AZMINA RAKUS KUASA MAHU TUKAR KERAJAAN! WALAUN DAN WALAUN BERPERANG SESA...


Ketika Kerajaan Madani memasuki tahun ketiga pentadbirannya, Bersatu mula melakukan persiapan jenteranya dengan jangkaan berlaku pilihan raya mengejut penghujung tahun ini. Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali berkata, presiden parti itu, Muhyiddin Yassin menegaskan semua jentera Bersatu mesti digerakkan sekarang untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya itu. “Dalam perbincangan pagi ini (semalam), YB presiden menegaskan bahawa semua jentera Bersatu mesti digerakkan sekarang untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut pada hujung tahun ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi. Menurutnya lagi perbincangan juga memberi tumpuan kepada "perkembangan yang amat meyakinkan" susulan perbincangan khas di kalangan pimpinan tertinggi Bersatu dan PAS pada Rabu lalu. Perbicangan khas itu turut dihadiri Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Muhyiddin. ========================================================================== Pemuda PAS Pulau Pinang tampil mempertahankan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria daripada serangan pelbagai pihak, termasuk mereka yang disifatkan sebagai 'kumpulan pro-DAP dalam PAS'. Naib ketuanya, Muhamad Hafis Alias berkata, dia mengikuti serangan bertubi-tubi terhadap Razman susulan sikapnya yang begitu agresif menyerang DAP. "Saya mengambil kesempatan ini untuk membuat penegasan bahawa saya dan sahabat pemuda berdiri teguh bersama beliau dalam usaha menentang DAP," katanya dalam Kenyataan bertajuk ‘kami mempertahankan Razman dari kumpulan pro-DAP dalam PAS’. Dalam kenyataannya, Muhamad Hafis membangkitkan pertembungan antara kumpulan proulama dan mereka yang digelar pro-DAP atau 'Jebon' dalam PAS suatu ketika dahulu. "Apa yang saya bimbangi, suara ini dilihat datang daripada kumpulan yang sama, yang dahulu pernah secara senyap-senyap bersama kumpulan pro-DAP dan menyokong rancangan DAP. "Kami daripada Penang cukup kenal orang ini kerana mereka telah mengkhianati kami sewaktu kami lawan DAP di Penang. “Walau kami dalam parti komponen yang sama memerintah Pulau Pinang, tetapi tindakan DAP dilihat merugikan umat Islam di Pulau Pinang sehingga menimbulkan banyak pergolakan dalaman,” katanya. Pada 27 Jan lalu, Razman memohon maaf kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dan kumpulan YTL kerana mengaitkan pemimpin DAP itu dengan keluarga konglomerat Yeoh Tiong Lay. Bagaimanapun, ia bukan kali pertama Razman berbuat mengakui kekhilafannya. Pada 11 Disember lalu, Razman turut memohon maaf kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kerana mengaitkannya dengan insiden kibaran bendera China di Teluk Intan pada 24 Okt tahun lalu. Permohonan maaf itu dibuat selepas Nga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Pada 2023, Razman memohon maaf secara terbuka kepada Anwar Ibrahim di mahkamah selepas mendakwa perdana menteri itu membawa agenda pro-LGBT. Dia juga pernah diperintahkan membayar ganti rugi kepada pengerusi DAP Lim Guan Eng pada 2023 dan bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin pada 2017 selepas kalah dalam saman fitnah.




No comments: