JAWAPAN BUAT HATERS BANGGANG.


 





ORANG KE SANA BERJUANG...MANGKOK HAYUN DI MALAYSIA KOMEN BERLAKON .INI PENERANGAN USTAZ BADLISHAH.


 

SEPATUTNYA GURU GURU PASTI NI MINTA KENAIKAN GAJI DAN JUGA KWSP. PI JADI KULI LEBAI PAS BUAT APA?

 

Aziani SU



PAS sendiri yang mempertahan kan bahawa  PASTI tiada kaitan ngan politik.... macam mana pulak PASTI boleh masuk dalam pelancaran jentera pru.







SEMOGA DIPERMUDAHKAN PERUNDINGAN.

 



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan membuat satu keputusan akhir pada Jumaat berhubung rundingan dengan Iran bagi melanjutkan gencatan senjata, yang perlu merangkumi pembukaan Selat Hormuz serta memansuhkan keupayaan Tehran untuk menghasilkan senjata nuklear.






"Saya akan mengadakan mesyuarat sekarang di Bilik Situasi bagi membuat satu ketetapan akhir," katanya merujuk kepada pusat kawalan White House bagi memantau krisis global.


Beberapa sumber sebelum ini menyatakan satu perjanjian bakal dicapai bagi melanjutkan gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak awal April untuk tempoh 60 hari lagi, bagi membolehkan penghantaran minyak dan gas disambung semula melalui laluan air strategik itu sementara perunding menangani isu rumit seperti program nuklear Iran.


"Iran mesti bersetuju bahawa mereka tidak akan sesekali memiliki Senjata atau Bom Nuklear. Selat Hormuz mesti dibuka serta-merta tanpa sebarang tol, untuk trafik perkapalan tanpa sekatan di kedua-dua arah," kata Trump sambil menambah bahawa bahan nuklear akan "digali keluar" oleh AS.


Setakat ini, tiada maklum balas segera daripada pihak Iran, namun ketua perundingnya, Mohammad Baqer Qalibaf sebelum ini membayangkan nada skeptikal.


"Kami tidak mempercayai jaminan dan kata-kata, hanya tindakan yang menjadi ukuran. Tiada sebarang tindakan akan diambil sebelum pihak di sana bertindak," kata Qalibaf dalam satu hantaran di media sosial tanpa mengulas lanjut.


"Pemenang bagi mana-mana perjanjian adalah pihak yang lebih bersiap sedia untuk menghadapi peperangan pada keesokan harinya."


Perang yang dilancarkan oleh AS dan Israel pada 28 Feb telah mengorbankan ribuan nyawa, terutamanya di Iran dan Lubnan, selain mencetuskan impak ekonomi global berikutan kenaikan harga tenaga ekoran tindakan Iran menutup Selat Hormuz secara berkesan.


Harga minyak dilaporkan merosot manakala pasaran saham meningkat pada Jumaat susulan potensi perjanjian berkenaan.


Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump berkata, periuk api akan dialihkan dari selat itu dan kapal-kapal yang terkandas di sana boleh mula pulang ke tanah air: "Sampaikan salam kepada isteri, suami, ibu bapa, dan keluarga anda daripada saya, Presiden kegemaran anda!"


Beliau berkata, tiada pertukaran wang akan dilakukan "sehingga diberitahu kelak" - kemungkinan merujuk kepada tuntutan Iran untuk pembayaran tol di selat berkenaan, ganti rugi kemusnahan perang atau pelepasan dana Iran yang dibekukan di luar negara.


Sementara itu, Kazakhstan telah memberi isyarat sedia menerima simpanan uranium Iran yang diperkaya hampir ke tahap gred senjata sekiranya AS mencapai persetujuan dengan Iran, kata ketua badan pengawas nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rafael Grossi kepada Financial Times.


Kazakhstan menempatkan bank uranium diperkaya pada kadar rendah yang dikawal secara antarabangsa bagi memastikan bekalan bahan api untuk stesen janakuasa dalam kalangan negara anggota Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).


-- REUTERS


#1media4all #malaysianews #trendingmalaysianews




TU DIA...TERPALING PERASAN PARTI NI


 

JOM BACA . PELABURAN TRILLION PALING HEBAT DALAM SEJARAH NI, APA AKU DAPAT ?

 


Nazri Haris





Aku benci la sembang Malaysia dapat pelaburan sampai triliyun, tapi hidup aku sama aje. Pigi dah!!! 


Yea. Betul. Malaysia cecah RM1 trillion jumlah dagangan dalam 4 bulan terawal ini. 


Angka RM1 trilion ini bukan sekadar nombor di atas kertas.


Merujuk laporan rasmi terbaru dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), ini adalah sejarah baharu negara.


Buat pertama kalinya, seawal Januari hingga April 2026, jumlah perdagangan kita mencatat angka sebesar ini.


Tapi bagi rakyat biasa, soalan yang bermain di fikiran mestilah...


"Apa kaitan angka MITI yang bertrilion ini dengan periuk nasi saya di rumah?"

... 

... 


#Ceritera1 


Eksport kita (apa yang kita jual ke luar) melonjak kepada RM609.31 bilion.


Import pula (apa yang kita beli) pada RM517.40 bilion.


Hasilnya?


Kita mencatatkan lebihan dagangan (trade surplus) sebanyak RM91.92 bilion.


Ini adalah lonjakan hampir dua kali ganda berbanding tahun lepas. 


Secara logik akalnya, bayangkan kita berniaga. 


Wang jualan yang masuk ke dalam poket jauh lebih besar daripada modal yang anda keluarkan untuk beli stok.


Untung bersih kita berganda.


Di saat nilai mata wang negara jiran jatuh mendadak,


wang asing yang masuk lebat inilah yang menjadi benteng pertahanan paling kukuh untuk menyokong nilai R1nggit kita secara organik.

... 

... 


#Ceritera2 


=Apa Pula Malaysia Jual Sampai Laku Keras?=


Jawapannya bukan lagi sekadar minyak atau kelapa sawit.


Senjata utama kita sekarang adalah cip semikonduktor dan produk Elektrik & Elektronik (E&E).


Tatkala kuasa besar dunia sedang 'berperang' untuk membangunkan teknologi A.I dan pusat data, mereka sangat perlukan cip.


Di sinilah letaknya kedudukan strategik kita. 


Fakta menarik: Eksport produk sokongan A.I kita sahaja menyumbang separuh daripada jumlah keseluruhan eksport negara.


Secara kasarnya, dunia terpaksa bergantung kepada kepakaran kilang di negara kita.

... 

... 


#Ceritera3 


=Pasaran 'Plan B' Menjadi Senjata Rahsia=


Siapa kata kita tak terkesan dengan Selat Hormuz? 


Ketegangan di Asia Barat dan keretakan rantaian logistik maritim global memberi kesan kepada semua negara.


Hebatnya lagi, kita tidak lagi letakkan semua telur dalam satu bakul.


Di sinilah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar M@laysia (MATRADE) memainkan peranan besar di belakang tabir.


Hasil gerak kerja agresif MATRADE, kita tidak lagi hanya mengharap kepada pasaran tradisional.


Produk buatan tempatan kini laku keras menebuk pasaran baharu di benua Afrika, Amerika Latin, dan Eropah Timur.


Jadi, jika satu pasaran merudum atau berlaku krisis geopolitik di Asia Barat, ekonomi kita ada penampan dan 'Plan B' yang sangat teguh.

... 

... 


#Ceritera4 


="Sembang Lebat Sangat, Habis Tu, Kenapa Poket Aku Tak Rasa Apa-Apa?"=


Ini persoalan yang sangat wajar.


Rantaian ekonomi ini mengambil masa.


Ia bukan magis.


Nak rasa dividen ASB pun paling kurang setahun.


Dalam tiga tahun kebelakangan ini, data dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan kelulusan pelaburan sentiasa mencatat rekod:


RM329.5 bilion (2023),

RM384.4 bilion (2024), dan

RM426.7 bilion (2025).


Namun, pelaburan berbilion yang diluluskan MIDA ini tidak turun dari langit terus ke dalam dompet kita.


Ia perlukan proses.


Syarikat gergasi luar perlu membeli tanah, membina struktur kilang, membawa masuk mesin berteknologi tinggi, dan akhir sekali, baru mereka mula mengambil pekerja.


Proses ini kebiasaannya mengambil masa dua hingga tiga tahun.


Dan sekarang, pada tahun 2026, kita mula menuai hasil daripada pelaburan besar tahun-tahun sebelum ini.


Kilang-kilang mega mula beroperasi dengan kapasiti penuh.


Apabila peluang pekerjaan teknikal berpendapatan tinggi terbuka luas dan gaji mula mengalir, kuasa beli rakyat akan kembali merancakkan sektor peruncitan tempatan. 


Rantaian pelaburan bertahun-tahun inilah yang kini mula menjadi perisai 3konomi kita daripada ketidaktentuan global.


Malaysia sedang memacu laju di landasan yang tepat.


Dirgahayu Malaysiaku.


Salam Aidiladha 1447H/ 2026





PENDUDUK PERMATANG PAUH NI TAK MAIN GULA GULA. TAKAT DAGING LEMBU TAK PAYAH LA NAK JADIKAN MODAL POLITIK PAS.


 

JADI YB PUN CULAS BAYAR SEWA..LEKEH


 

PENUMPANG DIHALAU KERANA PENAMPAR ISTERI.

 


Viral Supeking


Dunia hari ini memang pelik-pelik, hal sekecil zarah pun boleh jadi punca singa mengamuk. Baru-baru ini kecoh di Facebook pasal satu video rakaman kamera papan pemuka kereta yang buat ramai netizen mengucap panjang.




Abang Grab kita yang bernama Stanley Loi dari Seremban kongsi detik cemas bila seorang abang ni tiba-tiba naik hantu. Kisahnya bermula apabila tambang cuma tujuh ringgit, tapi si suami tadi hulur duit besar bernilai RM50.


Disebabkan baki tak ada, Stanley dengan budiman offer sahaja perjalanan itu secara percuma sebagai sedekah. Malangnya, niat baik pemandu itu dibalas dengan tengkingan melampau daripada penumpang terbabit.


Si isteri yang sedang memangku bayi mereka cuba menenangkan keadaan dengan memegang lengan suaminya. Alih-alih, wanita malang itu pula yang makan penampar free siap pakej makian yang sangat kasar.


Tak sanggup tengok drama keganasan domestik depan mata, Stanley terus halau lelaki baran itu keluar dari keretanya. Kes ini akhirnya dipanjangkan kepada pihak pengurusan Grab untuk tindakan senarai hitam yang sewajarnya.