
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia boleh dilihat selepas kelewatan pelantikan Ketua Pembangkang yang ditangguhkan sehingga Jun depan.
KUALA LUMPUR, 7 Apr – Pas dilihat lebih rela kehilangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), daripada kehilangan bekas Timbalan Presiden parti itu, Hamzah Zainudin dan 18 ahli Parlimen Bersatu yang menyokongnya.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia boleh dilihat selepas kelewatan pelantikan Ketua Pembangkang yang ditangguhkan sehingga Jun depan atas alasan kononnya persidangan Dewan Rakyat hanya akan bermula pada minggu ketiga bulan itu.
Malah katanya, Pas dan Hamzah mempunyai perancangan lain untuk Perikatan Nasional (PN) termasuk berkemungkinan menyingkir Bersatu daripada PN.
“Pas lebih rela hilang Bersatu dari kehilangan Hamzah dan Geng 18.
“Muhyiddin mengeluh, kenapa lambat melantik Ketua Pembangkang. Bulan Jun lambat sangat. Keluhan itu jadi bukti Pengerusi PN lebih berkuasa daripada Pengerusi Majlis Presiden. Muhyiddin macam pengemis. Dihina bukan sahaja oleh PAS tetapi oleh Hamzah. Sekaligus menghina parti Bersatu.
“Akhirnya, Muhyiddin senasib dengan Mahathir. Terpinggir ketika menanti hari senja. Nasihat saya, tinggalkan segera Bersatu. Kapal makin karam,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau dipercayai mengulas keengganan PN menamakan pengganti Hamzah selaku Ketua Pembangkang kononnya jawatan itu hanya ‘berguna’ apabila sidang Dewan Rakyat berlangsung.

No comments:
Post a Comment