PAS DIJANGKA LANTIK RAZMAN KE JAWATAN BARU.


Zam Bin Zom


 PAS patut tambah jawatan baru untuk Razman selain PJ PAS Perak: Ketua Lajnah Pemfitnah!!








PSSSTTT... DIAM DIAM.. DIA TAK CEQODIK... DIA KIRA PUN TAK PANDAI..



 MP Pasir Mas yang juga ketua Penerangan PAS mempersoalkan mengapa lantik mantan PM Thailand sebagai Penasihat Peribadi PMX Anwar Ibrahim bagi tujuan tugas sebagai Pengerusi ASEAN. 





Mungkin KP PAS ini walaupun bergelar ahli parlimen, masih kurang mahir soal geopolitik ASEAN. 


Antara isu besar ASEAN selain soal Laut Cina Selatan ialah soal demokrasi di Myanmar. 


PMX beberapa kali telah mengkritik Myanmar. Namun Myanmar bukanlah negara yang mahu patuh kepada negara lain. Negara yang betul-betul boleh memberikan tekanan dan pengaruh kepada Myanmar ialah China dan Thailand. 


Dengan pelantikan Thaksin, Thaksin bukan sahaja boleh memainkan peranan politik beliau secara rasmi setelah disingkirkan dalam krisis politik Thailand yang panjang, tetapi beliau memang mempunyai pengaruh yang diperlukan khususnya soal Myanmar. 


Semasa awal pemerintahan PMX, PMX Anwar Ibrahim telah menggunakan pengaruh beliau hasil hubungan baik dengan  TPM Thailand Jen Prawit Wongsuwan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa skammer di Myanmar. 


Sebab itu penting untuk negara kita khususnya pemimpin utama kira ada pengaruh dan hubungan diplomatik yang kuat dengan negara luar khususnya negara jiran.


Cukuplah hujah ini untuk menjawab persoalan KP PAS. Yang pasti rasanya Thaksin lebih berfungsi daripada Duta Khas Timur Tengah. 


Fairul al Qasas 

Bangi



ASPIRASI KERAJAAN MADANI MEMASTIKAN KEMAMPANAN KETERJAMINAN MAKANAN NEGARA






Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara (JKKMN) Bilangan 2 Tahun 2024 yang bersidang pada 17 Disember 2024 mengetengahkan aspirasi Kerajaan dalam merangka dasar dan strategi keterjaminan makanan yang lebih berdaya saing dan mampan bagi memastikan tahap keterjaminan makanan negara kekal stabil.


Mesyuarat JKKMN yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri turut dihadiri oleh YAB Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri-Menteri, Timbalan Menteri, Ketua-Ketua Setiausaha serta Gabenor Bank Negara.


JKKMN kali ini telah meneliti dua (2) kertas kerja yang merangkumi satu (1) kertas pembentangan khas dan satu (1) kertas pertimbangan. Antara kertas yang diteliti termasuklah hasil dapatan Kajian Industri Padi dan Beras di Malaysia oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenai aspek pengeluaran serta tadbir urus industri padi dan beras.


Berdasarkan syor dari MyCC, mesyuarat telah meminta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk mengkaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan beras putih import beserta simulasi harga.


Bagi membantu pesawah serta industri padi dan beras, KPKM juga telah diminta untuk mengkaji bentuk bantuan dan sokongan yang boleh diberikan kepada golongan ini bagi menyerap kesan kenaikan kos pengeluaran padi dan beras. Kajian-kajian ini hendaklah disediakan secara komprehensif dan dibentangkan ke kabinet pada bulan Januari 2025.

No. Faks : 03-8888 6020 Laman Web : www.kpkm.gov.my


Di samping itu, mesyuarat juga telah meneliti kertas berkenaan mekanisme subsidi telur ayam dan kesannya kepada industri. Satu sesi libat urus bersama pemain industri juga akan diadakan bagi memperhalusi mekanisme pelaksanaan subsidi telur ayam.


Mesyuarat turut bersetuju agar inisiatif berkaitan industri padi dan beras serta telur dilaksanakan segera bagi memastikan kemampanan industri serta ketersediaan bekalan komoditi makanan tersebut sentiasa terjamin.


KPKM komited untuk memastikan keputusan yang diambil, akan memberikan keseimbangan dan tidak akan membebankan rakyat serta industri, selaras dengan nilai teras Malaysia MADANI iaitu KeMampanan, KesejAhteraan dan Ihsan.


Mesyuarat menyeru agar semua pihak bersama-sama menggembleng tenaga dalam usaha meningkatkan tahap keterjaminan makanan negara agar lebih mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.



LAIN KALI TOK SAH DOK PI HANTAR DAH LA...


 

Batu Puteh: Gabungan NGO Buat Laporan Polis Terhadap Dr Mahathir

 

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis menyiasat kemungkinan kecuaian atau penyalahgunaan kuasa oleh Dr Mahathir.

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Gabungan 20 organisasi bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dan mendakwa bekas perdana menteri itu berbohong mengenai isu Batu Puteh.

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis menyiasat kemungkinan kecuaian atau penyalahgunaan kuasa oleh Dr Mahathir.

Timbalan Pengerusinya, Shahbudin Embun, berkata laporan itu dibuat berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk penyalahgunaan,” katanya pada sidang media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini seperti dilaporkan FMT.

Beliau turut memaklumkan laporan sama juga dibuat di beberapa negeri lain, termasuk Johor, Pulau Pinang dan Perlis.

RCI sebelum ini mendedahkan Dr Mahathir menghantar surat kepada Peguam Negara pada 21 Mei 2018, menyatakan bahawa permohonan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa berkaitan Batu Puteh “tidak perlu diteruskan.”

Perkara itu kemudian dimaklumkan kepada Singapura bahawa Malaysia akan menarik balik kedua-dua permohonan itu.

Bagaimanapun RCI memaklumkan bahawa Singapura diberitahu mengenai perkara itu pada jam 9 pagi 23 Mei 2018, sedangkan mesyuarat Kabinet hanya diadakan pada jam 9.30 pagi hari yang sama dan membincangkan isu itu di bawah “hal-hal lain.”

Namun, Dr Mahathir menafikan laporan RCI itu dengan mendakwa laporan itu mengandungi banyak maklumat yang salah.

Beliau juga mendakwa banyak perkara yang dibincangkan dalam prosiding RCI tidak didedahkan kepada umum dan kebanyakan cadangan dalam laporan yang didedahkan sudah disunting.

Dr Mahathir turut menegaskan sekali lagi bahawa beliau tidak membuat keputusan secara unilateral mengenai perkara itu, sebaliknya ia adalah keputusan bersama Kabinet.


JOM KITA DENGAR ORANG TAK ADA SPM BICARA BAB BILLION BILLION.. KECIK DENGAN BESAR PUN DIA TAK TAU BEZA


 

KISAH WALAUN DOK KUTUK WALANON... WALAUN MEMANG TAK BANYAK MEMBACA


 

RATU NAGA HARUS KELUARKAN KENYATAAN... SAPA DIA TAK LA AKU.. YANG KENA PUNGGAI DENGAN TEPUNG DULU KA..


 

3 MENTERI DIGANTI ? ROMBAKAN KABINET SECARA MENGEJUT ?

Mengapa PM Singapura Datang Ke Kediaman Mahathir?

DIKATAKAN PEMBANGKANG CUBA PUTAR BELIT MAKNA PENSIJILAN HALAL! INI PENCE...

Sakitnya hati melihat sikap Mahathir…



OLEH NORMAN RADZUAN


Mudahnya Mahathir bodohkan orang Melayu. Selagi parti politik layan Mahathir selagi itu dia berkeliaran. Jangan biar Mahathir tunggang orang Melayu.

