MSO
Sebagai ketua agama, Mufti tidak elok rasanya menggunakan bahasa kasar dengan menunjukkan keberanian (arraggont) untuk bertempur dengan orang bukan Islam, kandatipun untuk mempertahankan kaedah dakwah. Orang Muslim sepatutnya menunjukkan akhlak baik.
Saya merujuk kepada Mufti Perlis Mohd Asri Zainal Abidin yang sedia bertempur dengan RSN Rayer yang cuba mempertikaikan program agama di negeri itu yang membabitkan pendakwah pelarian Zakir Naik
Asri memberi reaksi berupa amaran kepada ahli parlimen Jelutong itu supaya tidak menganggu urusan agama di Parlis apabila Rayer mempertikaikan kenapa tiba-tiba Zakir Naik dibenarkan berdakwah semula dalam negera ini.
Kenyataan Rayer itu tidak menyenangkan Asri dengan mengatakan dia sedia untuk bertempur dengan wakil rakyat DAP itu seperti dia bertempur dengan arawah seorang pemimpin DAP.
Bertempur untuk apa, pengembangan agama di zaman ini bukan lagi dengan cara beradu kekuatan dan fizikal, sekarang orang menggunakan otak dan segala kemudahan moden. Pedang dan panah sesuai untuk dizaman jahiliah dan pasca jahiliah sahaja.
Sebagai seorang Mufti tidak perlu guna bahasa lagak macam orang politik yang sering membuat provokasi. Tidak bolehkah kalau diterang dan dijelaskan dengan baik akan penglibatan Zakir Naik itu yang beliau diberikan tauliah mengajar di Perlis.
Ayat sedia untuk bertempur itu semacam golongan terroris pula?
Bagi RSN Rayer dia berhak untuk bertanya kemunculan semula Zakir itu kerana setahunya pada Ogos 2019, PDRM telah mengeluarkan larangan ke atas Zakir daripada menyampaikan ceramah di seluruh negara. Beberapa buah negeri Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak termasuk juga Perlis.
Berdasarkan fakta itu, sebagai seorang penganut Hindu yang merasakan terancam dengan ceramah Zakir wajar dia bertanya. Dan sekiranya larangan ke atas Zakir itu telah dimansuhkan sepatutnya ia dimaklumkan kepada umum.
Jika dimaklumkan tentu Rayer tidak "bundak" untuk menimbulkan hal itu.
Dan seperti umum tahu Zakir Naik dikehendak oleh kerajaan India atas dakwaan pengubahan wang haram dan terrorisme. Kesalahan Zakir dari konteks kerajaan India perlu dihormati oleh kerajaan Malaysia atas hubungan dua negara mempunyai hubungan diplomasi.
Kenyataan atau sikap keras Asri itu tidak baik merupakan sikap untuk menenangkan keadaan atau meredakan isu selebihnya lebih untuk berperang, ia semacam perangai terroris pula yang tidak memilih jalan damai melainkan balah dan berperang.
Sebagai seorang Mufti Asri perlu mengubah sikap mengambil pendekatan mata dengan berpijak di bumi nyata. Trims.
No comments:
Post a Comment