MIMPI RAKYAT YANG TAK KUNJUNG TIBA




 

Ukur baju ikut badanlah...

 Ukur baju ikut badanlah...

Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Riset dan Teknologi Republik Indonesia, Nadiem Makarim, tolak cadangan Malaysia jadikan Bahasa Melayu bahasa rasmi kedua Asean. Katanya, Bahasa Indonesia lebih layak kerana ia bahasa yang paling luas penggunaannya di Asia Tenggara. Masuk akal. Indonesia ada 279 juta penduduk. Malaysia 33 juta itu pun bukan semua berbahasa Melayu. - A.Kadir Jasin
7

Nurul Izzah Anwar is with Chow Kon Yeow 曹觀友.

 

Di usia emas siapa sangka Makcik Salma bersendirian menjalani kehidupan menghadapi pelbagai cabaran. Kematian suami tercinta peneman hidup pada tahun lepas amat memilukan hati makcik Salma.
Selepas perjumpaan saya dengan Ketua Menteri Penang, Chow Kon Yeow 曹觀友, saya juga sempat ke Bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa untuk makcik Salma. Mungkin dah lama dia tak merasa makanan dari bazar. Masa beli tadi, peniaga di bazar pula terkejut nampak saya beli ayam 😆. Yelah saya kan jarang pegi ke bazar, selalu tak sempat.
Syukur Alhamdulilah, makcik Salma mengukir senyuman gembira sepanjang kami menemani dia. Beliau kata, selama 40 tahun perkawinan tak pernah gembira macam ni. Paling tak tahan bila dia kata.. rasa tak sunyi kalau ada anak boleh teman mak macam ni 😭.
Saya tak dapat bayangkan di usia 76 tahun, makcik Salma hidup sendiri tidak berteman. 😔
Saya mendoakan makcik Salam dikurniakan kesihatan bagi menjalani kehidupan dalam mencari keberkatan dan keredaan untuk menunaikan segala perintah dari Allah Subhanahuwataala, Amin.


Penjual pisang goreng tepi jalan viral wajah setampan pelakon Korea

 


Penjual pisang goreng tepi jalan viral wajah setampan pelakon Korea

Seorang penjual gerai tepi jalan di Surabaya, Indonesia menjadi tular apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon dari Korea Selatan, lapor laman Solopos, hari ini.

Menerusi klip video yang dimuat naik di laman instagram @lambre_tuah, ramai  pelanggan sanggup beratur panjang semata-mata mahu bergambar dengan pemuda itu.

Lelaki berbadan sasa dan berkulit putih itu menjual pelbagai snek tradisional bergoreng seperti pisang goreng, tempe goreng dan avokado goreng.

Nama gerai lelaki itu juga seperti sepadan dengan ketampanan wajah pemiliknya iaitu ‘Gorengan Penggoda Iman’.

Menurut pemuda itu, dia tidak menyangka video yang menunjukkan dia sedang menjual kentang goreng tular di media sosial.

Dia juga tidak menyangka ramai yang menghargai video tersebut.

“Terima kasih semua atas penghargaan ini. Saya tidak sangka ia mendapat sambutan hebat daripada netizen,” tulisnya di laman Instagram @lie_buntaran.



MUDAH: INI CARA PENYELESAIANNYA : KAH....Isu tanah lapangan terbang yang dijual: Tiada keperluan Umno buat report polis, SPRM – Saarani

 Isu tanah lapangan terbang yang dijual: Tiada keperluan Umno buat report polis, SPRM – Saarani


“Saya tak akan menari ikut gendang orang,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau mengulas mengenai desakan beberapa pihak supaya beliau dan UMNO membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang antarabangsa seluas 188 hektar di Seri Iskandar.

Saarani menegaskan tiada keperluan bagi beliau atau UMNO membuat laporan kerana satu laporan sudah memadai untuk pihak berkuasa memulakan siasatan, khususnya berkenaan isu tersebut.

“Untuk membolehkan mana-mana agensi melakukan siasatan, memadai satu laporan (polis atau SPRM).

“Saya lihat sudah ramai yang membuat laporan , sudah tentu pihak polis dan SPRM akan membuat siasatan berdasarkan laporan itu.

“Jika pihak yang bertanggungjawab ingin buat apa-apa siasatan maka kerajaan negeri dan agensinya tidak akan sekali-kali melindunginya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Belia Perak Bertadarus dan Dasar Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) negeri Perak, di sini pada Rabu.

Hadir sama, Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Khairul Shahril Mohamed dan Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri, Mazlan Mohamad.

Dalam pada itu, Saarani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak menjelaskan, terpulang kepada mana-mana pihak untuk membuat sebarang tanggapan terhadap pendiriannya tidak membuat laporan berhubung isu berkenaan.

Ia berikutan timbul beberapa spekulasi bahawa pentadbiran kerajaan negeri terlibat dengan isu tersebut.

“Sekarang ini peringkat semua orang nak mengambil bahagian dan mendapat perhatian.

“Yang penting kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan, kita percaya dan yakin mereka akan buat siasatan secara telus,” katanya lagi.

Tambahnya, kerajaan negeri juga menyerahkan sepenuhnya keputusan membatalkan Kebenaran Merancang (KM) kepada Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai isu itu.

Semalam, bekas Exco ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), Howard Lee Chuan How berkata Saarani dan UMNO negeri wajar membuat laporan mengenai isu penjualan tanah lapangan terbang antarabangsa itu.

Howard juga mahu isu berkenaan diselesaikan secara tuntas, demi keadilan untuk rakyat Perak.

Selain itu, empat bekas exco kerajaan negeri tampil membuat laporan di pejabat SPRM Perak supaya satu siasatan lengkap dilakukan terhadap pihak yang terbabit di dalam penyalahgunaan kuasa berhubung isu tersebut.


Pemilihan PKR: Farhash sah cabar MB Selangor di Gombak

 

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, setakat ini, perebutan jawatan ketua PKR Gombak hanya antara beliau dan Amirudin Shari.

PETALING JAYA: Bekas pembantu Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menghantar pencalonannya semalam untuk mencabar Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bagi jawatan ketua PKR Gombak dalam pemilihan parti bulan depan.

“Setakat ini, perebutan bagi kerusi berkenaan hanya dua orang, saya dan menteri besar (Selangor),” kata Farhash dipetik Berita Harian.

Gombak antara bahagian yang menjadi tumpuan pada pemilihan PKR bulan depan kerana penyandangnya, Amirudin ialah ketua PKR Selangor merangkap pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri.

Farhash meletak jawatan sebagai setiausaha politik Anwar Disember lalu, sebelum mengumumkan beliau akan bertanding jawatan ketua PKR Gombak yang disandang Amirudin pada Februari lalu.

Pada 7 Feb lalu, Farhash dilaporkan berharap menjadi ketua PKR Gombak yang baharu dan seterusnya menentang Ahli Parlimen kawasan itu, Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Hilman Idham pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, beliau diminta bertanding di kawasan itu oleh sebahagian ahli akar umbi yang mahu peremajaan parti sebelum PRU15 dan PKR juga mahu merampas semula kerusi Parlimen Gombak daripada Azmin, bekas timbalan presiden parti itu yang kini bersama Bersatu.

“Saya mahu menang kerusi itu (Gombak) dan menyatukan ahli PKR serta penduduk di kawasan berkenaan. Saya mahu susun gerak kerja untuk membantu ahli dan rakyat,” kata bekas ketua PKR Perak itu.

Ditanya sama ada beliau berhasrat bertanding sebarang jawatan di peringkat pusat, Farhash berkata, beliau masih berbincang dengan rakan, tetapi akan membuat keputusan esok.

Penamaan calon bagi peringkat bahagian berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu, manakala enam jawatan tertinggi parti, iaitu presiden, timbalan dan empat naib presiden, selain kepimpinan tertinggi sayap PKR akan diadakan esok.