PAK LEBAI TAK MALU KE SINDIRAN ANWAR NI!! SAMA ADA PAKAI KOT,BAJU MELAYU...

Ceramah Perdana PRN Melaka: Mat Sabu, Lim Guan Eng, Adly Zahari, Tey Ko...

Anwar Ibrahim: Important For Youths To Inculcate Understanding, Measure ...

Anwar Ibrahim: Ada Orang Dalam Politik Punya Perfahaman Kedudukan Masyar...

Shamsul, Adly 'cool' edar risalah kempen guna skuter

 

Menjelang minggu terakhir kempen, calon DUN Paya Rumput Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama calon DUN Bukit Katil Adly Zahari kelihatan 'cool' menaiki skuter kaki mengedar risalah ke rumah pengundi.

Menurut Shamsul, beliau hampir 'berlumba' dengan Adly ketika menaiki skuter pada petang semalam.

Di kawasan DUN Raya Rumput Shamsul lebih senang menggunakan motorsikal untuk mengedar risalah sambil singgah di warung bertanya masalah pengundi.


Sepetang berskuter bersama rakan seperjuangan, calon Ketua Menteri Adly Zahari


Shamsul berjanji akan menyelesaikan beberapa masalah, terutama jalan-jalan kampung yang tidak diperbaiki, masalah perparitan dan pembaikan kemudahan awam.


"Isu utama yang diperjuangkan di Paya Rumput adalah masalah banjir, perparitan dan saliran, peruntukan penyelenggaraan yang dikurangkan serta jaringan internet yang lemah," katanya.


Sehubungan itu, Ketua Penerangan KEADILAN tersebut menyeru agar pengundi keluar beramai-ramai pada 20 November ini bagi mengundi calon nombor 2, memangkah Pakatan Harapan.


"Ayuh kita sama-sama mengambil langkah terbaik dengan mengundi. Demi memastikan demokrasi negara yang lebih adil dan mantap pada masa akan datang," katanya lagi.


Calon DUN Ayer Molek tekad selesai masalah banjir sejak bertahun-tahun

 


Masalah banjir yang melanda DUN Ayer Molek sejak bertahun-tahun lalu akibat kegagalan Kerajaan Negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menyelenggara Sungai Punggur di Paya Redan dengan sebaik-baiknya.

Menurut calon DUN Ayer Molek, Mohd Rafee Ibrahim sekiranya senggaraan dilakukan pada setiap tahun dan sungai didalamkan maka banjir tidak akan berlaku di beberapa buah kampung di kawasan berkenaan.

"Sungai ini sangat penting kepada penduduk kampung, kalau kita tengok sekarang musim hujan, kaedah penyelenggaraan yang dibuat oleh JPS perlu digandakan.

"Saya yakin banjir yang berlaku di kampung Tambak Paya, Paya Dalam, Ayer Molek, Duyung inilah puncanya. Kerana sangat kurang penyelenggaraan pihak JPS," katanya.

Beliau mengingatkan pengundi bahawa Ketua Menteri Melaka dari BN dan ADUN Ayer Molek pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah berkenaan namun sehingga hari ini masih tiada apa yang berlaku.

"Saya harap lepas ini, kalau kerajaan PH ambil alih kerajaan Melaka, isu ini antara isu yang diutamakan untuk kita selesaikan.

"Saya rasa penduduk pun dah hilang sabar, jadi benda ini perlu diperhatikan oleh semua kalangan wakil rakyat yang dipilih dan agensi yang terlibat menguruskan kaedah kumbahan air dan penyelengaraan yang menyebabkan sering berlaku banjir di DUN Air Molek ini," katanya lagi.


PERINGATAN DAN NASIHAT BUAT PENUNGGANG AGAMA AGAR TIDAK MEROSAKKAN AGAMA ITU SENDIRI - AIB BESAR


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA PRN MELAKA UNTUK SIAPA..


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : JANGAN MARAH YIDDIN- JADI PM DAH BANYAK YANG GAGAL...


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA- CALON GERAKAN AJAR LOLOS KE ISRAEL


 

NAZIR KESAL SIKAP NAJIB

 

MORAL TAN SRI HADI




Kata Haji Hadi.. tindakan menjatuhkan kerajaan sendiri adalah sesuatu yang TIDAK BERMORAL.

Hadi merujuk kepada tindakan beberapa Adun Umno yang menarik sokongan di Melaka sehingga dibubarkan Dewan Undangan Negeri.

Hadi juga merujuk kepada tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan terhadap Mahiaddin sehingga Mahiaddin terpaksa meletak jawatan Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada Ismail Sabri.

Tulisan ini adalah sebagai peringatan dan rujukan kepada semua khususnya ahli Pas di seluruh Malaysia.

Jika Hadi berkata tindakan Adun Umno dan Ahli Parlimen Umno menarik sokongan itu tidak bermoral, ianya sesuatu yang munasabah. Memang cukup tidak bermoral ketika kita bersama tiba-tiba kawan menikam dari belakang.

Tetapi Hadi perlu cermin diri dan insafi tindakan. Ungkap dan teliti sejarah yang bukannya lama, baru juga.

Mahiaddin bersama Azmin keluar dari PH yang diberi mandat oleh pengundi pada PRU14 hingga menyebabkan Tun Mahathir terpaksa meletak jawatan. Runtuh pentadbiran PH di Putrajaya diikuti beberapa negeri.

Bermoralkah Mahiaddin dan Azmin?

Tindakan Mahiaddin dan Azmin yang tidak bermoral disambut Hadi dan Pas sehingga tertubuhnya pentadbiran PN bersama BN.

Kemudian Zahid dan Najib menarik sokongan sehingga Mahiaddin terpaksa pergi. Diangkat Ismail Sabri. PAS turut sama menyokong Ismail Sabri dan bersama dalam pentadbiran sekarang di Putrajaya.

Tidakkan ianya tidak bermoral? Adakah menarik sokongan di Melaka saja tidak bermoral tetapi tiga (3) kali di Putrajaya bermoral?

Di Kedah, Pas menjadi peneraju pentadbiran akibat tindakan tidak bermoral Adun Lunas, Adun Sidam, Adun Bukit Kayu Hitam, Adun Kuah dan beberapa yang lain.

Jika menarik sokongan tidak bermoral, bersama dan menyokong yang tidak bermoral adalah lebih tidak bermoral.

Jika Umno, Bersatu tidak bermoral, itu biasa kerana itulah Umno, itulah Bersatu. Mereka bukan pedagang agama seperti Pas. 

Mereka tidak berjubah berserban. Mereka tidak bercakap dengan ana enta nahnu zaujah. Tapi Pas yang di mulut meratib inilah Islam inilah Islam tetapi bersama dan menyokong pihak yang tidak bermoral, apa nilai PAS ini?

Islam apa di mulut berbuih tetapi tindakan melebihi iblis.?

Insaflah PAS. Sedarlah ahli-ahli Pas sekalian. PAS sudah jauh hanyut dari perjuangan asal PAS. 

PAS sekarang tidak lebih seperti gigolo yang tiada tenaga. Terpaksa bergantung viagra demi memuaskan nafsu kuasa.



Cadangan debat untuk tonjolkan kualiti calon KM Melaka


RAIHAM MOHD SANUSI | | 13 November 2021

Anwar Ibrahim


SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tujuan beliau mencadangkan debat antara calon Ketua Menteri Melaka yang ditampilkan PH, Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) adalah bagi menonjolkan kualiti mereka sebagai pemimpin.


Ketua Pembangkang itu berkata, budaya debat dan berwacana sepatutnya dijadikan wahana terbaik bagi menyampaikan wawasan, misi serta matlamat mereka kepada rakyat demi kepentingan negeri sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


"Respons daripada calon Ketua Menteri Melaka dari BN bahawa beliau tidak bersedia untuk berdebat sangat tidak matang dan mengecewakan.


"PN pula nampaknya mungkin cenderung untuk pilih jalan yang sama kerana sehingga hari ini belum ada respons balas daripada mereka," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu.


Hantaran Anwar di Facebook mengenai debat antara calon Ketua Menteri pada Sabtu.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada Jumaat mencadangkan agar diadakan debat terbuka antara calon-calon Ketua Menteri Melaka sempena PRN kali ini bagi melonjakkan imej Malaysia sebagai negara demokrasi contoh.


Menerusi perkongsi video ucapannya yang turut dimuat naik menerusi hantaran itu, Anwar turut menekankan tentang mengapa perlunya ada perbebatan, perbahasan atau dialong antara ketiga-tiga calon Ketua Menteri itu.


Menurutnya, ruang perdebatan, perbahasan atau dialog dalam proses pilihan raya di negara ini merupakan sesuatu situasi yang harus diperbetulkan.


Tegas beliau, kesemua calon itu perlu menyatakan dasar dan usaha yang akan mereka lakukan sekiranya mereka menang dan dipilih rakyat pada PRN berkenaan.


"Ini supaya rakyat boleh pegang janji mereka dan tuntut supaya mereka melaksanakannya.


"Setakat ini hanya calon daripada PH, Adly Zahari yang bersetuju, yang lain (calon BN) elak nak lari dan satu lagi (calon PN ) tak tahu ke mana. Jadi kita tak nak tengok keadaan yang serabut di Melaka," katanya.


Rabu lalu, PH menamakan Adly yang juga Ketua Menteri Melaka dari tahun 2008 hingga 2020 merangkap Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai calon Ketua Menteri Melaka yang baharu.


Bagaimanapun, BN terlebih dahulu menamakan calon Ketua Menteri mereka iaitu bekas Ketua Menteri Melaka sebelum ini, Datuk Seri Sulaiman Md Amin sejak pengumuman calon oleh parti-parti bertanding.


Namun berbeza bagi PN yang masih belum menamakan calon Ketua Menteri mereka sehingga kini.


Sebaliknya, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat hanya mengesahkan bahawa calon Ketua Menteri itu akan dipilih daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Katanya, PN akan mengumumkan nama calon berkenaan beberapa hari sebelum hari pengundian pada 20 November depan.


© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

IKUT BERITA INI...APA JADI DENGAN EKONOMI MALAYSIA NIH ???


JEFFRY JIN

Ekonomi suku ketiga Thailand tumbuh 0.4%, Singapura tumbuh 6.5%, Indonesia tumbuh 4.5%. Kenapa ekonomi Malaysia susut -4.5% pada suku ketiga pada tahun 2021??? Menteri ekonomi dan perindustrian Azmin semburit tak nak komen ke??Tanya aje.


 

PERATURAN BERLEBIHAN DI PRN MELAKA BUNUH DEMOKRASI


KEH..KEH.....KASIHAN....

 ZUL AZ

Mana dia cai Umno yang dulu gigih tolong Bosskurr sampai bergolok gadai rantai emas? Kalau segan nak mintak rumah RM100juta dengan dia, mintak rumah free RM1juta pun dah OK. Bosskurr dan Jho Low belum rasa stay kat Sg Buloh Inn pun dah kaya raya. Rakyat?? Jangankan nak beli rantai emas pasir, nak beli pasir buat rumah pun letih korek duit sana sini. Tapi geng Umno bukan setakat beli gelang emas pasir, siap berebut pasir lagi...

😜😜


May be an image of 1 person and text


KENAPA SERANG PH, UMNO YANG JATUHKAN MB PEJA

 

Terkini! Peja akhirnya dedah AMANAH bukan boneka Dap

 Terkini! Peja akhirnya dedah AMANAH bukan boneka Dap


Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu secara tidak sengaja mendedahkan Amanah bukanlah boneka DAP seperti yang didakwa sebelum ini.

Menurut laporan FMT, Faizal yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional berkata beliau terpaksa menguruskan ‘pertengkaran’ antara Amanah dengan DAP setiap hari ketika beliau memimpin kerajaan Pakatan Harapan Perak sebagai Menteri Besar.

Beliau membuat dakwaan bahawa DAP dan Amanah sentiasa berjuang untuk kepentingan agenda parti masing-masing.

“Ketika saya dijadikan Menteri Besar Perak, kerajaan Pakatan Harapan dengan DAP dan PAN (Amanah) hari-hari kerja saya bergaduh atau menguruskan pergaduhan dalam mesyuarat.

“Pada setiap Rabu ada mesyuarat Exco. Nak adakan satu mesyuarat tu kena buat tiga empat mesyuarat lain.”, katanya.

Mengulas lanjut, Faizal mendakwa terdapat kejadian apabila beliau didatangi pemimpin DAP yang meminta beliau melaksanakan sesuatu tanpa memberitahu pemimpin atau Exco Amanah.

“Amanah pun sama. Mereka akan berkata, ‘MB Peja (nama panggilan Faizal), buat satu atau dua perkara ini dahulu, jangan beritahu mereka’. Saya kata macam mana nak buat, kena bawa ini ke mesyuarat Exco.



KALAU MAHIADDIN NAK MENGAJAR UMNO SAMBIL ‘MEMBODOHKAN’ SHAHRIR, INILAH MASANYA….


Marah benar nampaknya Mahiaddin Md Yasin kepada bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Shahrir Samad yang lancang mencabarnya untuk menumbangkan kerajaan negeri Johor.


Sehingga kerana terlalu marah itu terkeluar beberapa kali perkataan “bodoh” daripada mulutnya yang ditujukan kepada Shahrir berikutan cabaran tersebut.


Ini sungguh luar biasa, tidak pernah Mahiaddin berkelakuan begini marah sebelum ini.


Untuk itu, mari sama-sama kita tonton video marah Mahiaddin seperti di bawah ini:-


Melalui video di atas, kelihatannya Mahiaddin tampak sungguh berani, berbeza dengan wataknya ketika ada kuasa sebagai Perdana Menteri sebelum ini.


Kalaulah dulu beliau selalu berani begini, barangkali tidaklah hilang jawatan Perdana Menteri yang ada dalam genggamannya.


Tetapi, apa nak di kata, sayang seribu kali sayang, ketika ada kuasa dan jawatan sebagai Perdana Menteri, bertemu dengan media pun tidak pernah ada keberanian, apa lagi nak marah-marah begini.


Asyik-asyik paling berani dilakukannya hanyalah tampil dengan perutusan khas dan bercakap seorang diri di depan kamera saja.


Dicabar Shahrir, memang tidak salah dan hak Mahiaddin meluahkan rasa marahnya, tapi segala perlakuan berani yang ditunjukkannya itu sudah terlambat kini.


Kalau marah, garang dan tunjuk berani ketika masih pegang jawatan Perdana Menteri, mungkin ada juga faedahnya serta barangkali membuatkan tak kurang orang jadi gerun atau tak berani main-main dengannya.


Namun, tunjuk marah, garang dan berani setelah hilang kuasa, semuanya sudah tidak berguna apa-apa lagi.


Segalanya sudah terlambat, walau nampak garang mengatakan beliau bukan penakut serta melabel Shahrir sebagai “bodoh”, bahkan kononnya boleh menekan “button” bila-bila masa jika ingin menjatuhkan kerajaan negeri Johor sebagaimana dicabar pemimpin UMNO itu, tetapi ternampak lebih ramai yang jadi sinis dan ketawa kecil saja dibuatnya.


Tiada sesiapa yang terkesan atau gentar dengan kata-katanya itu, sambil tidak kurang yang beranggapan marah serta garangnya terhadap Shahrir itu hanyalah “sembang kari” semata-mata.


Lebih ramai yang percaya Mahiaddin tidak akan berani berbuat apa-apa, meski beliau seperti kena buli secara berterusan dengan UMNO.


UMNO sebaliknya kini, terutama sejak berjaya menumbangkan Mahiaddin dan merampas kerusi Perdana Menteri, sudah lebih garang dan naik tocang jadinya perangai mereka.


Lihat saja bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO memperlekeh Bersatu, Mahiaddin dan pemimpin mereka yang lain dalam pelbagai isu dan dalam kempen PRN Melaka ini, walhal kedua-dua parti duduk bersama dalam kerajaan di peringkat pusat.


Nampak sangat UMNO tidak menghargai kerjasama dalam kerajaan serta tidak mengenang budi Mahiaddin yang memberi laluan menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Ismail Sabri.


Begitu pun, jika Mahiaddin benar-benar marah kepada Shahrir yang mencabarnya itu, adalah lebih terpuji jika beliau jangan layan apa yang Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu kata terhadapnya.


Juga tidak tidak perlu beliau rasa tercuit dengan cabaran Shahrir untuk beliau menjatuhkan kerajaan negeri Johor.


Sebagai bekas Perdana Menteri, terlalu kecil sebenarnya untuk Mahiaddin melayan Shahrir yang kalah di Parlimen Johor Bahru hanya kepada seorang anak muda tak ternama daripada PKR, Akmal Nasir dalam PRU14 lalu.


Lawannya yang paling tepat ketika ini, sambil untuk “mengajar” UMNO yang banyak naik tocang sejak dapat kuasa melalui pintu belakang ialah dengan segera menekan “button” bagi menjatuhkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.


Bekas Perdana Menteri kalau menjatuhkan Perdana Menteri, barulah sesuai dan padan dengan marah berlevel kayangan yang ada dalam dirinya.


Dengan tindakan itu, barulah padan muka semua, malah dengan Shahrir sekali kemudiannya boleh “dibodohkan” kerana menjadikan UMNO hilang kuasa dan jawatan Perdana Menteri dengan serta-merta. – ShahbudinHusin 13/11/2021.



MERANGKAK DEMI GELARAN.....

 

Khabarnya dapat anugerah Tan Seri.  Sihat pulak nampaknya dia, merangkak bertongkat sanggup datang terima anugerah.

Kewajipan hadir ke parlimen?  Uzur syarie.....

Itulah dia lebai.



W. Faudzin




BONEKA


Muhammad Amin on Twitter: "Tapi MCA yg paling berkuasa. Umno cuma boneka BN  dan PN saja.… "


Saya nak cuba faham kenyataan “boneka DAP”. Cuba kita bandingkan…
Bila Amanah jadi Kerajaan:
1. Cabutan judi dari 22 turun ke 8 kali
2. Kerajaan tunda pengiktirafan UEC: sampai MCA sound DAP adakah anda Cina lagi?
3. Kerajaan sekat jualan kelapa sawit ke India, tanda protes ke atas penindasan agama terhadap penduduk Kashmir. MCA siap tentang. DAP hanya diam.
4. Kejayaan Kerajaan Negeri Selangor batal pusat lumba judi kuda terbesar di Asia. DAP sokong sekali.
5. Dong Zhong jadi entiti lawan Kerajaan.
****************************************************
Bila PAS jadi Kerajaan:
1. Cabutan judi dari 8 naik kembali ke 22 kali
2. Kerajaan PN pada tahun 2020 masih terima kelayakan UEC untuk jadi guru di MOE. PAS langsung tak berbunyi.
3. MCA jadi champion. Batalkan protes Malaysia ke India berikutan penindasan agama. PAS sokong dengan jayanya.
4. Kejayaan PAS hanya setakat mintak tukar nama wishki Timah. Bukan macam apa yang dia dok hentam berdekah2.
5. Dong Zhong siap dapat bantuan Kerajaan RM15juta.
6. RUU 355 undang2 hudud yang dari dulu pecah belahkan orang Melayu, PAS masih berdolak dalih. Takutkan partner MCA berbunyi. Menteri Agama siap cakap kena slow2 bagi kaum lain faham. Bukan lagi keutamaan.
***************************************************
Makanya, kita bandingkan lah. Siapa boneka siapa?
The thing is, selagi orang politik tak paham (atau buat2 tak paham) landskap perkauman negara, selagi itu la kita disajikan dengan politik jelik, tunggang kaum dan agama.

BIAR BETUL NAJIB...DAPAT RUMAH BERNILAI 100 JUTA...CUKAI TAK BAYAR LAGI BAGAI...12 TAHUN NAK KENA MASUK JEL.....EHHHHH

 


Terkini! Najib bakal dapat rumah percuma bernilai RM100 juta di KL?



Terkini! Najib bakal dapat rumah percuma bernilai RM100 juta di KL?



Bekas perdana menteri Najib Razak memohon “keistimewaan” daripada kerajaan dalam bentuk sebuah rumah kediaman dengan keluasan 2.8 ekar bernilai RM100 juta yang terletak di kejiranan paling eksklusif Kuala Lumpur, menerima kelulusan daripada kerajaan namun dibantah menteri dan pegawai kanan, MalaysiaNow boleh mendedahkan.

Difahamkan Najib membuat permohonan tersebut setahun selepas digulingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018 dan sekali lagi tahun lalu, beberapa bulan sebelum beliau disabitkan bersalah bagi kes rasuah melibatkan skandal 1MDB.

Ketika dihubungi, satu sumber dalaman Umno mengesahkan Najib membuat permohonan tersebut dari Jabatan Perdana Menteri, memetik satu tindakan yang membolehkan seorang bekas perdana menteri mendapat kelebihan istimewa dan beberapa elaun dan termasuk pemilikan hartanah yang dimiliki kerajaan.

“Beliau buat permohonan itu berdasarkan amalan kerajaan yang mentadbir dijangka memberikan penghargaan kepada pentadbiran sebelumnya di atas perkhidmatan mereka dan sumbangan kepada negara,” kata sumber itu kepada MalaysiaNow.

MalaysiaNow juga turut difahamkan keputusan untuk meluluskan permohonan Najib tidak disenangi beberapa pegawai kanan dan menteri yang membangkitkan sabitan kes rasuah terhadapnya.

Pemandangan dari udara Bukit Petaling di mana terletaknya kira-kira 2.8 ekar tanah bagi pembinaan rumah bekas perdana menteri Najib Razak yang disabit kesalahan jenayah memakan kos sekitar RM100 juta.

Terdapat beberapa petanda yang menunjukkan beberapa menteri termasuk dari Perikatan Nasional (PN) dan beberapa menteri Umno daripada kem anti-Najib membantah langkah tersebut.

Seorang bekas menteri dan ahli politik Bersatu menyatakan rasa terkejut ketika dimaklumkan mengenai keputusan tersebut, mengatakan ia adalah satu perkara yang pelik berhubung layanan kepada penjawat awam bahkan kepada penjawat awam yang disabitkan kesalahan lebih kecil.

“Ingat tak tentang kes seorang anggota polis yang kehilangan kelebihan pencen walaupun sudah berkhidmat selama 30 tahun dalam pasukan? Dia ambil rasuah tak sampai RM700,” katanya.

“Namun, kini kita dengar orang yang disabitkan kesalahan berhubung dana RM42 bilion (dapat kelebihan),” tambahnya merujuk sabitan kes Najib berkait dana SRC International.

“Keistimewaan” kepada Najib turut termasuk penganugerahan pemilikan sebuah tanah premium dengan keluasan lebih 120,000 meter persegi di Bukit Petaling, kawasan kejiranan eksklusif di tengah-tengah Kuala Lumpur, selain pembinaan banglo di kawasan itu melibatkan kos RM100 juta.

Di bawah undang-undang yang diperkenalkan pada awal 80-an, bekas perdana menteri itu berhak untuk memilih tiga jenis elaun perumahan dalam bentuk penghargaan daripada kerajaan.

Kemudahan tersebut tersenarai di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) dan boleh dipilih sama ada dalam bentuk rumah kerajaan lengkap dengan segala keperluan, elaun RM10,000 sebulan jika beliau memilih untuk tinggal di kediaman sendiri atau pemilikan sebuah rumah yang dihadiahkan oleh kerajaan.

Beberapa pemeriksaan mendapati Dr Mahathir Mohamad, yang mengetuai kerajaan sebanyak dua kali termasuk 23 tahun pada penggal pentadbiran pertamanya menerima elaun RM10,000 sebulan sementara penggantinya Abdullah Ahmad Badawi menerima rumah daripada kerajaan berdekatan kawasan bersejarah, Carcosa Seri Negara.

Sejak pentadbirannya tumbang dari tampuk kuasa, Najib tinggal di rumah kediaman peribadinya di Taman Duta, menerima elaun sebanyak RM10,000, namun kini memilih untuk mendapatkan rumah percuma daripada kerajaan.

Pemandangan bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur menjadi latar suasana Bukit Petaling, di mana sekitar 2.8 ekar tanah dikhususkan untuk pembinaan sebuah rumah untuk bekas perdana menteri Najib Razak yang disabitkan kesalahan rasuah.

Difahamkan Najib membuat permohonan rasmi kepada kerajaan awal tahun ini susulan lawatan ke tanah kosong tersebut.

“Hartanah itu mempunyai nilai pasaran sebanyak RM20 juta lebih daripada apa yang diberikan kepada Abdullah,” kata agen hartanah yang memiliki kepakaran dalam hartanah eksklusif di ibu negara.

Sejak ditumbangkan daripada kuasa dan berdepan puluhan pertuduhan rasuah, Najib menjenamakan semula dirinya sebagai jaguh rakyat biasa menggunakan slogan “Bossku” yang digunakan secara meluas di platform media sosial.

Beberapa serbuan susulan kejatuhannya, pihak berkuasa menyita senarai panjang barangan mewah termasuk barangan kemas, jam tangan, beg tangan mewah yang bernilai ratusan juta ringgit di mana penyiasat mempercayai ia berkait dengan skandal 1MDB.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah bagi tujuh pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International yang berkait 1MDB.

Rayuan Najib bagi sabitan kes tersebut masih berjalan ketika ini.

Beliau juga dilarang untuk melakukan perjalanan ke luar negara sejak 2018 namun berjaya mendapatkan pasport untuk ke Singapura akhir bulan ini.

Bulan lalu, beliau juga memenangi permohonannya terhadap tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bulan lalu bagi menangguhkan pembayaran kira-kira RM1.7 bilion cukai tertunggak.



(function() { var d = document, w = window; w

MACAM MACAM PALATAU BILA TELUR AYAM DAH ADA.

  Cuba tengok ruangan komen. Nak gelak aku baca. Tak kurang yang menuduh tauke telur sengaja nak sabotaj kerajaan sebelum ini. Kenapa telu...