BELUM TENTU SEBAB BERSATU DSH BERSEPAI.



 PRU16 - PN BAKAL AMBIL ALIH TEMPAT PH


7 April 2026


Parti mana boleh menang PRU akan datang?


Mampukah PH terus mengetuai penubuhan kerajaan dan dapatkah Anwar Ibrahim kekal lagi sebagai Perdana Menteri?


Baik sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu atau ketika pulang ke kampung menyambut lebaran baru-baru ini, soalan itulah paling banyak diutarakan dan diminta jawapan oleh kenalan dan kawan-kawan.


Sebagai pemerhati perkembangan politik dan telah menyaksikan banyak PRU, PRN dan PRK sebelum ini, secara jujur saya melihat kedudukan PH dalam PRU akan datang boleh dikata tiada lagi harapan.


Jika pada PRU15 lalu, PH mampu memenangi 82 kerusi Parlimen dan merupakan jumlah terbanyak mengatasi PN dan BN, angka atau kedudukan itu mustahil mampu dicapai lagi.


Ada dua sebab utama  menyumbang kepada keadaan itu - pertama, rakyat  sudah tidak percaya dan rasa kecewa dengan prestasi PH sebagai kerajaan berbanding bulan bintang yang dijanji semasa menjadi pembangkang dahulu dan kedua kerana faktor  Rafizi Ramli.


Anwar yang diharapkan mampu tampil sebagai Perdana Menteri terbaik setelah kuasa ada dalam tangannya, rupa-rupanya masih mengekalkan watak sebagai Ketua Pembangkang dan asyik menyalahkan orang lain.


Jika semasa bergelar Ketua Pembangkang, beliau kerap menyalahkan kerajaan, tetapi setelah menjadi kerajaan, telunjuknya menuding pula menyalahkan kerajaan terdahulu dengan ayat seperti - dulu masa jadi kerajaan, kenapa kamu tak buat?


Ini membuatkan ramai yang mula bercakap, lebih baik beliau dikembalikan semula sebagai Ketua Pembangkang berbanding mengekalkannya lagi sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua.


Berdasarkan penelitian semasa, kelompok yang makin menjauhi Anwar dan PH sekarang ini bukan saja daripada kalangan pengundi Melayu, tetapi juga pengundi bukan Melayu.


Realitinya, ini adalah petunjuk bahaya yang serius buat PH kerana kantung sokongan mereka selama ini adalah daripada kelompok pengundi bukan Melayu.


Kedudukan PKR dan PH bertambah parah lagi bila mana  Rafizi sejak kebelakangan ini didapati begitu aktif menyerang Anwar dan kerajaan melalui siri podcast mingguannya.


Daripada 31 Ahli Parlimen PKR, 10 daripadanya adalah pemimpin yang setia dengan Rafizi dan mereka sering mempamerkan kebersamaan pendirian dalam pelbagai isu semasa.


Dengan janji Rafizi bahawa beliau bakal mewujudkan wadah baru sebagai platform untuk kumpulannya bertanding pada PRU akan datang, ini tentunya merupakan suatu bentuk ancaman yang lebih tersusun untuk kumpulan tersebut menentang PKR.


10 Ahli Parlimen tersebut, melalui gerak kerja yang akan diusahakan Rafizi dan berdasarkan sambutan semasa rakyat terhadap isu-isu berkaitan kerajaan yang beliau bangkitkan, semua mereka diyakini mampu mengekalkan kerusi masing-masing pada PRU akan datang.


Peluang beroleh kemenangan itu akan bertambah cerah lagi jika PN pula tidak meletakkan calon di semua kerusi yang berlaku pertandingan antara Kumpulan Rafizi dengan PKR itu.


Bayangkan jika pada PRU akan datang, Kumpulan Rafizi bukan setakat bertanding 10 kerusi Parlimen, tetapi di semua 31 kerusi yang dimenangi PKR pada PRU lepas?


Serangan berterusan Rafizi kepada Anwar, PKR dan kerajaan, selain menjejaskan peluang PKR dan PH untuk beroleh kemenangan, ia secara tidak langsung juga memberi kelebihan kepada PN.


Dengan PN dijangka kekal sebagai lubuk pengundi Melayu mencurahkan sokongan, kehadiran Rafizi yang memusuhi Anwar dan kerajaan akan menambahkan lagi sokongan kepada gabungan tersebut, khususnya daripada pengundi Melayu bandar dan profesional.


Akhirnya PN dijangka mampu memenangi jumlah kerusi Parlimen paling banyak pada PRU akan datang, mengambil alih tempat PH yang berada di kedudukan itu pada PRU lepas.


Kebarangkalian seterusnya ialah apabila PKR dan PH semakin berpotensi kalah banyak kerusi, ia juga akan menyebabkan BN terkena tempiasnya.


Sama ada BN mengekalkan kerjasamanya dengan PH atau bertanding solo pada PRU akan datang, peluangnya untuk menang banyak kerusi tetap tipis.


Peluang BN hanya akan bertukar cerah jika mereka sedia meninggalkan kerajaan dan membentuk kerjasama secara rasmi dengan PN sebelum PRU16 diadakan.


PN dan BN, jika sedia bekerjasama sebelum PRU16 diadakan, senang-senang mampu memenangi minima 112 kerusi Parlimen.


Yang tidak harus dinafikan, peluang BN untuk bangkit semula hanyalah dengan bekerjasama dengan PN, bukan kekal bersama PH. - ShahbudinHusin 07April2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1255670909889359&id=100063393840098



#PDRM..NI KOMEN APA NI


 


Pas Lebih Rela Hilang Bersatu Daripada Hilang Hamzah

 


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia boleh dilihat selepas kelewatan pelantikan Ketua Pembangkang yang ditangguhkan sehingga Jun depan.

KUALA LUMPUR, 7 Apr – Pas dilihat lebih rela kehilangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), daripada kehilangan bekas Timbalan Presiden parti itu, Hamzah Zainudin dan 18 ahli Parlimen Bersatu yang menyokongnya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia boleh dilihat selepas kelewatan pelantikan Ketua Pembangkang yang ditangguhkan sehingga Jun depan atas alasan kononnya persidangan Dewan Rakyat hanya akan bermula pada minggu ketiga bulan itu.

Malah katanya, Pas dan Hamzah mempunyai perancangan lain untuk Perikatan Nasional (PN) termasuk berkemungkinan menyingkir Bersatu daripada PN.

“Pas lebih rela hilang Bersatu dari kehilangan Hamzah dan Geng 18.

“Muhyiddin mengeluh, kenapa lambat melantik Ketua Pembangkang. Bulan Jun lambat sangat. Keluhan itu jadi bukti Pengerusi PN lebih berkuasa daripada Pengerusi Majlis Presiden. Muhyiddin macam pengemis. Dihina bukan sahaja oleh PAS tetapi oleh Hamzah. Sekaligus menghina parti Bersatu. 

“Akhirnya, Muhyiddin senasib dengan Mahathir. Terpinggir ketika menanti hari senja. Nasihat saya, tinggalkan segera Bersatu. Kapal makin karam,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau dipercayai mengulas keengganan PN menamakan pengganti Hamzah selaku Ketua Pembangkang kononnya jawatan itu hanya ‘berguna’ apabila sidang Dewan Rakyat berlangsung.

Enam Lagi Kapal Malaysia Dibenar Lalui Selat Hormuz – Duta Iran Ke Malaysia

 


Enam lagi kapal Malaysia yang masih terkandas di Selat Hormuz ketika ini akan dibenarkan melalui laluan perairan itu secara berperingkat pada 7 April 2026.

KUALA LUMPUR, 7 Apr – Enam lagi kapal Malaysia yang masih terkandas di Selat Hormuz ketika ini akan dibenarkan melalui laluan perairan itu secara berperingkat, kata Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi Nasrabadi.

“Kami (Iran) akan membenarkan kapal itu melalui laluan berkenaan satu demi satu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di luar Dialog Kuala Lumpur-Ankara 2026 yang diadakan di sini Selasa.

Terdahulu, Kementerian Luar Malaysia mengesahkan bahawa sebuah daripada tujuh kapal milik Malaysia yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz susulan perkembangan situasi serantau telah diberikan laluan selamat dan kini sedang meneruskan pelayaran ke destinasi akhir.

Sebuah kapal tangki minyak sewaan firma PETRONAS, yang membawa minyak mentah Iraq, telah merentasi Selat Hormuz berhampiran perairan Iran menuju ke Pengerang, Johor. Foto X Kedutaan Iran di Malaysia

Perkara itu susulan penglibatan diplomatik peringkat tinggi antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada 26 Mac yang membolehkan Malaysia memperoleh kebenaran bagi tujuh kapal Malaysia untuk menyambung semula perjalanan mereka.

Laluan melalui Selat Hormuz, sebuah laluan sempit strategik yang menyaksikan 20 peratus daripada minyak mentah dan gas dunia melaluinya terjejas berikutan serangan berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas wilayah serta kemudahan Iran sejak 28 Februari lalu.

