KAH..KAH SEKOLAH....? INGAT KANDANG KAMBING....60 TAHUN MERDEKA BEGINI NASIB RAKYAT SABAH ?

 

Bumbung sekolah musnah, 5 rumah ranap akibat ribut di Sabah





Bumbung sekolah di SK Seri Gum-Gum di Beluran musnah akibat angin kencang, semalam. (Gambar Bomba)

BELURAN: Angin kencang dan hujan lebat yang melanda sekitar Pantai Timur Sabah, semalam, mengakibatkan sebuah bangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Gum-Gum, di sini, mengalami kerosakan.

Jurucakap Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu, pada 8.13 malam.

Katanya, sepasukan enam anggota dengan sebuah jentera penyelamat kemudian dihantar ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, 30% bumbung sekolah berkenaan runtuh dan rosak.

“Bagaimanapun kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Lima buah rumah di Telipok musnah akibat tanah runtuh. (Gambar Bomba)

Terdahulu, beberapa kawasan di Sandakan dilanda ribut dan angin kencang serta berlaku hujan ais batu, semalam.

Sementara itu di Kota Kinabalu, sebanyak lima buah rumah di Skim Penempatan Telipok, di sini, musnah akibat tanah runtuh, awal pagi tadi.

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada 5.30 pagi itu juga susulan hujan berterusan sejak semalam.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat selepas semua mereka sudah diarah mengosongkan rumah, sejak semalam.

No comments: