausaha Agung PN ini juga kalah pada PRU ke lima belas yang lepas dan hanya menang tipis di DUN Hulu Klang. Berbanding Dr. Ahmad Samsuri, beliau terus menjaga negeri Terengganu dan menang pilihanraya kecil Parlimen . Sudah tentu reputasi YAB MB Terengganu ini mengatasi reputasi YB Azmin Ali. 


2. Apabila YB Azmin Ali melontarkan pandangan kononnya Pilihanraya akan berlaku hujung tahun ini , PAS tidak menyambut pandangan Setiausaha Agung PN ini atau seolah-olah menolak pandangan itu. Maka semakin jelas perlantikan Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN ini terus memecah belahkan blok pembangkang PN. 


3. Dilihat juga pada sosial media, penggerak media khususnya influencer dan cybertrooper PN sudah mula bercakaran secara terbuka. Ini menunjukkan betapa perpecahan dikalangan penggerak media PN ini semakin teruk dan kesan dari pergolakkan dalaman PN itu sendiri. Mereka saling membuka aib antara satu sama lain. 


4. Parti GERAKAN juga dilihat sering menongkah arus dan pandangan terutama soal kepentingan bukan melayu. Pertelingkahan secara terbuka ini memperlihatkan betapa tidak stabilnya politik dalaman PN. PAS dan PPBM yang ghairah merebut sokongan orang melayu dengan isu isu yang selalunya ekstrim sangat tidak menyenangkan Parti GERAKAN . Kehadiran GERAKAN didalam gabungan blok PN dilihat hanya sekadar ada parti yang didominasi oleh bukan melayu tetapi pengaruh dan peranan GERAKAN dibatasi oleh PAS dan PPBM. 


Bagaimana rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada Perikatan Nasional untuk mengemudi negara dan negeri? Cubaan YB Azmin Ali untuk memujuk orang bukan melayu memberi sokongan hanyalah umpan dan melihat kepada situasi semasa dalaman PN tidak mungkin apa yang ditawarkan oleh PN melalui Azmin Ali boleh dikotakan. Bahkan reputasi ketika YB Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor dahulu tidaklah sehebat dibawah kerajaan Perpaduan Negeri Selangor yang ada pada hari ini. 


Yb Abbas Azmi

Ketua Penerangan PH Negeri Selangor

ADN Seri Serdang

17/02/2025



KENAPA DATA MENUNJUKKAN DADAH DI SESUATU NEGWEI ITU BERBEZA


RMS 


Penjelasan mengenai jumlah penagih dadah,

Ni fakta walaupun Kjaan SG4 mungkin ada argument yang lain..



Kenapa bukan Selangor paling ramai penagih dadah seperti data yang dikeluarkan oleh AADK..?? 


Ini kerana kiraan berdasarkan populasi per 100 ribu penduduk..


Populasi Kelantan = 1,792,501

Bilangan penagih = 18,507

Peratusan penagih = 1.03%


Penduduk Selangor = 6,994,423

Bilangan penagih = 21,385

Populasi penagih = 0.31%



BAHLOL TIDAK PERLU DIAJAR


Zuwairi Md Yusof


 Azman Ibrahim Di sahkan Bahlol


Kapla High Council Samsuri konon Teknokrat,EXCO EXCO  pula acah acah  bijak pandai dan serba tahu tapi semua angka,data dan fakta tidak pernah menipu.


Kau jadi Doktor PHD macam mana masalah gejala sosial pun menjadi jadi di negeri bawah kamu tadbir.







Data tu kalau di kira ikut jumlah sebenar penduduk2 asal setiap negeri lagi malu SG4 di buatnya kerana rakyat mereka cukup ramai yang kerja di negeri negeei  lain berbanding negeri negeri  lain yang berapa kerat ja ke SG4.


PRU16 pada 2026 nanti bagi MADANI PH BN peluang untuk membetulkan keadaan dan merubah semua itu ke arah lebih baik seperti di negeri negeei  lain.SG4 ada potensi besar tetapi bukan PAS yang akan buka potensi di 4 negeri bawah PAS.Jika PAS yang buka potensi itu sudah lama Kelantan itu gah dan masyur di bawah PAS selepas lebih 30 tahun di perintah mereka tetapi malangnya tidak.