Bila membaca kembali kenyataan Mahathir sejak zaman dia melepaskan jawatan sebagai PM lagi, kita akan rasa tersakiti.

Baru kita tahu betapa jahatnya perangai Mahathir dan dia dilihat banyak membawa keburukan dari kebaikkan utuk negara.

Sejarah Mahathir ramai pemimpin Melayu menjadi korbannya. Mahathir sering ulang skrip yang sama. Era 60-an kerana dendamnya kepada Tunku Abdul Rahman, Mahathir hasut orang Melayu membenci Tunku kononnya Bapa Kemerdekaan itu mesra dengan bangsa Cina.

Skrip yang sama dia menyerang Anwar dikaitkan juga kononnya Melayu terancam di bawah pemerintahan Anwar kerana melayani Cina DAP.

Pas juga pernah dibuli Mahathir. Terkorbannya ahli kerana kes Memali, disumbat pemimpin Pas ke dlm ISA, menghentikan peruntukan bantuan kepada sekolah agama di seluruh negara pada tahun 1999 dan banyak lagi kekejaman dilakukannya.

Apabila Mahathir mendapat kembali kuasa sebagai PM, UMNO menjadi mangsa apabila rumah Najib digeledah. Bukan reformasi yang dilakukan tetapi dendamnya kepada Najib hingga meringkuk mantan PM itu ke dalam penjara.

Kes Batu Puteh pada tahun 2022, Mahathir menyalahkan kerajaan Johor atas kehilangan pulau itu.

Katanya, “Kehilangan Pulau Batu Puteh bukan masalah besar. Adalah kesilapan Kerajaan Johor menafikan bahawa pulau itu adalah milik Johor. Sekiranya penafian itu tidak dibuat, tidak akan ada pertikaian sekarang.”


Kerajaan Johor dipersalahkan sedangkan dirinya yang tanpa berunding dengan kerajaan negeri Johor dan Sultan serta anggota Kabinet telah menbuat keputusannya sendiri.


Jahatnya Mahathir dia boleh salahkan tiga menteri Kabinetnya. Sekejap salah kerajaan Johor, sekejap lagi dia salahkan Menteri Kabinetnya.


Sakitnya hati melihat perangai orang tua ini bila dia boleh spin begitu sahaja. Lebih jahat dia membodohkan orang Melayu bahawa pulau itu hanya sebesar meja.

Mahathir boleh spin untuk membodohkan orang Melayu dengan alihkan isu dengan mencadangkan supaya Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura sebab kedua pulau itu asalnya ‘Tanah Melayu’ berdasarkan sejarah.

Jika begitu kenapa Mahathir tak suruh tuntut sahaja Patani, Golok, Yala dan lain-lain? Memang tersakiti bila mendengar ulasan bodohnya itu.


Memang benar Pulau Batu Puteh kecil tetapi perairan negara terkesan jauh lebih besar dari Pulau Batu Puteh tersebut.


Selagi parti-parti politik melayani Mahathir dengan memberi platform untuk dia bersuara selagi itu lah negara ini tidak aman. Orang Melayu terus berpecah belah dengan hasutannya.


Sampai bila kita nak biarkan orang Melayu ikut telunjuknya. Dah 60 tahun dia mencaturkan politik negara… hanya dengan bersatu parti-parti politik negara ini untuk tidak membenarkan Mahathir mengambil kesempatan membodohkan orang Melayu, negara ini akan aman.




TAKIYUDDIN MANA PERNAH CERDIK.

 

Mujahid Bidas Takiyuddin Kurang Cerdik Libat PH Dengan Kenaikan Kos Haji

Mujahid membidas dakwaan dibuat Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan kononnya PH menjadi punca ketidakmampuan TH menjana keuntungan bagi mengekalkan kos haji juga tidak benar, memandangkan kos turut meningkat ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN).

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Kurang bijak mengaitkan dasar mengehadkan aktiviti pelaburan Tabung Haji (TH) punca kos haji naik sehingga 20% tahun depan kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata bekas menteri agama, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, kos menunaikan rukun Islam kelima itu meningkat sejak era pentadbiran Barisan Nasional (BN), iaitu RM12,000 seorang pada 2009, dan terus naik kepada RM22,000 pada 2018.

Katanya, dakwaan dibuat Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan kononnya PH menjadi punca ketidakmampuan TH menjana keuntungan bagi mengekalkan kos haji juga tidak benar, memandangkan kos turut meningkat ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Adalah tidak benar dan kurang bijak untuk melonggokkan masalah kos kepada kerajaan PH dulu sedangkan setiap tahun dari kos RM12,000 (seorang) tahun 2009, kos haji meningkat kepada RM22,000 tahun 2018 (bagi bayaran penuh).

“Apakah kerana kerajaan BN dulu? Zaman PN memerintah kos telah pun naik kepada RM30,000 (seorang) bagi bayaran penuh,” katanya.

Mujahid berkata, kenaikan kos haji disebabkan pelbagai faktor antaranya bahan api, penempatan serta sara hidup meningkat di Arab Saudi, bukannya berpunca kegagalan dasar PH menstrukturkan semula TH.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semasa menjadi menteri agama, kerajaan melakukan penstrukturan semula TH disebabkan jurang antara aset dan liabiliti negatif RM10 bilion.

“Masalah yang kita hadapi sebelum ini ialah pelaburan tidak melihat ‘due process’ yang kukuh menyebabkan nilai rosot aset yang teruk.

“Antara kos besar ialah bantuan haji yang kita berikan sejak 2009, di mana bakal haji hanya perlu ada RM10,000…selebihnya ditanggung TH hasil perniagaan, tetapi tidak ada semakan semula kerana kos haji semakin meningkat dan bakal haji tetap bayar RM10,000.”

Katanya, TH tanggung bantuan haji dan ketika itu kos haji sudah meningkat hampir RM22,000, membawa kepada pengenalan bantuan bersasar dengan TH dan pada waktu sama mengukuhkan kewangan TH.

“Jadi, semakan kepada TH diperlukan kerana sejak 2009 nilai bantuan haji tidak pernah dibuat semakan. TH tetap ‘commit’ untuk memastikan kebajikan dan khidmat kepada bakal haji terjamin. Maka, kita kekalkan subsidi kepada yang memerlukan mengikut peratus bantuan yang sesuai,” katanya.


MASA ZAMAN JADI KERAJAAN ....HASIL SIASATAN TIDAK DIDEDAHKAN. ZAMAN PMX SEKARANG MENDEDAHKAN HASIL RCI

JUMPA MINTA MAAP KOT..


Zam Bin Zom


 Hadi kata dia pegi jumpa Duta Besar China utk berbincang eratkan hubungan kedua2 negara!

Kenapa tak pegi jumpa Duta2 Arab?




Sebenarnya dia nak eratkan hubungan Pas dg China  komeneh?

Atau dia pegi utk mintak maaf kpd China sbb sebelum ni ramai pemimpin pas dok kutuk bendera China?

Patutnya bwk Razman Zakaria sama🤣



LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA TERHADAP MAHATHIR! JUGA FITNAH DAN HASUTAN ...

AKMAL DIHUKUM TERUK!! Akmal dalam masalah Besar..

KAK NAB DOK BELETIAQ KAT SAPA NTAH? RASA MACAM AKU FAHAM DIA DOK BELETIAQ KAT SAPA...


 

WOIII BUDAK... ORANG TAK BULI KO LA... KO CAKAP POLITIK, ORANG BALAS BAB POLITIK. POLIH CARI KO... BAIK SERAH DIRI...


 

ANWAR1 DARI PANDANGAN MATA HATI VATERAN UMNO


 

USAHA PMX MENAIKKAN ZEMULA NAMA MALAYSIA DAN MENINGKATKAN EKONOMI HARUS DISOKONG


 

MUDAHNYA MAHATHIR BODOHKAN ORANG MELAYU

 


MUDAHNYA MAHATHIR BODOHKAN ORG MELAYU


Selagi parti politik layan Mahathir selagi itu dia berkeliaran

JANGAN BIAR MAHATHIR TUNGGANG MELAYU!



Bila membaca kembali kenyataan Mahathir sejak zaman dia melepaskan jawatan sebagai PM lagi, kita akn rasa tersakiti. 


Baru kita tahu betapa jahatnya perangai Mahathir dan dia dilihat byk membawa keburukan dari kebaikkan utk negara.


Sejarah Mahathir ramai pemimpin Melayu menjadi korbannya. Mahathir sering ulang skrip yg sama. Era 60an kerana dendamnya kpd Tunku Abdul Rahman, Mahathir hasut org Melayu membenci Tunku kononnya Bapa Kemerdekaan itu mesra dgn bangsa Cina.


Skrip yg sama dia menyerang Anwar dikaitkan juga kononnya Melayu terancam di bawah pemerintahan Anwar kerana melayani Cina DAP. 


PAS juga pernah dibuli Mahathir. Terkorbannya ahli kerana kes Memali, disumbat pemimpin PAS ke dlm ISA, menghentikan peruntukan kpd sekolah agama bantuan di seluruh negara pada tahun 1999 dan byk lagi kekejaman dilakukannya.


Apabila Mahathir mendapat kembali kuasa sebagai PM, UMNO menjadi mangsa apabila rumah Najib digeledah. Bukan reform yg dilakukan tetapi dendamnya kpd Najib hingga meringkuk mantan PM itu ke dlm penjara.


Kes Batu Puteh pada tahun 2022, Mahathir menyalahkan kerajaan Johor atas kehilangan pulau itu.


Katanya, “"Kehilangan Pulau Batu Puteh bukan masalah besar. Adalah kesilapan Kerajaan Johor menafikan bahawa pulau itu adalah milik Johor. Sekiranya penafian itu tidak dibuat, tidak akan ada pertikaian sekarang.”


Kerajaan Johor dipersalahkan sdgkan dirinya yg tanpa berunding dgn kerajaan negeri Johor dan Sultan serta anggota kabinet telah menbuat keputusannya sendiri.


Jahatnya Mahathir dia boleh salahkan tiga menteri kabinetnya. Sekejap salah kerajaan Johor, sekejap lagi dia salahkan Menteri Kabinetnya.


Sakitnya hati melihat perangai org tua ini bila dia boleh spin begitu sahaja. Lebih jahat dia membodohkan org Melayu bahawa pulau itu hanya sebesar meja.


Mahathir boleh spin utk membodohkan org Melayu dgn alihkan isu dgn mencadang supaya Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura sb kedua pulau iti asalnya 'Tanah Melayu' berdasarkan sejarah.


Jika begitu kenapa Mahathir tak suruh tuntut sahaja Patani, Golok, Yala dan lain2? Memang tersakiti bila mendengar ulasan bodohnya itu.


Memang benar Pulau Batu Puteh kecil tetapi perairan negara terkesan jauh lebih besar dari Pulau Batu Puteh tersebut.


Selagi parti2 politik melayani Mahathir dgn memberi platform utk dia bersuara selagi itu lah negara ini tidak aman. Org Melayu terus berpecah belah dgn hasutannya. 


Sampai bila kita nak biarkan org Melayu ikut telunjuknya. Dah 60 tahun dia mencaturkan politik negara… hanya dgn bersatu parti2 politik negara ini utk tidak membenarkan Mahathir mengambil kesempatan membodohkan org Melayu negara ini akan aman.


Norman Radzuan



"DAH GAGAL PROVOKE PMX KE" ? PASIR MAS KENA SINDIR !



Takiyuddin umum letak jawatan PN!!? Pendedahan mengejutkan Muhyiddin

MENTERI MUDA DAN MENTERI WANITA HEBATDARI PKR! TERUSKAN DENGAN PRESTASI ...

ORANG DUN PUTERI WANGSA PUN TAK KENAL MUKA DIA. SEMBANG TANPA FAKTA.. LEKEH.

 

Ni Adun aku. DUN 𝗣𝘂𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗪𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮. Tapi ni aku nak beritahu, nama dia pun aku tak ingat. Batang hidung dia lagi la aku 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸. Dah dekat 5 tahun jadi Adun, entah apa pencapaian dia.


Kerja sendiri tak dibuat, tiba-tiba ni muncul-muncul je terus nak 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿. Menuduh tanpa tahu fakta sebenar tu ertinya memfitnah la. Dengan sengaja dia pamerkan 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.




Dalam isu perlantikan 𝗠𝘂𝘀𝗮 𝗔𝗺𝗮𝗻 sebagai TYT Sabah ni, pertama sekali kena tahu 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵. Di situ jelas disebut perlantikan adalah atas 𝗯𝘂𝗱𝗶 𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 tapi 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶.


Di mana peranan PM? Tak ada. Jadi si 𝗽𝗮𝘀𝘂 𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮 ni salahkan DS Anwar ikut celah mana? Takkan tak reti membaca? Macamana boleh jadi Adun kalau tak reti membaca? Cukuplah kita ada MP 𝘁𝗮𝗸 𝗿𝗲𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗿𝗮 je. Tak payahlah Adun tak reti membaca.


Musa Aman pernah jadi KM Sabah suatu ketika dulu. Jadi nak pelik apa kalau 𝗛𝗮𝗷𝗶𝗷𝗶 calonkan dia sebagai TYT Sabah yang baru? Dan bila 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗻, siapa boleh larang? Nak derhaka?


Tindakan dia persoal perlantikan Musa Aman ni kalau diikutkan sama seperti 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶𝗸𝗮𝗶 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴. Dia siapa nak pertikai? Dia tak sedar YDP Agong tu Sultan di negeri di mana dia jadi Adun?


Dia nak bangkit soal 𝗠𝘂𝘀𝗮 𝗔𝗺𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵. Tapi Musa Aman 𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 46 tuduhan rasuah yang di hadapinya. Bila? Tahun 2020. Zaman 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠. Salah DS Anwar ke?


Bila zaman Mahiaddin dia dah dibebaskan dari semua tuduhan rasuah, jadi apa masalahnya dia dilantik oleh YDP Agong sebagai TYT Sabah di zaman Madani ni? Sebab pada asasnya dia 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝘀 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 dah.


Soal kenapa dia bebas tu, tanyalah Mahiaddin ataupun 𝗣𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 𝗡𝗮𝗴𝗮𝗿𝗮 masa tu yang 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸. Apa kena mengena dengan Madani?



Budak ni salah campur. Ikut cakap Saddiq berkawan dengan geng sakau, akal dia pun jadi kontot. Sudah la kerja sebagai Adun tak dibuat, dia dok bangga tunjuk dia tak cerdik. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


HIPOKRIT PUNYA PARTI. HUDUD TAK DENGAR DAH... RUU355 PUN SENYAP GITU JA... 33 BULAN HAPA PUN TARAK...

 


Sejak-sejak 'bercium' dengan Tun M, pemimpin parti ana dapat penyakit 'mudah lupa'




Takdirrrr!!!


Kah355


👻👻👻



32-0 MANCHESTER DIKALA RAKYAT MENDERITA BANJIR DI TERANGGANU. JIKA DILIHAT POSTER, JUMPA DI RESTOURANT JA...

 



MB Terengganu tidak serik kena kecam, kali ini ke Menchester pula di musim banjir

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sekali lagi mendapat kecaman umum apabila keluar negara ketika negara khasnya negeri Terengganu berdepan dengan musim banjir.


“Musim banjir MB on holiday,” tulis seorang aktivis dalam satu kumpulan WhatsApp politik Terengganu sambal memaparkan ebuah poster program Samsuri di Menchester, United Kingdom yang dijadualkan 22 Disember ini.


Samsuri dijadualkan memberikan ucapan perasmian di majlis “Intelectual & Professional Dialogue” bertajuk “SG4 and its potential for national socio-economic agendas”.


Majlis ini akan berlangsung pada 22 Disember ini di Sanam Sweethouse & Restaurant, Mencehester M14 5AW, United Kingdom.


Sebelum ini Samsuri dikecam hebat apabila bercuti ke New Zealand dua tahun lalu ketika rakyat Terengganu dilanda banjir besar.


Ekoran itu, beliau terpaksa memohon maaf ekoran tindakannya ke luar negara ketika negeri itu dilanda musibah banjir besar bulan Disember tahun 2022 lalu.

Beliau juga kesal tidak dapat bersama rakyat yang sedang menderita terutama sepanjang tempoh ktitikal banjir besar itu.


“Saya mohon jutaan kemaafan kepada mangsa (banjir) dan rakyat Terengganu. Saya faham tidak boleh memberikan apa juga alasan (tentang) ketiadaan saya.

“Saya juga faham apa juga penjelasan, ia tidak akan memberi apa-apa makna kepada rakyat Terengganu,” katanya di Kemaman, tempat yang paling teruk dilanda banjir ketika itu.

Amaran jangkaan hujan berterusan selama tiga hari di seluruh negeri Kelantan dan Terengganu bermula semalam.



Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan keadaan cuaca yang sama di Pahang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.


Selain tiga negeri terbabit, mulai 19 hingga 22 Disember, hujan berterusan berlaku di Johor melibatkan Mersing dan Kota Tinggi.



Angan-Angan PN Makin Tak Kesampaian


Penubuhan Syarikat SG4 Group Sdn. Bhd. hanya berstatus ‘syarikat bernilai RM2’ tanpa apa-apa kepakaran dan pengalaman mengurus keuntungan daripada operasi ekonomi sejak dilancar pada 2 September lalu.

MINDA PENGARANG, 18 Dis – Manusia sememangnya tidak salah malah dikatakan boleh saja bermimpi di siang hari atas apa sahaja hasrat atau matlamat lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal politik dan negara.

Angan-angan Perikatan Nasional (PN) seperti kita semua sedia maklum berhasrat untuk merampas Putrajaya dari tangan Kerajaan Perpaduan dengan membawa Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat utama dalam strategi mereka memang tidak salah sama sekali.

Namun mereka terlupa yang langkah ini menimbulkan keraguan banyak pihak, terutama apabila merujuk kepada sejarah pemerintahan Dr Mahathir yang dipandang gagal dalam aspek pembangunan ekonomi orang Melayu sejak era 1981 hingga 2003 dan pada 2018 hingga 2020.

Sebagai Perdana Menteri selama lebih dua dekad, Dr Mahathir memimpin negara melalui beberapa fasa ekonomi yang penting, namun pembangunan ekonomi untuk kaum Melayu dan masyarakat Bumiputera secara keseluruhannya banyak dipersoalkan.

Tanpa menafikan sumbangan panjang semasa pemerintahan beliau termasuk memperkenalkan pelbagai dasar, termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu, namun, pelaksanaan dasar tersebut seringkali didakwa tidak mencapai matlamatnya sepenuhnya.

Walaupun wujud kemajuan dalam beberapa sektor, golongan Melayu masih berada dalam kedudukan ekonomi yang jauh tertinggal berbanding kaum-kaum lain. Banyak pengkritik berpendapat bahawa dasar tersebut gagal memberi kesan jangka panjang yang dapat memperkukuh kedudukan ekonomi Melayu secara holistik.

