MEMANG HAMPIR SEMUA DARI ERA BN. PH BUKAN ISSUE PROJEK BARU (PROJEK KERAJAAN PH SENDIRI) SBB RAKYAT DALAM INDUSTRI BINAAN DIMINTA IKAT PERUT 2 TAHUN.


ZUBAIDI SUDIN


Image may contain: 3 people, text that says "malaysiakini NEWS Ramieza Wahid malaysiakini. com Harapan responsible for only 5.3 pct of RM6.61b direct awards Guan Eng"


Takkan lupa? Kami dalam industri pembangunan dan binaan diminta ikat perut 2 tahun sejak 2018 selepastu PH ghuyub...haha..Description: πŸ˜…
Memg terbaik pembongkaran ini dan memg ia legasi BN dan PH hanya teruskan dan kebykannya dapat kpd kontraktor2 pro UMNO. Rakyat biasa jangan harap la. Tambah-tambah pula yang pro PH lagi le takde harapan.

BETUL. Ada projek-projek yang diberikan diskaun dari asal oleh kontraktor yng dipanggil kira semula dan ia bleh diteruskan. Tapi ia dilakukan secara rahsìa. Siapa mereka ini?

Aku nak tahu jugak kenapa era PH dulu ada cakap-cakap di kalangan Komuniti Pembangunan dan Pembinaan bahawa ada satu "CONSULTANT" yang akan boleh beri dokumen tender dengan bayran tertentu untuk dikira semula dan jika boleh diberikan diskaun dari kontraktor asal maka dia boleh dapat SST bagi projek itu?? Itu rumours ke? So ramai kontraktor-kontraktor yang dapat tu berbohong? Eh...aku tanya jer. Description: 😜

Hal berkenaan juga pernah ditanyakan oleh Ahmad Fadhli Shaari YB Pasir Mas dari PA$. Soalan dia tu valid. Kalau takde angin masakan pohon bergoyang?

Aku setuju PH TIDAK BERSALAH dalam hal projek DIRECT NEGO dan DESIGN & BUILD. Tapi orang tak faham kenapa aku dok kata Tokong Lim tetap berbohong dan menipu?? Bosan dah nak explain. Hanya pemegang taruh dalam industri ini sahaja yang akan faham.
Wallahualam.

- Zus Din

28 Ogos 2020

Pendedahan Zafrul satu penipuan, serangan politik terhadap PH




Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz perlu memperbetulkan senarai projek rundingan terus (RT) Pakatan Harapan (PH) daripada RM6.61 bilion kepada RM352 juta.
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng turut meminta Tengku Zafrul mendedahkan senarai projek RT zaman Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk membuktikan keihklasan beliau tidak mahu mempolitikkan isu berkenaan.
“Pendedahan senarai projek RT daripada PH sahaja, dan bukannya BN dan PN, dilihat sebagai satu serangan politik yang kotor ke atas PH. Malah apa yang didedahkan ialah penipuan semata-mata.
“Ini kerana daripada jumlah RM6.61 bilion yang diumumkan, 95 peratus atau RM6.258 bilion merupakan projek yang diwarisi dan sambungan dari zaman BN yang terpaksa diteruskan oleh PH,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP di sini hari ini.
Tambah Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, dalam kata lain, projek RT di bawah inisiatif PH bukan RM6.61 bilion seperti yang diuar-uarkan tetapi sebenarnya hanya 5.3 peratus daripada jumlah itu iaitu RM352 juta.
Tengku Zafrul ketika berucap di parlimen baru-baru ini mendakwa bahawa 101 projek bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui rundingan terus di bawah pemerintahan PH.
Beliau membuat dakwaan itu ketika menjawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan.
Bagaimanapun Zafrul ketika itu tidak mendedahkan perinciannya.
Pemimpin-pemimpin PH serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencabar Tengku Zafrul untuk menerbitkan senarai penuh 101 projek berkenaan.
Kelmarin Tengku Zafrul mendedahkan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion melalui perolehan kerajaan secara RT.
Guan Eng dalam sidang media semalam telah menjawab ‘pendedahan’ tersebut antaranya menegaskan bahawa kebanyakan projek RT tersebut bukan inisiatif baru daripada PH, tetapi adalah projek warisan atau sambungan zaman BN.
Tengku Zafrul semalam dilaporkan berkata, isu projek kerajaan yang dianugerahkan secara rundingan terus tidak perlu dipolitikkan dan menambah, perolehan projek kerajaan secara rundingan terus diperuntukkan di bawah undang-undang.


HA..HA..PERCAYA KEBAL WARAN TANGKAP KELUAR



Ini selepas bekas presiden JMM itu gagal hadir pada prosiding komital difailkan bekas Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim terhadapnya.


Mahkamah keluar waran tangkap ke atas Azwanddin

Image may contain: 2 people, text




10 sebab kenapa Azmin ‘Ikon MITI’ paling teruk




Oleh Aziera NH
Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming hari ini menyenaraikan 10 sebab mengapa Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Azmin Ali boleh menjadi “Ikon MITI” paling teruk dalam sejarah Malaysia.
1. Penurunan jumlah perdagangan terbesar pada Mei 2020 dalam tempoh 20 tahun
Jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan penurunan sebanyak 27.8% dari RM159.2 bilion pada Mei 2019 kepada RM114.9 bilion pada Mei 2020. Ini sekaligus mencatatkan penurunan terbesar perdagangan Malaysia dalam tempoh 20 tahun terakhir.
Manakala Perdagangan Suku Kedua pula turun sebanyak 14.7% daripada RM460.5 bilion pada tahun 2019 kepada RM393.0 bilion pada tahun 2020.
Walaupun semasa krisis kewangan global 2008, penurunan terbesar yang dicatat hanyalah sebanyak 17.8% iaitu pada bulan Ogos 2008.



2. Malaysia alami defisit dagangan pertama pada April 2020 sejak 1998
Malaysia juga mengalami defisit perdagangan pertama sebanyak RM3.63 bilion pada April 2020 di bawah kepimpinan Azmin Ali. Ini juga merupakan defisit perdagangan pertama sejak krisis kewangan Asia 1998.



Sejak tahun 1998, Malaysia telah mengalami lebihan perdagangan selama 269 bulan berturut-turut. Tetapi nampaknya kejayaan ini terhenti sejurus selepas Azmin Ali mengambil alih MITI.
3. Jualan sektor pembuatan susut 33% pada bulan Aril 2020
Sekali lagi, MITI di bawah pimpinan Azmin Ali berjaya mencatatkan penurunan 33% dalam jualan sektor pembuatan iaitu dari RM113.1 bilion pada April 2019 kepada RM75.8 bilion pada April 2020.
Nilai jualan sektor perkilangan juga mencatatkan penurunan sebanyak 16.5% daripada RM337.6 bilion pada Q2 2019 kepada RM281.9 bilion pada Q2 2020.



4. Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) menguncup 32% pada April 2020
IPP Malaysia telah menguncup 32% dari 112.4 pada Aril 2009 kepada 76.5 pada April 2020. Penurunan seperti ini belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia.
Bukan itu sahaja, IPP juga jatuh masing-masing sebanyak 21.6% untuk Mei dan 0.4% untuk Jun 2020. Bagi suku ke-2 2020, IPP turun sebanyak 17.9%.



5. Ribuan syarikat gagal akses sistem permohonan dalam talian MITI
Kebanyakan penurunan jumlah perdagangan ini berlaku pada fasa pertama PKP. Azmin adalah menteri yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mengurangkan kesan penurunan ini. Malangnya, beliau gagal merancang dengan baik. Tambahan pula, ribuan syarikat dalam sektor tambahan yang mahu beroperasi semasa PKP juga kecewa apabila mereka gagal untuk mengakses laman web MITI.



6. Pengumuman awal pembukaan semula ekonomi pada awal Mei tanpa persiapan yang tepat
Setelah menutup sebahagian besar ekonomi tanpa persiapan yang rapi, kerajaan PN mengumumkan pula ingin membuka semula sektor ekonomi pada pertengahan April 2020. Malangnya Azmin telah membuat pengumuman awal tanpa persiapan dan rundingan yang tepat.
Beliau sepatutnya memberikan penerangan yang jelas kepada kerajaan Negeri termasuk di Selangor dan Pulau Pinang. Namun, perkara ini tidak berlaku.
Sebagai contoh, Azmin Ali sendiri umumkan pembukaan semula perniagaan kedai gunting rambut dan salon. Tetapi rupanya mereka belum sediakan SOP yang sesuai lagi untuk mula beroperasi. Ini sekaligus telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat termasuk para peniaga salon sendiri.



Bukan itu sahaja, Ketua Pengarah Kesihatan juga tidak setuju dengan arahan ini. Ini adalah contoh paling jelas kegagalan Azmin untuk menjadi “ikon MITI”.



7. Jumlah jualan kenderaan pada April 2020 merosot hampir 100%
Jualan kereta di Malaysia menyaksikan penurunan 99.7% pada April 2020. Unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk kenderaan automotif menurun dari 500k menjadi 400k bagi tahun 2020.



8. Kenapa masa jadi Menteri Ekonomi bantah CPTPP dan bila jadi Menteri MITI sokong pula?
Semasa menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah kerajaan PH, Azmin Ali merupakan salah seorang pengkritik paling kuat terhadap Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). Tapi nampaknya selepas bertukar portfolio sebagai Menteri MITI, beliau kini lebih menyokong CPTPP dan bahkan mengatakan bahawa kabinet PH telah bersetuju untuk meratifikasikan CPTPP pada tahun 2018.



Ini menyebabkan mantan Menteri MITI, Darell Leiking keluarkan pernyataan penjelasan mengenai keputusan kabinet mengenai CPTPP.



Nampaknya amalan “u-turn” dan cakap tak serupa bikin kini memang dah jadi sebati dalam diri Azmin.
9. Azmin lupa pernah jadi Anggota Kabinet PH
Semasa menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi PH, beliau sendiri bersetuju bahawa BN adalah punca penyumbang kepada jumlah nilai hutang Malaysia sehingga RM1 trilion.



Tapi bila dah jadi pengkhianat, Azmin nampaknya lupa akan semua ini. Dia siap kata semua ini adalah pembohongan. Dengan mudah dia lupa bahawa dia juga adalah sebahagian daripada kabinet PH (sama juga seperti Tan Sri Muhyiddin).



10. Mengambil kredit atas usaha orang lain
“Pencapaian” terakhir Azmin yang juga menggelar dirinya sebagai “Ikon MITI” ialah dengan mengambil penghargaan atas usaha orang lain.
Contohnya, sejumlah pelaburan bernilai RM37.4 bilion telah diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan primer pada suku pertama tahun ini. RM26.3 bilion atau 70.4% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan disumbangkan oleh pelaburan domestic langsung (DDI) dan 29.6% dari pelaburan langsung asing (FDI).
Untuk pengetahuan, sebahagian besar kerja yang dilakukan untuk memperkukuhkan DDI dan FDI adalah usaha kerajaan PH. Tetapi Azmin nampaknya tanpa segan silu menerima kredit untuk angka pelaburan bagi Q1 2020.



Tapi tiada apa yang pelik pun sebabnya beliau memang dari dulu suka ambil kredit atas usaha orang lain.
Contohnya semasa beliau menjadi Menteri Ekonomi, beliau pernah ambil kredit atas Pakej Ransangan Ekonomi yang merupakan hasil usaha pasukan Kementerian Kewangan yang dipimpin oleh Lim Guan Eng. Padahal pada masa tu, Azmin dan gengnya sedang sibuk merancang “Langkah Sheraton” untuk jatuhkan kerajaan PH.



Kesimpulannya, Azmin memang layak digelar “Ikon MITI” yang paling teruk dalam sejarah Malaysia! 

MAHATHIR DAH CUKUP KERUSI?



ZAHARIN MOHD YASSIN

Kemarin petang aku berjumpa Tengku Razaleigh Hamzah secara empat mata. Aku bagi tahu dia, dalam maklumat risik yang aku terima Tun Dr Mahathir Mohamad telah punya 118 sokongan ia itu bertambah 9 orang dari yang ada 109 oleh PN.

2. Masa yang sama, aku beri tahu dia, jika Muafakat Nasional menerima PPBM. Semua beban PPBM akan terpikul oleh Muafakat Nasional. Terutama dalam isu saperti ada Menteri yang belum dibersihkan isu 'semburit'. Dan seperkara lagi jika Muafakat Nasional untuk menunjukkan Melayu.. Ini akan memperkuatkan dan memperkukuhkan Parti Pembangkang khasnya DAP dan PKR.

3. Pengundi Orang Cina, India dan bumiputra bukan Islam tidak akan undi PN.. mereka takut kuasa Melayu. Dan ketakutan ini akan menyebabkan beberapa kawasan Parlimen di Pantai Barat Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan kekal di kuasai oleh Pembangkang.

4. Saya meminta YBM Tengku Razaleigh Hamzah berbuat sesuatu sebelum UMNO akan kalah teruk lagi.

5. Hari ini beliau YBM Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan kesemua Menteri UMNO letak jawatan dalam Kabinet Muhyiddin Yasin.

6. Sehingga kini Perikatan Nasiona tidak membuat sebarang dasar yang jelas hala tujunya.

7. Jika UMNO masih dalam Kerajaan semasa undi belah bagi meluluskan undang-undang Bajet 2021 dan kemudian di tolak oleh 118 orang Ahli Parlimen. Apa pendirian UMNO.

8. Kepada saya Mahyuddin Yasin yang dinasihatkan oleh MakCik Gemuk dan Setiausaha Politik botaknya hanya pentingkan diri.. bukan rakyat. Dan adakah Malaysia boleh sukses dengan Perdana Menteri yang hanya berkerja di rumah dan 4 jam sahaja dalam sehari.

Perdana Menteri Singapura juga menghadapi penyakit kanser. Tetapi rakyat Singapura mendapat maklumat perkembangannya dari masa kesesama. Tetapi di Malaysia, Perdana Menteri menyembunyikan kemajuan kesihatannya dan berlindung di bawah isu Covid 19 dan doanya.

Sang Kelembai.


BAGI LAH ORANG LAIN PULA


HAMDAN TAHA


Rais Yatim terajui BERSATU Negeri Sembilan | Politik | Berita Harian

Rais Yatim dengarnya akan di lantik yang di pertua Dewan Negara....lantikan tu hak kerajaan yang ada lah kuasa PM.

Tapi Malaysia ni tak ada orang lain ke yang ada dalam politik....dia ni dari muda dah makan duit rakyat melalui menjadi Wakil Rakyat...Menteri Besar...Menteri....lepas masuk  S46...kemudian masuk Umno jadi Menteri semula...dah tak jadi menteri bagi jawatan Bertaraf Menteri...bagi lagi pengerusi UIA....dah Umno kalah....masuk Bersatu....jadi Senator....ni nak lantik yang di Pertua Dewan....walaupun hajat dia nak jadi TYT Melaka....

Bab rezeki ni urusan Allah swt.....tapi jika kerajaan Malaysia tak bagi peluang orang lain dan orang muda....apa nak jadi Malaysia ni....lagi tua lagi jadi Perdana Menteri....Menteri...Senator...Presiden Parti....apa nak jadi Malaysia macam ni....

Art Harun walaupun sikap dan liberal dia tu agak keterlaluan tapi sekurang kurangnya dia orang baru yang di ketengahkan....masih boleh di terima lagi...

Takkan dah 80 dan 95 mungkin selagi tak mati semua kita nak bagi jawatan kat depa depa ni....ini yang menyebabkan rakyat Malaysia tengok politik Malaysia ni menyampah....

Sepatutnya dah umur 65 ke 70 ni berehat lah....duit dah ada banyak....kaya raya.....penyakit pun banyak juga....bagi lah depa ni ingat untuk bersama keluarga dan jemaah masjid pula...


PASTI RAMAI SETUJU DENGAN HAKIKAT INI


Barisan senator pembangkang menggesa kerajaan Perikatan Nasional mempertimbangkan semula rancangan untuk melantik pemimpin Bersatu Negeri Sembilan, Dr. Rais Yatim sebagai Presiden Dewan Negara.
Menurut mereka, Dr. Rais yang juga bekas menteri UMNO yang kemudiannnya berpaling tadah menyertai Bersatu, dikira “tidak sesuai” untuk memegang peranan itu.
“Dewan Negara adalah fitrahnya sebuah dewan yang harmoni dan kurang berbalah.
“Justeru, ia memerlukan seorang presiden yang mampu memupuk konsensus dalam kalangan anggotanya.
“Kami berpendapat bahawa Dr. Rais Yatim bukanlah individu yang sesuai untuk memegang peranan tersebut,” kata kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Yusmadi Yusoff (PKR), Aiman Athirah Al Jundi (Amanah), Liew Chin Tong (DAP), Theodore Douglas Lind (Warisan), Donald Peter Mojuntin (Upko) dan Marzuki Yahya (Pejuang).
Dr. Rais mengangkat sumpah sebagai senator pada 16 Jun lalu dan sejak itu namanya diperkatakan akan dilantik sebagai Presiden Dewan Negara menggantikan SA Vigneswaran.
Tempoh penggal SA Vigneswaran yang juga Presiden MIC sebagai Presiden Dewan Negara berakhir pada 22 Jun lalu.
Dr. Rais pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan daripada tahun 1978 hingga 1982, ketika itu mewakili UMNO.
Beliau juga turut menerajui beberapa kementerian sepanjang karier politiknya – antaranya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Luar Negeri.
Dr. Rais meninggalkan Umno pada tahun 1990 untuk bergabung bersama bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan menubuhkan parti serpihan Semangat 46.
Beliau kembali menyertai UMNO setelah parti itu dibubarkan.
Dr. Rais sekali lagi keluar UMNO buat kali kedua selepas PRU14 pada 2018 lalu sebaik BN tumbang kepada PH untuk menyertai Bersatu.
Walaupun beliau menyerahkan borang penyertaannya menyertai Bersatu kepada Tun Mahathr Mohamad, Dr. Rais kemudian mengalihkan sokongannya kepada Muhyiddin Yassin apabila berlaku krisis antara Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri.
Atas sokongannya kepada Muhyiddin, beliau dilantik sebagai senator dan disebut-sebut akan dijadikan Presiden Dewan Negara dalam sidang yang bermula 2 September ini.


HADI KATA ANWAR KURANG PENGALAMAN


Ali b. Harun

..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚... Belum pernah jadi TPM atau Menteri Kewangan, baru pegang jawatan Duta Kurma, Tuang Presideng dah memperlekeh DSAI..egonya dia.

Kalau nak dibandingkan DSAI dengan Tuan Presideng Pas ni macam langit dengan bumi..DSAI dah pernah pegang jawatan TPM dan Menteri Kewangan,

Tuang Presideng jadi MB T'ganu tak sampai pun sepenggal...jadi Duta Kurma dalam k'jaan, itupun Tebuk Atap, baru beberapa bulan saja dah ego. Inilah sifat Setan Hadi.



ATAS KERTAS PN MENANG TAPI PRU 15 BELUM TENTU

ZURAIDA PERNAH LAWAT PROJEK DI KEPONG TETAPI TAK TAHU?

AZMIN TAU BANYAK PERKARA, KENAPA DEDAH?

PH kesal pindaan hadkan tempoh pegang jawatan PM ditarik balik








Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) meluahkan rasa kekesalan apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertindak menarik balik pindaan Perlembagaan bagi menghadkan tempoh menjawat jawatan Perdana Menteri selama dua penggal, tanpa sebarang alasan.

Dalam kenyataan bersama antara Fahmi Fadzil (KEADILAN), Khalid Samad (AMANAH) dan Liew Chin Tong (DAP), mereka berpandangan bahawa pindaan itu adalah sebagai satu peluang keemasan untuk melaksana reformasi yang amat bermakna di negara ini, namun telah disia-siakan dan dibuang begitu sahaja oleh PN.

"Antara tujuan utama PH mengusahakan pindaan ini adalah untuk memastikan seorang individu tidak memegang jawatan Perdana Menteri untuk tempoh terlalu lama yang memungkinkan dia boleh mengambil kesempatan ke atas kedudukan tersebut selama memegang jawatan itu, termasuk menutup penyelewengan yang dilakukannya.

"Secara tidak langsung, pindaan tersebut diharap akan dapat memberi peluang kepada lebih ramai pimpinan politik baharu untuk berkhidmat sebagai Perdana Menteri dan menutup kemungkinan budaya pendewaan seseorang pemimpin," menurut kenyataan.

Pada masa sama, PH juga berpandangan tindakan drastik itu menunjukkan bahawa PN tidak mempunyai aspirasi tersendiri untuk memperjuangkan demokrasi di negara ini, sebaliknya hanya mahu menikmati kuasa itu dengan sesuka hati.

"Sikap ‘pusingan U’ ini membuktikan bahawa kerajaan hari ini tiada ‘falsafah perjuangan’ dan hanya berminat memegang kuasa, dan tidak mempunyai wawasan atau visi yang lebih besar untuk memastikan demokrasi sentiasa subur di bumi Malaysia," katanya.


(function() { var d = document, w = window; w

PROPAGANDA KAUM DAN AGAMA

Saya telah kupaskan dan debunk beberapa propaganda mengarut mengenai ekonomi. Hari ini izinkan saya debunk propaganda politik agama dan bang...