KERAJAAN TERUS PANTAU GSF

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan sedaya upaya berhubung secara langsung dengan Kerajaan Jordan dan Arab Saudi untuk mengetahui kedaaan terkini peserta selain bersiap siaga seandainya situasi tidak diingini berlaku.




Baca artikel penuh: https://www.tvsarawak.my/2026/05/16/kerajaan-terus-pantau-situasi-kapal-gsf-siap-siaga-jika-dipintas-zionis-pm/




JANGAN ADA FENOMENA BUAT DULU ,MINTA MAAF KEMUDIAN

 

Razali Ismail


PDRM SIASAT





Baru2 ini berkesempatan utk buat report berkaitan isu hina Sahabat Nabi oleh Dr Zawawi ( YB Paser Puteh ) yg merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Pas Pusat.


Pihak berkuasa agama perlu tegas dlm hal ini yg membabitkan individu berlatarbelakangkan pendidikan Islam, apatah lagi dari sebuah parti Islam dgn hukuman lebih berat.


Kecam saja tak jadi, tindakan undang2 perlu saat ini demi mengekang  polemik buat dulu kemudian minta maaf.





LAAAAA.....SEPOIL LAGU NI


Aziani Su




 Sekitar 30 orang sahaja Himpunan Daulat Tuanku berlegar legar di kawasan perkarangan sekitar Istana Bukit Kayangan . Pada pengamatan saya ianya satu kegagalan dari sudut pengertian dan pemahaman maksud sebenar perhimpunan itu tersebut.




TAK DA SIAPA KA YANG BERANI SOUND HADI AWANG TU.

 

Husnul Zulkarnain



Belum ada lagi sejarah ahli PAS yang berani sound tepat ke batang hidung Hj Abdul Hadi Awang.. 






Malaysia dah bayar lebih RM500 juta.



Hisham Daniel







Peluru berpandu tu tidak pernah sampai.


2018. Malaysia tandatangan kontrak dengan syarikat pertahanan Norway, Kongsberg. Nilai kontrak €124 juta, bersamaan lebih kurang RM571.9 juta. Untuk bekalkan sistem peluru berpandu NSM kepada kapal tempur baru Tentera Laut Malaysia.


NSM bukan sebarang peluru berpandu. Ia boleh kesan dan musnahkan kapal perang musuh sejauh lebih 300 kilometer. Ia senjata utama yang dirancang untuk kapal tempur baru Malaysia.


Selepas bertahun proses tertangguh dan menunggu, Mac 2026 akhirnya tiba. Hari penghantaran hampir tiba. Pegawai Tentera Laut Malaysia bersiap sedia. Kemudian datang satu panggilan telefon yang tidak dijangka.


Norway kata lesen eksport dibatalkan.


Bukan sebab Malaysia ingkar kontrak. Bukan sebab ada masalah teknikal. Norway memaklumkan bahawa teknologi pertahanan sensitif mereka kini hanya akan diberi kepada sekutu dan rakan strategik terdekat sahaja.


Malaysia tidak termasuk dalam senarai itu.


Wang sudah keluar. Peluru berpandu tidak masuk.


Anwar Ibrahim telefon terus Perdana Menteri Norway Jonas Gahr Store pada 12 Mei. Dalam kenyataan awamnya, Anwar sebut sesuatu yang jarang kedengaran dari seorang Perdana Menteri.


"Kontrak yang ditandatangani adalah instrumen yang sungguh-sungguh. Ia bukan konfeti yang boleh dihamburkan sesuka hati."


Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin pula dedahkan fakta yang lebih berat. Malaysia sudah bayar hampir 95 peratus nilai kontrak ketika Norway batalkan lesen eksport. Beberapa hari sebelum penghantaran.


Dan sekarang ada masalah yang lebih besar dari sekadar wang.


Kapal tempur pertama Malaysia, KD Maharaja Lela, sudah siap. Sudah mula ujian laut sejak Januari 2026. Dijadualkan diserahkan kepada Tentera Laut Disember ini. Tapi kapal itu dijangka beroperasi tanpa sistem peluru berpandu anti-kapal utamanya.


Kapal ini sudah direka untuk integrasi NSM. Jika sistem lain digunakan, pengubahsuaian pada pelancar dan sistem tempur mungkin diperlukan. Proses itu mengambil masa dan kos yang tidak sedikit.


Macam beli kereta. Bayar penuh. Enjin tidak dibekalkan. Dan bila nak pasang enjin lain, ruang enjin pun kena ubah saiz dulu.


Norway tidak memberikan penjelasan terperinci selain menyebut perubahan dasar eksport pertahanan mereka. Kongsberg kata keputusan lesen eksport adalah di bawah kuasa kerajaan Norway sepenuhnya.


Malaysia sedang bentuk jawatankuasa khas untuk tuntutan undang-undang. Bukan sekadar nak balik wang yang dah dibayar. Tapi juga kerosakan dan kerugian akibat pelanggaran kontrak ini.


Ini bukan sekadar isu rugi duit. Ini isu maruah pertahanan sebuah negara berdaulat.


Dan soalan yang perlu kita tanya bukan sahaja kepada Norway. Kalau negara Eropah boleh batalkan kontrak pertahanan yang hampir selesai dibayar semata-mata kerana perubahan dasar dalam negeri mereka, apakah nilai sebuah perjanjian pertahanan antarabangsa itu sebenarnya?


Penulisan ini berdasarkan laporan yang tersedia. Gambaran penuh mungkin berbeza apabila lebih banyak maklumat tersedia.


Sumber: USNI News, NST, Malaysiakini, DagangNews, Bernama, Reuters, Kongsberg Defence and Aerospace





KERAJAAN MADANI MEMBERI PELUANG YANG SAMA KEPADA PELAJAR TAHFIZ.







 WAKTU MEREKA BERKUASA, MENEPIKAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA YANG MEWAJIBKAN LULUS SPM DENGAN KREDIT MATA PELAJARAN BAHASA' MALAYSIA DAN SEJARAH UNTUK LAYAK KE IPTA KERANA KEPENTINGAN PARTI POLITIKNYA. 


MEMBERI KEADILAN TANPA BATALKAN KEPUTUSAN KERAJAAN TERDAHULU, KERAJAAN PERPADUAN MADANI MEWAJIBKAN SEMUA KEMASUKAN KE IPTA MESTI LULUSAN SPM DENGAN KREDIT MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA DAN SEJARAH.  BERI PELUANG KELUARAN TAHFIS KE IPTA CARA YANG SAMA.



KEH KEH KEH



Qlin Alif


 Dulu pejuang UEC,sampai katanya punca dia dijatuhkan dalam UMNO sebab menyokong UEC.

Masa dia sokong UEC ,dia pun menyokong DAP juga ke?



BERI ANWAR PELUANG.



 Ramai yang nampak perubahan itu lambat, tapi tak semua tahu apa yang sebenarnya sedang ditanggung oleh kerajaan hari ini. Hakikatnya, beban masalah lama bukan kecil, dan ia tak boleh diselesaikan dalam sekelip mata.





Sejak mengambil alih pentadbiran, Anwar bukan sekadar urus perkara baharu, tapi terpaksa juga “membersihkan” pelbagai isu lama yang sudah berakar. Dari soal kewangan negara, ketirisan, hinggalah kepada sistem yang perlu diperbaiki semula.


Bukan mudah nak betulkan sesuatu yang dah lama rosak. Ibarat rumah lama, kalau nak baiki, bukan sekadar cat semula, tapi kena betulkan struktur asas dulu. Itu yang sedang berlaku sekarang.


Ramai yang bertanya kenapa tak terus nampak hasil. Jawapannya mudah — proses pemulihan perlukan masa. Lebih-lebih lagi bila melibatkan dasar, sistem, dan kewangan negara yang kompleks.


Dalam masa yang sama, kerajaan juga perlu pastikan rakyat terus dibantu. Jadi kerja yang dibuat bukan satu arah saja, tapi serentak — baiki yang lama, dan bina yang baharu.


Tekanan memang ada, kritikan juga tak berhenti. Tapi itu lumrah dalam politik. Yang penting, hala tuju jelas dan usaha berterusan sedang dilakukan.


Kalau kita lihat dengan lebih teliti, banyak langkah pembetulan sudah dimulakan. Cuma mungkin belum nampak kesan besar dalam jangka masa pendek.


Apa yang penting sekarang ialah kesabaran dan kefahaman rakyat. Perubahan besar tak pernah datang dalam masa singkat, apatah lagi bila beban yang ditanggung itu berat.


Kita juga perlu beri ruang kepada pentadbiran untuk bekerja. Menilai itu perlu, tapi biarlah adil dan berdasarkan keseluruhan usaha, bukan sekadar persepsi.


Akhirnya, membina semula negara yang kukuh memang bukan tugas mudah. Tapi dengan masa, fokus dan usaha berterusan, satu persatu masalah pasti boleh diselesaikan.



PAS PUTRAJAYA ISU UEC: PAS JANGAN HIPOKRIT










 PAS PUTRAJAYA 


ISU UEC: PAS JANGAN HIPOKRIT


Sebenarnya PAS lah antara parti yang paling lantang memperjuangkan pengiktirafan UEC sejak tahun 2001, iaitu setahun selepas mereka cium mulut dengan DAP. (Barisan Alternatif) 


Dan ketika PRU13, PAS bersama DAP dan PKR secara terbuka memasukkan agenda pengiktirafan UEC dalam Buku Jingga mereka. 


Waktu itu mereka desak kerajaan Barisan Nasional supaya mengiktiraf UEC sepenuhnya.


Aku ingat lagi masa tu kerajaan BN dah berbuih jelaskan memang ada pelajar UEC yang berjaya masuk ke IPTA, tetapi perlu lah melalui beberapa syarat tertentu! Bukan  senang-senang saja boleh masuk.


Namun PAS tetap bantah. PAS tetap tekan supaya UEC diiktiraf sepenuhnya.


Pada 2020, bila PAS berjaya bentuk kerajaan bersama PN mereka sendiri melonggarkan syarat dengan membenarkan lepasan UEC memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG).


FAKTA YANG RAMAI TAK TAHU:


Sejak dahulu memang ada je pelajar UEC yang berjaya masuk IPTA. Tetapi bukan secara automatik.


LALUAN PERTAMA:

UEC + SPM penuh


Kalau cukup syarat akademik dan merit, mereka boleh memohon pelbagai jurusan termasuk Perubatan, Engineering, Law, Pendidikan dan lain-lain.


LALUAN KEDUA:

UEC + kredit BM + lulus Sejarah


Harini, seperti PN, Kerajaan Madani pula melonggarkan sedikit lagi syarat. Hanya perlu kredit BM dan lulus Sejarah sahaja. Kelonggaran ini termasuk juga kepada pelajar TAHFIZ. 


Tetapi mereka tak boleh ambil Law, Medic dan lain-lain seperti LALUAN PERTAMA. Hanya  boleh ambil jurusan Bahasa dan Pengajian Cina sahaja. (untuk tahfiz pun sama) 


LALUAN KETIGA:

UEC sahaja = TAK LAYAK 


MAKNANYA SEHINGGA HARI INI UEC MASIH BELUM DIIKTIRAF PENUH sebagai syarat standard kemasukan IPTA. Begitu juga TAHFIZ.


Dan inilah perkara sebenar yang diperjuangkan oleh Dong Zong dan PAS  (LALUAN KETIGA) 


Mereka mahu UEC SAHAJA diterima masuk ke IPTA tanpa perlu SPM, tanpa perlu kredit BM dan lulus Sejarah.   


Tapi yang paling kelakar sekarang, PAS pula sibuk menuduh UMNO  “tunduk DAP”.


Sedangkan rekod paling jelas memperjuangkan pengiktirafan penuh UEC sejak dulu ialah PAS sendiri.


Dulu masa nak undi dan dana dari DAP,  bukan main lagi mereka tuntut UEC diiktiraf penuh.


Harini bila PAS nak undi Melayu, depa acah2 main sentimen UMNO ikut cakap DAP. Asal ada isu je depa sanggup tunggang walau tak selari dengan prinsip mereka selama ni.  


Depa ingat rakyat bodoh kot. Sekarang ni maklumat di hujung jari. Padahal PAS, Dong Zhong dan DAP sama je.  


Takbir. 


-TunCarlos




Antara hadis-hadis sahih mengenai golongan Khawarij, kaum yang diperangi oleh Allah dan rasulNya.



 Antara hadis-hadis sahih mengenai golongan Khawarij, kaum yang diperangi oleh Allah dan rasulNya. 




1. Rasulullah ﷺ bersabda:


“Akan muncul pada akhir zaman suatu kaum yang muda usianya dan cetek akalnya. Mereka berkata dengan perkataan yang baik-baik, tetapi iman mereka tidak melepasi kerongkong mereka. Mereka keluar daripada agama sebagaimana anak panah terlepas daripada busurnya.” — Riwayat Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim


2. Dalam hadis lain Rasulullah ﷺ bersabda:


“Mereka membaca Al-Quran tetapi tidak melepasi tenggorokan mereka. Mereka membunuh orang Islam dan membiarkan penyembah berhala. Jika aku sempat dengan mereka, pasti aku akan memerangi mereka sebagaimana kaum ‘Ad diperangi.” — Riwayat Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim


3. Rasulullah ﷺ juga bersabda:


 “Seburuk-buruk makhluk di bawah langit ialah Khawarij.” — Riwayat Sunan Ibn Majah

(Dinilai sahih oleh sebahagian ulama hadis)


4. Saidina Ali ibn Abi Talib berkata tentang Khawarij setelah memerangi mereka:


“Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Akan keluar satu kaum dari umatku, mereka membaca Al-Quran, tetapi bacaan kamu dibandingkan bacaan mereka tidak ada apa-apanya… mereka keluar daripada Islam sebagaimana anak panah keluar dari buruannya.” — Riwayat Sahih Muslim. 


Ciri-ciri Khawarij berdasarkan hadis


Mudah mengkafirkan orang Islam.


Banyak ibadah tetapi rosak akidah dan manhaj.


Membaca Al-Quran tanpa memahami dengan benar.


Memberontak terhadap pemerintah Islam.


Membunuh orang Islam dan meninggalkan musuh sebenar Islam.


Gelojoh dalam hukum dan cetek ilmu agama.


Mendakwa memperjuangkan islam tetapi hakikatnya memperjuangkan kuasa dan kedudukan. 


Semoga Allah melindungi umat Islam daripada fitnah Khawarij dan segala bentuk kesesatan.




SENTUH NABI TAK APA ..SENTUH LEBAI MARANG SIAP LA KAMU

 


Hari ke-4: Kalau tak percaya, kau hentamlah 

Hadi Awang, Presiden Pas. Siaplah korang.



Aku dah kena. Dah lali. Jangan sesekali sentuh Hadi. Memang mendapatlah. Penyokongnya akan balun kau cukup-cukup. Setan, anjing, kafir, babi, barua, liberal, munafik, ahzab, musuh Islam, berapa ratus kitab kau dah karang?, baca Fatihah pun tak betul.. huhu.


Tapi ironinya, bila 'ulama' mereka hina sahabat Nabi, mereka maafkan. Khilaf, katanya. Ramai yang diam saja. Malah ada yang bekap Dr. Nik Zawawi. 


'Pejuang-pejuang Islam' yang popular, yang sebelum ini rakus menuduh kerajaan sebagai liberal, penjilat kafir & mahu menghapuskan Islam, juga hilang entah ke mana.


Sudah masuk hari keempat isu Dr. Nik Zawawi. 


Semasa isu pemuda Kahfi pada hujung 2023, cukup pantas keluar video seorang ustaz mengatakan bahawa 'pemimpin itu sesat lagi menyesatkan.' Seingat saya, PMX cakap sebelah pagi, pada tengah hari sudah keluar video 'fatwa' berkenaan. (Kalau saya silap, saya minta maaf. Tapi seingat saya begitulah.)


Tapi dalam isu Dr. Nik Zawawi, sudah masuk hari keempat pun masih tidak keluar 'fatwa' lagi. 


Tak pe lah.. kena husnuzzon. Mungkin belum ada kelapangan lagi. 

..

...


** Adakah sekarang ini kita sedang dipertontonkan dengan lakonan dan kepura-puraan? Lakonan dan kepura-puraan yang berminyakwangikan agama.


** Jangan sewenang-wenang mempertikai keislaman & keimanan orang lain, apatah lagi kerana perbezaan politik.




PH MENSTABILKAN NEGARA



Info Rakyat


 Pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas pilihan raya lalu sebenarnya jadi titik penting dalam sejarah politik negara. Ramai yang tak jangka gabungan pelbagai parti ini mampu duduk semeja, tapi akhirnya ia berjaya direalisasikan demi kestabilan Malaysia.





Di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim, fokus utama jelas — hentikan pergolakan politik yang tak berkesudahan. Rakyat dah penat dengan drama politik, dan kerajaan ini hadir dengan janji untuk membawa ketenangan.


Bila politik stabil, banyak perkara lain jadi lebih mudah. Pelabur luar mula kembali yakin untuk melabur dalam negara. Ini sebab mereka suka suasana yang konsisten dan boleh diramal.


Kesan dia, ekonomi mula menunjukkan tanda-tanda positif. Peluang pekerjaan bertambah, perniagaan kecil pun mula bernafas semula selepas tempoh mencabar sebelum ini.


Dalam masa yang sama, kerajaan juga lebih fokus kepada kebajikan rakyat. Isu kos sara hidup, bantuan tunai dan subsidi terus diberi perhatian supaya rakyat tak terbeban.


Apa yang menarik, Kerajaan Perpaduan juga dilihat lebih terbuka menerima pandangan. Kritikan tidak lagi dilihat sebagai ancaman, tetapi sebagai ruang untuk penambahbaikan.


Gabungan pelbagai parti dalam satu kerajaan memang bukan mudah. Tapi setakat ini, ia berjaya menunjukkan bahawa perbezaan ideologi boleh diketepikan demi kepentingan negara.


Rakyat pula mula rasa sedikit lega. Walaupun masih ada cabaran, sekurang-kurangnya hala tuju negara nampak lebih jelas berbanding sebelum ini.


Ekonomi yang berkembang dan politik yang stabil sebenarnya saling berkait. Bila satu kukuh, yang lain akan ikut naik. Inilah asas kepada kesejahteraan rakyat dalam jangka panjang.


Kesimpulannya, pembentukan Kerajaan Perpaduan bukan sekadar strategi politik, tapi satu langkah penting untuk masa depan Malaysia. Jika momentum ini dikekalkan, tak mustahil negara akan terus maju dan rakyat hidup lebih sejahtera.




GIGIH TUTUP BUKTI


RMS


 Gigih menutup bukti .memandangkan YAB MB Kelantan nak buat kenyataan..🤭🤭






PUNYA LAMA HANGPA BARU NAK LANTIK. LEKEH.. MEZAH TAK JADI LA YA.

 





KEPUTUSAN MESYUARAT PN - DR SAM KETUA PEMBANGKANg BAHARU


16 Mei 2026


KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG PERIKATAN NASIONAL


MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI PERIKATAN NASIONAL

KALI KE-2 (2026)


Perikatan Nasional (PN) telah mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada hari ini, 16 Mei 2026 bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.


Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar dan dihadiri oleh semua Ahli Majlis Tertinggi daripada parti-parti anggota.


Mesyuarat hari ini telah memutuskan beberapa perkara, antaranya:


1. Pelantikan Pengerusi PN Negeri-Negeri

Pelantikan Pengerusi PN bagi setiap negeri telah diputuskan sebagaimana berikut:


Perlis : YB Dato’ Seri Shahidan Kassim

Kedah : YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor

Pulau Pinang : YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai

Perak : YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Selangor : YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Negeri Sembilan : Ditangguhkan

Melaka : YB Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

Johor : YB Datuk Dr. Sahruddin bin Jamal

Pahang : YB Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Terengganu : YB Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak

Kelantan : YB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad bin Yakob

Sabah : YB Datuk Dr. Aliakbar bin Gulasan

Sarawak : YBhg. Jaziri Alkaf Abdillah Suffian

Wilayah Persekutuan : YB Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin


2. Kerjasama Pilihan Raya


Mesyuarat bersetuju secara prinsip untuk menerima kerjasama pilihan raya atau electoral pact bersama parti-parti tertentu yang mempunyai keserasian perjuangan dan kepentingan bersama dengan Perikatan Nasional.


3. Pelantikan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia


Mesyuarat telah bersetuju untuk melantik YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahli Parlimen Kemaman, untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang.


4. Perbincangan Isu-Isu Semasa Negara


Mesyuarat turut membincangkan beberapa isu semasa yang menjadi perhatian rakyat dan kepentingan negara.


Perikatan Nasional akan terus memainkan peranan sebagai suara semak dan imbang yang bertanggungjawab, konstruktif dan berprinsip demi memastikan kepentingan rakyat serta masa depan negara sentiasa diutamakan.


TAKIYUDDIN HASSAN

16 MEI 2026

 #sentiasalulus


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1286676423455474&id=100063393840098



KEWARGANEGARAAN BUAT ADIK YANG CEMERLANG

 









Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang bertemu dan menyerahkan sendiri surat keputusan kewarganegaraan kepada anakanda Eisya yang kini sah menjadi warganegara Malaysia di bawah Perkara 15A.






Saya dimaklumkan Eisya dijaga oleh keluarga angkatnya sejak umur 1 bulan. Pastinya banyak cabaran dan pengorbanan yang telah dilalui keluarga ini. Namun Alhamdulillah, segala usaha itu membuahkan hasil apabila Eisya berjaya memperoleh 10A dalam SPM baru-baru ini. 


Dalam masa yang sama, saya turut meraikan anakanda Aqilah Najwa dan anakanda Aira Qistina, anak kepada salah seorang pemandu di KDN dan juga pengiring bermotorsikal saya, yang masing-masing mendapat keputusan cemerlang 11A dan 9A.


Paling saya tersentuh bila anakanda Aqilah beritahu dah hafal 30 juzuk Al-Quran. Saya saja “tebuk” sedikit… Alhamdulillah, lancar. Anakanda Aira pula insyaAllah akan melapor diri untuk sambung belajar tidak lama lagi.


Bila jumpa anak-anak macam ni, saya rasa cukup gembira. Dari latar belakang yang sederhana, tapi penuh usaha, adab dan semangat untuk berjaya. 


Saya doakan semoga semuanya terus berjaya dan dipermudahkan urusan. Terus terbang tinggi dan jangan pernah berhenti mengejar cita-cita.


#MalaysiaMadani 

#YakinMADANI 

#KementerianDalamNegeri




INI LAH PUAK YANG MELULUSKAN UEC



Qlin Alif







Inilah puak yang meluluskan pelajar UEC dibenarkan masuk ke IPT.

Tapi yg peliknya puak ini juga yang melalak bila  kerajaan sekarang teruskan mengambil pelajar lulusan UEC ..

Puak jenis depa buat apa pun boleh tapi bila orang lain buat tak boleh.

.



UEC: BM, Sejarah kekal jadi syarat wajib lulus untuk masuk IPTA


 


Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, syarat itu turut terpakai kepada pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan.

“SPM tetap wajib walaupun dia belajar aliran itu. Sebab penilaian UPU (sistem UPUOnline) kita ialah berdasarkan kepada keputusan SPM.

“Maknanya dia menduduki dua peperiksaan termasuk lulus mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti hari ini.

Terdahulu, Zambry semasa berucap menegaskan syarat kemasukan ke IPTA tetap perlu berdasarkan sistem SPM walaupun kerajaan membuka ruang laluan tertentu kepada pelajar daripada sistem pendidikan lain.



"Perut Dibelah, Usus Terkeluar.." - Pemuda Bakar Kekasih Hamil Terlepas Hukuman Gantung

 






Seorang pemuda yang sebelum ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh dan membakar kekasihnya yang sedang hamil di sebuah kebun kelapa sawit di Sungai Besar, Sabak Bernam, akhirnya terlepas hukuman tersebut selepas Mahkamah Rayuan menggantikannya dengan hukuman penjara 40 tahun dan 12 sebatan.
Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Azman Abdullah selepas membenarkan rayuan dikemukakan oleh Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 23, untuk mengetepikan hukuman mati yang sebelum ini dijatuhkan Mahkamah Tinggi Klang.
Dalam keputusan sebulat suara itu, mahkamah mengambil kira faktor usia tertuduh yang masih muda ketika kejadian berlaku, iaitu 20 tahun, selain wujudnya pilihan hukuman di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.
Menurut Azman, mahkamah menggunakan budi bicara yang diperuntukkan di bawah pindaan undang-undang baharu tersebut untuk menggantikan hukuman gantung sampai mati dengan hukuman penjara selama 40 tahun serta 12 sebatan.
Di bawah pindaan undang-undang berkenaan, mahkamah mempunyai kuasa sama ada mengekalkan hukuman mati atau menggantikannya dengan hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun. Bagi pesalah lelaki berusia bawah 50 tahun yang tidak dijatuhi hukuman mati, hukuman sebatan tidak kurang daripada 12 kali turut boleh dikenakan.
Semasa prosiding rayuan, peguam Muhammad Nor Tamrin yang mewakili tertuduh berhujah bahawa Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila menjatuhkan hukuman terlalu berat terhadap anak guamnya.
Beliau berkata, Muhammad Fakrul Aiman telah mengaku bersalah sebelum perbicaraan bermula dan ketika kejadian berlaku, tertuduh masih berusia 20 tahun.
Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memohon agar hukuman gantung dikekalkan memandangkan jenayah dilakukan disifatkan sebagai sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Sebelum ini, pada Jun 2023, Mahkamah Tinggi Klang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muhammad Fakrul Aiman selepas dia mengaku bersalah membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau antara jam 8.30 malam, 22 Mei hingga jam 8 pagi, 23 Mei 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan jika tidak dikenakan hukuman mati.
Dalam penghakimannya ketika itu, Hakim Norazlin Othman menyifatkan perbuatan tertuduh sebagai sangat kejam dan dilakukan secara terancang.
Mahkamah turut mengambil kira hasil bedah siasat yang mendapati mangsa yang hamil 18 minggu mengalami kesan bakar hampir di seluruh badan selain luka tikaman dan hirisan di bahagian abdomen serta leher.
Menurut fakta kes, tertuduh didakwa memukul kepala mangsa menggunakan kayu sehingga rebah sebelum mengheret mangsa ke tepi parit dan menikam serta menghiris lehernya menggunakan pisau yang diambil dari kereta.
Pendakwaan sebelum ini turut mengemukakan sebanyak 112 eksibit termasuk imej ultrabunyi kandungan, pisau, kayu serta pakaian mangsa bagi menyokong kes tersebut.
Dalam rayuan mitigasi di Mahkamah Tinggi, pihak pembelaan memaklumkan laporan DNA Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan janin berusia 18 minggu itu bukan milik tertuduh.
Peguam turut mendakwa tertuduh berada dalam tekanan selepas diugut oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya suami kepada sepupu mangsa supaya bertanggungjawab terhadap kandungan tersebut.
Selain itu, mahkamah dimaklumkan bahawa Muhammad Fakrul merupakan seorang penuntut institusi pengajian tinggi yang tidak mempunyai rekod jenayah atau disiplin, malah memperoleh keputusan akademik cemerlang dengan PNGK 3.80 sebelum kejadian berlaku.





Saham Boeing jatuh 4.7% selepas Trump umum China confirm beli 200 pesawat Boeing






Pesan Atok




 Saham Boeing jatuh 4.7% selepas Trump umum China confirm beli 200 pesawat Boeing. Eh kenapa turun pulak?

Penganalisis pasaran saham Wall Street dan firma kewangan seperti Jefferies sebelum ini menjangkakan yang China akan menempah sehingga 500 buah pesawat Boeing.
Tapi angka rasmi yang diumumkan, hanya sekitar 200 buah jet sahaja.
Mengapa Ramai Menjangkakan 500 Pesawat?
Laporan pasaran meramalkan China memerlukan sekitar 8,000 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun akan datang bagi menampung pertumbuhan penerbangan domestik dan antarabangsa.
Sumber industri pula mendakwa sebelum pertemuan Donald Trump dan Xi Jinping, China nampak gaya nak beli banyak.
Tapi tiba-tiba 200 sahaja dan angka itu jauh lebih rendah berbanding jangkaan maksimum 500 jet. Separuh pun tak sampai.
Ramai pelabur Wall Street berasa kecewa.
Kesannya, saham Boeing (BA) jatuh 4.7% sejurus selepas pengumuman dibuat kerana pasaran sebenarnya telah “meletakkan harga” berdasarkan jangkaan tempahan.
Yakin sangat. Mendapat 😆






KAT NEGERI KO PUN TAK PEDULI KO KALUT TEMPAT LAIN






𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐅𝐑𝐄𝐄𝐇𝐎𝐋𝐃, 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐔  JOM BACA





 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐅𝐑𝐄𝐄𝐇𝐎𝐋𝐃, 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐔

Ada baca 3 hari lepas tulisan ni.
Mula-mula aku anggap ni perkara biasa menjelang 13 Mei baru-baru ni, macam-macam tulisan sebegini akan ditulis.
Kelmarin aku dapat panggilan daripada seorang ahli politik Melayu dari Kuala Lumpur.
30 minit kami berbual.
Aku ringkaskan sedikit perbualan tersebut:
1. Status tanah di Taman Segar asalnya adalah tanah pertanian berstatus freehold. Kemudian bila hendak ditukar kepada status tanah kediaman (bangunan) untuk buat perumahan, status itu ditukar kepada leasehold. Ini cerita puluhan tahun dulu. Beberapa tahun lepas penduduk Taman Segar cuba dapatkan kembali status freehold tersebut dan akhirnya kini dapat apa yang mereka nak.
2. Penduduk Taman Segar mohon penukaran status dah lama, mereka organize raih dana, upah peguam, kaji sejarah status tanah tersebut berpuluh tahun dahulu.
3. Berbeza dengan Kampung Sungai Baru (bukan Kampung Baru, orang luar banyak tak faham memang suka buat palatao) yang merupakan tanah anugerah oleh DYMM Sultan Selangor pada zaman British untuk mengekalkan orang melayu di kawasan bandar. PKNS mendirikan rumah di mana ada bukan melayu juga membeli dan memiliki rumah di kawasan tersebut. Tanah Kampung Sungai Baru tidak sama dengan tanah-tanah lain di Kampung Baru yang berstatus Tanah Rizab Melayu atau Malay Agricultural Settlement (MAS).
4. Isu ada geran dan dihalau pemaju ni boleh bacalah banyak penjelasan yang dah dibuat dan ini takde kena mengena dengan status freehold atau leasehold.
5. Kemudian isu ahli-ahli politik atau YB YB Melayu tak tolong Melayu dapatkan tanah freehold. Dia cakap bagi pihak dia sendiri sebagai salah seorang YB Melayu di tengah-tengah KL. Dia cakap dalam kawasan dia sendiri banyak penduduk Melayu mohon tukar tanah leasehold kepada freehold melalui dia, tapi banyak isu yang timbul. Antaranya:
a. Bila tukar freehold taknak status Tanah Rizab Melayu, taknak ada sekatan untuk flip tanah tersebut.
b. Bila dah tukar status, takde duit nak bayar premium puluhan ribu Ringgit sampai pinjam ahli politik tersebut dan tak bayar balik sampai sekarang.
c. Ada yang dah dapat tawaran tukar status, bayar premium kepada Pejabat Tanah WPKL secara ansuran tapi tak konsisten bayar sampai tawaran tersebut lapsed.
Adakah ini salah ahli politik dan YB Melayu tersebut?
Adakah Melayu bandar berharap penukaran status tanah tidak melibatkan bayaran premium? Adakah mereka berharap Kerajaan atau YB mereka bayarkan premium tersebut?
Ini masalahnya.
Yang nak menunggang isu perkauman akan cakap Kerajaan tak bantu, YB-YB Melayu tak bantu kaum sendiri.
Mereka juga tak tahu kaum cina sendiri sangat tersusun dalam kerjasama mendapatkan dan mempertahankan hak mereka dan mereka juga tahu bila nak tukar status tanah perlukan modal termasuk nak kena bayar premium kepada Pejabat Tanah.
Dalam 30 minit perbualan aku dengan ahli politik Melayu KL ni aku belajar banyak benda bernilai puluhan tahun termasuk sejarah, kaum dan juga sikap kaum aku sendiri.
Sebelum menamatkan perbualan dengan dia, aku tanya kenapa tak terangkan kepada orang ramai dan betulkan salah anggap bahawa YB Melayu di KL tak tolong bangsa sendiri?
Dia jawab ringkas, "aku pernah kalah (pilihanraya) sekali walaupun dah tolong apa yang diorang nak. cukuplah tu."
Kesimpulannya, jangan dok palatao sangat pasal tanah-tanah yang kau pun taktau isu dan prosedurnya.
Salam Jumaat.