Bahkan, ramai yang melihat Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin yang lebih memberi tumpuan kepada pembangunan industri besar dan projek-projek mega berbanding memperkasakan ekonomi masyarakat akar umbi.

Itu belum lagi dikira dasar penswastaan negara yang amt merugikan rakyat dalam jangka masa panjang terutamanya melibatkan sektor penting seperti tenaga, lebuh raya bertol dan pengangkutan.

Menambahkan lagi persoalan ialah kerapuhan sistem ekonomi yang wujud semasa beliau berkuasa, yang turut dipengaruhi oleh faktor ketidakstabilan politik dan ekonomi global.

Dalam konteks ini, meletakkan Dr Mahathir sebagai penasihat kepada PN boleh dilihat sebagai langkah yang bercanggah dan ke belakang dengan matlamat parti itu kononnya mahu menawarkan perubahan dan pembaharuan tetapi tidak akan berjaya.

Kebergantungan kepada tokoh berusia hampir 100 tahun yang telah berulang kali gagal membawa perubahan ekonomi yang berkesan kepada orang Melayu menimbulkan keraguan terhadap komitmen sebenar PN dalam memperbaiki nasib golongan tersebut.

Sementara itu, Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengorak langkah menegaskan komitmen mereka untuk memperkasa ekonomi rakyat Malaysia secara keseluruhannya menerusi penekanan kepada keadilan sosial dan pembangunan inklusif.

Kerangka Ekonomi MADANI membolehkan dasar pengagihan kekayaan lebih saksama dilaksanakan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jauh lebih baik berbanding penubuhan SG4 yang tiada arah tuju sehingga kini.

Kerangka Ekonomi MADANI yang diluncur pada Julai tahun lalu sudah jelas tidak dapat ditiru atau diaplikasikan pembangkang dengan buktinya tiada satu pun Belanjawan Alternatif ditawarkan kepada rakyat sejak 2023.

Dalam hal ini, pendekatan PN yang berteraskan kepemimpinan Dr Mahathir dilihat sebagai langkah mundur, yang mungkin hanya akan memperburuk keadaan ekonomi, terutamanya bagi orang Melayu sendiri.

Lihat sahaja apa yang terjadi dengan Syarikat State Goverment (SG4) Group Sdn Bhd kononnya mahu menyaingi kerangka Ekonomi MADANI, namun sehingga kini syarikat kononnya memiliki pegangan sama rata 25 peratus di kalangan empat negeri pembangkang umpama hidup segan, mati tak mahu.

Dengan asas kononnya mahu memberi kekayaan sama rata kepada semua negeri dan membantu Perlis yang jauh ketinggalan, isu utama yang tidak dapat dirungkai adalah apakah Terengganu yang awal-awal lagi berkata hasil negeri tidak termasuk dalam keuntungan syarikat itu, jadi dari mana datangnya untung untuk diagihkan kepada negeri lain?

Bagaimana pula dengan kedudukan syarikat di Kelantan yang tidak banyak beza dengan syarikat di Perlis dari segi pertumbuhan ekonomi negeri? Adakah syarikat itu berdaya maju apabila hanya ekonomi di Kedah dan Terengganu sahaja yang menyumbang kepada keuntungan syarikat itu?

Mahathir terlupa pengagihan kekayaan kepada negeri-negeri dalam SG4 tidak sama pendekatannya dengan Kerangka Ekonomi MADANI yang lebih bersifat inklusif termasuk memberi kelonggaran kepada PETROS di Sarawak mengurus hasil gas di negeri itu dari tangan PETRONAS.

Lalu apa yang boleh diharapkan daripada pemimpin yang telah gagal malah hilang wang deposit semasa bertanding pada PRU-15 di Langkawi tapi tiba-tiba mahu menjadi ‘jaguh orang Melayu’?