Good one!
Alhamdulillah kami pencarum Perkeso untuk usahanita dan juga kepada pekerja kami.
Desa HM
Betoi ka Saifuddin Nasution Ismail sorokkan anak orang ??
Bahaya ni tuduhan ni silap2 bermalam di lokap kalau tak betoi haha ..
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa cadangan kenaikan kadar tarif elektrik yang dijangka berkuat kuasa pertengahan tahun ini dikaji semula secara mendalam dan tuntas.
Ini kerana menurut Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, sebarang kenaikan kadar tarif elektrik itu akan memberi kesan berantai kepada kehidupan rakyat.
Dalam masa sama, beliau menggesa kerajan memberikan kepastian segera dengan jelas dan lengkap mengenai kadar baharu tarif elektrik tersebut.
Jelasnya, perubahan kadar baharu tarif itu akan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat yang sedang cuba memenuhi keperluan asas mereka di sebalik tekanan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Berdasarkan kepada apa yang berlaku sebelum ini, apa jua kos kenaikan membabitkan petrol serta elektrik akan ditanggung secara tidak langsung oleh rakyat.
“Dalam erti kata lain, rakyat tetap akan merasai kesan kenaikan itu secara langsung walaupun dilaporkan kadar tarif untuk 85 peratus rakyat tidak terjejas,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat menjelaskan, kenaikan kadar tarif elektrik yang akan dilaksanakan Julai depan tidak akan memberi kesan terhadap 85 peratus pengguna.
Ini kerana, jelas Anwar, kadar tarif baharu itu hanya melibatkan sektor perindustrian selain sebahagian daripada golongan yang disifatkan `mahakaya’.
Sementara itu, Ahmad Fahmi berkata, kenaikan kadar tarif elektrik kelak akan memberi kesan kepada pelbagai sektor lain termasuk pelancongan yang mana dijangka mempengaruhi kos operasi sehingga mempengaruhi kadar bayaran untuk penginapan.
Jelasnya, kesannya akan lebih terasa mengambil kira kemungkinan pelaksanaan subsidi bersasar untuk petrol yang dilaporkan akan dilaksanakan pada masa yang sama.
“ABIM menilai pelaksanaan dasar ini berpotensi mencetuskan kesan berganda yang perlu dihadapi rakyat yang terpaksa meningkatkan komitmen kewangan peribadi.
“Dalam erti kata lain, mana-mana pihak tidak perlu ada sebarang tanggapan bahawa rakyat inginkan perkhidmatan percuma seperti elektrik, kerana realitinya mereka masih membuat bayaran untuk mendapatkan aksesnya,” katanya. – MalaysiaGazette
Sumber – https://malaysiagazette.com/2025/02/05/tarif-elektrik-kaji-secara-tuntas-elak-kesan-berantai/
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menzahirkan pendirian tegas baginda menentang cadangan garis panduan untuk umat Islam menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.
Baginda berpandangan cadangan garis panduan ini dibuat pada waktu yang tidak bersesuaian, pada ketika sekalian rakyat sedang giat mengeratkan amalan muhibah di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama demi mengukuhkan perpaduan nasional, kata baginda yang juga ketua agama Islam di Selangor menerusi laman Facebook Selangor Royal Office.
“Islam menerusi Al-Quran dan Sunnah adalah garis panduan terbaik sejak zaman berzaman dan diperkuat dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah umat Islam di Malaysia.
“Justeru, isu terpesongnya akidah umat Islam susulan amalan berkenaan tidak timbul kerana baginda percaya umat Islam kini tahu tentang batas-batas akidah serta tidak mudah terpengaruh dan bijak menilai baik buruk sesuatu tindakan.
“Baginda mengingatkan bahawa sebagai sebuah negara majmuk dengan rakyatnya menganuti pelbagai agama dan kepercayaan, toleransi dalam beragama seharusnya tidak dikompromi.
“Dalam masa sama, setiap rakyat perlu menghormati dan memperakui bahawa Islam adalah agama persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
“Bagaimanapun, baginda menasihatkan umat Islam khususnya di negeri Selangor agar sentiasa berusaha untuk terus memperkukuh akidah dan iman masing-masing dengan mendalami ilmu agama dan melakukan segala suruhan Allah Subhanahu Wata’ala serta meninggalkan segala larangan-Nya.
Kontroversi garis panduan ini tercetus apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Senator Datuk Naim Mokhtar menyatakan perkara ini menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat.
Jemaah Menteri bagaimanapun telah memutuskan apa-apa sahaja keputusan perlu melaluinya secara dasar.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menjelaskan tidak wujud keperluan untuk garis panduan ini kerana masyarakat tahu batas agama masing-masing.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu Tunku Abdul Rahman sekitar tahun 1970-an. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 8 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu legasi kepimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terus menjadi panduan dalam usaha membina negara lebih baik untuk generasi mendatang.
Malah, Perdana Menteri turut menekankan bahawa pentadbiran Malaysia MADANI akan terus dikemudi dengan nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua, iaitu konsep diwarisi daripada Tunku Abdul Rahman.
Beliau menyatakan perkara itu sebagai mengenang ulang tahun keputeraan negarawan ulung berkenaan, hari ini.
Anwar berkata, nama Perdana Menteri pertama itu bukan hanya terukir dalam sejarah sebagai Bapa Kemerdekaan Negara, malah sebagai simbol kesepakatan dan perpaduan yang menyatukan pelbagai kaum dalam satu identiti nasional yang harmoni.
“Keghairahan Almarhum dalam memastikan negara ini kekal aman dan harmoni, harus terus menjadi inspirasi kepada kita semua, terutama dalam menghadapi cabaran kini.
“Dalam mengemudi Malaysia MADANI, saya berpegang teguh kepada nilai yang diwariskan Almarhum, selain bertekad untuk meneruskan perjuangan demi negara yang lebih sempurna dan makmur buat semua.
“Sumbangan Almarhum pasti akan menjadi inspirasi untuk menjunjung nilai perpaduan dan keamanan yang membentuk kesatuan negara kita,” katanya dalam catatan melalui media sosial beliau, hari ini.
Anwar sekali gus mendoakan roh Almarhum dilimpahi ganjaran ihsan dan rahmat Allah SWT.
Tunku Abdul Rahman dilahirkan pada 8 Februari 1903 sebelum meninggal dunia pada 6 Disember 1990 pada usia 87 tahun.
Almarhum menjadi Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan negara pada 1957 hingga 1970.
Nampak gayanya Bersatu terkena demam pilihan raya.
Semalam Ketua Bersatu Selangor Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan keperluan jentera Bersatu digerakkan sekarang untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya pada hujung tahun ini.
Ia adalah berdasarkan arahan presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Dalam perbincangan pagi ini, YB Presiden menegaskan bahawa semua jentera BERSATU mesti digerakkan sekarang untuk menghadapi kemungkinan snap election pada hujung tahun ini.
“Perbincangan juga memberi tumpuan kepada perkembangan yang amat meyakinkan susulan perbincangan khas di kalangan pimpinan tertinggi BERSATU dan PAS pada Rabu lalu, 5 Februari yang turut dihadiri oleh YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan YB Pengerusi Perikatan Nasional.
“YB Presiden mengeluarkan arahan supaya audit kekuatan jentera BERSATU dimulakan di semua negeri khususnya kawasan-kawasan tumpuan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,” kata Azmin dalam satu hantaran Facebook semalam.
Usaha Bersatu dan PN untuk membentuk kerajaan tebuk atap sebelum ini tidak menjadi.
Blok Sabah dan Sarawak memberi sokongan kuat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pas mempunyai 43 kerusi parlimen manakala Bersatu mempunyai 25.
Naib ketua Pemuda Pas Pulau Pinang Hafis Alias mendakwa bahawa kumpulan pro-DAP dalam Pas sedang menyerang pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria kerana Razman agresif menyerang DAP.
“Serangan bertubi-tubi daripada PH adalah perkara lumrah atas kepentingan politik, bukan kepentingan negara.
“Tetapi yang peliknya, pada 1 Februari 2025, hampir semua media melaporkan bahawa ada “gesaan beberapa pihak termasuk ahli Pas supaya Tuan Hj Razman direhatkan sementara daripada jawatan (Pesuruhjaya Perak)” sedangkan suara ini sangat terpencil dan hampir tidak kedengaran dalam parti!
“Saya dapat merasakan bahawa ini adalah ‘game besar’ kerana poin ‘tukar Hj Razman’ ini dibesar-besarkan dan dinyaringkan oleh media seperti Sinar, Malaysiakini, Berita Harian dan lain-lain.” katanya dalam hantaran Facebook.
Hafis menyifatkan serangan ini seperti ini serangan kumpulan pro DAP terdahulu dari sudut modus operandi.
“Dalam pengalaman politik kami waktu lawan kumpulan pro DAP dahulu atau dikenalai sebagai kumpulan Jebon, apabila terdapat seorang dua secara dalaman membuat perancangan, kemudiannya disambut secara besar-besaran oleh media arus perdana, pada kebiasaannya ia adalah rancangan licik daripada pihak tertentu diperingkat nasional, bukan lagi peringkat dalaman parti.
“Modus operandinya mudah, mereka timbulkan suara kecil dalaman, kemudian suara kecil ini mereka uruskan pemberitaan diperingkat arus perdana dan akhirnya dilihat sebagai isu nasional yang besar. Ini memang strategi makruf dalam politik.
“Apa yang saya bimbangi, suara ini dilihat datang daripada kumpulan yang sama, yang dahulu pernah secara senyap-senyap bersama kumpulan pro DAP dan menyokong rancangan DAP.
“Kami daripada Penang cukup kenal orang ini kerana mereka telah mengkhianati kami sewaktu kami lawan DAP di Penang. Walau kami dalam parti komponen yang sama memerintah Pulau Penang, tetapi tindakan DAP dilihat merugikan umat Islam di Pulau Penang sehingga menimbulkan banyak pergolakan dalaman.
“Saudara Izueri Ibrahim, dipecat daripada jawatan lantikan politik dalam kerajaan Pulau Penang selepas membangkitkan isu DAP di dalam Muktamar PAS Pusat di Johor pada waktu itu.”
Hafis turut menyifatkan Datuk Seri Mujahid yang kini timbalan presiden AMANAH sebagai kumpulan pro-DAP ketika bersama Pas dan menuduh kumpulan pro-DAP sebagai masih kekal dalam Pas.
“Pada tahun 2013, apabila tamat tempoh ustaz Salleh Man sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Penang (2009-2013), maka kumpulan Pro Dap ini berusaha untuk mengangkat Dr Mujahid yang dilihat Pro DAP dan mesra DAP sebagai Pesuruhjaya (PJ) baharu menggantikan Ustaz Salleh Man yang dilihat ‘keras dengan DAP’.
“Maka kami yang anti DAP ini berusaha untuk menaikkan Ustaz Fauzi (Pesuruhjaya sekarang) sebagai PJ Negeri. Maka berlaku pertembungan dalaman antara kumpulan kami yang anti DAP dan kumpulan mereka yang pro DAP.
“Keputusan Presiden PAS waktu itu menghantar wakil untuk survey semua kawasan di Penang mengkaji majoriti sokongan kawasan.
“Pertembungan pada waktu itu antara Dr Mujahid dan ustaz Fauzi, bukan atas faktor peribadi, tetapi kerana faktor anti vs pro DAP.
“Sewaktu semua yang pro DAP keluar daripada PAS dan menubuhkan parti AMANAH Negara selepas kalah pemilihan tahun 2015, ‘orang ini’ masih kekal di dalam PAS dan sekarang sudah menyandang “jawatan besar”.
“Walaupun begitu, saya hanya mendoakan dan mengharapkan dia berubah.
“Tetapi malangnya, apabila kumpulan yang menyerang Tuan Hj Razman ini secara terbuka dan mula mencetuskan supaya Tuan Hj Razman ini ditukar sebagai Pesuruhjaya Perak, kemudiannnya suara kecil ini dinyaringkan oleh media arus perdana, saya bimbang skrip lama berulang kembali. Iaitu membantu DAP untuk me’nyah’kan musuh dan ancaman DAP dari dalam PAS.
Hafis menerangkan bahawa kumpulan pro DAP juga menggunakan media pro DAP untuk memperbesar-besarkan isu Razman kaalah saman.
“Oleh itu, saya dan kawan-kawan mengisytiharkan kami mempertahankan Tuan Hj Razman kerana kami tahu di belakang gerakan menjatuhkan Tuan Hj Razman ini adalah kumpulan yang Pro DAP yang pernah ada sejarah waktu kami lawan Jebon dahulu.
“Jika kami dah pernah berjuang melawan kumpulan ini sehingga mereka kalah pada 2015, maka perjuangan ini tidak pelik untuk dimulakan kembali.”
Juwairi Md Yusof
Satu satunya kejayaan Sanusi selaku MB PAS Kedah ialah menambah isteri dan harta seperti kereta dan motorsikal mahal baru selain rangkaian fitnah dia lemparkan ke serata alam sejak awal hingga kini,kehkehkehkeh.
Itulah saja KPI dia selaku Menteri Besar Kedah.Jika anda berbangga dengan orang dan pencapaian seperti ini anda memang layak menerima nasib sama seperti di terima di Kelantan sekian lama bawah PAS itu.Tak perlu kembali ke masa lalu melalui mesin pengembaraan kerana PAS sendiri membawa anda ke masa silam dengan politik mereka zaman berzaman.
Andrian Lim
Apa kesudahan doa
Dalam erti kata lain, ethnic cleansing!
Sebab itu, jangan sesekali menunggang atau mendagangkan agama demi keghairahan mengejar cita-cita politik.
There are real victims out there! Pihak yang benar-benar menjadi mangsa kerakusan dan kezaliman!
Adrian Lim
Sama ada umat Islam memerlukan garis panduan menghadiri perayaan, saya berasa itu perbincangan yg seharusnya diadakan di antara umat Islam.
Ada orang Islam berasa perlu.
Ada orang Islam berasa tidak perlu.
Apa pun pandangan umat Islam, sama ada ianya berniat politik atau berniat ikhlas, perkara ini seharusnya dibincangkan dalam kalangan umat Islam.
Sebaiknya, perkara ini, orang bukan Islam elak bercampur tangan dan elak mengeruhkan keadaan.
Tidak ada keperluan untuk ahli-ahli politik bukan Islam berlumba-lumba menjadi "juara orang bukan Islam".
Penglibatan orang bukan Islam hanya akan berlaku, apabila umat Islam yg membuat keputusan, menjemput wakil-wakil bukan Islam untuk memberi pandangan dan info lanjut tentang makna, sejarah, simbol, fungsi, warna dan lain-lain perayaan-perayaan bukan Islam.
Maka, DAP, MCA, MIC, Gerakan atau mana-mana pihak yg bukan Islam tidak harus berlumba-lumba "mengajar umat Islam nak buat apa".
The Muslims should decide what the Muslims want.
The non-Muslims should not teach the Muslims what to do.
Benda ini simple. Kita terbalikkan keadaan.
Apa perasaan orang Kristian, sekiranya orang Islam campur tangan dan buat kenyataan media tentang urusan pemilihan paderi gereja?
Apa perasaan orang Buddha, sekiranya orang Islam campur tangan dan buat kenyataan media tentang urusan penetapan peraturan tokong?
Apa perasaan orang Hindu, sekiranya orang Islam campur tangan dan buat kenyataan media tentang urusan pemilihan jawatankuasa kuil?
Itu pandangan saya. Sekian.
*Gambar sekadar hiasan
Isu garis panduan: Pemuda PAS gesa kerajaan jelaskan pendirian rasmi - Afnan Hamimi https://x.com/mkini_bm/status/1888031765937406257
Johor sudah lama keluar fatwa sebab itu YDPA17 tenang bersahaja https://x.com/apanakdikato/status/1888050557925126180
Ahli Parlimen PAS Pokok Sena dan Ahli Parlimen PAS Alor Star,Kedah adalah antara wakil rakyat PAS yang dengar boleh percaya jangan kuat berangan,kahkahkah.Jawatan Ahli Parlimen tapi pengetahuan macam mat rempit.Check sendiri keputusan muzakarah Jawatankuasa Kuasa Fatwa kali ke 68 tahun 2005.Biar JAKIM uruskan perkara ini tanpa campurtangan parti politik terutama PAS.Kuasa Jakim tu ade hadnya.Setiap negeri ada jabatan agama masing2 ada Ulil Amri masing2.Itulah uniknya.Ulil Amri ni Raja dan Sultan bukan Mursyidul Am PAS ka,Pesuruhjaya PAS setiap negeri ka,Ularmak2 Suu PAS ka,Autaz,Ustajah PAS ka ok jangan silap itu.
Paparan MADA Di Kuasai Oleh Kerajaan Pusat,Enekmen Penanam Penanam Padi Negeri Kedah Di Kuasai Oleh Kerajaan Kedah...Tugas Utama MADA Membangunkan Tanah Tanah Sawah Di Kawasan Tanggungjawab MADA,Sepatut nya Tanah Tanah Di Luar Kawasan MADA Yang Mana Kemungkinan Lebih Luas Dpd Kawasan Tanggungjawab MADA Berasaskan Tanaman Padi..Perlu Lah Di Bangunkan Oleh Kerajaan Kedah Sendiri Yang Di Ketuai Oleh Menteri Besar Kedah...
Kawasan Luar MADA Seperti Di Sik,Baling,Kuala Nerang,Bandar Bharu,Merbok Yang Bukan Kawasan Tanggongjawab MADA....Di Sarankan Supaya Kerajaan Kedah Sendiri Yang Bangunkan Yang Bergelar Jelapang Padi Malaysia....#
Keterjaminan Makanan Tanggong Jawab Bersama# Datuk Dr Ismail Pengerusi MADA# YAB Menteri Besar Kedah#
Ahmad Shair
Benda dah ada sejak 2005. Bukan 2025. Duk bergaduh kenapa? Dari yang jahil sampai yang ada PHD bagai, benda macam ini pun jadi masalah.
Dia cakap Kabinet putuskan tidak perlu Garis Panduan tu. Kalo saya PM pun, saya takkan nak biar hal2 yang dah ada keputusan sejak 2005 diulang kembali. Lepas tu nak biar Menteri bahas sesuka hati. Memang tak lah. Tapi dari aspek perpaduan, semua agama wajib ajar penganutnya untuk jaga Keharmonian Negara. Bukan suruh agama lain masuk campur agama Islam.
Majlis FATWA dah buat 20 tahun dulu. Hal Ehwal Islam urusetianya JAKIM. Ada MAJLIS KEBANGSAAN ISLAM, ada MAJLIS FATWA KEBANGSAAN, ada FATWA MUFTI NEGERI-NEGERI. Setiap Negeri ada AHLI MAJLIS FATWA Sendiri.
Yang peliknya, Majlis Fatwa Negeri-Negeri pun tak respon sebab Garis Panduan dah ada. Dan dalam website Pejabat MUFTI dah terang-terang ada jawapan hukum. Hanya yang malas baca Fatwa tu sahaja akan mengelupur kepanasan.
Teruk-teruk orang Islam, dia tahu beza yang mana satu Tuhan yang dia sebut ALLAH.
Jahat-jahat seorang Muslim, dia tahu dengan Tuhan mana yang dia akan kembali bertaubat.
Lepas tu salahkan orang KAFIR.
Bersekongkol dengan DAP.
Lepas tu Liberalkan orang lain.
Cuba tengok komen2 tu. Lain orang cakap, lain dia jawab.
Apa dia ingat kami yang MUSLIM ni kemaruk nak pergi sambut perayaan orang lain?
Apa diorang ingat, kami tak faham Surah Al Kafirun?
Apa PMX buat, bukan sambut. Dia pantau untuk pastikan semuanya berjalan dengan baik. Dia tu PM MALAYSIA. Bukan PM Melayu. Dia pun tahu tempat mana nak sujud, tempat mana nak rukuk.
Baca tajuk berita, terus tuduh urusan Islam dah kena campur dengar org bukan Islam.
Walaupun saya tak banyak setuju dengan MAZA, tapi ada satu saya setuju.
MAZA kata “stupid without barriers”. 😎
Entah bila la nak cerdik budak ni.
Garis panduan yang 𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠 nak buat tu bukan setakat garis panduan je. Sampai 𝗺𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗯𝘂𝗺𝗶𝗮𝗻 yang nak dihadiri oleh muslim 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗹𝗲𝘀𝗲𝗻! Itu kan melampau. Menyusahkan.
Yang DS Anwar kata, garis panduan boleh ada tapi tak sampai jadi dasar. Maknanya, JAKIM boleh sediakan panduan tentang 𝙙𝙤𝙨 & 𝙙𝙤𝙣'𝙩𝙨 tak payahlah sampai nak kena mohon lesen bagai
Akmal tak setuju? Lantak kau la. Kau siapa hah budak? PMX 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 persetujuan ko pun. Ko tak setuju, ko 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘆𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝘀𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴. Setidaknya ada juga kami bahan untuk digelakkan.
𝗭𝗮𝗵𝗶𝗱 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗱𝗶 entah bila baru nak 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 tegur budak ni. Kelakuan dia punca UMNO makin ditolak. Mungkin juga dia cuba 𝘀𝗮𝗯𝗼𝘁𝗮𝗷 𝗨𝗠𝗡𝗢 dari dalam. Kalau nak pulihkan UMNO, perosak macam ni kena dikeluarkan dahulu. Guane boh?
Raja Gelap II
.
RMS
Hampir 40% mereka yang anti kerajaan sekarang sebenarnya dari aliran anti-establishment, penolakan terhadap pihak yang menerajui kerajaan dan menguatkuasakan undang undang.
Golongan inilah yang menyebabkan kjaan Barisan Nasional tumbang kerana mereka memilih menukar kerajaan berdasarkan naratif kerajaan yang berkuasa ketika itu gagal, salah guna kuasa dan korupsi.
Kerana itu think tank kerajaan hari ini, perlu mengenalpasti ketegori ini dan impaknya pada kerajaan di PRU nanti.. fahami dan berinteraksi dengan mereka dan jemput untuk memperkasakan kerajaan, semua ini perlu pasukan yang boleh berfikir diluar kotak dan yang mengambil pendekatan berbeza. contoh, tak perlu buat pertemuan di pejabat tapi dikena kopi, restoran tepi jalan..
MSO
Sebagai ketua agama, Mufti tidak elok rasanya menggunakan bahasa kasar dengan menunjukkan keberanian (arraggont) untuk bertempur dengan orang bukan Islam, kandatipun untuk mempertahankan kaedah dakwah. Orang Muslim sepatutnya menunjukkan akhlak baik.
Saya merujuk kepada Mufti Perlis Mohd Asri Zainal Abidin yang sedia bertempur dengan RSN Rayer yang cuba mempertikaikan program agama di negeri itu yang membabitkan pendakwah pelarian Zakir Naik
Asri memberi reaksi berupa amaran kepada ahli parlimen Jelutong itu supaya tidak menganggu urusan agama di Parlis apabila Rayer mempertikaikan kenapa tiba-tiba Zakir Naik dibenarkan berdakwah semula dalam negera ini.
Kenyataan Rayer itu tidak menyenangkan Asri dengan mengatakan dia sedia untuk bertempur dengan wakil rakyat DAP itu seperti dia bertempur dengan arawah seorang pemimpin DAP.
Bertempur untuk apa, pengembangan agama di zaman ini bukan lagi dengan cara beradu kekuatan dan fizikal, sekarang orang menggunakan otak dan segala kemudahan moden. Pedang dan panah sesuai untuk dizaman jahiliah dan pasca jahiliah sahaja.
Sebagai seorang Mufti tidak perlu guna bahasa lagak macam orang politik yang sering membuat provokasi. Tidak bolehkah kalau diterang dan dijelaskan dengan baik akan penglibatan Zakir Naik itu yang beliau diberikan tauliah mengajar di Perlis.
Ayat sedia untuk bertempur itu semacam golongan terroris pula?
Bagi RSN Rayer dia berhak untuk bertanya kemunculan semula Zakir itu kerana setahunya pada Ogos 2019, PDRM telah mengeluarkan larangan ke atas Zakir daripada menyampaikan ceramah di seluruh negara. Beberapa buah negeri Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak termasuk juga Perlis.
Berdasarkan fakta itu, sebagai seorang penganut Hindu yang merasakan terancam dengan ceramah Zakir wajar dia bertanya. Dan sekiranya larangan ke atas Zakir itu telah dimansuhkan sepatutnya ia dimaklumkan kepada umum.
Jika dimaklumkan tentu Rayer tidak "bundak" untuk menimbulkan hal itu.
Dan seperti umum tahu Zakir Naik dikehendak oleh kerajaan India atas dakwaan pengubahan wang haram dan terrorisme. Kesalahan Zakir dari konteks kerajaan India perlu dihormati oleh kerajaan Malaysia atas hubungan dua negara mempunyai hubungan diplomasi.
Kenyataan atau sikap keras Asri itu tidak baik merupakan sikap untuk menenangkan keadaan atau meredakan isu selebihnya lebih untuk berperang, ia semacam perangai terroris pula yang tidak memilih jalan damai melainkan balah dan berperang.
Sebagai seorang Mufti Asri perlu mengubah sikap mengambil pendekatan mata dengan berpijak di bumi nyata. Trims.
Man Toba.
Budak² kurang akal.. bila mahadewagaru Hadi buat dia diam tak kata apa. Bila musuh politik buat kemain kau ye..
Dari Hemat Saya
Apa apa tindakan atau peraturan bagi memastikan kesucian Islam daripada dicemari yang hendak diperkenalkan oleh jabatan agama atau majlis agama seperti peraturan dan batas batas penglibatan orang Islam dalam majlis bukan Islam tidak mudah untuk diterima disebabkan wajah politik kita bervariasi.
Orang politik yang melihat hubungan sosial bersama penganut agama lain diperlukan untuk kepentingan politik mereka akan bantah peraturan ataupun batas-batas sempadan yang hendak dibina itu.
Orang politik lebih melihat dan mengutamakan kepada kepentingan dan laba politik mereka daripada untuk jaga kesucian dan kemurnian agama Islam. Politik itu sendiri berbaur dengan kemungkaran dan kemunafikan.
Selagi orang politik menguasai kuasa memerintah negara itu maka selama itulah suara dan hasrat murni untuk pertahankan agama akan ditentang.
Justeru orang Islam yang sayangkan agama mereka kena pastikan politik dan kekuasaan negara dipegang oleh parti yang ikhlas dan rasional terhadap agama. Trims.
Man Toba
Guane gamok la sek sek nim maing politik base natang bodow molek. Berat66 sekmung budok wei.
Mase PAS memerintoh 33 bulang doh bakpe sekmung dok wak kire bior plantar minyok buleh Ganu urus? Masa ada kuasa bakpe mung dok buat?
Betul sangat komen dari Sdr. 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗠𝗮𝗻 ni kan? Aku pun tak pernah terfikir. UMNO setiap 10 tahun sejak 1988 memang semakin 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗰𝘂𝘁.
1988 - Selepas Pemilihan UMNO yang mana 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 setelah kalah tipis kepada 𝗞𝘂 𝗟𝗶, UMNO mula berpecah. Ada sebahagian yang keluar menyertai 𝗦𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 46.
1998 - 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗽𝗲𝗰𝗮𝘁 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 berpunca dari fitnah yang direkanya. Sebahagian lagi keluar untuk bersama 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻. 𝗣𝗔𝗦 dan 𝗗𝗔𝗣 juga terima tempias kerana ada yang masuk parti mereka (macam aku 𝘫𝘰𝘪𝘯 PAS).
2008 - 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 gerakkan usaha untuk 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗸𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗸 𝗟𝗮𝗵 dan digantikan dengan Najib. Akhirnya PRU tahun itu UMNO (BN) hilang majoriti ⅔.
2018 - 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 mengetuai PH ketika itu untuk PRU14 dan pertama kalinya BN 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Maka berakhirlah 𝗱𝗼𝗺𝗶𝗻𝗮𝘀𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢 dalam kerajaan.
2028?
10 tahun berikutnya masih menjadi tanda tanya. Ada kemungkinan 2028 nanti UMNO 𝗽𝘂𝗽𝘂𝘀 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 dari peta politik negara kita? Tak mustahil.
2028 tak lama dah. 3 tahun lagi. Kalau UMNO tak nak 𝙩𝙧𝙚𝙣𝙙 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗰𝘂𝘁 ni berterusan, UMNO kena mula buat 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂𝗮𝗻 sekarang.
Langkah UMNO untuk bekerjasama dengan PH adalah 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁. Sebagai kerajaan, UMNO punya 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗿𝘂𝗮𝗻𝗴 untuk betulkan persepsi rakyat kepada parti itu.
Dalam kerajaan hari ini, dan beberapa menteri UMNO yang diakui cekap buat kerja. Prestasi menteri-menteri ini mampu 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 nama UMNO.
Tapi kalau UMNO masih nak letakkan 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 sebagai prioriti, UMNO akan terus ditolak oleh rakyat dan tak mustahil, 2028 nanti UMNO akan terima nasib seperti 𝗠𝗖𝗔 atau lebih malang lagi, macam 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻. Satu kerusi pun tak ada!
Apatah lagi kalau UMNO bekerjasama dengan PN. Itu akan 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗲𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗽𝗲𝗿𝗲𝗽𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢. Sebab UMNO, PAS dan Bersatu mempunyai 𝗮𝘂𝗱𝗶𝗲𝗻𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮! UMNO kena berebut undi dari kumpulan yang sama.
Setakat ini aku tengok 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗱 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗱𝗶 bawa UMNO ke arah yang betul. Cuma silapnya UMNO masih lagi nak bergayut pada Najib. Sekarang Najib adalah 𝙖𝙡𝙗𝙖𝙩𝙧𝙤𝙨𝙨 𝙖𝙧𝙤𝙪𝙣𝙙 𝙩𝙝𝙚 𝙣𝙚𝙘𝙠 bagi UMNO.
Kalau UMNO lepaskan Najib, tak sibuk-sibuk lagi soal perompak itu, aku percaya, InsyaAllah menjelang 2028 UMNO akan 𝗽𝘂𝗹𝗶𝗵 dan dapat 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗶𝗻𝗴𝗶 𝗣𝗔𝗦 dalam PRU akan datang.
Jangan perasan kata ramai yang 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀. Tak ada. Najib tu tak bawa apa-apa ancaman kepada sesiapa pun. Yang sebetulnya, 𝗺𝗮𝗷𝗼𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗹𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯.
Orang tak berakal je yang nak terus puja orang yang 𝗿𝗼𝗺𝗽𝗮𝗸 𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴. Rakyat sakit hati di saat rakyat dibebankan dengan GST, Najib laki bini 𝘀𝘆𝗼𝗸-𝘀𝘆𝗼𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮 𝗺𝗲𝘄𝗮𝗵 keliling dunia. Ingat, orang 𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁.
Kalau UMNO tak nak pupus, UMNO kena mamu pikat hati rakyat. Untuk berjaya pikat hati rakyat, UMNO kena 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯. Sebab isu Najib buatkan rakyat tak percaya UMNO dah berubah.
Bukan suruh abaikan terus. Boleh terus pastikan Najib dapat 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝘄𝗮𝗷𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮. Tapi tak payah la nak cakap soal pengampunan, tahanan rumah bagai. Itu yang buat rakyat 𝗺𝗲𝗹𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗨𝗠𝗡𝗢.
Kalau UMNO tak bersedia nak tinggalkan Najib, UMNO kena bersedia untuk 𝗱𝗶𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 2028 nanti Guane boh?
Raja Gelap II
.