TERKINI MERLIMAU PULA PILIHANRAYA KECIL

Tarikh PRK DUN Merlimau ditentukan dalam 10 hari

20/01/2011 3:11pm

PUTRAJAYA 20 Jan. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh 10 hari untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang kosong setelah kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, hari ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi dari Speaker DUN Melaka memaklumkan kekosongan itu, tetapi SPR mempunyai tempoh sehingga 30 Januari untuk menetapkan tarikh pilihan raya tersebut.

Anwar bertegas mahu debat dengan PM

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mahu agensi berita Bernama menarik balik laporan bahawa beliau tidak mahu berbahas secara terbuka dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anwar berkata, beliau memandang serius laporan berkenaan yang didakwa memetik satu kenyataannya di Alor Setar, Kedah semalam.

Dalam laporan itu, Anwar antara lainnya dipetik sebagai berkata bahawa beliau hanya mempelawa perdana menteri untuk mengadakan perbincangan.

Tidak puas hati dengan laporan itu, Anwar meminta agensi berita berkenaan menarik balik laporan tersebut melalui satu kenyataan bertajuk 'Debat Diteruskan, Laporan Bernama Mengelirukan.'

"Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa perdana menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," kata Anwar lagi.Kenyataan berkenaan dikeluarkan biro komunikasi PKR awal pagi ini.

KAMI LEBIH TERSIKSA DARIPADA TENOM!

Thursday, January 20, 2011


Saudara Pengarang,

APALAH ertinya kesengsaraan penduduk Mukim Rundum di Tenom jika dibandingkan dengan kami yang bukan sahaja dihalau daripada tanah adat kami, malah rumah kami dibakar dan tanaman kami yang sudah berhasil dirampas dan diberikan kepada syarikat GLC?

Sebelum terlambat, kami mencadangkan agar para penduduk kampung mendapat pengadilan di mahkamah untuk mendapat keadilan kerana kerajaan tidak mempunyai Political Will untuk membantu penduduk kampung.

Memandangkan terpengaruh dengan janji pemimpin kami seperti Tun Sakaran, Dato Seri Shafie Apdal dan Dato’ Seri Nasir Tun Sakaran, akhirnya kami hilang hak kami kerana kesilapan kami terlalu mengharapkan ‘Lampu Aladdin’ yang digilap pemimpin kami; yang terlalu mementing diri, sehingga ramai di antara kami disumbatkan ke lokap dan menjadi papa kedana, kerana semua harta yang kami usahakan sejak 30 tahun lalu dirampas kerajaan yang kami undi.

Bayangkan betapa hina dan hipokritnya pemimpin Semporna yang menjadi talam lapan muka; kononnya mahu membantu kami menuntut tanah adat di dalam Hutan Simpan Mount Pock dan Tanjung Nagus, tetapi rupanya merekalah petualang sebenar yang menghalalkan perampasan tanah adat kami oleh Warisan Jaya Makmur Sdn.Bhd.

Kini kami berputih mata kerana ada NGO yang ingin membantu, kami fitnah dan tolak. Apa yang kami dapat hanyalah bala dan penyesalan di atas kesombongan kami menolak bantuan NGO yang benar-benar ikhlas. Namun kini sudah terlambat disebabkan ‘Limitation Act’ dan kami hanya berputih mata melihat tanah yang kami usahakan dituai oleh pekerja asing yang dilantik Warisan Jaya Makmur.

Jadi sebelum penduduk Rundum (Katubu dan Sumambu) kehilangan hak mereka, kami mencadangkan agar mereka segera mengajukan permohonan tanah adat mereka kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) dan bukannya mengajuk kepada pemimpin politik yang tidak mempunyai sebarang kuasa.

Setelah PPHT mengesahkan mereka mempunyai Hak ke atas Tanah Adat, maka mereka hendaklah mengemukakan permohonan ke Mahkamah untuk mendapat deklarasi ‘Customary Right’ dan dalam masa yang sama mendapatkan injunksi agar Jabatan Hutan tidak boleh menghalau atau mengganggu tanaman mereka sehingga kes diputuskan di mahkamah.

Jangan sekali-kali terperangkap dengan cadangan PPHT atau nasihat YB agar mengisi borang permohonan tanah (PT) kerana permohonan tanah adat tidak menggunakan PT disebabkan Tanah Adat bukanlah Tanah Negeri (State Land) yang kami salah tafsir selama sehingga kehilangan hak kami buat selama-lamanya.

Sehubungan itu, bersatulah menuntut tanah adat agar Mukim Rundum menjadi ‘Benteng Terakhir’ tanah adat di Sabah setelah semua Hutan Simpan di Pantai Timur Sabah dirampas dan dimusnahkan oleh Jabatan Hutan Sabah.

Semoga berjaya, Salam Hormat,

MANGSA KEKEJAMAN BN

(function() { var d = document, w = window; w

JALAN PUN DAH BOLEH BERTUKAR KEPADA JALAN QINZHOU

MOHD MUKHLIS   Sahribut Samanahaha Serba Tahu dah dapat info belum bab ini? Kalau dulu, dia memang cakna bab-bab bahasa dan tulisan jawi. Se...