Gangguan itu telah menyebabkan kekurangan bahan api dan mendorong kenaikan harga minyak, sekali gus mengakibatkan kesan ekonomi yang lebih meluas.

Iran telah mengehadkan laluan melalui Selat Hormuz kepada kapal dari negara yang dianggap “tidak bermusuhan” sambil menegaskan bahawa pihaknya akan memudah cara bagi memastikan laluan selamat kapal berkenaan.




Memalukan: Bersatu-PAS bergaduh isu Ketua Pembangkang, Peja pulak duk mimpi siang hari


 

[LANGSUNG] Forum ISIS-SETA 2026 | 7 April 2026


 

Program Bersama Warga Peneroka Felda Semenchu, Johor - Ucapan ANwar Ibrahim


 

PMX BERUS KEPALA PEMIMPIN PEMBANGKANG TUNGGANG HARGA MINYAK!


 

PMX turun padang urus krisis, PN dikritik anjur konvoi


 

Ketika negara berdepan tekanan akibat krisis minyak global susulan ketegangan di Asia Barat, Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah Wee Tse mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendekatan turun padang bagi menyelaras tindakan bersama kerajaan negeri dalam menghadapi situasi berkenaan.

Menurut beliau, Perdana Menteri juga telah bertemu Menteri Besar dan Ketua Menteri di seluruh negara bagi meneliti langkah bersepadu selain memberi penerangan kepada rakyat mengenai keadaan semasa ekonomi dan sektor tenaga negara.

“PMX bekerja, PN berkonvoi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Bagaimanapun, beliau mengkritik tindakan pembangkang yang didakwa lebih cenderung menganjurkan program konvoi motosikal sejauh kira-kira 10 kilometer pada ketika rakyat sedang berdepan tekanan kos sara hidup.

Rakyat, katanya, berhak menilai sama ada program sedemikian memberi kesan kepada usaha menstabilkan harga minyak, bekalan tenaga serta membantu meringankan beban isi rumah dan sektor perniagaan kecil.

“Adakah ia membantu menurunkan harga minyak? Adakah ia menstabilkan bekalan? Adakah ia meringankan beban rakyat?” soal beliau.

Jimmy turut mendakwa tindakan menganjurkan program yang melibatkan penggunaan bahan api secara beramai-ramai itu tidak selari dengan keperluan semasa yang memerlukan penjimatan, kecekapan dan kesiapsiagaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

Beliau berkata, dalam keadaan mencabar ketika ini, rakyat tidak memerlukan program berbentuk hiburan politik, sebaliknya menuntut kepimpinan yang fokus kepada pengurusan krisis dan penyelesaian masalah ekonomi.

“Rakyat perlukan pemimpin yang cekap mengurus krisis, berani membuat keputusan sukar dan melindungi kepentingan mereka,” katanya.


Ini sebabnya Malaysia dijangka tidak alami krisis bekalan minyak dalam tempoh terdekat


 


Malaysia dijangka tidak berdepan krisis bekalan minyak dalam tempoh beberapa bulan akan datang, meskipun terdapat kemungkinan kenaikan harga bahan api susulan ketidaktentuan pasaran global.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jaminan itu disokong oleh kedudukan PETRONAS yang mempunyai rekod prestasi kukuh serta jaringan hubungan baik dengan negara pengeluar minyak dunia.

Menurutnya, keupayaan syarikat petroleum negara itu mengurus rantaian bekalan dan perdagangan tenaga membantu memastikan bekalan minyak negara kekal stabil walaupun berdepan tekanan luaran.

“Pujian harus diberikan kepada PETRONAS kerana mereka mempunyai rekod cemerlang serta hubungan yang baik dengan negara pengeluar minyak,” katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Ucaptama di Dialog Kuala Lumpur–Ankara 2026 anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika Sesi Perbincangan bersama Perdana Menteri pada Dialog Kuala Lumpur-Ankara 2026 di ibu negara, hari ini.

Pada masa sama, Anwar menjelaskan Malaysia masih mengimport sebahagian produk petroleum berikutan sifat produk tempatan yang berada dalam kategori premium dengan harga lebih tinggi.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan faktor tersebut tidak menjejaskan keseluruhan bekalan domestik.

“Justeru, kita tidak menghadapi krisis dari segi bekalan.

“Mungkin terdapat sedikit gangguan harga, tetapi bagi beberapa bulan akan datang, bekalan adalah agak terjamin,” kata Perdana Menteri lagi.

Pada masa sama, beliau turut memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan berdepan masalah bekalan gas asli cecair (LNG) susulan pengeluaran besar bahan api itu oleh negara.

Selain itu, bekalan LNG dalam negara juga, katanya, disokong oleh import dari Australia yang telah lama terjalin serta kejayaan perolehan di Kanada.

Lonjakan harga

Untuk rekod, pasaran tenaga global terus bergolak susulan perang berlarutan antara Amerika Syarikat (AS) – Israel dan Iran sejak 28 Februari lalu yang memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan minyak mentah dunia.

Paling terjejas laluan strategik Selat Hormuz yang mengendalikan kira-kira satu perlima perdagangan minyak global.

Ketegangan geopolitik di Timur Tengah itu telah mencetuskan lonjakan harga minyak mentah melepasi paras kritikal serta gangguan logistik mengakibatkan operasi ribuan kapal tangki terjejas.

Beberapa negara sudah mula merasai kesan krisis tenaga ini secara nyata. Antaranya, Thailand terpaksa melonggarkan kawalan harga bahan api akibat tekanan fiskal.

Filipina pula mengambil langkah drastik termasuk penutupan ratusan stesen minyak yang tidak lagi mampu beroperasi.

Kadar inflasi negara anggota Asean itu melonjak kepada 4.1 peratus pada bulan lalu sekaligus paras tertinggi dalam hampir dua tahun akibat kenaikan mendadak harga bahan api ekoran perang AS-Israel dan Iran.

Peningkatan ketara inflasi itu berlaku ketika Filipina berdepan darurat tenaga nasional akibat kebergantungan tinggi kepada import minyak.

Sementara itu, India berdepan gangguan bekalan LPG dengan kelewatan penghantaran serta peningkatan aktiviti pasaran gelap sekaligus menggambarkan tekanan terhadap rantaian bekalan domestik.

Di Pakistan dan Bangladesh, kekangan bekalan serta peningkatan kos import tenaga yang membebankan kedudukan fiskal masing-masing.

Vietnam juga tidak terkecuali apabila berlaku gangguan bekalan dan kenaikan kos operasi industri akibat harga tenaga yang melambung tinggi.


KAMU TAK MEMBACAKAH ? ATAU MEMANG KAMU TAK CERDIK


 

SIAPA MP PKR? SELEPAS SEMINGGU TIADA PENDEDAHAN! PMX JANGAN KHIANTI RAKYAT!


 

APA KAMU BUAT UNTUK CLEAN UP

 


Tengok perangai huduh PAS.



Aman Muhamad





PAS kata dah 'jemput' UMNO,' tapi yang dibuat ialah jemputan peribadi kepada Zahid seorang sahaja, sampai letak syarat "tidak boleh diwakilkan oleh sesiapa".


Bila Zahid tak hadir, dia canang satu UMNO pula yang tak mahu.


PAS memang parti ulamak jahat


;)




PMX Naik Helicopter Tinjau Kedaulatan Negara vs Konvoi Motorsikal 4 MB Perikatan Nasional (PN).













 PMX Naik Helicopter Tinjau Kedaulatan Negara vs Konvoi Motorsikal 4 MB Perikatan Nasional (PN).

Nasir Seligi, cytro Pembangkang mati kutu, habis benda nak serang, akhirnya buat program horay horay konvoi main isu kaum dan nikmati minyak motor murah RM1.99 liter murah hasil kerja usaha keras Kerajaan Malaysia kekalkan subsidi minyak Budi Madani 95.
Satu program membazir dan perhabis minyak, satu lagi program untuk kedaulatan Negara Malaysia.
1. Pembangkang jelas terdesak bila netizen seluruh Negara maki PAS kerana bazir minyak dan duit saat Negara tengah krisis tenaga dunia. Nampak sangat @Pemuda Pas Malaysia nak perabis minyak saat kerajaan bagi subsidi.
2. Nak tutup isu tu, mrka hentam PMX Anwar Ibrahim naik helicopter dgn Azalina Othman Said tinjau Pulau Batu Putih dan Batuan Tengah.
3. Mereka tidak boleh beza dan mungkin tak tahu Malaysia dah buat RCI untuk buka balik kes Pulau Batu Putih.
4. Keputusan ICJ (23 Mei 2008): Keputusan 12-4 (Batu Puteh milik Singapura) dan 15-1 (Batuan Tengah milik Malaysia) adalah luka kekal.
5. Pengkhianatan 2018: Pada 28 Mei 2018, kerajaan menarik balik semakan kes secara mengejut, hanya 3 hari sebelum tempoh tamat 10 tahun. Kita kehilangan hak mencabar keputusan itu buat selama-lamanya.
6. Laporan RCI (Dis 2024): Laporan yang dinyahklasifikasikan membuktikan penarikan balik tersebut adalah "Kesilapan Besar" yang membelakangkan kepentingan nasional.
7. Kini Singapura sedang menambak 7 hektar tanah di Batu Puteh.
8. PM perlu memantau secara udara agar penambakan ini tidak menceroboh 1.1 km zon maritim Batuan Tengah milik Malaysia.
9. PM perlu memantau secara udara agar penambakan ini tidak menceroboh 1.1 km zon maritim Batuan Tengah milik Malaysia.
10. Status Tubir Selatan: Kawasan ini (15-1 undi ICJ) masih menjadi rebutan. Kehadiran helikopter (AW139) adalah isyarat tegas kedaulatan fizikal agar wilayah ini tidak terlepas seperti Batu Puteh.
11. Kos minyak helikopter boleh dikira dengan ringgit, tetapi kos pengkhianatan kedaulatan 2018 telah meragut wilayah kita buat selamanya. Perdana Menteri ke udara untuk memantau pangkalan kita di Batuan Tengah agar tidak dirampas orangz
12. Manakala pembangkang berkonvoi di daratan hanya untuk memancing undi bermain politik kaum.
Pembangkang perabis minyak, Madani berusaha keras bagi minyak murah dan kekalkan kedaulatan Negara.


Syam Ghaz


HADIR MENGHORMATI

 S




Saya hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik hari ini.

Dalam kesempatan tersebut, saya turut berpeluang bertemu dan menyampaikan ucapan takziah secara langsung kepada ahli keluarga mendiang, serta berkongsi rasa dukacita atas pemergian seorang tokoh yang amat berjasa.
Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan sumbangan mendiang, bukan sahaja kepada parti MCA, malah kepada negara secara keseluruhan, khususnya dalam memajukan sektor pengangkutan.
Dedikasi dan kepimpinan mendiang akan terus dikenang serta menjadi teladan kepada generasi akan datang.



Pada 4 April lalu, genap 27 tahun penubuhan Parti Keadilan Nasional, yang kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia untuk membentuk PKR.


NIK NAZMI









 Pada 4 April lalu, genap 27 tahun penubuhan Parti Keadilan Nasional, yang kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia untuk membentuk PKR.

Ketika itu PKN hanya mempunyai harapan dan idealisme, sebagai wadah memperjuangkan agenda reformasi dan politik pelbagai kaum. Pada waktu itu, parti derita yang lahir di jalanan.
Tidak seperti lahirnya parti baharu lain, PKN tidak menarik Menteri atau pimpinan kanan kerajaan. Tetapi masyarakat sivil dan rakyat biasa mendokongnya.
Saya pelajar sekolah tingkatan lima juga teruja, dan dua tahun kemudian membantu parti yang dilihat parti nyamuk tanpa masa hadapan.
Sepanjang lebih 20 tahun parti melawan rasuah, memperjuangkan idealisme keadilan untuk semua dan mendokong prinsip reformasi. Parti bertambah kuat, melahirkan ramai wakil rakyat pelbagai kaum dan membentuk kerajaan negeri.
Kini PKR bukan sahaja parti kerajaan, malah parti PM.
Perlu kita fikirkan semula: ketika kita mendakwa masih memperjuangkan agenda reformasi, cara kita menangani kritikan adakah berbeza, atau dua kali lima sahaja dengan cara pentadbiran BN dan PN sebelum ini menangani kritikan?
Adakah kita masih menarik mereka yang sarat dengan idealisme, atau hanya yang bercita-cita memegang kuasa semata-mata?
Adakah kita lebih gemar mencari alasan melengahkan perubahan atau mencari jalan untuk melaksanakannya sedaya-upaya kita?
Memang mudah untuk orang menyertai parti ketika berada di puncak kuasa. Pelbagai jawatan dan kesenangan yang boleh ditawarkan.
Ketika parti ditekan pemerintah, ketika pimpinan parti keluar masuk lokap, ketika habuan cumalah perjuangan idealisme; pada ketika inilah mereka yang benar-benar ikhlas datang menghulurkan tangan kepada parti.




SALAH TAFSIR NI








 


Vocket ni ambik tajuk tak penuh hingga sebabkan kekeliruan, Jabatan Pendaftaran Negara dah jelaskan detail tadi.
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dah review semua posting tu. Tak lama lagi ehem!
Rujukan: