CARA MENJAWAB PUN RAKYAT FAHAM SEBAB TAKUT NAK BERDEBAT

 


Panas! Calon Ketua Menteri dari BN takut berdebat?


Panas! Calon Ketua Menteri dari BN takut berdebat?


Ketua Menteri sementara Melaka, Sulaiman Md Ali menolak cadangan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim agar debat diadakan antara calon ketua menteri daripada tiga gabungan utama yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Sulaiman, yang dinamakan BN sebagai calon ketua menteri jika gabungan itu memenangi PRN Melaka, memberitahu Malaysiakini dia lebih berminat untuk memberi tumpuan kepada kempen PRN, yang hanya berbaki tujuh hari.

“Tak payahlah. Kita habiskan pilihan raya ni dululah

“Kita tumpukan dulu kerja yang ada ni,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Anwar mencadangkan debat diadakan di kaca televisyen antara calon ketua menteri PH, Adly Zahari dan calon daripada BN dan PN.

Adly merupakan ketua menteri Melaka dari tahun 2018 hingga 2020.

Kelmarin, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa berkata kerajaan bersedia menimbang untuk memberi ruang kepada calon PRN Melaka termasuk dari pembangkang untuk berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.

Menurut Annuar, kerajaan memahami kesulitan dialami semua parti politik terutama calon baru untuk berkempen dalam suasana norma baru.

Bagaimanapun, PN yang terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan SAPP tidak menamakan calon bagi jawatan ketua menteri Melaka.

Naib Presiden Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen, yang juga Pengerusi PN Melaka dan Pengerusi Bersatu Melaka, dipercayai antara calon ketua menteri daripada Bersatu.

Seorang lagi calon yang disebut-sebut ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bertanding di kerusi DUN Tanjung Bidara.

Rafiq, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai debat yang dicadangkan Anwar.

Mengenai calon ketua menteri daripada PN, dia memberitahu Malaysiakini untuk menunggu pengumuman daripada pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.




No comments: