KERAJAAN MELAYU ISLE...SELALU BUAT MACAMANA DERIS ?? NAMPAK MACAM SUSAH JA .....

 

Jumlah subsidi diputus selepas kuota haji negara dimuktamad, kata menteri agama





Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata jumlah subsidi bagi menunaikan ibadah haji tahun ini akan diputuskan selepas jumlah kuota haji negara dimuktamadkan. (Gambar Bernama)

KLANG: Kemudahan jumlah subsidi bagi menunaikan ibadah haji tahun ini akan diputuskan setelah jumlah kuota haji negara diketahui dan dimuktamadkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

“Apabila kita sudah dapat bilangan kuota (haji) sebenar, insya-Allah kita akan duduk (berbincang) untuk muktamadkan jumlah subsidi yang diberikan,” katanya ringkas ketika diminta mengulas berhubung perkembangan subsidi haji selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Infaq Kasih Ramadan Kawasan Kapar, di sini hari ini.

Jumaat lepas, Idris memaklumkan kerajaan memberi jaminan kemudahan subsidi bagi menunaikan ibadah haji diteruskan tahun ini, bagaimanapun kadar yang akan ditanggung masih belum diputuskan.

Sementara itu, mengulas mengenai titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Idris berkata titah itu sudah jelas.

Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi MKI bertitah bahawa sebarang kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa tersebut adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, MKI dan Majlis Raja-Raja.

No comments: