CONTOH LEBAI KENA SAMAN


Ibrahim Mat Isa

Ni contoh kalah saman, kena bayar sebagai penyelesaian, jika tidak masuk penjara, jika menang, buat apa kena bayar RM13.3 juta..??




KESIAN.....




SAIFUDDIN ABDULLAH DIKECAM DALAM FB..JOM KITA JENGUK AZMIN PULA.





SEMANGAT SAMBUT RAYA HILANG KERANA AIR KERUH.



MILO KOSONG KAW

Semangat berkobar-kobar nak sambut raya..taip dipatahkan oleh masalah air yang berkarat kemerahan..

Ore Kelate panggil putuh hangin wehhh..Bilo agaknya Nik Amar nak rasa mandi,berus gigi, berkumur,basuh kain baju dan ambil wudhuk dengan air yang berkarat cantik menarik kemerahan mcm ni..


0:00 / 0:59



60 kes jangkitan baru Covid-19, tiada kematian


PUTRAJAYA: Tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban 115 orang.
Dalam perkembangan sama, 60 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 7,245 orang sehingga kini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 1,185 pesakit sedang dirawat.
Daripada jumlah tersebut, 9 di unit rawatan rapi dengan 4 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, Hisham mengumumkan 33 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,945 orang sehingga kini.
Daripada 60 kes baru yang dilaporkan, 7 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
“Daripada 53 kes penularan tempatan, 44 kes adalah bukan warganegara Malaysia, di mana 27 kes bukan warganegara Malaysia dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih dan 6 kes di sebuah kluster baru di DTI Sepang,” katanya.

Anwar Ibrahim & Dr Wan Azizah Wan Ismail: Perutusan Eidulfitri 1441H / 2020



Mukhriz Mahathir: Halatuju Segala Perancangan Yang Dilakukan Oleh Kelompok Pro Perikatan Nasional?



PASCA LANGKAH SHERATON: SOKONGAN CINA KEPADA PH KEKAL MANTAP

‘Lupakan’ sahaja PRK Chini, Umno beritahu PH


PRK DUN Chini, Pahang bakal diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu 2 minggu lepas.
PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno menggesa Pakatan Harapan (PH) supaya tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Chini di Pahang bulan depan berikutan pencapaiannya yang lemah di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada pilihan raya umum 2018.
Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, kerusi itu dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 4,622 undi dalam pertandingan 3 penjuru melibatkan PAS dan PH, yang berjaya memperolehi hanya lebih 1,000 undi atau 6% daripada jumlah undi.
Beliau berkata, dalam keadaan BN kini bekerjasama dengan PAS, keputusan PRK itu kelak “sudah hampir pasti”.
Mohd Sharkar Shamsuddin.
PRK akan menjadi “beban yang tidak perlu ke atas kewangan kerajaan, selain menimbulkan risiko kesihatan kerana wabak Covid-19”.
Sekiranya persaingan pada 2018 seimbang, maka PRK kali ini boleh dianggap demokratik dari segi keperluan mendapatkan mandat baru, tetapi berdasarkan keadaan semasa dan rendahnya kemungkinan PH meraih sokongan pengundi di situ, adalah lebih baik PH tidak bertanding,” katanya.
Beliau berkata, parti kerajaan dan pembangkang harus memperlihatkan semangat setiakawan demi kepentingan rakyat.
“Lagipun BN tidak bertanding dalam PRK Port Dickson demi kepentingan negara,” katanya merujuk kepada kerusi yang dimenangi presiden PKR Anwar Ibrahim dalam pertandingan 7 penjuru.
PRK Chini dijadualkan diadakan pada 4 Julai depan. Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Abu Bakar Harun 2 minggu lepas.

SAMA TARAF PEMIKIRAN.



ORANG BIJAK TAK IKUT KOPERAL KENA BUANG KERJA

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, jambang, teks dan rakaman dekat


BERNAMA pun tak salahkan PH, TV3 tak salahkan PH, RTM tak salahkan PH, Harakah Daily salahkan PH..walaupun harga barang naik mendadak semasa PN...INSAF A

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks

GAMBAR HARI RAYA 2020

Imej mungkin mengandungi: 3 orang

2020 SUDAH....KENAPA RAKYAT KELANTAN KELU DALAM ISU AIR.


LIHAT KOMEN RAKYAT







Nik Amar persenda desakan netizen yang protest masalah ketiadaan air di Kelantan.Rasa cerdik dah minum air 

telaga..weiii Penang sana 60an air paip dah la woiii...orang tak ngaku cerdik cam mu...berpuluh tahun perintah nak salah  umno?






Isu air: Rakyat mahu solusi bukan alasan
Siapa ibu muda ini yang bangkit bersuara melawan jawapan Nik Amar mengenai kekurangan air di Kelantan.

Isu air: Rakyat mahu solusi bukan alasan




Semalam viral video luahan rasa seorang ibu muda terhadap Isu Air di Kelantan. Ia meletus seiring dengan video jawapan tidak cerdik Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar.
Siapa ye ibu muda ini yang lantang mengemukakan kekecewaannya terhadap sikap pembesar negeri yang dirasakan sangat tidak prihatin terhadap keluhan rakyat berhubung masalah air yang begitu kronik di negeri Serambi Mekah ini.
Walaupun namanya tidak dinyatakan namun hakikatnya dia mewakili isi hati rakyat Kelantan yang mahu isu AIR yang merupakan keperluan asas kehidupan diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.
Bagi rakyat yang sudah lama menderita dengan masalah air, kita tidak mahu mendengar apa-apa lagi alasan dari pihak yang bertanggungjawab terhadap pengurusan prasarana di negeri Kelantan ini.
Nak kata tak ada duit, kemana pergi 400 juta yang disumbangkan kerajaan Pusat kepada Kelantan.
Paling menjengkelkan adalah sikap pemimpin yang cuba meremehkan isu air ini sambil memberikan alasan yang tak masuk dek akal seolah-olah kesusahan rakyat selama ini tidak ada ertinya bagi mereka.
Pasir Pekan, Pasir Tumboh, Tanjong Mas (sekadar beberapa contoh) bukan pedalaman, lokasi ini adalah pinggir bandar yang semuanya terkesan dengan permasalah mendapatkan air bersih untuk kegunaan harian.
Air karat dan keruh memang masalah yang sinonim dengan air yang dibekalkan kerajaan negeri. Namun yang lebih parah adalah ketiadaan air dan terputusnya bekalan yang begitu memeritkan warga Kelantan.
Rakyat hari ini lebih bermaklumat dan tidak dapat menerima alasan dangkal tanpa solusi. Kebanyakan rakyat juga bijak berfikir dan bertimbangrasa.
Kalau tidak masakan mereka boleh bersabar lebih 28 tahun dengan situasi bekalan air bersih yang begitu kritikal di Kelantan.
Apa yang rakyat mahukan adalah penjelasan jujur daripada pimpinan negeri terhadap isu air ini.
Cuba terangkan kepada kami rakyat kedudukan sebenarnya masalah air ni yang tak selesai lagi sejak sekian lama .
Adakah ianya berkaitan dengan masalah punca bekalan air atau masalah penyaluran air untuk sampai kepada pengguna atau apakah masalah sebenarnya.
Boleh terangkan kepada kami apa maksud jaminan yang diberikan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang dilaporkan pada 6 Jan 2020 bahawa Kelantan tidak akan mengalami krisis bekalan air pada masa depan memandangkan separuh bekalannya diperoleh daripada air bawah tanah.
Pengurus Besarnya, Datuk Dr Azuhan Mohamed, berkata sebanyak 36 loji rawatan air di Kelantan bukan bergantung sepenuhnya kepada sungai.
Hakikatnya kami rakyat marhaen masih terus-terusan menghadapi masalah air. Ramai rakyat menggunakan pam air persendirian untuk memberi kuasa tambahan sedutan air kerana kalau tidak memang tak naiklah air ke tangki rumah mereka.
Ramai lagi yang terpaksa mengusahakan air sendiri dengan menggunakan air boring atau telaga tiub. Itupun ramai yang telah menghabiskan ratusan ringgit tanpa mendapat hasil yang diharapkan kerana tak semua kawasan, airnya sesuai utk kegunaan harian apatah lagi utk diminum tanpa rawatan air yang menyeluruh.
Justru Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Negeri Kelantan mendesak pihak berkuasa negeri untuk menyelesaikan isu air yang merupakan bekalan asas untuk kehidupan rakyat di negeri ini.
Sekurang-kurangnya berilah rakyat satu penerangan tentang kedudukan isu air dan perancangan jangka pendek dan panjang Kerajaan Negeri sebagai menunjukkan keprihatinan Kerajaan terhadap keperluan asas rakyat ini.
—————-
Penulis adalah Ketua Awan Negeri Kelantan




Antara gambar yang disebarkan dalam media sosial tentang air di Kelantan sekarang.


ZAMAN PN PEMANDU MABUK TAK JADI ISU?

Kerajaan perlu lebih bertanggungjawab pertahan pekerjaan

UCAPAN DARI RAFIZI RAMLI


Selamat hari raya kepada semua.

Ini mungkin hari raya yang paling berbeza kita pernah lalui, tetapi kita selalunya berjaya menyesuaikan diri dengan cepat.

Setiap yang berlaku yang dikira susah pada hari ini, sebenarnya membina kekuatan dan ketahanan di masa akan datang.

Kita tidak tahu bagaimana buruk dan panjang keadaan ini akan berlanjutan. Kalau pun vaksin berjaya ditemui, ia akan mengambil masa yang panjang untuk sampai kepada semua.

Kemungkinan besar ekonomi akan mengambil masa yang panjang untuk pulih. Jumlah orang muda yang tidak mempunyai pekerjaan juga akan terus meningkat.

Usaha saya akan terus bertumpu kepada soal membantu yang muda mencari pekerjaan, membantu syarikat kecil mencari pekerja dengan lebih mudah dan membantu orang ramai mula berniaga secara kecil-kecilan.

Sebahagian dari jawapan kepada masalah-masalah ini bergantung kepada teknologi yang kita bangunkan.

Saya berdoa setiap dari kita diberikan ketenangan dan kebahagiaan untuk bersama-sama mereka yang tersayang di hari raya ini dan hari-hari yang mendatang.

Setiap yang berlaku, walau nampak tidak adil kepada kita hari ini, membuka pintu agar kita menjadi lebih kuat selepas ini, jika hanya kita belajar dari pengalaman yang tidak adil itu.

Selamat hari raya Aidilfitri.



(function() { var d = document, w = window; w

Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan (ULANGSIAR)

Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak ...