[LIVE][290515] Bicara 11 Murabbi


RUU Hudud: Umno permain PAS – Ahmad Awang

RUU Hudud: Umno permain PAS – Ahmad Awang
 
RUU Hudud: Umno permain PAS – Ahmad Awang

RUU Hudud: Umno permain PAS – Ahmad Awang

Calon presiden PAS, Ahmad Awang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam menyokong hasrat Kelantan melaksanakan hudud di negeri pantai timur itu, mengatakan ia merupakan permainan politik parti Melayu itu.

Ahli politik veteran itu percaya, ketiadaan rang undang-undang persendirian PAS dalam aturan urusan mesyuarat sepanjang 2 minggu Dewan Rakyat bersidang sejak 18 Mei lalu, membuktikan Umno mempermainkan mereka.

“Dalam sidang Parlimen yang lepas, usul ini dikatakan akan dibincang dalam sidang kali ini. Tetapi sehingga sekarang, ia tidak ada pun. Saya yakin, kita berjaya dipermainkan Umno,” kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini, pada mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang berakhir pada 9 April, alasan yang diberikan ialah banyak rang undang-undang perlu diutamakan.

Ia menyebabkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu terpaksa diletakkan di hujung sekali, dan akhirnya tidak sempat dibincangkan.

“Kali ini pula, kerana ada Rancangan Malaysia ke-11. Kesudahannya, langsung tiada dalam jadual,” kata Ahmad yang menduga rancangan 5 tahun itu mungkin dijadikan alasan untuk sekali lagi rang undang-undang itu tidak berjaya dibentangkan.

“Ada yang kata, speaker memaklumkan, atas arahan perdana menteri, rang undang-undang persendirian ini tidak boleh dibawa,” katanya.

Katanya, keadaan itu mungkin juga berkaitan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak yang tidak senang dengan tindakan Kelantan dan lantang bersuara menentang pelaksanaan hudud.

“Kesimpulannya, (sokongan kepada) hudud ini hanya permainan politik Umno dan tujuan politik, bukan untuk dilaksanakan,” kata Ahmad.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, jika benar-benar ikhlas dalam isu hudud ini, wakil rakyat Umno sendiri perlu membawa cadangan pindaan tersebut ke Dewan Rakyat.

Calon presiden PAS, Ahmad Awang menjawab soalan ketika ditemubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. – ”Kalau Umno yang membentangkannya, kerja akan jadi lebih mudah, kerana ia mewakili kerajaan. Ia juga mengesahkan Umno memang menyokongnya.

“Tetapi keadaan sekarang ini terkontang-kanting,” kata Ahmad yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perak.

Pada sesi Dewan Rakyat yang lepas, harapan Hadi agar rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dibacakan, musnah apabila ia ditangguhkan ke mesyuarat kali ini.

Rang undang-undang itu bertujuan meminda akta yang juga dikenali sebagai Akta 355 itu, bagi membuka jalan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.

Bagi membolehkan pelaksanaannya, Kelantan memerlukan sokongan daripada ahli Parlimen BN, yang hingga kini masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.

Pada Mac, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang disokong semua penggubal undang-undang di negeri itu, termasuk daripada Umno.

Ini membawa kepada perpecahan yang makin mendalam antara PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) – DAP dan PKR.
Ahmad berkata, PAS terperangkap dalam isu ini kerana terlalu percaya dengan janji Umno.

“Saya ada pengalaman sendiri dengan Umno. Saya tidak percaya kepada mereka,” kata bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu.

Ahmad pernah menjadi pengarah dakwah di Jabatan Perdana Menteri ketika Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri.
Beliau pernah beberapa kali menyiapkan teks ucapan untuk Hussein pada majlis yang berkaitan dengan agama Islam.

Bagaimanapun, katanya, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu, beliau diketepikan dan dipindahkan ke Kementerian Pelajaran, tanpa diberikan sebarang tugas yang berkaitan dengan bidangnya, iaitu hal ehwal agama.

“Saya kenal sangat dengan Umno ini, tidak boleh dipercayai,” katanya mengimbau kembali apa yang dialaminya ketika berkhidmat dengan kerajaan sebelum bersara.

“Hatta surat penghargaan untuk saya selepas bersara juga ditarik balik menjelang hari persaraan saya,” kata Ahmad yang mendakwa beliau sepatutnya dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pertama berdasarkan kekananan perjawatannya.

Ahmad berkata hudud ialah perkara yang perlu diterima umat Islam sebagai sebahagian daripada tuntutan agama, sebagaimana umat Islam perlu menerima ibadat solat sebagai satu kewajipan.

“Solat ini wajib bagi umat Islam, tetapi ada syarat untuk solat. Begitu juga kewajipan hudud. Tetapi bagaimana ia hendak dilaksanakan, perlu ada syaratnya,” katanya.

Katanya, hudud juga, bukan keutamaan dalam Islam kerana berdasarkan ilmu fikah, ia terletak terkemudian berbanding yang lain.

“Fikah Islam disusun dengan memulakan ibadat. Ibadat yang utama ialah solat. Selepas itu, barulah muamalah, dan kemudian, undang-undang jenayah, yang termasuk di dalamnya hudud,” katanya.

Semalam dilaporkan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai rang undang-undang ahli persendirian bagi meminda Akta 355 itu.

Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pandikar sedang mengkaji rang undang-undang Hadi itu dan menunggu kelulusan Putrajaya untuk membenarkannya dimasukkan ke dalam aturan urusan mesyuarat Dewan.

DAP minta ketua 1MDB henti putar belit fakta

DAP minta ketua 1MDB henti putar belit fakta
DAP minta ketua 1MDB henti putar belit fakta

DAP minta ketua 1MDB henti putar belit fakta

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy perlu berhenti memutar belitkan fakta dan berterus-terang sama ada beliau pernah atau tidak memberikan penyata palsu kepada Bank BSI di Singapura atau mana-mana bank seperti yang didedahkan laman Sarawak Resport baru-baru ini, kata Tony Pua.

Setiausaha publisiti DAP itu berkata, Arul perlu jujur mengakui dakwaan syarikat pelaburan yang bermasalah itu menyerahkan surat palsu menggunakan 2 nama bank diberikan kepada Bank Negara Malaysia.

“Lebih banyak dia cuba lari daripada topik, lebih besar risiko beliau memalukan diri sendiri nanti,” kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam satu kenyataan hari ini.

Arul semalam mendakwa portal pemberi maklumat itu berbohong mengenai 1MDB memberikan kenyataan palsu kepada Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai akaun anak syarikatnya, Brazen Sky Ltd di BSI Bank, Singapura.

“Ini satu pembohongan. Saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan begitu kepada Bank Negara.

“Untuk menyatakan sebaliknya adalah terang-terangan palsu dan tidak betul, begitu juga apa-apa dakwaan yang berdasarkan premis ini,” kata Arul dalam satu kenyataan.

1MDB mempunyai hutang sebanyak kira-kira RM42 bilion tetapi Putrajaya berkata, asetnya yang berjumlah RM51 bilion boleh menampung jumlah itu.

Pua bagaimanapun berkata, Arul cuba mengelirukan tanggapan awam kerana selepas meneliti laporan Sarawak Report, portal itu tidak mengatakan Arul mengemukakan “penyata palsu kepada BNM”.

Sebaliknya dakwaan itu mengenai 1MDB memberikan penyata didapati palsu, selepas pihak berkuasa Singapura “menafikan penyata yang diberikan Arul merupakan asli mengenai akaun Brazen Sky, di mana PM/menteri kewangan mengumumkan wang AS$1.103 bilion berada di situ”.

Katanya, laporan itu juga menyebut 1MDB “membuat dokumen palsu (surat kepada BNM) dan dihantar kepada Bank ‘2’. Tujuannya supaya Bank 2 percaya BNM sudah dimaklumkan dana terbabit akan dimasukkan ke dalam akaun induk”, merujuk kepada Bank Deutsche.
“Arul perlu berhenti putar belit. Tidak ada beza semasa beliau cuba menepis kritikan pelaburan 1MDB di Pulau Cayman dalam kenyataannya 13 Januari lalu yang mengatakan baki dana sudah ditebus semula.
“Kita sekarang tahu ia tipu dan tiada wang tunai atau apa-apa kertas aset terlibat yang dipindahkan dari Pulau Cayman kepada akaun Bank BSI di Singapura,” katanya.

Sarawak Report dalam responsnya terhadap penafian Arul semalam menuntut penjelasan mengenai transaksi AS$1.6 bilion firma itu kepada Good Star Limited, sebuah syarikat yang dikuasai ahli perniagaan Low Taek Jho.

Sarawak Report berkata, ia mempunyai bukti yang penyata bank palsu digunakan bagi menyokong dakwaan yang terdapat wang tunai di dalam akaun dana pelaburan negara itu di dalam Bank BSI Singapura.

Laman itu juga mendakwa Arul menghantar penyata bank palsu kepada Bank BSI di Singapura melalui faks.

“Jika Encik Kandasamy tidak melaporkan perkara ini kepada Bank Negara, mengapa dia tidak berbuat demikian?,” soal Sarawak Report.

Ketua DPPP: Sokong gandingan Suhaizan – Dr Raja Ahmad

Ketua DPPP: Sokong gandingan Suhaizan – Dr Raja Ahmad
Ketua DPPP: Sokong gandingan Suhaizan – Dr Raja Ahmad

Ketua DPPP: Sokong gandingan Suhaizan – Dr Raja Ahmad

KENYATAAN MEDIA: Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur dengan ini mengisytiharkan akan menyokong penuh kepimpinan Suhaizan Kayat untuk kekal sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia pada 2 Jun 2015 ini nanti. Kami juga secara terbuka menyokong gandingan Suhaizan iaitu Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak sebagai gandingannya bagi jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Manakala bagi jawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, kami menyokong Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan yang juga lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir iaitu Ustaz Nor Azman Mohamad bagi sesi tahun 2015 / 2017 ini.
Salman Haji SalehOleh kerana, kami adalah Dewan Pemuda PAS Kawasan di Negeri Perak yang telah menganjurkan Wacana baru-baru ini mengambil sikap jelas dengan sokongan terhadap calon-calon tersebut bagi meneruskan legasi kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Kami yakin mereka semua mampu menggalas tugas berat ini dan akan terus mempersada Pemuda PAS serta mengukuhkan kerjasama dengan Pemuda Pakatan Rakyat (PR).

 Ianya jelas sikap dan semua kenyataan seiring dengan pendirian parti dan keputusan Muktamar Tahunan PAS agar menjadikan PR sebagai satu pentas terutamanya di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) untuk berdepan antara satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).

Kami berharap Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan lain juga boleh menerima aspirasi calon-calon tersebut dan menyokong mereka kelak. Wacana yang dianjurkan baru-baru ini jelas membuka ruang kepada semua calon untuk membawa idea dan buah fikiran agar Pemuda PAS lebih cemerlang di masa yang akan datang. 

Dan Wacana tersebut bukan bertujuan mencari salah dan silap siapa, akan tetapi kita mencari titik pertemuan antara ketiga-tiga calon yang bertanding bagi jawatan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua yang manakah yang sesuai sebagai satu Pasukan dan akhirnya kami temui penama tersebut sememangnya secocok dan berwawasan tinggi untuk melihat Pemuda PAS lebih maju lagi!

20150528012606

SALMAN HAJI SALEH
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.