YB LOKE DAKWA ADA MOTIF POLITIK UNTUK PAC MENUDUH KEMENTERIAN PENGANGKUTAN TERLIBAT DALAM PENJUALAN SAHAM MAHB.

Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas Sarawak, tidak termasuk LN...



Syarikat minyak nasional Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengiktiraf Petroleum Sarawak Bhd (Petros) milik negeri Sarawak sebagai agregator gas negeri tetapi tidak termasuk gas asli cecair (LNG). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman berkata, Petronas dan anak syarikatnya tidak perlu mendapatkan lesen atau mematuhi sebarang prosedur tambahan untuk menjalankan operasi petroleum di Sarawak melebihi yang digariskan dalam Akta 144. Dalam jawapan bertulis parlimen kepada Chong Chieng Jen (Pakatan Harapan–Stampin), beliau berkata, ia adalah perjanjian utama yang dicapai antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa pertemuan mereka pada 7 Januari 2025. Akta 144 merujuk kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974, yang memberikan Petronas hak eksklusif untuk cari gali dan eksploitasi petroleum, sama ada di dalam atau luar pesisir Malaysia.


HANCUR KOYAK HABIS MUKA GENG BERSATU INI! PERKEMBANGAN PERBICARAAN KES P...



Pihak pendakwaan membantah permohonan Wan Saiful Wan Jan bagi mendapatkan penyata bank sebuah syarikat berhubung kes pengubahan wang haram dan rasuah projek Jana Wibawa yang dihadapi bekas ketua penerangan Bersatu itu. Berdasarkan afidavit balasan bagi permohonan itu yang diperoleh media, pendakwa raya selaku responden pertama membantah permohonan tersebut kerana tiga penyata bank akaun milik Nepturis Sdn Bhd yang dipohon Wan Saiful bukan satu keperluan. “Selain itu, penyata bank tersebut tiada kaitan dengan pertuduhan yang dikemukakan pendakwaan terhadap pemohon (Wan Saiful) di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaian Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. “Dokumen-dokumen berkaitan pertuduhan termasuk penyata bank Maybank milik syarikat Nepturis Sdn Bhd telah diserahkan kepada pihak pemohon mengikut pertuduhan-pertuduhan melalui serahan di bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah,” kata pendakwa raya dalam afidavit itu. Selain itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengetepikan nama dua responden iaitu Eksekutif Maybank Cawangan Taman Tun Dr Ismail, Raja Muhammad Aiman Raja Sa’adi yang juga saksi pendakwaan ke-15 dan Maybank Islamic Berhad dalam permohonan Wan Saiful itu. Wan Saiful memfailkan notis permohonan dan afidavit sokongan di Mahkamah Sesyen pada 16 Jan lepas dengan menamakan pendakwa raya Raja Aiman dan Maybank Islamic Berhad sebagai responden pertama hingga ketiga. Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu memohon mahkamah mengeluarkan perintah kepada ketiga-tiga responden untuk memberi tiga penyata bank Maybank atas nama Nepturis Sdn Bhd bagi tempoh Jan 2021 hingga Dis 2023 kepada pemohon sama ada dalam bentuk fizikal atau peranti storan digital. Menerusi afidavit sokongan, Wan Saiful berkata Raja Aiman yang dipanggil untuk memberikan keterangan berkaitan hal ehwal akaun bank milik Nepturis di mahkamah belum dilepaskan kerana pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan terhadapnya masih belum selesai. Wan Saiful berkata semasa Raja Aiman memberi keterangan di mahkamah pada 19 dan 20 Sept 2024, beliau merujuk dan mengesahkan beberapa dokumen antaranya penyata bank Maybank atas nama Nepturis namun penyata bank yang diberikan kepada pihak pembelaan hanya daripada Julai 2022 hingga Dis 2022 dan Jan 2023 hingga Jun 2023. “Dokumen-dokumen (penyata bank) ini perlu kerana ia berkaitan pertuduhan yang dikenakan terhadap saya dan ia relevan bagi membolehkan mahkamah memperoleh pemahaman lengkap serta holistik berkenaan fakta-fakta material, keterangan dalam kes ini dan pembelaan saya bagi mencapai suatu keputusan yang adil,” katanya dalam afidavit itu.




SALAH GUNA KUASA! HANYA KERANA MENTERI DARI PARTI DAP! KETERDESAKAN PEMB...


Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook mempersoalkan jika Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Mas Ermieyati Samsudin mempunyai motif tersembunyi kerana mencadangkan beliau mungkin dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan kerugian RM500 juta dalam perjanjian penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Loke yang juga setiausaha agung DAP mempersoalkan jika kenyataan Mas Ermieyati bermotifkan politik dan mendakwa ketua Wanita Bersatu itu dilihat cuba mencipta persepsi negatif terhadapnya. Loke turut mempersoalkan kenapa Kementerian Pengangkutan dikaitkan dengan isu itu sedangkan transaksi MAHB tiada kaitan dengan kementeriannya memandangkan ia syarikat tersenarai. “Saya tak tahu jika dia tak faham atau pura-pura tak faham. Sangat jelas ini isu ekuiti dan tiada kaitan dengan kementerian,” katanya dalam sidang media. “Pengerusi PAC perlu adil. Mungkin dia mahu salahkan DAP kerana menteri pengangkutan dari DAP. Semuanya salah DAP.” “Jika anda mahu penjelasan, tanya KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). Kami tiada ekuiti dalam MAHB. Kementerian hanya pengawal selia (pengangkutan) dan peranan kami terhad kepada perjanjian operasi.” Selasa lalu, konsortium Gateway Development Alliance (GDA) berjaya memperoleh saham mencukupi untuk mengambil alih MAHB dan menjadikannya syarikat persendirian. GDA merangkumi KWSP, UEM Group Bhd yang disokong Khazanah Nasional Bhd, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi dan Global Infrastructure Partners yang dimiliki BlackRock. Sebelum perjanjian itu dimuktamadkan, pengkritik mendakwa KWSP kerugian RM500 juta dalam dagangan saham untuk membeli semula saham MAHB pada harga lebih tinggi selepas menjualnya pada kadar lebih rendah. Presiden MCA Wee Ka Siong dilaporkan berkata, kepentingan KWSP dalam MAHB merosot daripada 15% ke bawah 6% pada 2023 sebelum membeli semula saham itu pada 2024 ketika GDA merancang pengambilalihannya. Pada 1 Feb lalu, Mas Ermieyati dilaporkan berkata, ‘individu berkaitan’, termasuk Loke akan dipanggil secara berperingkat untuk memberi keterangan dalam prosiding yang dijadualkan bermula minggu kedua bulan ini.






TITAH DERHAKA. SOROK MINYAK MASAK


Aman Mohamad


 Cerita anak Ketua Pembangkang PN sakau minyak masak.


Kawan dia mengaku salah, anak dia tak mengaku salah.


:)



MAINAN POLITIK PAS.

 


IDEA PMX MENDAHULUI

 

AS ni sibuk je nak ambik negara orang guys....terbaik PMX berganding bahu bersama jepun,korea dan yg lain utk bina semula gaza alhamdulillah...seharusnya rakyat malaysia khas melayu beri sokongan padu pd pmx, ini tidak geng² walaun pembangkang hentam kerajaan pmx...sebelum ni bukan main terjerit jerit kibar bendera pelastin sana sini( hipokrit)....

#akutetapsokongpmx 😘




DIPERSETUJUI BERSAMA.

 

RMS


Disetujui kedua pihak dan tidak sepatutnya dibangkitkan lagi.. PETRONAS tidak perlu dapatkan lesen untuk kerja cari gali petroleum di Sarawak yang digariskan dibawah Akta 144.



MALANGNYA UMNO ADA KETUA PEMUDA MACAM DIA NI

 


Apa malang UMNO ada 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 yang masih 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗼𝘁𝗮𝗸. Dia persoal kenaikan tarif elektrik untuk industri tak bebankan rakyat tu ok. Tapi dia suruh 𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗚𝗦𝗧? Bodoh ke?



Kenaikan elektrik yang 𝘀𝗶𝗸𝗶𝘁 dan 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 dia takut bebankan rakyat. Tapi suruh buat GST yang pernah 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮? Masa GST dilaksanakan dulu 𝗱𝗶𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗱𝗶 𝗟𝗼𝗵 𝗠𝗮𝗵𝗳𝘂𝘇 ke?


Aku masih ingat, untuk setiap barang yang dibeli, kena bayar 𝘦𝘹𝘵𝘳𝘢 6% untuk GST. Memang ada 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗰𝘂𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 tapi berapa banyak sangat? Aku beli barang di 𝗚𝗶𝗮𝗻𝘁, untuk total RM800 kena bayar GST RM40!


Dan yang kena semua rakyat pulak tu. Miskin ke, kaya ke, tauke besar ke, 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮. Masa tu beli barang di 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗥𝗠2 pun kena GST. Itu lebih membebankan rakyat. Kalau nak 𝗯𝗼𝗱𝗲𝗸 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 pun tak payah bawak idea yang 𝗺𝗲𝗻𝘆𝘂𝘀𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 begini.


GST boleh dibuat. Tapi 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴. Bukan ketika rakyat 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝙨𝙩𝙧𝙪𝙜𝙜𝙡𝙚 selepas ekonomi dituntuhkan teruk oleh 𝗣𝗡 dan wang negara dicuri oleh 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 yang sebabkan negara 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶.


Akmal ni tak cerdik mana pun rupanya. Tapi bukanlah mengejutkan pun. Dia nak Najib bebas bukti 𝗼𝘁𝗮𝗸𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝘄𝗮𝗿𝗮𝘀 Cumanya, kesian UMNO je. Dengan pemimpin bebal begini, jelas pemulihan UMNO akan ambil masa yang panjang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MASA DIN JADI PM.. NI SAJA BANTUAN UNTUK PESAWAH. TAK DA PULAK NAK DEMO BAGAI.

 


Masa 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 jadi PM dulu, bantuan sangat kurang dan harga padi lebih murah. Tapi 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗲𝗺𝗼 𝗽𝘂𝗻. Tapi bila PMX, 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵, dia berdemo pula. Kenapa?



Sebab 𝗮𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁. Yang menghasut tu cuba nak jadi 𝙛𝙖𝙠𝙚 𝙝𝙚𝙧𝙤. Padahal masa dia memerintah dahulu, jauh lebih susah hidup, bukan setakat pesawah malah 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.


Yang senang pemimpin PN dan 𝘁𝗮𝘂𝗸𝗲 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗯𝘂𝘁 𝗖𝗶𝗻𝗮 𝗱𝗶 𝗣𝗮𝗴𝗼𝗵. Rakyat lain menderita sampai ramai yang 𝗯"𝗻𝘂𝗵 𝗱*𝗿𝗶 akibat dari kezaliman Mahiaddin yang 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗱𝘂𝗹𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.


Sebenarnya ramai pesawah yang bersyukur. Cuma ada segelintir yang 𝗿𝗮𝘁𝗮-𝗿𝗮𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻. Sebab tu la demo hari tu 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗻. Berapa kerat je yang datang. Tak 𝘩𝘢𝘱𝘱𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨.


Itu pun, kerajaan mendengar. Minggu depan akan ada pengumuman terkait isu ini. Tunggulah. Ini bukti yang 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Bukannya macam PN yang cakap YDP Agong dan sultan-sultan pun mereka tak mahu dengar. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


FITNAH SANUSI! LAPORAN POLIS OLEH MOBILISASI DAN KOMUNIKASI AMANAH WILAY...

GREATER KEDAH KEDAH DIARAH JADI MISKIN. PARTI AMANAH ANAK PAS.


Kedah diarah menjadi miskin kata sanusi menteri besar kedah sangat-sangat mengelirukan bila kedah terkini kemajuan semakin hari semakin banyak teknologi yang masuk ke dalam negeri kedah semakin hari semakin banyak celah mana tetapi inilah sanusi demi mengambil pengaruh daripada rakyat mengambil sokongan rakyat menggunakan kata-kata sedih akan tetapi inilah penipuan ya kedah diwujudkan dijadikan untuk miskin jom kita kupas yang kedua sanusi katakan amanah dilahirkan oleh dap ur akan tetapi perpecahan pas lah berpunca kewujudan parti jom kita kupas kegagalan menteri besar kedah Jom kita kupas pelbagai perkongsian akan dibuat di dalam live video ini, Pelbagai video-video-ulasan video-video mengkritik dan video-video menjawab daripada kawan-kawan dari pihak pembangkang dan kawan-kawan dari pihak kerajaan madani jom kita kupas jom support solihin sabudin hadiahkan superchat super sticker dan super thanks serta join membership channel solihin shabudin. Terima kasih kepada kawan-kawan yang support channel solihin shabudin.






KEH..KEH..KEH..SOALAN DIA ATAU CAKAP DIA TULISAN DIA TAK PERNAH YANG CERDIK








Pemuda Pas cakap tentang pengangkutan awam tapi stesen bas KB pun tak siap

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari disekolahkan ramai selepas mendakwa kerajaan seolah-olah tidak mengutamakan sistem pengangkutan awam yang canggih di negeri-negeri Pantai Timur.

Facebook rasmi Pemuda Pas Malaysia membangkitkan persoalan adakah negeri di Utara Semenanjung hanya boleh menanam padi, sedangkan kilang-kilang pesat membangun di negeri lain.

Dalam sidang Parlimen semalam, Ahmad Fadhli meminta kerajaan untuk insaf sambil mempersoal adakah pertumbuhan positif ekonomi negara dirasai semua rakyat jelata.


 Hantaran itu kemudian dibalas ramai pengguna Facebook dengan persoalan tentang Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral)

Mereka bertanya apa jadi dengan stesen bas berkenaan yang sudah banyak kali kerajaan negeri berjanji untuk menyelesaikan pembangunannya.

“Tengoklah kiri-kanan dulu sebelum bercakap, kau buat stesen bas pun macam reban ayam,” kata Encik I Iszam.


“Selagi Pas mentadbir negeri Pantai Timur susah lah, stesen bas pun tak mampu buat,” kata pula Amanu Bhaijaan.

Ada juga yang memulangkan soalan itu kepada Ahmad Fadhli, bertanya adakah kerajaan Perikatan Nasional (PN) selama 33 bulan pernah insaf dengan sikap negeri Kelantan yang menaikkan elaun wakil rakyat dan membeli kereta baharu sedangkan rakyat mereka masih susah nak dapatkan air bersih.

Pada Julai 2022, kerajaan berjanji pembinaan KB Sentral bagi menggantikan terminal bas sementara di Lembah Sireh yang sudah beroperasi selama lebih 12 tahun, akan disiapkan pada penghujung 2025.

Kemudian kerajaan memaklumkan projek bernilai RM64 juta itu akan disiapkan pada penghujung 2026.

Namun yang terbaru pada Mac 2024, Exco Kelantan memberitahu bahawa ia bakal disiapkan menjelang 2027.







Presiden Uzbekistan Tiba Mulakan Lawatan Rasmi Dua Hari Ke Malaysia

 


Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev melintasi barisan kawalan kehormatan sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa. Foto Bernama

SEPANG, 4 Feb – Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.

Pesawat yang membawa beliau dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.30 malam.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyambut ketibaan Mirziyoyev dan delegasinya.

Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini dan dijadulal mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

Sebaik tiba, Mirziyoyev memeriksa barisan kawalan kehormatan oleh 29 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja diketuai Kapten Muhammad Asyraf Zulkifli.

Dalam lawatan ini, Mirziyoyev dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Anwar, bertemu eksekutif tertinggi syarikat terkemuka Malaysia dan mengambil bahagian dalam forum perniagaan bersama dan acara lain.

Esok, Mirziyoyev akan diberikan majlis sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya diikuti pertemuan dengan Perdana Menteri.

Kedua-dua pemimpin dijangka meneliti kemajuan hubungan dua hala Malaysia-Uzbekistan terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, kesalinghubungan dan pelancongan susulan lawatan rasmi Anwar ke Uzbekistan pada Mei tahun lepas.

Seterusnya, kedua-dua pemimpin itu akan menyaksikan pertukaran tiga memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang kesihatan, sains forensik dan budaya.

Anwar dan Mirziyoyev dijadualkan menghadiri Forum Perniagaan Malaysia-Uzbekistan di Kuala Lumpur yang memberi peluang untuk meneroka kerjasama ekonomi dan mengukuhkan lagi hubungan perniagaan antara komuniti perniagaan kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin juga akan menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Petronas.

Pada 2024, jumlah perdagangan Malaysia dan Uzbekistan menurun sedikit sebanyak 13.2 peratus kepada RM369.8 juta (AS$80.9 juta) berbanding RM426.1 juta (AS$94 juta) pada 2023. Imbangan dagangan memihak kepada Malaysia berjumlah RM360.3 juta (AS$78.9 juta).

Pada 2024, Uzbekistan kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Tengah.



PeSAWAH Lega Jaminan PM Anwar, Nanti Pengumuman Rasmi

 


Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat melegakan pesawah yang merayu bantuan kerajaan bagi mengatasi isu harga lantai baharu belian padi. Foto Parlimen

ALOR SETAR, 4 Feb – Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) lega perjuangan mereka menuntut kenaikan harga lantai padi akhirnya terjawab selepas ia dijangka diumumkan kerajaan minggu depan.

Bagaimanapun, mereka mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak mahu membuat sebarang spekulasi sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Kami tidak mahu membuat andaian yang boleh mengganggu proses di peringkat kementerian namun kami berharap pengumuman itu akan membawa khabar gembira kepada pesawah, terutamanya berkaitan tuntutan yang telah kami kemukakan sebelum ini,” kata Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa. Foto Parlimen

Beliau berkata pihaknya berharap kenaikan harga lantai padi akan ditetapkan pada kadar relevan dengan kos semasa untuk memastikan ia memberi manfaat kepada golongan pesawah.

Sementara itu, Abdul Rashid menjelaskan kekeliruan tentang bantuan sumbangan tunai ataupun elaun tunggu tuai RM600 setahun kepada pesawah bukannya untuk menampung kos diesel atau kenaikan kos lain.

Katanya, elaun berkenaan adalah sama seperti mana bantuan kepada nelayan ketika musim tengkujuh.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mengumumkan kadar harga lantai padi yang baharu pada minggu depan.

Anwar berkata kenaikan harga lantai padi pada kadar munasabah itu bakal diperincikan secara lanjut oleh Datuk Seri Mohamad Sabu, di Dewan Rakyat.

Bagi mengimbangi harga beras dalam pasaran susulan kesan kenaikan harga lantai padi yang baharu itu, beliau berkata, kerajaan juga akan memperuntukkan subsidi bernilai RM150 juta bagi tempoh enam bulan.

“Kita juga kena tambahan lagi subsidi RM150 juta minimum dari kerajaan supaya kos pengguna tidak naik.

“Kita tidak boleh bicara satu pihak sahaja untuk pertahan pengguna tetapi memangsakan pesawah dan nak naikkan (harga lantai padi) untuk pesawah sehingga memangsakan pengguna kerana pengguna miskin B40 pun ramai.

“Minggu depan paling akhir, Menteri (Pertanian dan Keterjaminan Makanan) akan beri penjelasan dengan pengumuman kenaikan harga (lantai padi) yang munasabah dengan subsidi daripada kerajaan yang bertambah,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.



TERKINI: BBC Jawab Fitnah Ketua Pembangkang Terhadap Perdana Menteri


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (BBC) pada 22 Oktober 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Berikut merupakan kenyataan media Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) bagi menjawwb tuduhan fitnah Ketua Pembangkang terhadap Perdana Menteri.

KENYATAAN MEDIA

KELAB PENYOKONG KERAJAAN MADANI (BACKBENCHERS CLUB-BBC) BERKENAAN MENJAWAB TUDUHAN FITNAH KETUA PEMBANGKANG TERHADAP YAB PERDANA MENTERI

Kami, Kelab Penyokong Kerajaan Madani (Backbenchers Club – BBC), ingin menegaskan bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat semalam, yang mendakwa Perdana Menteri (PMX) menderhaka terhadap institusi diraja, adalah
satu fitnah jahat dan tidak berasas.

1. Tiada Unsur Penderhakaan Perdana Menteri Malaysia

YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan kewujudan titah Tuanku Sultan Pahang berkaitan tahanan rumah bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau menjelaskan bahawa titah tersebut tidak pernah diserahkan kepadanya dan menegaskan bahawa urusan berkaitan titah addendum adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara (AGC), bukan di bawah tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (BBC) pada 22 Oktober 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menyatakan fakta yang benar tidak boleh dianggap sebagai penderhakaan.

2. Manipulasi Fakta oleh Pembangkang

Tuduhan ini adalah taktik lama pembangkang untuk mengelirukan rakyat dengan memainkan sentimen institusi diraja demi kepentingan politik mereka sendiri. Ini adalah satu cubaan yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan keresahan dalam kalangan
rakyat.

3. Pelaburan Bergantung pada Polisi dan Ekonomi, Bukan Fitnah Politik

Dakwaan bahawa pelabur tidak akan masuk ke negara ini kerana kononnya berlaku penderhakaan adalah tidak berasas. Keputusan pelabur bergantung kepada kestabilan ekonomi, polisi mesra pelabur, dan keyakinan terhadap kepimpinan negara, bukannya fitnah politik yang tidak berlandaskan realiti.

4. Sikap Tidak Bertanggungjawab Ketua Pembangkang

Fitnah sebegini bukan sahaja mencerminkan ketidakmatangan politik tetapi juga boleh merosakan hubungan antara kerajaan dan institusi diraja serta menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa. Ketua Pembangkang seharusnya lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan, bukan menyebarkan dakwaan tidak berasas demi kepentingan politik semata-mata.

5. Komitmen PMX terhadap Institusi Diraja

Sepanjang pentadbiran, PMX sentiasa menunjukkan penghormatan tinggi terhadap institusi diraja dan berpegang teguh kepada prinsip Raja Berperlembagaan. Segala tindakan kerajaan sentiasa selari dengan peruntukan Perlembagaan dan mengutamakan kepentingan negara.
Sehubungan itu, kami menegaskan bahawa tuduhan Ketua Pembangkang adalah tidak benar dan hanya bertujuan menghasut rakyat. Rakyat perlu menolak politik fitnah dan memberi tumpuan kepada agenda pembangunan negara.

KELAB PENYOKONG KERAJAAN MADANI
(BACKBENCHERS CLUB – BBC)

Kenapa PN Terdesak Sangat Nak Jadi Kerajaan?

MASA ANWAR ADA TAK TANYA- Kecoh: 'Sangkaan jahat!' - Hamzah dakwa Anwar derhaka titah diraja


Dewan Rakyat kecoh beberapa kali apabila Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin membangkitkan isu titah adendum berkait tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak. Hamzah mendakwa bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyembunyikan titah tersebut yang merupakan satu penderhakaan terbesar. Susulan dakwaan Hamzah itu, beberapa ahli parlimen dari Pakatan Harapan bangkit meminta Hamzah menarik balik dakwaan itu kerana ia bersifat sangkaan jahat terhadap kerajaan.




TUDUHAN FITNAH BERAT HAMZAH & GENG PAS! SIDANG MEDIA BBC APA TINDAKAN SE...


SIDANG MEDIA! TUDUHAN FITNAH BERAT HAMZAH & GENG PAS! SIDANG MEDIA BBC APA TINDAKAN SELANJUTNYA?






SEMUANYA PASAL EKONOMI.



Ahmad Norazlan


 Akhirnya perniagaan adalah soal keuntungan, tiada tempat untuk sentimen bangsa dan agama.



Secara peribadi aku sendiri pernah tanya pesawah kepada siapa mereka jual hasil tanaman...jawapan mereka kepada pihak kilang Cina kerana harga yang lebih tinggi.


Begitu juga pernah bersembang dengan kenalan bekas tentera yang berapi-api cerita tentang hak Melayu dan seakan anti Cina.Malangnya tidak lama kemudian dia sendiri yang cerita baru menjual tanahnya di Kedah kepada Cina kerana harga yang lebih tinggi.


Bukan kerana mereka Melayu yang memilih harga yang tinggi tetapi ini adalah logik ekonomi.


Kaum Cina juga jika mendapat tawaran harga yang tinggi tetap sama tindakan mereka.


Soal bangsa dan agama hanya retorik pembasah bibir orang yang tiada kepentingan (contoh padi dan tanah) sembang kedai kopi dan sembang politik perkauman.



BUKTI GERAKAN & MCA LEBIH RASIS DARI DAP


CnP




DAP enggan persoal hak istimewa Bumiputra

CINA GERAKAN (PN) KRITIK CINA(DAP)


Cina Gerakan sdgkan gunakan strategi yg sama dimainkan PAS iaitu memainkan isu perkauman. Jika PAS melahirkan rasa benci org Melayu kpd kaum Cina, Gerakan pula dilihat cuba melahirkan rasa benci org Cina kpd DAP dgn memainkan isu perkauman.


Oh Tong Keong, Timbalan Presiden Gerakan mengkritik Menteri2 Cina DAP kerana tidak mempersoal kedudukan istimewa org Melayu Islam. 


Seperti MCA, kenyataan pemimpin kanan Gerakan PN ini dlm bahasa Melayu juga tidak dijumpai. Hanya bahasa Cina. Motif? Tak nak org Melayu baca? Antara terjemahan laporan akhbar GERAKAN adalah seperti berikut


Timbalan Presiden Gerakan/PN, Oh Tong Keong mendakwa DAP telah "menukar otak setelah menjadi kerajaan" kerana tidak lagi mempersoal kedudukan istimewa Bumiputera Melayu Islam.


"Pemimpin kanan Gerakan/PN itu merujuk kpd wawancara Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dlm TV3 pada baru2 ini."


Dlm wawancara tersebut, Zahid telah menyatakan bahawa beliau tak pernah mendengar bantahan Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke terhadap kedudukan istimewa Bumiputera Melayu Islam. 


Sehubungan dgn itu, Oh, menyelar kenyataan tersebut dan mengatakan bahawa DAP tidak lagi mempertikai dasar2 kerajaan yg membela kedudukan istimewa org Bumiputera Melayu Islam setelah berkuasa. 


Oh Tong Keong juga mengkritik DAP kerana berdiam diri dan tidak menentang dasar2 Islam negara dan menggadai prinsip memperjuangkan kesamarataan. Malahan, Teong Kong juga mendakwa bahawa org cina tidak lagi mempercayai DAP.


Apa masalah pemimpin Gerakan ni? Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dgn jelas kedudukan istimewa org Bumiputera Melayu Islam. 


Jadi, tidak harus ada mana2 pihak mempersoalkan. Tidak kiralah parti Cina mana pun, sama ada MCA, Gerakan, atau DAP yg kini berada dlm kerajaan. Tiada parti yg boleh mencabar atau mempertikaikan perkara ini. 


Kenyataan pemimpin kanan Gerakan yg juga sekutu PN ini bukan sahaja mencabar hak2 istimewa org Bumiputera Melayu termasuk Sabah dan Sarawak, malah ianya merosakkan perpaduan di antara kaum.


Apa sebenarnya tujuan dan agenda pemimpin Gerakan ni? Adakah beliau cuba menghasut org Cina utk menentang kedudukan istimewa org Melayu Islam? 


Atau sengaja nak cetuskan ketegangan kaum serta mahukan peristiwa 13 Mei berulang? Mengapakah BERSATU dan PAS selama ni hanya berdiam diri? Adakah kerana ia parti Gerakan bukan DAP?


Skg jelas bukti betapa rasisnya Gerakan dan MCA. Mana perginya Hadi Awang, Fadhli Shaari, Sanusi, Samsuri, Wan Ahmad Fayhsal dan lain2 yg selama ini ini sering memfitnah DAP sebagai parti yg mengancam rasis.


Isu dimainkan Gerakan dan MCA isu 3R yg boleh ganggu gugat keamanan negara. Di mana perginya pejuang2 bangsa dan agama? Adakah sb Gerakan iaitu parti PN semua menjadi bisu?


Inilah Islam cara PAS… agama terancam jika DAP bersuara tetapi jika MCA dan Gerakan lakukan perkara yg serupa, mereka menjadi bisu. 


Ketika ini KP UMNO sdg berperang dgn MCA. Skg baru Akmal tahu siapa MCA dan Gerakan sebenarnya.



ZAMAN NI HANGPA HIMPUN PUN AMAN SAJA. KENA ZAMAN MAHATHIR.. MASUK LOKAP SEMUA.


 

MELAYU MUDAH LUPA. HABIS HABUK PUN TAK ADA.


 

SAJAK BUAT NAJIB


 

BENGGONG TAK SUDAH DIA NI


 

BICARA ANAK MUDA. ISU DUA HALA.


 

ELOK KALAU TULISAN JAWI DIHIDUPKAN.


MSO


 Viral catatan ucapan Yang diPertuan Agong oleh Fadhlina Siddik yang dibuat dalam tulisan aksara Jawi. Boleh tahan juga tulisan jawi menteri pendidikan ini. Terapi bagi saya tak cukup kalau hanya pamerkan kecantikan tulisan jawi. 



Alangkah baiknya kalau Fadhlina mengarahkan agar tulisan jawi dimasukan dalan silibas pendidikan tulisan jawi sebagai satu subjek pelajaran seperti tahjn 1960an lalu.


Mata pendidikan Jawi dihapuska diera  Khir Johari jadi menteri pelajaran, tindakan itu ramai yang marah. Untuk kembalikan semangat Melayu dan tulisan jawi yang berasaskan aksara Arab itu patut dimasukkan semula ke dalam sulibas pendidikan  bukan sekadar untuk tunjuk dan pamerkan dalam medsos.


Seorang menteri harus berani memoerknalkan polisi dan dasar pendidikan mampan  dengan ketamadunan Melayu hang hendak dicapai. Trims.



MANA ADA CERDIK PUAK PUAK NI.ZAMAN TOK GURU DULU YA.. RAMAI CERDIK PANDAI SERTAI PAS.

 

Budak 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 ni ada 𝗣𝗵𝗗 - 𝙋𝙚𝙧𝙢𝙖𝙣𝙚𝙣𝙩 𝙃𝙚𝙖𝙙 𝘿𝙖𝙢𝙖𝙜𝙚 rupanya. Patutlah 𝗿𝗼𝘆𝗮𝗻𝗮𝗻 dia level lain.



Dia nak menteri daripada DAP 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗵𝗮𝗱𝗶𝘁𝘀 pula tapi bagi aku tak ada masalah. Ilmu hadits ni sesuai untuk dipelajari oleh semua. Tapi untuk pengetahuan, dalam DAP pun ada orang 𝗹𝘂𝗹𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮. Aku rasa 𝗦𝘆𝗲𝗶𝗸𝗵 𝗢𝗺𝗮𝗿 𝗕𝗮𝗴𝗵𝗮𝗿𝗶𝗯 𝗔𝗹𝗶 (mantan Adun Paloh) 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗮𝗹𝗶𝗺 daripada majoriti pemimpin PAS.


Cumanya macam ni la. Sebelum nak menteri daripada DAP belajar hadits, aku cadangkan 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗣𝗔𝗦 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗵𝗮𝗱𝗶𝘁𝘀 𝗱𝘂𝗹𝘂. Bukan takat hadits je tapi segala perkara terutamanya bab 𝗮𝗱𝗮𝗯, 𝗮𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸 termasuklah 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺 𝗮𝘀𝗮𝘀 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗵𝗮𝗹𝗮.


Sebab kalau tengok pemimpin PAS ni dosa dan pahala pun tak reti nak beza. 𝗠𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻. 𝗤𝗮𝘇𝗮𝗳 pula dibuat 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗱𝗼𝘀𝗮. 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 pun nak 𝗱𝗶𝗶𝘀𝘁𝗶𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵. Tak masuk lagi bab 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮.


Menteri-menteri DAP tu seingat aku semuanya 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Tak ada masalah kalau mereka tak mahir soal hadits. Tapi ni yang 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 tapi dialah yang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗽𝗿𝗼𝗺𝗼𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗼𝘀𝗮, apa kes? Jadi merekalah yang mesti dididik dulu.


Lebih dari itu, pemimpin PAS bukannya setakat perlu diajar kenal hadits bahkan mesti juga diajar 𝘀𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗱𝗶𝘁𝘀. Jangan diputar belitkan maksud hadits untuk menghalalkan kemaksiatan yang dibuat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



TULIS DENGAN FAKTA. BUKAN DENGAN AUTA.

 Amran Fans. 


WALAUN TOLOL KATA. 


Sembang jelah Anwar ni. Memang lah kau kata yang kena tu cuma industri besar. Masalahnya industri besar ni pulak nanti yang akan naikkan harga barang.“





Hakikatnya Julai 2023 dulu pun tarif elektrik untuk industri besar pernah naik. Inflasi elok je kekal 2.0%. Celah mana industri besar naikkan harga barang? 😅


Tu orang kata bercakap biar dengan fakta. Bukan dengan emosi.



𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐥.𝟎𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓



Alhamdulillah, selesai menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia pertama bagi tahun 2025 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.




Insya-Allah, semoga segala usaha dipermudahkan demi kemajuan dan kemakmuran negara.


#KerajaanPerpaduan

#MalaysiaMADANI



BILA WALAUN CUBA NGANJING BAB HUTANG KERAJAAN.


 

TAK PAYAH DOK KELUAR KENYATAAN BANYAK BANYAK- CARI LAWYER DAN SAMAN-MINTA MAAF PUN JANGAN LAYAN-FITNAH SANUSI: SATU PENIPUAN JAHAT & POLITIK MURAHAN


PEMUDA AMANAH TERENGGANU. 




1. Pemuda Amanah Terengganu mengecam sekeras-kerasnya fitnah terbaru yang dilemparkan oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang mendakwa kononnya Parti Amanah Negara (Amanah) ‘dilahirkan oleh DAP’.


2. Kenyataan ini bukan sahaja satu pembohongan besar, tetapi juga satu taktik politik murahan yang cuba memperbodohkan rakyat dan menyemai sentimen perkauman serta kebencian.


3. Amanah ditubuhkan oleh sekumpulan pemimpin progresif daripada PAS yang menolak politik ekstrem dan memilih jalan politik Islam yang lebih inklusif dan sederhana. Tidak ada satu pun bukti atau dokumen yang menunjukkan Amanah diasaskan oleh DAP, sebaliknya Amanah lahir atas prinsip perjuangan Islam yang rahmatan lil ‘alamin.


4. Kepada Sanusi, hentikan politik sampah ini. Rakyat Kedah dan Malaysia tidak memerlukan seorang pemimpin yang hanya pandai mencipta fitnah, tetapi gagal membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat.


5. Pemuda Amanah menyeru rakyat Malaysia untuk menolak politik fitnah, kebencian dan pembohongan. Negara ini memerlukan kepimpinan yang bertanggungjawab, bukan individu yang hanya pandai beretorik tanpa sebarang sumbangan nyata kepada masyarakat.


Wan Mohd Hasbi Haliq Bin Wan Ahmad

Ketua Pemuda Amanah Terengganu

Ketua Angkatan Muda Pakatan Harapan Terengganu




WALAUN... JANGAN JADI BENGGONG

 


WEEEIIII FADLI. TAK PANDANG CEEMIN KA APA? HANG BOLEH DAK GUNA AKAI HANG SEBELUM BERCAKAP?

 

Najib Bakar


Fadhli Shaari nak jaringan pengangkutan awam canggih. Acu bui selesai stesen bas baru KB tu gak.





Hok mana so? 2025 ko, 2026 ko, 2027? Kaba-kaba nanti oyak smula 2028, uley sapa Abey Jamil mamp?


Samo jah macey projek bekalan air di Kedah. Pah sudoh tak siap-siap, berapa kali dah kontraktor mintak EOT (tambah masa).


Ok, laguni Abe Padli wei.


Acu perah kepala otak pikir idea nak tarik pelabur mari Kelantan kalu nak sangat industri gi.


Sebagai contoh, tengok di tempat demo sendiri, Pasir Mas Halal Park. Itu projek yang telah siap dibina oleh Kerajaan Pusat di bawah ECER.


Projek tu siap dengan kos RM86 juta.


Masalahnya, setiap kali aku balik Rantau Panjang, nampak sunyi jah Pasir Mas Halal Park tu.


Kerajaan Pusat dah melabur 86 juta tu, boleh tahan banyak.


Cuba bagi penuh dan meriah dulu, buktikan kemampuan Kerajaan Kelantan tarik pelabur ke situ.


Then lepas tu, baru kecek smula jaringan pengangkutan awam canggih bagai.


Kalau 86 juta punya tempat pun takleh penuhkan, tokkey demo nak harap Kerajaan Pusat bui billion-billion untuk industri contohnya high tech ke sana?


Memey dop la abe wei.


Jadi tempat acik ponti membiak pulop smeta gih. 


Mas Elon tengok stesen bas KB loni pun dah terbantut berahi-nya. 😌



Hina Agong: Komen Facebook Bawa Padah




Najib Bakar


Kes ni jadi masa Disember lepas. Isu? Hina Agong tengah makan asam pedas dengan PMX. Mungkin sebab sakit hati tengok gambar tu, jari laju taip komen berbaur hasutan. Hasilnya? Satu laporan polis, satu siasatan, dan akhirnya—denda RM4,000.


Norli Mohd Yusof, 53 tahun. Kerja pembantu tukang jahit, gaji RM500 sebulan. Suami dia pula pembantu gerai, gaji RM1,000. Hidup cukup-cukup makan. Tapi sebab satu komen, sekarang kena fikir macam mana nak cari RM4,000. Kalau tak bayar? 6 bulan penjara menanti.


Persoalannya sekarang—adakah PAS atau Bersatu akan datang hulur bantuan? Selalu laungkan perjuangan untuk rakyat, tapi bila penyokong sendiri tersangkut, ada nak tolong? Atau senyap buat-buat tak nampak?


Moral of the story—nak jadi keyboard warrior, fikir dulu. Orang yang konon-konon ‘berjuang’ ni selalunya kena hadap sendiri. Masa menaip tu laju, masa bayar denda? Sendiri tanggung. Kesian.


#SN



WAKAF UNTUK GAZA


 

INSIDEN DI PERAIRAN NEGARA. SALAH PERLU DIAMBIL TINDAKAN.


 

SAMAN JA LEBAI KELAQAH NI.


 

KENAPA HARGA EMAS MELAMBUNG.


 

MUHYIDDIN & ANNUAR MUSA YG BERANI MENEGUR

Norman. 




PAS takut org Melayu tahu bahaya dosa fitnah?

KHATIB TAKUT BACA TEKS TENTANG FITNAH


Tarik nafas saya bila mendengar dalil Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin mendakwa dakwaan Razman Zakaria Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mempunyai kaitan dgn keluarga pengasas Kumpulan YTL dianggap kes terpencil.


FITNAH dianggap kes terpencil? Ini kah ajaran Islam sdgkan dlm Al Quran Allah beritahu kita… “fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan.”


Patutlah begitu ramai pemimpin2 PAS disaman fitnah dan sehingga kini PAS telah membayar lebih RM 2 juta utk membayar saman FITNAH.


Betul lah apa yg dikata oleh org ramai, ‘FITNAH DGN PAS BERPISAH TIADA’ . Anda tidak berasa pelik… Presiden PAS sendiri tidak pernah menegur secara terbuka kpd mana2 pemimpin partinya yg begitu galak memfitnah.


Jawapan yg kita terima dari Presiden PAS, “Wajib bohong demi jaga maslahat.” Dalil atau analogi yg diberikan dlm ulasannya itu tidak ada kena mengena dgn isu membabitkan Nik Abduh ketika itu.


Jumaat lepas kita dikejutkan apabila teks khutbah Jumaat tidak mahu dibaca oleh khatib di sebuah Masjid di Perak. Jelas khatib tersebut derhaka kpd Sultan sebagai Ketua Agama negeri Perak. 


Anda tahu apa tajuk teks khutbah tersebut? Teks dikeluarkan JAIPk utk dibacakan di semua masjid adalah bertajuk "Keburukan Fitnah Pengajaran Dari Peristiwa Al-Ifki" yg menyenaraikan lima pengajaran daripada peristiwa al-Ifki.


Antaranya keburukan fitnah dan pentingnya menyelidiki maklumat yg diterima serta sabar dan tawakal ketika menghadapi fitnah. Isu kenapa khatib takut baca isu pasal fitnah.


Sdgkan teks itu tidak menyebut nama pemimpin PAS dan ia umum tentang bahaya fitnah. Ini kes siapa makan cili dia terasa pedas. Nampak saudara… bahaya fahaman atau ajaran Islam yg didoktrin dgn salah.


Saya melihat pemimpin PN bukan di kalangan PAS tahu bahaya cara PAS mendoktrinkan pengikutnya. Presiden atau pimpinan tertinggi PAS tidak akn menegur fitnah2 jahat yg dilakukan oleh pimpinan apatah lagi pengikut.


Anda pernah baca ketika kes Siti Mastura mana2 pemimpin PAS menegur MP Kepala Batas ini. Samada menyuruh minta atau sekurang kurangnya tarik balik kenyataan fitnahnya itu.


Dibiarkan sahaja fitnah itu supaya org Melayu percaya dan benci org Cina. Akhirnya disaman dan pengikut juga diminta utk menderma. Tak berapa lama fitnah bersiri Razman pula muncul bercerita keturunan Hannah Yeoh kononnya anak tauke YTL.


Ada pemimpin2 kanan PAS nasihat Razman Zakaria apa kepentingan menyebut keturunan Hannah Yeoh? Sekali lagi saman menyusul jika Razman tewas sekali lagi tin Milo diaktifkan.


Akhirnya bukan dari Presiden atau pimpinan tertinggi, mahupun Dewan Ulama PAS tetapi dtg dari Muhyiddin Yassin yg pernah menggelar PAS sebagai parti ajaran sesat.


Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan berikutan kenyataan Razman dlm ceramahnya baru2 ini.


Satu lagi betapa hipokritnya PAS menunggang isu Palestin. Bawa org Melayu berarak sepertimana RUU355 dahulu kononnya mereka lah terpaling Palestin.


Apabila PMX ingin bangunkan semula masjid, sekolah dan hospital utk penduduk Palestin kerana segalanya kemudahan hancur, PAS tidak menunjukkan sokongan.


Malah bila PMX dikecam oleh org Melayu dan bukan Melayu pemimpin PAS yg menjerit ‘Free Palestin, Free Palestin, Free Palestin disambut dgn takbir diam membisu… nampak sgt mereka bukan berjuang atas nama Tuhan tetapi atas nama PAS.


Akhirnya Annuar Musa yg bersuara mempertahankan PMX. Beliau menegaskan, semua pihak perlu bersikap adil dan tidak menolak sesuatu hanya kerana perbezaan politik.


"Jangan kerana kita tidak sukakan kerajaan atau pemimpin, maka kita mesti menolak semua perkara.


"Apa salahnya yg baik kita kata baik, yg buruk kita katakan buruk. Kebencian mesti ada batasnya," katanya menerusi hantaran di Facebooknya.


Saya dpt rasakan di hati Muhyiddin dan Annuar Musa sedar bahaya ajaran PAS utk umat Islam. Hingga keduanya dgn berani menegur pemimpin2 PN terutama dari PAS isu FITNAH dan BANTUAN PALESTIN.


Muhyiddin dan Annuar Musa rasanya mulai sedar bahawa ajaran esktrim PAS ini bahaya jika ia berkembang. Hingga isu bantuan Palestin ditentang kerana kebencian mereka kpd PMX yg ditanam oleh PAS.