JOM KITA KE PESTA BIKINI DI TERENGGANU DARUL IMAN- PN PAS,BERSATU bising2 pasal parti keretapi KTMB ye?


Zuwairi Md Yusof






Pinkfish party pon takde macam ni.

KTM pon x buat macam ni.

Liberal kafir laknatullah pon x buat macam ni.


Sekali, TERENGGANU negeri PAS di bawah parti terpaling Islam Melayu buat bikini partyyyy gais !!


Amacam @wanfayhsal @harakahdailyHD @PASPusat ?


Nak takbir ke camna ni?Kehkehkeh https://x.com/BadBoy2662/status/1792803022474744066


KTM sewakan gerabak yang tak tahu tujuan untuk mereka berparti pon tapi negeri lebai buat parti selambe je nanti walaun redho.Apa jenis perangai?Akhir zaman ni maksiat tempat sendiri halal.Maksiat gempat orang yang bukan di sengajakan tu gegak gempita dia canang.Terbaiklah walaun dan lebai isley PAS pis pus.


Ada parti joget2 kat negeri PAS yea… mohon sepatah dua kata @FadhliShaari guane boleh jadi gini?Kahkahkah https://x.com/lady_bugg11/status/1792798059673633083



PERUTUSAN NEGARA ISU DALAM DAN LUAR NEGARA MALAM INI

 



Saya akan menyampaikan Perutusan Negara secara langsung di semua saluran media tempatan pada jam 9.00 malam ini.


Ruang ini akan saya manfaatkan untuk menerang serta mencerahkan mengenai pelbagai isu dalam dan juga luar negara. 


Mohon rakan-rakan ikut serta, Insya-Allah. 


#MalaysiaMADANI



ORANG ADA MARUAH KA TIDAK? PATUT SALIM PARPUKARI KATA DIA HISAP GANJA...




 Korang tengok. Percayalah cakap aku. Takkan ada apa-apa tindakan pun terhadap PapaGomo ni. Sebab apa? Sebab dia sentuh tentang PMX je. Tapi kalau dia sentuh 3R, 𝘤𝘰𝘯𝘧𝘪𝘳𝘮 kena. Pembangkang nak kata zalim macamana lagi? PMX kena fitnah, dicaci semberono, pun lepas bebas orang yang mencaci tu. Tak cukup bebas lagi? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SANUSI TERKENAL KERANA CAKAP KASAR MAKI ORANG DAN KUAT MEMBOHONG

 




Harakahdaily tak pernah gagal buat lawak. Kali ini dia dakwa Sanusi 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮. Malahan, ada negeri yang orang awam tak kenal MB atau KM tapi sebut saja Sanusi, semua kenal. Lawak sungguh.


Tapi sungguh memang Sanusi ni terkenal. Tapi kena la faham dia terkenal sebab apa.


Pertamanya, dia terkenal sebab 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝘁. Majoriti yang dia sebut memang boleh dijadikan bahan lawak. Contohnya 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮𝘁 𝘀𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶, atau cerita yang 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝘀𝗮𝗷𝗮 dan banyak lagilah.


Kedua, dia terkenal sebab selalu bersikap 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 orang. Sampai 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 pun dia hina. Pekerja Agro Kedah pun sama. Kalau PMX dan Menteri Pusat tu, tak payah cerita la. Hobi dia.


Satu lagi, Sanusi ni suka cakap kasar. Contoh macam dia sebut 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮 𝗯𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗻𝗴. Lepas tu 𝘴𝘱𝘪𝘯 cakap tu bukan mencarut. Itu pujian. Pernah juga gempar sebab dia sebut 𝗹𝗮𝗻*𝗮𝘂 di atas pentas ceramah.


Dan jangan lupa Sanusi juga terkenal sebab 𝗸𝗮𝗿𝗮𝗼𝗸𝗲 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗮. Dan sebelum itu, dia pernah juga terkenal sebab 𝘵𝘦𝘴𝘵 𝘥𝘳𝘪𝘷𝘦 𝘍𝘰𝘳𝘥 𝘙𝘢𝘱𝘵𝘰𝘳 ketika 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗸𝘂𝗿𝘂𝗻𝗴. Rakyat nak pergi kerja pun tak boleh tapi MB boleh pandu uji kereta.


Kalau nak kata terkenal, memanglah terkenal. Tapi apa yang penting, 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗮𝗽𝗮. Dulu nama-nama macam 𝗠𝗮𝗶𝗹 𝗞𝗲𝗿𝗯𝗮𝘂, 𝗕𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗖𝗵𝗶𝗻 dan 𝗕𝗲𝗻𝘁𝗼𝗻𝗴 𝗞𝗮𝗹𝗶 pun terkenal juga. Satu Malaysia dok sebut-sebut.


Tapi 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹𝗮𝗻 mereka tak sama dengan populariti PMX 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺. Satu dunia sanjung terutama kalangan negara-negara Islam dan membangun. Dari semenjak 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠 𝗹𝗮𝗴𝗶 dah terkenal.


Malahan PMX dijemput berucap di universiti luar, baca khutbah dan macam-macam lagi. Itu barulah terkenal atas sebab yang elok. 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗸𝗵𝘂𝘁𝗯𝗮𝗵? Jangankan negara lain, negeri dalam Malaysia pun tak sudi. Terkenal apa begitu?


Berita ni sebenarnya 𝘥𝘢𝘮𝘢𝘨𝘦 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘳𝘰𝘭. Orang Harakah pun tahu Sanusi dah jadi 𝗹𝗶𝗮𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗣𝗔𝗦. Malahan rakyat Kedah pun dah 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 yang meluat bahkan malu ada MB seperti Sanusi ni.


Harakah ingat tulis berita begini boleh sejukkan hati rakyat Kedah kot. Kalau Sanusi nak pikat semula hati rakyat, bukan dengan berita lawak begini tapi 𝘁𝘂𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶. 𝗦𝗶𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮 𝗽𝗿𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Bukan terus-terusan salahkan orang lain je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



“PAS SUBURKAN EKSTREMIS AGAMA” BOLEH KRITIK TAPI ADA HAD DALAM 3R!

TAHNIAH YB RAFIZI TERBAIK! WALAUPUN PAS & PN SERING SEBAR BERITA PALSU K...

Persidangan Antarabangsa Tokoh Agama Dunia 2024

TEROKA PEMIKIRAN BAHARU BINA EKOSISTEM TEKNOLOGI AI




 Malaysia harus bergerak pantas membina ekosistem yang mantap bagi memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam era pasca normal pada masa ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata masyarakat negara ini tidak boleh lagi mengekalkan amalan lapuk sebaliknya perlu meneroka pemikiran baharu dengan melaksanakannya dengan pantas.

“Saya tegaskan kita tidak boleh dengan pendekatan lama. Kalau kita rasa perlu tambah jurutera harus ada pendekatan segera kerana dalam pasca normal ini, memaksa dan menuntut kita membuat perubahan dengan pantas dan cepat,” katanya semasa melancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS 2024) di Kuala Lumpur hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menggariskan empat teras ekosistem berkenaan iaitu tadbir urus AI untuk memastikan ekosistem inovasi AI yang sistematik di samping pemangkin AI melalui Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC) bagi memastikan penyelarasan dalam bidang pendidikan, pembangunan dan aplikasi AI.

Beliau berkata, pembangunan industri AI perlu dilakukan dengan kerjasama syarikat multinasional dan keempat melahirkan bakat AI merangkumi profesional dan individu berkemahiran melalui program pendidikan dan latihan serta kerjasama industri dengan akademik.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Digital Gobind Singh Deo serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Perdana Menteri yang melancarkan Fakulti AI, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada majlis itu turut memuji kejayaan universiti berkenaan membangunkan fakulti itu dalam masa hanya empat bulan selepas diminta oleh kerajaan.

Beliau turut menekankan keperluan melahirkan lebih ramai jurutera berkemahiran memandangkan Malaysia ketika ini kekurangan kira-kira 30,000 jurutera bagi memenuhi keperluan industri.

Anwar turut menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), universiti dan institusi latihan untuk berinteraksi dengan wakil industri mengenai keperluan meningkatkan mutu latihan bagi melahirkan jurutera berkemahiran tinggi.

“Saya tanya wakil Nvdia, Google, Microsoft, Amazon, Huawei serta Ericsson, dan semua menyatakan dari segi disiplin anak-anak kita, jurutera baharu dan graduan sains cukup baik, tetap ada kekurangan dari segi kemahiran, keterampilan dan pengkhususan yang diperlukan,” katanya.

Perdana Menteri berkata universiti dan institusi latihan perlu memberi penekanan kepada kualiti jurutera yang dilahirkan dan bukan bilangan semata-mata kerana pelaburan di dalam negara akan terjejas jika industri merasakan kemahiran mereka tidak mencapai tahap diperlukan.

Beliau turut menekankan keperluan menarik semula minat anak-anak muda terutamanya pelajar sekolah terhadap mata pelajaran Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang ketika ini semakin terhakis.

“Kalau tidak, ekosistem itu tidak akan terbina. Kita boleh bicara dan meluncurkan AI hari ini, tetapi persiapan daripada akar umbi dan meningkat ke peringkat tinggi tidak ada,” katanya.



PEJA, AZMIN BAKAL BERTANDING SEMULA JIKA ADA PRK?

 

Sejak Bersatu mengeluarkan surat tuntutan kepada enam Ahli Parlimen dan seorang Adunnya yang berpaling tadah beberapa hari lalu, setakat ini hanya dua daripada mereka yang memberikan responnya.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Labuan, Suhaimi Abdul Rahman.

Syed Abu Hussin bertegas menyatakan surat itu tidak bermakna apa-apa dan beliau tidak akan menjawabnya.

Katanya, beliau akan tunggu apa tindakan Bersatu (selepas 14 hari) dan bersedia berdepan apa jua kemungkinan.

Sejak Bersatu mengeluarkan surat tuntutan kepada enam Ahli Parlimen dan seorang Adunnya yang berpaling tadah beberapa hari lalu, setakat ini hanya dua daripada mereka yang memberikan responnya.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Labuan, Suhaimi Abdul Rahman.

Syed Abu Hussin bertegas menyatakan surat itu tidak bermakna apa-apa dan beliau tidak akan menjawabnya.

Katanya, beliau akan tunggu apa tindakan Bersatu (selepas 14 hari) dan bersedia berdepan apa jua kemungkinan.

“Jika berlaku PRK pun saya tetap akan turun bertanding,” ujarnya.

Suhaili pula bertegas tidak berubah pendirian dan akan tetap memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Bagaimana dengan yang lain-lain?

Mereka yang lain nampaknya senyap sunyi saja sejak menerima surat berkenaan, walhal sebahagiannya selalu “bising” sebelum ini.

Apakah mereka juga tidak akan jawab surat tuntutan itu sebagaimana pendirian Syed Abu Hussin?

Atau mereka seperti Suhaili yang tetap menyatakan sokongan kepada Anwar dan kerajaan perpaduan?

Apa pun, selepas 14 hari nanti, apa jawapan yang diberikan oleh tujuh wakil rakyat Bersatu itu kepada surat yang mereka terima itu bakal menentukan apa yang akan berlaku selepas ini.

Daripada jawapan mereka juga banyak ditentukan kemungkinan ada PRK atau sebaliknya.

Tetapi dua tiga pemimpin utama Bersatu dan PN sudah mula dicanangkan bakal bertanding jika akhirnya ada PRK perlu diadakan di tujuh kawasan tersebut.

Antaranya dikhabarkan, Ahmad Faizal Azumu atau Peja bakal bertanding di Kuala Kangsar, Azmin Ali atau Noh Omar di Tanjung Karang dan Annuar Musa sama ada di Jeli atau Gua Musang.

Peja sebelum ini kalah di Tambun, Azmin kalah di Gombak, manakala Annuar dan Noh tidak bertanding pada PRU15 lalu setelah mereka dipecat daripada UMNO.

Jika bertanding, bolehkah mereka menang? – ShahbudinHusin 21Mei2024.

 

 

WOIII WALAUNCAI... KHASNYA AKHMAL... NAK SEBUT DR AWAL PUN MALAS DAH... LAIN KALI SEMAK DAN BACA BETUL BETUL... JANGAN JADI BODO... SAPA MALAS BACA JADI BODO

 

BUKA UiTM KEPADA NON-BUMI BUKAN CADANGAN DARI KERAJAAN. INI 7 SOALAN


✍️  Ahmad Mursi 


1. SIAPA YANG MULA2 BAGI CADANGAN?


Prof Dr Raja Amin Raja Mokhtar, Ahli Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN memberi cadangan dan bukan oleh kerajaan.


2. APA CADANGANNYA?


Supaya UiTM membuka laluan SEMENTARA kepada pelatih bukan bumiputera mendapatkan pendidikan lanjutan bidang kardiotoraks (penyakit jantung, pembuluh darah, dan toraks). Cadangan ini dibuat sementara menunggu program yang sama diwujudkan di Universiti Malaya.


3. KENAPA PULA UiTM?


Ketika ini, UiTM SATU-SATUNYA universiti yang menawarkan program ‘parallel pathway’ dengan kerjasama Institut Jantung Negara dalam bidang kardiotorasik.


4. PARALLEL PATHWAY ITU PROGRAM APA PULA?


Sebahagian daripada Program Ijazah Lanjutan Pembedahan Kardiotoraks yang akhirnya menjadi sub-pakar di Malaysia. Jumlah Doktor Pakar di Malaysia ketika ini hanya 4 untuk 10,000 rakyat atau 4:10,000 manakala jumlah yang sepatutnya 14:10,000.


5. ADAKAH KERAJAAN BERSETUJU?


Hal ini TIDAK PERNAH dibincang oleh Kementerian atau Jemaah Menteri, tiada cadangan rasmi dihantar oleh UiTM kepada kerajaan. Kementerian berpegang teguh pada Fasal 1A Akta UiTM, yang menyatakan UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan.


6. ADAKAH UiTM TELAH BERSETUJU?


Naib Canselor Shahrin Sahib berkata, tiada sebarang perbincangan atau cadangan mengenai perubahan dasar itu dalam mana-mana mesyuarat Senat UiTM mahupun Mesyuarat Eksekutif Universiti.


7. KENAPA PULA PEMBANGKANG HASUT SALAHKAN KERAJAAN?


Setiap kali ada cadangan atau pandangan oleh 'ahli akaemik', 'penganalisa', 'pakar', pemain industri dan sesiapa sahaja pihak ketiga kepada kerajaan, maka terus nak disalahkan Kerajaan Madani. Mengapa pula?




RENTASAN 1598 | MOTIF SEBENAR SERANGAN GANAS KE ATAS POLIS DI ULU TIRAM ...








MENARIK DALAM RENTASAN 1598

1. KERANGKA EKONOMI MADANI TERBUKTI BERJAYA 2. GHULUW - BERSAMA KITA PERANGINYA! 3. KE MANA HENDAK DIBAWA NEGARA INI DENGAN KEBENCIAN?





[gempak] SIDANG MEDIA! ISU TANAH RIZAB MELAYU MOHON SPRM BERTINDAK!

ADAKAH AZMIN TAKUT KE BALAI! CEROBOH ISTANA NEGARA DIPENJARA!

[terkini] GANDINGAN MANTAP 2 MENTERI MARI DENGAR SIDANG MEDIA INI!

BERSAMA PMX MALAM INI LIVE...ISU NEGARA.

 



Saya akan menyampaikan Perutusan Negara secara langsung di semua saluran media tempatan pada jam 9.00 malam ini.


Ruang ini akan saya manfaatkan untuk menerang serta mencerahkan mengenai pelbagai isu dalam dan juga luar negara. 


Mohon rakan-rakan ikut serta, Insya-Allah. 


#MalaysiaMADANI


Facebook

https://www.facebook.com/share/p/Qn5SuXrNXstnMCXY/?mibextid=WC7FNe


Instagram

https://www.instagram.com/p/C7NveEiv0Mp/?igsh=MXM1eTRvYnVjbHk0cQ==


X

https://x.com/anwaribrahim/status/1792752946134020164?s=46


Saluran WhatsApp

https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C



DENGAR NI ISU RASUAH- BERBEZA NEGARA JIRAN KITA SPORE


 

PAS JANGAN SEMBANG BAB BUDAYA HIBURAN.. NEGERI KAMU PUN CACAMERBA DENGAN HIBURAN... CACAMERBA..


Zuwairi Md Yusof








 PAS tak layak sembang budaya hiburan melampaui batas sebab KEDAH,KELANTAN sakan konsert bogel,lucah,melalaikan di samping siap jadi HANTU2 PRU15 lalu,kehkehkeh.KAFIR sambut HALLOWEEN hari lain PN sambut HALLOWEEN malam PRU15 aja gila sekor2 HEDONISME versi PERIKATAN NASIONAL.


Pimpinan PN PAS,BERSATU duk hentam MADANI isu hiburan keretapi KTMB tetapi kenderaan WALAUN PAS,MACAI BERSATU pun penuh dengan lampu disko,musik bergegar bumbung kereta,kehkehkeh


Suruhla Pemimpin Guru Kawarij ni buka mulut tentang tarian nampak Coli ni kat Kelante yg di beri permit Halal...😊😊😊.PAS suka main tuhan.Bila parti lain berhibur haram.Bila PAS berhibur halal.Bodoh perangai PAS.


KELUAR FATWA PUN ORANG TAK UNDI PAS BAGI MENANG.


 

PAS MARAH KE UMNO DAN DAP KERANA TERINGAT JANDA KOT..KEH..KEH..KEH...


 

PEMBOHONG- MASA ADA KUASA TAK INGAT PUN


 

PUNYA GILA BILA KALAH PILIHANRAYA DIA KAITKAN DENGAN PEPERANGAN ....KEH..KEH..KEH


 

CURI DIESEL SEBAB SUBSIDI UNTUK RAKYAT


 

JAGA JAGA PERASAAN GURU PASTI SAMA......


 

BILA USIA TUA MENINGKAT


 

PENCAPAIAN EKONOMI MALAYSIA


 

APA LA PARPUKARI ...KOMAN SEPANA BETUL MINTA DUIT KAT ORANG ...HANGPA TAK DAK CARA KA NAK CARI DUIT


 

PMX ZIARAH MAKAM IMAM BUKHORY


 

SEBELUM BERANGKAT PULANG KE MALAYSIA

 


Sempat makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri Pertama Uzbekistan, Achilbay Jumaniazovich Ramatov dan pimpinan lain tidak jauh dari Kompleks Kalon Minaret sebelum berlepas pulang ke tanah air.












Sebelum berangkat ke lapangan terbang, pimpinan Kerajaan Uzbekistan menghadiahkan sepersalinan pakaian tradisi rasmi khusus buat pemimpin tertinggi Bukhara dikenali sebagai Chapan Bukhara.


Achilbay dan Penasihat Kepada Presiden Uzbekistan, Muzaffar Komilov kemudian mengiringi saya dan delegasi Malaysia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bukhara. 


Saya zahirkan ucapan penghargaan tertinggi atas layanan luar biasa sepanjang kami berada di Uzbekistan sejak Jumaat lalu. Berat hati untuk melangkah meninggalkan Uzbekistan selepas hubungan erat yang terjalin meskipun hanya dalam tempoh singkat.


Saya juga amat menghargai hubungan persahabatan yang telah terjalin dengan Presiden Shavkat. Terima kasih atas keikhlasan yang dihulurkan sepanjang pertemuan dan perbincangan kami.


Alhamdulillah, lawatan rasmi saya ke Uzbekistan telah berjaya mengangkat hubungan dua hala, pelaburan, perdagangan serta kerjasama Malaysia-Uzbekistan ke tahap lebih tinggi, dengan potensi eksport sekurang-kurangnya RM710 juta telah termeterai.


Penghujung kunjungan di Uzbekistan juga menutup tirai lawatan rasmi saya ke tiga negara Asia Tengah, bermula di Kyrgyzstan pada Selasa lalu, disusuli Kazakhstan pada Khamis.


Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan juga berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, yang bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.


Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan hasil lawatan rasmi ini yang telah membuka lembaran baharu dalam hubungan antara Malaysia dengan negara-negara di benua Asia Tengah.


Xayr va yana ko'rishguncha Uzbekistan!

🇲🇾🤝🇺🇿


#MalaysiaMADANI



KEH KEH KEH.. MB KAMI SEMPOI


Pak Ya Siam


 Depa tanya Pak ya,ohh mana la Pak Ya tau..



Tanya la MB dia dapat idea dari mana,mungkin kebetulan saja kut sama !!


😄 


Sawadee




BUKAN ISU KERAJAAN TAK BOLEH KRITIK, TAPI KO MAIN DAN FITNAH ISU RAJA RAJA TERUTAMA YDP AGONG



 

Dalam 𝗶𝘀𝘂 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗻𝗼 ni, yang buatkan si Badrul didakwa di mahkamah adalah kerana ia ada 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴. Bukan sebab kritik kerajaan pun.


Tapi permainan naratif oleh 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗾𝗮𝘇𝗮𝗳 seolah-olah kerajaan tak boleh dikritik. Aku amat yakin tajuk berita ini akan dimanipulasi mereka untuk mendakwa 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮.


Kalau setakat sentuh kerajaan, sentuh PMX, setakat yang aku nampak, tiada tindakan 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴! Tengoklah cerita 𝗽𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮 yang kini sahih fitnah. Ada sesiapa yang didakwa ke? Tiada!


Begitu juga fitnah-fitnah lain yang melibatkan peribadi DS Anwar. Semua bebas. Kita penyokong ni yang sakit hati sangat tengok.


Tapi bila melibatkan 3R, ia tak boleh dibiarkan. Sudah terpateri kukuh dal masyarakat kita 𝘀𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻-𝘀𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗷𝗮-𝗿𝗮𝗷𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗻𝘁𝘂𝗵. Kalau berani buat, beranilah tanggung.


Malangnya mereka suka 𝘴𝘱𝘪𝘯 cerita. Aku yakin sekejao lagi boleh nampak di media sosial kerajaan ini akan dituduh 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗺𝗼𝗸𝗿𝗮𝘁𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺. Padahal mereka yang 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PMX UCAP TAKHZIAH KEPADA SELURUH RAKYAT IRAN



 Terkesan dan sedih tatkala menerima laporan mengenai insiden pesawat di wilayah utara Iran melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan delegasi kepemimpinan Iran, termasuk Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian. Operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan semalam, dan pasukan penyelamat telah mengumumkan bahawa Presiden Raisi, Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian dan delegasi ditemui maut dalam nahas tersebut. 


Saya sempat ketemu almarhum Presiden Raisi di New York, Amerika Syarikat pada tahun lalu dan telah menekuni pelbagai perkara yang dekat dengan kedua-dua negara. Beliau menonjolkan sikap yang terbuka tetapi tegas terutamanya dalam soal pembangunan rakyatnya serta punyai keupayaan yang tinggi dalam memelihara Iran sebagai negara dan tamadun yang kuat. 


Saya selesa bekerjasama dengan beliau dan tragedi ini tentunya menyedihkan dan meninggalkan bekas yang mendalam terutamanya dalam perjuangan membela warga Palestin.  


Malaysia lantas berduka atas tragedi ini dan bersedih atas malapetaka yang menimpa negara sahabat Iran. Doa dan solidariti buat rakyat Republik Islam Iran, dan semoga Allah SWT mengampuni dosa mereka dan memberi tempat yang istimewa di sisiNya. 


‎اللهم اغفر لهم وارحمهم, وعافهم واعف عنهم


ANWAR IBRAHIM

Perdana Menteri



JKR DIARAH PILIH KONTRAKTIT JANA WIBAWA

 



Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu Jabatan Kerja Raya (JKR) mula menerima arahan daripada Kementerian Kewangan (MOF) pada akhir 2020 berhubung cadangan kontraktor untuk program Jana Wibawa.


Dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan, bekas pengarah kanan bahagian kontrak dan unit ukuran bahan JKR, Zulkipeli Yamat, menjelaskan prosedur pemilihan kontraktor yang dicadangkan untuk projek pembinaan di bawah skim tersebut.


Semasa dalam pemeriksaan balas oleh timbalan pendakwa raya Rasyidah Murni Azmi, Zulkipeli berkata arahan MOF mula datang ke JKR susulan mesyuarat pada 8 Dis 2020.


Berita penuh: https://mk.my/MNxLe5j



KEH.. KEH.. KEH...

 

Mukhlis Eddie


Fatwa Johor: Penyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu dikebumi jauh dari kubur lain, mayat tak boleh dibawa ke masjid - mkini.




WANG EHSAN KE T’GANU, KELANTAN TANDA KERAJAAN MADANI ADIL






Tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Pas Terengganu ke atas Kerajaan Persekutuan telah dijawab dalam kenyataan Kementerian kewangan baru baru ini bersabit undang undang semasa royalti, bahawa kerajaan Terengganu atau Kelantan hanya layak mendapat sumbangan 5% tersebut dalam carigali 3 batu nautika dari pantai negeri masing masing.

Namun Kerajaan Madani tetap berlaku adil dengan meneruskan pemberian Wang Ehsan kepada kedua dua negeri sebanyak RM786 juta untuk kerajaan Terengganu dan RM200 juta kepada Kelantan pada 2023 biar pun petroleum dicarigali di luar 3 batu nautika.

Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, kemurahan Kerajaan Madani itu sepatutnya menjawab tuduhan ahli politik Pas Terengganu kononnya kerajaan pusat zalim menyekat royalti.

Sebaliknya, beliau mengingatkan Pas yang tidak meminda undang undang berkaitan royalti semasa memerintah pada 2020 – 2022 kerana itu pembayaran masih kekal sebagai Wang Ehsan berdasarkan pertimbangan Kerajaan Persekutuan memenuhi permintaan negeri.

“Penyaluran Wang Ehsan khusus kepada negeri Terengganu dan Kelantan bukti Kerajaan Persekutuan bersifat adil

“Merujuk kepada kenyataan media Kementerian Kewangan berkenaan penyaluran Wang Ehsan petroleum khusus kepada Terengganu dan Kelantan, bagi manfaat rakyat di dua negeri tersebut, membuktikan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap adil dan tidak menzalimi kerajaan Terengganu atau Kelantan di bawah pimpinan Pas seperti mana tuduhan yang dilemparkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ahmad Nadhir, penyokong Pas Terengganu juga perlu menyedari pada 2024 Kerajaan Madani telah pun meluluskan bayaran Wang Ehsan khusus petroleum sebanyak RM172.3 ke negeri itu dan RM58.6 kepada kerajaan Kelantan, serta tambahan sebanyak RM103.1 juta kepada Terengganu bagi obligasi Kerajaan Negeri kepada kontraktor mereka.

“Hal ini membuktikan Kerajaan Persekutuan sangat mengambil berat terhadap kebajikan serta tidak mengabaikan nasib penjawat awam dan juga kontraktor yang mengambil tender dengan Kerajaan Negeri.

“Justeru itu, KEADILAN Kemaman menggesa supaya polemik dan juga tuduhan liar pihak pembangkang terhadap Kerajaan Persekutuan dihentikan serta merta,” katanya.

Selain itu KEADILAN Kemaman juga, kata Ahmad, berharap agar wang yang diterima oleh Kerajaan Negeri digunakan secara telus dan mengikut tatakelola yang telah ditetapkan oleh undang-undang di samping menggesa pihak Jabatan Audit Negara berperanan memastikan bahawa wang yang disalurkan ini tidak disalahgunakan

Beliau turut menyarankan agar Pas di kedua dua negeri menghentikan budaya fitnah Kerajaan Madani zalim terutama pada hari Hari Raya Aidilfitri dan pada bulan bulan seterusnya berhubung isu royalti.

 

DENGAR INI


 

SENARIO SOKONGAN ANAK MUDA DALAM POLITIK NEGARA HARI INI

UMNO DICADANG GUGUR AZALINA SEBAGAI KETUA PENERANGAN

 


UMNO Cawangan SS9A, Damansara mengusulkan satu pertukaran atau rombakan bagi jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang disandang Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ketuanya, Amin Shukor berkata, Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) dilihat tidak fokus kepada tugas Ketua Penerangan parti yang seharusnya perlu bersikap lebih proaktif.

Menurutnya, pihaknya beranggapan akar umbi UMNO memerlukan perlaksanaan strategi, gerak kerja dan hala tuju drastik yang lebih jelas agar setiap tindakan tidak tersasar.

“Disebabkan itu, kita memerlukan seorang individu atau figura yang mungkin boleh lebih fokus untuk bertindak sebagai Ketua Penerangan dan mempunyai masa untuk merencana usaha-usaha serta tindakan yang sifatnya tidak bermusim.

 “Satu pelan naratif masa depan UMNO yang lebih praktikal perlu segera digerakkan oleh Ketua Penerangan serta segala usaha perlu digembleng kepada usaha yang bersangkutan portfolio penerangan,” katanya menerusi usul berkait perkembangan mutakhir akar umbi UMNO.

Ia susulan akar umbi dikatakan kurang pendedahan serta kurang penerangan secara dalaman khususnya dari unit atau pasukan terbabit.

Justeru Amin berkata, UMNO Cawangan SS9A, Damansara mengusulkan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk menggalas tugas Ketua Penerangan baharu dan berharap usul itu dipertimbangkan kepimpinan tertinggi UMNO.

“Melalui kemahiran, pengetahuan serta pengalaman dimiliki beliau, ia dilihat satu kelebihan yang boleh diguna pakai untuk kebaikan UMNO.


 “Selain itu, UMNO Cawangan SS9A juga beranggapan beliau mempunyai masa untuk lebih fokus merencana, bergerak dan bertindak sebagai Ketua Penerangan yang baru,” katanya.

Katanya, cadangan diusulkan itu selepas melalui pertimbangan rasional demi kebaikan UMNO dalam mendepani situasi semasa politik tanah air.

Sumber – https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/665630