PAS KELANTAN MUNGKIN BINCANG SEMULA KERJA SAMA DENGAN BERSATU


MSO



Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah yang membayangkan Pas akan meletak calon sekiranya tiga kerusi, dua parlimen dan satu Dun Kelantan milik Bersatu menjadi kosong, menggambarkan hubungan Pas dengan Bersatu sudah mula retak.


Ketiga-tiga kerusi itu parlimen Gua Musang dan Jeli dan satu Dun Nenggeri yang diwakili Bersatu. 


Pas Kelantan seperti mahu membincang semula kerjasama mereka dengan Bersatu. Perubahan sikap Pas ini apabila kerajaan Kelantan yang mengambil pendekatan berbaik dengan Pusat telah memberi keuntungan kepada parti itu. Demi untuk kemajuan rakyat Kelantan Pas memilih kawan memberi untung daripada berkawan dengan mereka merugikan. 


Elok juga kalau Pas bertanding di semua kerusi berkenaan tanpa mengambil kira kewujudan Bersatu lagi memandangkan parti serpihan UMNO itu semakin hilang arah dan pupus pengaruh ke belakangan ini. Apa lagi pengaruh Bersatu di Kelantan lebih kurang pengaruh Keadilan dan Amanah sahaja, yang umpama melukut ujung gantang, mereka hanya menumpang tui pengaruh Pas. 


Bagaimana pun diingatkan supaya Pas tidak terpedaya dengan kecek-kecek Annuar Musa untuk meletakkan dia bertanding di salah satu kerusi parlimen berkenaan. Pas harus memberi keutamaan kepada ahlinya yang lama menganggotai parti tersebut daripada memberi laluan kepada mualaf parti seperti Annuar Musa itu. 


Walaupun Annuar telah disamak dan dibaptiskan dengan air tujuh telaga buruk, namun dosa dan bau hampaknya masih terhidu dan sukar untuk dimaafkan oleh orang-orang yang pernah disumpah seranahnya. Annuar Musa tidak banyak beza dengan Salentia. Trims.



No comments: