((PANAS)) DATO KAMAL BONGKAR: ANWAR/PH BATALKAN MOU DENGAN KERAJAAN ISMA...



((PANAS)) DATO KAMAL BONGKAR: ANWAR/PH BATALKAN MOU DENGAN KERAJAAN ISMAIL SABRI? SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL. SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH https://bit.ly/2R38Uhk

((GEMPAR-MELAKA)) DATO ZAHARIN BONGKAR MASAALAH NELAYAN AKIBAT PROJEK PA...

Audio Dr T, Dakwa Hadi Tak Boleh Dipercayai?



NAMPAKNYA ADA KUMPULAN YANG MAHUKAN HADI DICABAR DALAM PEMILIHAN PAS.

HIPOKRASI UMNO DAN PERJUANGAN TIPU MELAYU

 

Pengakuan UMNO Melaka tentang cubaannya menggamit kerjasama dengan DAP bagi menyelematkan nyawa kerajaan negeri daripada tumbang tidak lain menggambarkan hipokrasinya perjuangan parti Melayu itu.

Ab Rauf yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Pengerusi BN Melaka dan Speaker kerajaan negeri itu mengakui adanya cubaan menyelamatkan nyawa itu berikutan tindakan empat Adun menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali, baru-baru ini.

Katanya, beliau ada mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan DAP Melaka bagi melakukan perundingan bertujuan menyelamatkan kerajaan negeri, sambil menawarkan beberapa penyelesaian, namun ditolak parti seteru itu.

“Saya cakap terus terang saya berunding malam sebelum itu dengan kepemimpinan DAP dan saya menawarkan beberapa solusi untuk kita membendung supaya tumbangnya kerajaan negeri ini tidak berlaku.

“Tetapi adalah lebih malang kerana ia tidak diterima pimpinan DAP,” katanya lagi.

Selain tindakan berunding dan cubaan bekerjasama dengan DAP itu menggambarkan hipokrasi UMNO berikutan parti itu masih terikat dengan ketetapan NO Anwar No DAP, ini juga memperlihatkan betapa UMNO begitu ghairah untuk mempertahankan kuasa sehingga sanggup melakukan apa saja.

Di manakah pegangan UMNO sendiri terhadap ketetapan sendiri?

Tidakkah tindakan Ab Rauf itu suatu kesalahan kerana melanggar ketetapan parti dan wajar diambil tindakan?

Kalau Ab Rauf berkata adalah malang kerana tawarannya itu ditolak oleh DAP, yang lebih malang lagi sebenarnya ialah kerana UMNO memiliki pemimpin sepertinya.

Pemimpin yang sanggup berbuat apa saja demi menyelamatkan kuasa, termasuk menggadai prinsip dan ketetapan parti adalah jenis yang tidak berguna sama sekali kepada rakyat dan perjuangan UMNO.

Kalau untuk menyelamatkan nyawa, mereka sanggup menggadai prinsip, melanggar ketetapan sendiri dan nenipu penyokong bawahan yang disuruh berpegang kepada ketetapan No Anwar No DAP, sudah tentu ketika berkuasa, lebih banyak lagi perkara-perkara yang lebih besar sanggup dilanggari.

Adakah jenis pemimpin begini yang dimahukan oleh sebuah perjuangan dan parti seperti UMNO?

Dalam hal ini, tindakan DAP menolak tawaran kerjasama itu amat terpuji dan menggambarkan bagaimana mereka bukan saja berpegang kepada prinsip, malah memberi pengajaran kepada UMNO tentang menghargai ketetapan yang telah diputuskan.

Begitu pun, yang agak menghairankan, kenapa kepimpinan kerajaan negeri Melaka tidak berunding dengan empat Adun yang mengunumkan menarik sokongan itu untuk menyelamatkan kerajaan negeri, sebaliknya memilih DAP untuk memberi nyawa kepada mereka?

Apakah empat Adun berkenaan sudah tidak boleh dirundingi atau sebarang perundingan enggan dilakukan kerana mereka lebih banyak tahu mengenai kepincangan yang sudah lama berlarutan dalam kerajaan negeri?

Sepatutnya, tindakan paling bermoral jika sudah hilang sokongan ialah Ketua Menteri mesti meletak jawatan dan bukannya cuba meminta nyawa daripada musuh yang telah dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung UMNO sendiri sebagai musuh yang tidak boleh dijalin sebarang kerjasama dengan mereka.

Ahli UMNO, orang Melayu dan rakyat negeri itu wajar berasa malu dengan perlakuan Ab Rauf yang tidak segan-segan merangkak kepada DAP yang ianya jelas memberi kehinaan paling besar kepada UMNO dan BN sebagai sebuah parti dan entiti perjuangan.

Tolak Ab Rauf, tolak UMNO dan tolak BN adalah jawapan serta balasan yang tiada kompromi jika ada PRN tidak lama lagi. – ShahbudinHusin 09/10/2021.

Gempar! Tular audio mirip suara Khairuddin perleceh Presiden Pas

 

VIDEO DI BAWAH....



Audio mirip suara seorang pemimpin Pas yang didakwa mempertikai kepimpinan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tular di media sosial semalam.

Rakaman audio itu didedahkan seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Ahmad Rizqi Khairuddin.

Menerusi hantaran di media sosial tersebut, individu yang menggunakan nama Ahmad Rizqi itu memberi amaran akan terus mendedahkan audio pemimpin Pas itu.

Rakaman audio itu antara lain mendedahkan, pemimpin Pas yang dinamakan Dr T itu mendakwa, Abdul Hadi percaya bahawa Perikatan Nasional (PN) lebih berpengaruh berbanding Barisan Nasional (BN).

“Tok Guru ini berpegang pada pandangan survey (kaji selidik) yang menunjukkan PN naik, BN turun. Tetapi, dia kata, kita kena raikan juga, UMNO masih ada akar umbi.

“Ayat itu Tok Guru ulang selalu. Ulang pada ungkapan, tetapi pada praktikalnya, tidak ditunjukkan. Jadi, kita susah hati,” menurut audio yang didakwa suara pemimpin Pas itu.

Pendedahan audio ini dipercayai ada kaitan dengan pemilihan pimpinan Pas yang akan diadakan November ini.

Pada 2019, Pas bersama UMNO membentuk satu kerjasama yang dikenali sebagai Muafakat Nasional (MN).

Ketika berlaku krisis politik negara pada 2020, Pas bersama BN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa parti lain, membentuk kerajaan.

Gabungan baru ini akhirnya didaftarkan secara rasmi sebagai Perikatan Nasional dan Pas menyertai gabungan ini secara rasmi biarpun UMNO dan BN tidak bersama.



AUDIO WALAUN DAN YB LEBAI SUSAH HATI DENGAN HADI...

 



KEH..KEH BIASA LA ORANG BONGKAK NI DILAKNAT ALLAH....PARTI DIA PUN BUKAN MENANG WALAU SATU KERUSI PUN...MELALAK SAJA ITU INI...HAPA PUN TAK BOLEH BUAT...GAYUT PADA PARTI YANG DIA DOK MAKI DULU SAJA.

 


Bongkak! Idris kata Pas akan pastikan PH tidak kembali berkuasa di Melaka


Bongkak! Idris kata Pas akan pastikan PH tidak kembali berkuasa di Melaka



PAS akan pastikan Pakatan Harapan (PH) tidak lagi berkuasa di Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hak Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Justeru, beliau berkata, Pas kini menubuhkan sebuah Jawatankuasa Induk PRN Melaka bagi merangka strategi menghadapi pilihan raya itu nanti.

Katanya, jawatankuasa itu dipengerusikan Naib Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dibantu Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat serta Badan Perhubungan Pas Negeri Melaka untuk merangka pelan strategik sekiranya PRN dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

“Matlamat Pas di dalam PRN Melaka yang bakal diadakan itu sangat jelas iaitu untuk memastikan PH tidak lagi berkuasa di negeri itu.

“Mengenai jumlah kerusi yang Pas akan bertanding pula, ia sedang dibincangkan termasuk perbincangan dengan rakan parti lain secara bersama bagi mengukuhkan perpaduan memastikan PH tidak lagi berkuasa.” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyampaian Musa’adah Banjir kepada Sekolah Rendah Islam Bistari Darul Mulkan di Jalan Kuala Sepetang di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata, pegawai yang didapati melakukan penyelewengan di 14 agensi di bawah Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri akan diambil tindakan tegas termasuk dipecat serta-merta.

Beliau berkata, kementeriannya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sebegitu kerana tidak mahu berkompromi dengan mereka yang tidak amanah dan tiada integriti dalam menjalankan tugas.

“Sekiranya ada penyelewengan berlaku, kita tidak teragak-agak untuk memecat pegawai yang terbabit dan orang seperti itu tidak perlu di simpan.

“Semua 14 agensi di bawah saya akan bertemu pada setiap Isnin bagi melaporkan apa yang mereka laksanakan dan saya sudah melantik seorang pegawai untuk mengendalikan pemantauan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di setiap agensi dan KPI 100 hari kementerian,” katanya.

Risaukan kemarahan rakyat, PM umum penubuhan jawatankuasa khas siasat kematian Adib

 


Risaukan kemarahan rakyat, PM umum penubuhan jawatankuasa khas siasat kematian Adib


Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh dan telus terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ismail berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet semalam.

Menurutnya, jawatankuasa ini akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut dianggotai Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Idrus Harun.

“Penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mendapat keadilan dan sekali gus pelaku kematian Adib dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad Adib, mengalami kecederaan parah semasa kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018.

Allahyarham meninggal dunia akibat kecederaan ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara pada 17 Dis 2018.

Inkues ditubuhkan berikutan perselisihan pendapat mengenai punca kematiannya, sama ada disebabkan oleh kemalangan atau serangan yang disengajakan.

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Adib disebabkan oleh perlakuan jenayah oleh lebih daripada dua atau tiga orang yang tidak dikenali.

Teliti kes Batu Puteh, dakwaan Tommy Thomas

Selain itu Ismail Sabri berkata jemaah menteri juga bersetuju agar pasukan khas ditubuhkan bagi menyemak semula berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran dalam kes Pulau Batu Puteh.

Katanya, pasukan petugas khas ini akan dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan opsyen-opsyen yang bersesuaian dengan mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang antarabangsa.

“Usaha ini bertujuan untuk menyemak semula undang-undang berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran berkenaan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh,” katanya.

Pada masa yang sama, katanya, jemaah Mmnteri juga telah membuat keputusan untuk mendapatkan pandangan undang-undang awal berkenaan tindakan undang-undang di bawah “Tort of Misfeasance” ke atas mana-mana pihak yang didapati telah melakukan kecuaian dan kekhilafan ekoran tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes berkenaan.

Untuk rekod pada 2018, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan untuk berpihak kepada Singapura dalam isu perselisihan wilayah di pulau itu.

Pada penghujung Mei 2018, selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kerajaan PH pimpinan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ketika itu menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ berkenaan.

Sementara itu, Ismail berkata kabinet turut bersetuju menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi membuat kajian awal sebelum sebarang tindakan diambil terhadap dakwaan bekas peguam negara, Tommy Thomas di dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness

“Pasukan petugas khas siasatan yang dicadangkan ini antara lain bertujuan untuk menyiasat dakwaan Tommy Thomas mengenai penyalahgunaan kuasa dalam isu pelantikan hakim, campur tangan badan eksekutif melampau dalam badan kehakiman, pendakwaan terpilih dan bersifat politik serta pelanggaran sumpah kerahsiaan,”katanya.

NAK LEBIH MASA ???? AMBIK LA BERAPA TAHUN PUN

 

BOB KELANANG


AIKK... mintak lebih masa la plak, pakai xjadi la jawabnya... kehkehkehkehkehhh

Hari tu kata, beri 5 hari jer ke Pas, pasti akan berlaku perubahan... rupa2nya perubahan itu ialah tak jadi laksana...
KOH KOH KOH... jilaker punya osetad dhuha!!


May be an image of 1 person, sitting and text that says "NEGARA MERDEKA negaramerdeka.com Mahukan lebih masa, Idris enggan gelojoh laksanakan RUU 355 October 6, 2021 3:28 pm MalaysiaGazette® HAZROL AINAL"

Jawatankuasa khas perlu umum hasil siasatan kematian Adib, kata CUEPACS

 

CUEPACS berharap kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tidak terus dijadikan modal politik atau isu perkauman demi kepentingan sesetengah pihak.

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu hasil siasatan jawatankuasa khas ke atas kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diumumkan bagi menjamin ketelusan siasatan.

Presidennya, Adnan Mat berkata, CUEPACS menaruh harapan tinggi agar keadilan untuk Allahyarham dituntut kerana ia penting bagi memastikan kes seumpama itu tidak berulang, terutamanya melibatkan penjawat awam yang bertugas demi kepentingan rakyat dan negara.“CUEPACS juga berharap isu ini tidak terus dijadikan modal politik atau isu perkauman demi kepentingan sesetengah pihak.

“Sebaliknya, fokus utama yang perlu diberikan perhatian adalah mencari pesalah terlibat, menuntut keadilan serta memberi jaminan perkara sama tidak berulang kepada mana-mana penjawat awam pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, CUEPACS mewakili semua penjawat awam, khasnya anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menyambut baik keputusan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes Adib.

“Keputusan kerajaan sejajar hasrat CUEPACS dan JBPM sendiri serta keseluruhan rakyat Malaysia agar kematian Adib dapat diberikan keadilan sewajarnya mengikut lunas undang-undang negara.”

Beliau berkata, CUEPACS menghargai dan berterima kasih atas keputusan kerajaan dalam meneruskan siasatan kes kematian Adib.

Katanya, kes itu tidak boleh dipandang remeh dan pesalah harus dicari dan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas.

Terdahulu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya ke atas kematian Adib.

Jawatankuasa khas itu yang akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar diberi enam bulan memperoleh dapatan dan cadangan untuk dibentangkan kepada Kabinet bagi tindakan susulan.

Adnan berharap anggota jawatankuasa khas itu akan menggunakan sepenuhnya enam bulan itu untuk menyelesaikan segala persoalan yang timbul di sebalik kematian Adib.

CERAMAH MAT SABU ONLINE : Pak lebai PAS berhentilah jual agama! Tak malu ke orang duk sindir Oktob...


Pak lebai PAS berhentilah jual agama! Tak malu ke orang duk sindir OktoberPAS?

Berdebat dengan Menteri Agama, Setiausaha Pemuda Pas Kelantan dengan mud...

CADANGAN BODO DARI PIMPINAN PAS TERHADAP RAKYAT

 

HAMZAH RIE NA


Bila lebai PAS jadi menteri inilah fungsinya untuk meyusahkan rakyat ditambah lagi beban kos sara hidup semakin naik sejak Kerajaan Isley PAS-Umno memerintah.

TAKDIR !!!
SR

May be an image of 1 person and text that says "OH!MEDIA NORRMLTAMUDA Kurangkan Gaji RM1,500 Kepada RM1,200 Galakkan Majikan Ambil Pekerja Tempatan Oleh Hafizal Mahat Gaji sendiri gaji menteri tak nak pula dikurangkan Pada 08/10/2021 SR suara rakyat TETAPI SIBUK NAK KURANGKAN GAJI RAKYAT TEMPATAN? Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim"

PKR beri amaran akan cabar ‘katak’ pada PRU15

 

KITA LIHAT RAMAI RAMAI MANA AZMIN DAN TEH GANG NAK LARI...KITA LAWAN HABIS HABISAN





Sim Tze Tzin berkata, PKR bersedia menghadapi saingan bekas orang kuatnya, Dr Afif Bahardin bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

GEORGE TOWN: PKR Pulau Pinang akan mempertahankan kerusi yang dimenangi mereka dan merampas semula kerusi yang bertukar tangan selepas penyandang meninggalkan parti itu untuk menyokong Perikatan Nasional pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Ketua PKR Pulau Pinang, Sim Tze Tzin yakin pengundi negeri itu tidak akan menerima “pembelot” pada PRU15 kerana tidak mudah melupakan kesusahan politik yang dibawakan wakil rakyat melompat ke parti ditolak rakyat.

Mengulas laporan mendakwa ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin mengintai kerusi tradisi kubu kuat PKR Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi Nurul Izzah Anwar, pada PRU15, Sim berkata, parti itu bersedia menghadapi sebarang cabaran kerana ia sudah dijangkakan.

“Kami mengalu-alukan sebarang cabaran daripada sesiapa sahaja. PKR bukan sahaja akan mempertahankan kerusi yang dipegangnya sekarang, kami juga akan bekerja keras untuk merampas kembali kerusi yang kami hilang kepada pembelot di DUN dan Parlimen,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, setiap pilihan raya adalah kompetitif dan parti itu sentiasa menghormati pilihan pengundi serta berharap calon yang menang akan tetap setia kepada pengundi mereka.

The Vibes semalam melaporkan Afif, yang juga bekas Exco Pulau Pinang, sedang mempertimbangkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU15, tetapi menyerahkannya kepada kepimpinan Bersatu menentukannya.

“Masyarakat di Permatang Pauh, terutama di Seberang Jaya, tahu siapa Dr Afif. Mereka telah lihat saya bekerja untuk mereka.

“Sesetengah ahli politik mendakwa mereka bekerja untuk rakyat. Tetapi, rakyat tahu siapa yang jujur dan ada ketika mereka memerlukan bantuan,” kata Afif.

Bekas Exco Kesihatan Pulau Pinang itu melompat ke Bersatu pada Jun tahun lalu bersama Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh) dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman yang juga satu-satunya Ahli Parlimen PKR Pulau Pinang yang menyertai Bersatu.

Mereka yang meninggalkan Pakatan Harapan untuk menyertai Bersatu adalah Khalid Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang).


Panas! Idris Haron dedah buat pertemuan dengan Mat Sabu

 Panas! Idris Haron dedah buat pertemuan dengan Mat Sabu


Selepas bertemu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Parti Amanah Nasional (Amanah), Mohamad Sabu pula semalam.

Dalam kenyataan ringkas kepada wartawan, Idris berkata, pertemuan yang berlangsung itu hanyalah perjumpaan biasa dengan pemimpin pembangkang.

“Tiada sebarang tawaran, dia (Mohamad Sabu) ucap tahniah dan teruskan perjuangan mencegah kemungkaran dan membina kesejahteraan rakyat,” kata Idris.

Sebelum ini, tular di laman sosial gambar bekas Ketua Menteri Melaka Kesepuluh itu bertemu Mohamad Sabu dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.

Pertemuan itu mencetus tanda tanya ketika negeri Melaka sedang bergelora ekoran krisis politik sehingga menyebabkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam telah bersetuju untuk membubarkan DUN Melaka Keempat Belas berkuatkuasa 4 Oktober lalu bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Semalam, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka mengumumkan mereka hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Pembubaran itu dibuat susulan empat ADUN negeri termasuk Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) mengumumkan telah hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada Isnin lalu.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dengan 14 kerusi dipegang BN, Bersatu (dua), DAP (tujuh), PKR (dua), Amanah (dua) dan Bebas (satu).

PENYELEWENGAN PUNCA ADUN MELAKA MELOMPAT


“Kalau UMNO ini terus mempunyai pemimpin-pemimpin seperti yang ada pada hari ini, rakus! Rakusnya diibaratkan makan itu tangan kanan dan kiri disuapkan ke mulut sambil mata menjeling lagi ke makanan lain di atas meja, yakni projek-projek ekonomi di negeri Melaka ini. “Ribuan meter kubik pasir yang ditambak dari tengah laut dibawa ke sini tapi diisytihar dengan jumlah yang rendah, menipu kerajaan Persekutuan dalam bentuk royalti, yang ini berlaku dengan jelas.


PANDORA PAPERS - INIKAH NEGARAKU?



Menurut laporan tersebut, seramai 1,500 Rakyat Malaysia termasuk tokoh-tokoh politik dan korporat serta anak-anak dan isteri mereka, terbabit menyimpan wang secara rahsia di pusat kewangan luar pesisir yang dianggarkan berjumlah lebih RM1.8 trillion dari tahun 2004 hingga 2014. Syarikat luar pesisir atau offshore dikatakan mampu mengaburi mata umum sebagai lubuk untuk pengubahan wang, selain menyembunyikan aset daripada dikenakan cukai yang tinggi oleh Kerajaan.




KALAU BACA KISAH SEJARAH PERJANJIAN PANGKOR 1874 DAN KISAH KISAH MELAKA KETIKA KEJATUHAN MELAKA 1511, AKU RASA LEBIH KURANG JA DALAM BENTUK MODEN

 


Dua bekas Adun Umno Melaka akan jumpa SPRM dedah isu pasir



Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan bekas ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, bersedia bertemu pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembolotan projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir laut.

Mereka bersedia menyalurkan maklumat itu bagi membuktikan dakwaan mereka, ada pihak tertentu dipercayai terbabit dalam penyelewengan menambak laut di pantai negeri ini.

Idris berkata, beliau tiada masalah berbuat demikian jika dikunjungi pegawai SPRM kerana mendakwa mempunyai bukti bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan.

Dua bekas Adun Umno Melaka akan jumpa SPRM dedah isu pasir

“Saya bersedia pada bila-bila masa, tengah malam pun saya boleh jumpa pegawai SPRM kalau mereka ingin berjumpa saya di Melaka.

“Jangan ingat saya cakap suka-suka atau cakap kosong saja fasal korek pasir laut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media hari ini melaporkan SPRM akan bertemu Idris bagi mendapatkan butiran berhubung dakwaan itu.

Sementara itu, Nor Azman berkata, beliau dan Idris bertindak menarik balik sokongan kepada bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali Isnin, lalu kerana tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang dipercayai terbabit dalam penyelewengan royalti pasir.

“Kami buat ini bukan kerana tidak dapat projek korek pasir atau seumpamanya, kami tidak ada kepentingan peribadi.

“Sebaliknya kami tidak sanggup melihat perkara itu berleluasa hingga mengancam masa depan anak cucu kita,” katanya.

Beliau mendakwa, ada pihak tertentu memusnahkan fail berkaitan projek mengorek pasir bagi mengelak penyelewengan dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, beliau yakin masih ada bukti yang boleh diperoleh pegawai SPRM jika melakukan siasatan menyeluruh berkaitan dakwaan itu.

Nor Azman mendakwa, SPRM harus menjalankan siasatan terhadap kenyataan Sulaiman sebelum ini, sebuah syarikat mempunyai modal berbayar yang mencukupi untuk melaksanakan projek menambak laut.

Sulaiman pada 22 September lalu dilaporkan berkata, syarikat berkenaan mempunyai modal berbayar RM1 juta dan melebihi syarat minimum untuk pelaksanaan projek menambak laut secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

Kata Sulaiman, modal berbayar itu melebihi syarat minimum untuk syarikat mengemukakan permohonan projek penswastaan, iaitu RM250,000.

Syarikat berkenaan sudah menjelaskan bayaran RM29.3 juta semasa menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri, katanya.

Sebelum itu Ketua Pembangkang Melaka yang juga bekas ADUN Bukit Katil, Adly Zahari dilaporkan mempersoalkan tanah seluas kira-kira 476 hektar (kira-kira 1,190 ekar) diberikan kepada syarikat berkenaan untuk ditambak.

Sulaiman berkata, kelulusan yang diberikan kepada syarikat berkenaan munasabah kerana ia bertujuan membina pelabuhan.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.



APA- APA TUNGGU AGONG DULU- JANGAN DOK MEMANDAI. DAH BANYAK KALI BEBERAPA PARTI TAK HORMAT TUANKU. SUSAH HANGPA CARI AGONG. SENANG PERITAH AGONG PUN HANGPA TAK PEDULI...AKAI TAK DAK....

 


Politik Melaka: Kabinet tunggu pendirian Agong dahulu - Perdana Menteri



Umavathi Ramayah
Politik Melaka: Kabinet tunggu pendirian Agong dahulu - Perdana Menteri
Ismail Sabri Yaakob berkata, Kabinet akan menentukan langkah seterusnya mengenai kemelut politik di Melaka selepas mengadakan pertemua dengan Yang di-Pertuan Agong. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Kabinet akan menentukan langkah seterusnya mengenai kemelut politik di Melaka selepas mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, minggu depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Seri Paduka Baginda perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk Peguam Negara, Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Kita mengadakan mesyuarat Kabinet pagi tadi dan kita ada bincang mengenai situasi di Melaka.
"Setakat ini, kita masih belum membuat sebarang keputusan, sebab saya difahamkan Agong akan berjumpa Peguam Negara, Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Jadi kita tunggulah selepas sesi taklimat dengan Timbalan Agong atau Pemangku (Agong), Kabinet akan buat keputusan minggu depan," katanya selepas menghadiri majlis Prapelancanran Keluarga Malaysia di Auditorium Perdana Angkasapuri, di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Kabinet berhubung kemelut politik di Melaka.
Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran DUN negeri itu.
Menurutnya, perkara itu telah diputuskan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.
Ia selepas empat ADUN kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
Sebelum ini, kerajaan Melaka pimpinan Barisan Nasional (BN) diwakili 17 ADUN yang terdiri daripada 14 ADUN UMNO, dua (Bersatu) dan satu Bebas manakala pembangkang mempunyai 11 kerusi iaitu tujuh DAP, dua (PKR) dan dua (Amanah).

NI DAH JATUH KATEGORI ZALIM DAH NI- PIMPINAN ULAMA BUAT APA SAMPAI TAHAP GINI...DHOLIM LA KALAU TAK ADA BAHASA LAIN...KESIAN BUDAK BUDAK. DUIT YANG DOK SIMPAN BILLION-BILLION NAK BELAT AYAQ MAI PENANG PAKAI LA DULU..NANTI GANTI LA BALIK.BILA JUAI AYAQ KE PENANG...CAM SPORE BUAT.

 


Maahad tahfiz di Kedah tenat, kerajaan negeri digesa salur bantuan kewangan


Maahad tahfiz di Kedah tenat, kerajaan negeri digesa salur bantuan kewangan.Kerajaan negeri Kedah perlu segera menyalurkan bantuan kewangan kepada semua maahad tahfiz di negeri ini yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kebanyakan maahad tahfiz di Kedah ketika ini berdepan kewangan yang meruncing untuk terus beroperasi dan berisiko gulung tikar.

Beliau berkata, untuk tempoh jangka panjang, kerajaan negeri perlu merangka pelan pembangunan institusi tahfiz di negeri ini secara lebih sistematik agar usaha melahirkan legasi agamawan berkualiti diteruskan.

“Masalah terbesar dihadapi maahad tahfiz di negeri ini ialah aliran tunai yang terjejas teruk iaitu sekitar 50 hingga 70 peratus penyusutan pendapatan untuk beroperasi.

“Mapim berharap kerajaan negeri mempertimbangkan permohonan bantuan kewangan untuk membiayai keperluan perbelanjaan, pengurusan dan tenaga pengajar semua institusi tahfiz yang berdaftar termasuk pusat tahfiz yang dalam proses untuk mendaftar,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Mohd Azmi berkata, bantuan wajar disalurkan bagi tempoh tertentu yang difikirkan munasabah sehingga pengusaha maahad tahfiz dapat kembali berdikari seperti sebelum pandemik.

“Kami mengesyorkan agar penambahbaikan dilakukan terhadap institusi tahfiz di Kedah bukan sahaja dari aspek prasarana tetapi yang lebih penting adalah pengurusan dan kebajikan tenaga pengajar,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan data daripada Persatuan Maahad Tahfiz Kedah Darul Aman (Petanda), terdapat seramai 5,457 pelajar dan 775 guru di institusi tahfiz yang berdaftar di negeri ini.

“Berdasarkan maklumat itu, sebanyak 20 peratus institusi tahfiz terpaksa memberhentikan pekerja dan guru akibat sumber kewangan yang terhad.

“Sebanyak 15 peratus institusi tahfiz swasta pula tidak dapat membayar gaji guru dan kakitangan dan 60 peratus lagi hanya dibayar separuh gaji,” jelas beliau.

Mohd Azmi berkata, dianggarkan 70 peratus maahad tahfiz di negeri ini hanya mampu bertahan untuk tempoh tiga bulan lagi sekiranya tiada bantuan disalurkan.

“Difahamkan, terdapat 91 buah maahad tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), sementara banyak lagi yang masih dalam proses untuk mendaftar.

“Kebajikan pengurusan dan tenaga pengajar maahad tahfiz sewajarnya diberikan perhatian kerana ia melibatkan masa depan institusi pendidikan Islam,” katanya.

Tambah beliau, walaupun institusi tahfiz dikelolakan secara persendirian dan organisasi bukan kerajaan serta tidak tergolong dalam institusi pendidikan perdana, namun ia tetap menyumbang kepada kesejahteraan negara dari aspek kualiti golongan agamawan.

“Malah kecenderungan masyarakat kini memilih institusi tahfiz sebagai institusi untuk mendidik anak-anak harus dilihat secara positif. Sudah tiba masanya institusi ini diberikan penambahbaikan sewajarnya seiring dengan peredaran zaman,” kata beliau.

HANGPA DOK GADOH BUAT APA- AUDIO JA PUN..BUKAN SAHIH ..TA DAK DALIL JANGAN TUDUH MACAM MACAM YA....NANTI MASUK NURAKA

 


Tular audio pemimpin Pas didakwa pertikai Hadi Awang



Irwan Muhammad Zain



Tular audio pemimpin Pas didakwa pertikai Hadi Awang
Pendedahan audio ini dipercayai ada kaitan dengan pemilihan pimpinan Pas yang akan diadakan November ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Audio mirip suara seorang pemimpin Pas yang didakwa mempertikai kepimpinan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tular di media sosial semalam.
Rakaman audio itu didedahkan seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Ahmad Rizqi Khairuddin.Menerusi hantaran di media sosial tersebut, individu yang menggunakan nama Ahmad Rizqi itu memberi amaran akan terus mendedahkan audio pemimpin Pas itu.
Rakaman audio itu antara lain mendedahkan, pemimpin Pas yang dinamakan Dr T itu mendakwa, Abdul Hadi percaya bahawa Perikatan Nasional (PN) lebih berpengaruh berbanding Barisan Nasional (BN).
“Tok Guru ini berpegang pada pandangan survey (kaji selidik) yang menunjukkan PN naik, BN turun. Tetapi, dia kata, kita kena raikan juga, UMNO masih ada akar umbi.
“Ayat itu Tok Guru ulang selalu. Ulang pada ungkapan, tetapi pada praktikalnya, tidak ditunjukkan. Jadi, kita susah hati,” menurut audio yang didakwa suara pemimpin Pas itu.
Pendedahan audio ini dipercayai ada kaitan dengan pemilihan pimpinan Pas yang akan diadakan November ini.
Pada 2019, Pas bersama UMNO membentuk satu kerjasama yang dikenali sebagai Muafakat Nasional (MN).
Ketika berlaku krisis politik negara pada 2020, Pas bersama BN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa parti lain, membentuk kerajaan.
Gabungan baru ini akhirnya didaftarkan secara rasmi sebagai Perikatan Nasional dan Pas menyertai gabungan ini secara rasmi biarpun UMNO dan BN tidak bersama.

NI KULI KATA JADI JALANG NI- BUKAN AKU KATA..ADA WALAUN MARAH HANTAR MAKI ANWAR IBRAHIM LA BAGAI- ADA AKU KISAH.....ERKKKKKKK. PARTI HILANG MARUAH MEMANG CAM TU...SALAHKAN ORANGG LAIN

 


Pas diminta jelaskan pendirian sokong Umno dan Bersatu dalam PRU15



PAS diminta memperjelaskan kenyataannya mengenai sokongan terhadap Umno dan Bersatu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, tidak pasti sama ada Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Man merujuk sokongan yang akan diberikan terhadap penyandang kerusi parti itu atau kepada Ahli Parlimen yang menyandang kerusi di mana berlakunya pertembungan Umno dan Bersatu.

PAS adalah sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN) pimpinan Bersatu dan turut mengadakan kerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

Pengundi Melayu di peringkat akar umbi mungkin tidak bersetuju dengan pendirian yang tidak jelas, menurut penganalisis politik.

Namun perselisihan faham dilihat sering berlaku di antara Bersatu dan Umno dan kedua-dua parti itu mungkin bertembung dalam PRU. .

Dalam kenyataan yang dipetik Utusan Malaysia Isnin lalu, Tuan Ibrahim berkata, PAS, Umno dan Bersatu harus mengekalkan kerusi masing-masing.

“Jika kerusi itu milik Umno, kita akan menyokong Umno, jika Bersatu, kita akan sokong Bersatu,” katanya.

“Asas kerjasamanya adalah untuk menghalang pertembungan tiga penjuru.”

Ahmad Fauzi berkata, rancangan PAS untuk menyokong penyandang parti mungkin bermaksud ia akan meninggalkan bekas ahli Umno yang berpaling tadah kepada Bersatu selepas PRU yang lalu.

Beliau bertanya: “adakah PAS bersedia untuk meninggalkan 15 orang Ahli Parlimen Bersatu yang memenangi kerusi atas tiket Umno pada PRU14?”

Katanya, penting untuk diingatkan bahawa mereka membantu Bersatu mendapatkan jumlah kerusi yang mencukupi untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan akhirnya menjadi tonggak utama kepada PN.

“Sebenarnya orang yang berpaling tadah ini membantu PAS mendapatkan kuasa di peringkat persekutuan selepas 44 tahun,” katanya.

“Saya ragu-ragu sekiranya mereka yang kini berada dalam Bersatu akan berasa senang dengan pendirian PAS untuk menyokong Umno di kawasan penyandangnya, terutama sejak PAS menjadi sebahagian daripada PN.”

Katanya, pengundi Melayu di peringkat akar umbi mungkin tidak bersetuju dengan pendirian yang tidak jelas.

Oh berkata, Umno mungkin tidak menyambut baik pendirian PAS terutama jika strategi untuk menyokong penyandang itu bermaksud menyokong bekas ahli Umno yang berpaling tadah.

Bagaimanapun beliau berkata, PAS yang mempunyai sokongan yang cukup besar dan setia boleh menetapkan syarat pengantaraan antara Umno dan Bersatu kerana kedua-duanya mahukan sokongan mereka.

“Namun Umno akhirnya boleh menolak rancangan pengantaraan oleh PAS itu kerana ia mempunyai sokongan akar umbi yang besar,” katanya.

“Manakala Bersatu pula, perlu bergantung pada PAS kerana kurangnya sokongan di peringkat akar umbi.”