MUDAHNYA MAHATHIR BODOHKAN ORANG MELAYU

 


MUDAHNYA MAHATHIR BODOHKAN ORG MELAYU


Selagi parti politik layan Mahathir selagi itu dia berkeliaran

JANGAN BIAR MAHATHIR TUNGGANG MELAYU!



Bila membaca kembali kenyataan Mahathir sejak zaman dia melepaskan jawatan sebagai PM lagi, kita akn rasa tersakiti. 


Baru kita tahu betapa jahatnya perangai Mahathir dan dia dilihat byk membawa keburukan dari kebaikkan utk negara.


Sejarah Mahathir ramai pemimpin Melayu menjadi korbannya. Mahathir sering ulang skrip yg sama. Era 60an kerana dendamnya kpd Tunku Abdul Rahman, Mahathir hasut org Melayu membenci Tunku kononnya Bapa Kemerdekaan itu mesra dgn bangsa Cina.


Skrip yg sama dia menyerang Anwar dikaitkan juga kononnya Melayu terancam di bawah pemerintahan Anwar kerana melayani Cina DAP. 


PAS juga pernah dibuli Mahathir. Terkorbannya ahli kerana kes Memali, disumbat pemimpin PAS ke dlm ISA, menghentikan peruntukan kpd sekolah agama bantuan di seluruh negara pada tahun 1999 dan byk lagi kekejaman dilakukannya.


Apabila Mahathir mendapat kembali kuasa sebagai PM, UMNO menjadi mangsa apabila rumah Najib digeledah. Bukan reform yg dilakukan tetapi dendamnya kpd Najib hingga meringkuk mantan PM itu ke dlm penjara.


Kes Batu Puteh pada tahun 2022, Mahathir menyalahkan kerajaan Johor atas kehilangan pulau itu.


Katanya, “"Kehilangan Pulau Batu Puteh bukan masalah besar. Adalah kesilapan Kerajaan Johor menafikan bahawa pulau itu adalah milik Johor. Sekiranya penafian itu tidak dibuat, tidak akan ada pertikaian sekarang.”


Kerajaan Johor dipersalahkan sdgkan dirinya yg tanpa berunding dgn kerajaan negeri Johor dan Sultan serta anggota kabinet telah menbuat keputusannya sendiri.


Jahatnya Mahathir dia boleh salahkan tiga menteri kabinetnya. Sekejap salah kerajaan Johor, sekejap lagi dia salahkan Menteri Kabinetnya.


Sakitnya hati melihat perangai org tua ini bila dia boleh spin begitu sahaja. Lebih jahat dia membodohkan org Melayu bahawa pulau itu hanya sebesar meja.


Mahathir boleh spin utk membodohkan org Melayu dgn alihkan isu dgn mencadang supaya Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura sb kedua pulau iti asalnya 'Tanah Melayu' berdasarkan sejarah.


Jika begitu kenapa Mahathir tak suruh tuntut sahaja Patani, Golok, Yala dan lain2? Memang tersakiti bila mendengar ulasan bodohnya itu.


Memang benar Pulau Batu Puteh kecil tetapi perairan negara terkesan jauh lebih besar dari Pulau Batu Puteh tersebut.


Selagi parti2 politik melayani Mahathir dgn memberi platform utk dia bersuara selagi itu lah negara ini tidak aman. Org Melayu terus berpecah belah dgn hasutannya. 


Sampai bila kita nak biarkan org Melayu ikut telunjuknya. Dah 60 tahun dia mencaturkan politik negara… hanya dgn bersatu parti2 politik negara ini utk tidak membenarkan Mahathir mengambil kesempatan membodohkan org Melayu negara ini akan aman.


Norman Radzuan