NAK GERAK JENTERA MACAMANA ? JENTERA HARAP WALAUN PAS BELAKA. PILIHANRAYA 2027...JANGAN DOK KALUT LAH...


 Bersatu terkena demam pilihan raya

Nampak gayanya Bersatu terkena demam pilihan raya.

Semalam Ketua Bersatu Selangor Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan keperluan jentera Bersatu digerakkan sekarang untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya pada hujung tahun ini.

Ia adalah berdasarkan arahan presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.


“Dalam perbincangan pagi ini, YB Presiden menegaskan bahawa semua jentera BERSATU mesti digerakkan sekarang untuk menghadapi kemungkinan snap election pada hujung tahun ini.

“Perbincangan juga memberi tumpuan kepada perkembangan yang amat meyakinkan susulan perbincangan khas di kalangan pimpinan tertinggi BERSATU dan PAS pada Rabu lalu, 5 Februari yang turut dihadiri oleh YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan YB Pengerusi Perikatan Nasional.

“YB Presiden mengeluarkan arahan supaya audit kekuatan jentera BERSATU dimulakan di semua negeri khususnya kawasan-kawasan tumpuan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,” kata Azmin dalam satu hantaran Facebook semalam.



Usaha Bersatu dan PN untuk membentuk kerajaan tebuk atap sebelum ini tidak menjadi.

Blok Sabah dan Sarawak memberi sokongan kuat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pas mempunyai 43 kerusi parlimen manakala Bersatu mempunyai 25.




No comments: