Program Sesi Bantuan dan Nasihat Guaman Percuma di Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson. Jom sertai!

[ADMIN]
Program Sesi Bantuan dan Nasihat Guaman Percuma di Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson. Jom sertai!
Mohon like page Ahli Parlimen Port Dickson - YB Anwar Ibrahim untuk maklumat dan jadual terkini Ahli Parlimen Port Dickson

SETIAUSAHA AGUNG PKR MENYANGGAH DAKWAAN SETIAUSAHA AGUNG PAS

Image result for saifuddin nasution

1. Kenyataan Setiausaha Agung PAS yang menggelarkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai “bekas banduan” dalam ceramah kempen beliau di Pilihanraya Kecil (PRK) Sandakan baru-baru ini adalah berpunca daripada tidak memahami asas undang-undang dan tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong yang telah memberikan pengampunan penuh kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2018.
2. Perkara 42(1) seperti diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan, menunda hukuman dan melegakan hukuman. Segala proses dan prosiding untuk memberikan pengampunan penuh kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah diikuti dan dipatuhi oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
3. Isu sama ada Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang “bekas banduan” tidak lagi timbul kerana beliau telah mendapat pengampunan penuh dan dibenarkan bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Port Dickson tanpa sebarang pertikaian undang-undang berkenaan status kelayakan beliau.
4. Kenyataan Setiausaha Agung PAS itu jelas meremehkan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong dan satu usaha memperlekeh integriti proses dan prosiding Lembaga Pengampunan apabila pengampunan penuh itu diberikan kerana telah berlakunya ketidakadilan (“miscarriage of justice”) dalam keseluruhan proses pendakwaan dan pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5. Pendirian yang diambil oleh Setiausaha Agung PAS tersebut bercanggah dengan pendirian PAS yang pada suatu ketika dahulu sentiasa konsisten daripada awal bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan yang dihadapi dan wujud konspirasi di sebalik pemenjaraannya. PAS atas pendirian yang sama turut bersama gerakan rakyat yang diwakili Pakatan Rakyat ketika itu yang menuntut reformasi sistem kehakiman negara.
6. Sudah tentu kenyataan “bekas banduan” oleh Setiausaha Agung PAS tersebut mengundang perbandingan nyata antara Mursyidul Am PAS terdahulu yang cukup disegani dan dihormati, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang mendokong kuat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mengkritik pemenjaraan beliau sebagai satu fitnah politik.
7. Ternyata kemesraan PAS bersama UMNO sebagai rakan politik baru mengubah nada dan pendirian PAS dalam berdepan isu-isu penting negara termasuklah isu pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah dikritik oleh masyarakat perundangan antarabangsa sebagai satu konspirasi politik.
8. Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin dunia dan tokoh-tokoh Islam yang tersohor seperti Nelson Mandela, Imam Hanafi dan Recep Tayyip Erdogan yang pernah dipenjarakan akhirnya tetap dipilih menjadi pemimpin kerana integriti dan kemampuan mereka untuk memimpin dan bukan dengan label ataupun gelaran yang diberi.
9. Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang layak untuk dicalon dan dilantik sebagai Perdana Menteri sesuai kedudukannya sebagai Ahli Parlimen yang telah dipilih secara sah. Pada masa yang sama, Pakatan Harapan yang menguasai majoriti juga telah mencapai muafakat pada Januari 2018 menamakan beliau sebagai calon Perdana Menteri ke-8.
10. Tumpuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN sekarang ialah memelihara muafakat Pakatan Harapan, mendokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan berusaha menterjemahkan agenda rakyat dan reformasi dalam pentadbiran kerajaan.
DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
14 Mei 2019.

TERLALU KERAS MELAWAN AKHIRNYA PAS BERGABUNG DENGAN UMNO