Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam kes saman fitnah, pada atau sebelum 31 Dis ini.
Hakim Roz Mawar Rozain turut mengarahkan Muhyiddin membayar baki RM1.02 juta sebelum atau pada 27 Jan tahun depan.