DR MASZLEE TANYA MENTERI KENAPA TERGESA GESA ISTIHAR CUTI

 


NIZAM AKA

Dr Mazlee tanya Menteri Pendidikan... kenapa bagi sekolah cuti mengejut? Bagaimana anak-anak B40 yang berada di asrama penuh... sempatkah mereka cari duit nak pi jemput anak-anak di asrama?

Saya setuju dengan persoalan ini, sejauhmama Menteri ambil maklumat dan mengatur perancangan sehingga diumum secara mengejut. Molek kerajaan PN pun jatuh mengejut jugak napok takleh nak gi jauh dah... kucar kacir dengan keputusan yang tidak dibuat kajian.

 


LAKSANAKAN MORATORIUM SECARA AUTOMATIK KEPADA SELURUH RAKYAT-SYED SADDIQ



Belanjawan 2021 seharusnya menumpukan sepenuh daya dan usaha untuk memastikan kebajikan ekonomi rakyat Malaysia dijaga dan dilindungi.

Namun, ada beberapa segmen dan inisiatif di dalam ucapan Belanjawan 2021 yang saya lihat tidak berdaya untuk melindungi kelangsungan hidup rakyat Malaysia. Saya ingin ulas tentang perlaksanaan perlindungan moratorium kepada rakyat.

Saya dan

Parti MUDA

cadangkan supaya perlindungan moratorium dilaksanakan secara automatik sehingga Jun 2021. Tetapi, Belanjawan 2021 hanya menyediakan moratorium bersasar dan bukannya automatik.

Peminjam boleh mohon untuk lanjutkan moratorium selama 3 bulan atau 6 bulan dengan syarat bayaran 50% ansuran bulanan.

Kenapa saya ada masalah dengan cadangan ini?

Pertama, saya sendiri telah berjumpa dan menerima terlalu banyak aduan rakyat (ramai juga di Parlimen Muar) yang mahukan moratorium dilaksanakan semula. Mereka tidak tahu bahawa moratorium bersasar bank telah dibuat sejak September lepas.

Mereka tidak tahu kerana mereka tidak ada kesempatan masa untuk ambil tahu. Ramai juga rakyat yang tidak ada internet atau smartphone untuk beritahu yang mereka boleh sendiri mohon di bank masing-masing untuk perlindungan moratorium.

Sebab itu saya cadangkan moratorium secara automatik (“blanket moratorium”) kepada semua rakyat Malaysia yang susah. Tak perlu tunggu mereka sendiri mohon dan buat temu janji dengan bank masing-masing. Ramai lagi rakyat tidak ada masa untuk ke bank kerana tuntutan kerja semasa tempoh bekerja. Ada yang tidak larat dan tidak mampu untuk turun ke bandar buat permohonan.

Kalau mahu mohon secara online (ada juga bank yang tawarkan permohonan secara online), ia tidak menafikan masalah jaringan internet dan jarak kumpulan rakyat yang susah dan berada jauh dari bandar. Ingat, tidak semua mampu dan tidak semua senang.

Ini belum lagi saya sentuh soal tuntutan dokumen yang sah, syarat-syarat permohonan dan masa yang panjang untuk satu-satu permohonan moratorium diluluskan. Ini semua adalah kesenangan masa dan tenaga yang tidak ramai rakyat Malaysia ada.

Mereka juga tidak boleh tunggu sehingga moratorium lulus untuk hidup. Ramai yang perlukan perlindungan segera hari ini.

Laksanakan perlindungan moratorium secara automatik kepada rakyat Malaysia.

Ketiga, saya juga boleh memetik beberapa berita yang catatkan keuntungan bank-bank di Malaysia walaupun sedang menghadapi COVID-19. Tetapi, perlaksanaan moratorium tidak pun menjejaskan atau menghapuskan hutang peminjam, sebaliknya ia ditangguhkan sehingga kuasa ekonomi rakyat Malaysia sudah pulih dan kembali bersedia.

Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada kebajikan ekonomi rakyat Malaysia dan tidak boleh tunggu rakyat mohon dan rayu untuk terus dibantu.

Hapuskan birokrasi untuk kebajikan rakyat. Siapa lagi permohonan moratorium belum lulus?

 

WOIIII RAKYAT MELAYU...JOM JIHAD....MELAYU ISLE DAH KENA TINDAS.....


MANTOBA

Haaa kan.. mengata kerajaan DAP PH abai agama..koman-koman budget bagi 100 juta!! Tu ada DAP tu.

Yang PN 100% melayu islam bagi 29 juta ada parti pak lebai siap.. apa pak pak lebai buat? Duduk diam-diam je ke?


 

ESOK PERBAHASAN BERMULA..MAKA KAJIAN INI NAK TANYA MODAL BAJET DARI MANA?

 

Dari FB Wall Gino Marvela berkaitan B2021...

Pihak pembangkang hanya ada sehari saja lg utk habiskan mengkaji setiap angka jumlah keseluruhan bajet 2021 sebelum di bahaskan pd Isnin ini. Jika di tanya apa pendapat berkaitan bajet yg di umumkan semalam...ini adalah jawapan kami.

Pertamanya kita perlu lihat beberapa aspek kriteria apakah bajet ini meyakinkan atau hanya sekadar melebarkan unjuran perbelanjaan dalam keadaan defisit tanpa ambil kira pendapatan sebenar.

Dengan mengambil dari Petronas RM10bilion, pinjaman dari KWSP, Khazanah, hasil percukaian... kemudian melebarkan lg jumlah perbelanjaan/ berlebihan belanja, ia bukan suatu langkah penyelamatan ekonomi. Dari mata kasar kami, hanya 8% - 15% sahaja unjuran menyentuh sedikit sahaja berkaitan ekonomi. Itu pun hanya percakapan sedap hati memelihara imej sahaja & bukan tindakan penyelamatan sebenar.

Belanja sektor kesihatan di sektor farmasi/ perubatan di kurangkan drastik & di alihkan kpd keuntungan luar biasa pembekal peralatan berkaitan covid. Bukan kami marah tingkatkan belanja utk hal covid ini, tapi penjagaan kesihatan lain mestilah tidak di biarkan berkurang drastik kelak rakyat terbeban pd lebihan kos yg terpaksa di tanggung sendiri.

Ada pun bajet yg berkaitan KWSP akaun 1, itu bukan bajet. Itu adalah wang simpanan pekerja rakyat, cuma pengolahannya ialah keluarkan RM500 untuk selama 12 bulan yg di buang pekerjaan sahaja kelonggarannya di beri. Hat kerja sendiri & masih bergaji nk kluar KWSP RM500/bln, "bye-bye bersama mu!". Description: 😊

Bersasar & hanya 600 ribu pencarum sahaja layak kelurkan KWSP akaun 1.

RM500 x 12bln + RM1000, jumlahnya x kepada 600 ribu pengguna... jumlah itulah yg di ambil dan di letakkan dalam belanjawan. Haduiii... entah bagaimana ini di katakan bajet belanjawan negara. Itu duit rakyat! Description: 😅

Sektor pendidikan juga di kurangkan drastik.

Dan Moratorium tidak di lanjutkan, wang RM500 KWSP tadi adalah untuk timbal hutang Moratorium 6 bulan lepas. Itu pon adalah 600ribu yg bernasib baik, hat penyimpan kwsp yg lain bagaimana pula mereka yg terkesan?

Hanya yg sedap buat menjamu selera rakyat ialah peningkatan bantuan prihatin. Itu pun ada beberapa kelemahan ada yg tertinggal tidak dapat manfaat darinya.

Sesi kali ini bukan untuk penyelamatan ekonomi, tapi berbelanja tanpa terkawal. Kesannya bajet 2021 yang di umumkan, natijahnya adalah pada tahun 2022 kelak. Kenapa natijahnya pd 2022... audit perbelanjaan kewangan tahun hadapan (2021) akan di bawa ke tahun seterusnya.

Minggu ini audit 2019 yg di perintah PH dahulu di dedahkan berlaku kenaikan lebihan keuntungan bertambah berbanding 2018. Ketika itu PH mmg nampak kedekut sedikit, tapi perbelanjaan berimbang dan terkawal.

Bajet 2019 yg di bentangkan tahun lepas bermula Januari tahun ini, tebuk atap ambil alih pd Febuari 2020. Maka segala yg di umumkan oleh Muhyiddin Yassin di tahun ini adalah bajet yg PH bentangkan tahun lepas. Tetapi di tambah beberapa kali dalam tambahan yg tidak di luluskan dlm parlimen. Audit kewangan tahun ini di dedahkan pd pertengahan tahun hadapan.

Nak lihat berdayamaju atau tidak pentadbiran atap tahun ini adalah pd tahun 2021.

Kebimbangan PH ketika itu ialah hutang 1MDB dan pelbagai tanggungan hutang yg lain. Maka penjajaran bajet PH ketika itu adalah berdasarkan masalah utama berkaitan ekonomi tersebut.

Hari ini setelah pentadbiran tebuk atap memerintah, isu tanggungan hutang besar 1MDB & masalah Covid 19 adalah dua penjajaran bajet yg di umumkan semalam. Dan di tambah kpd masalah lain iaitu perbelanjaan berlebihan yg akan beri kesan akan datang. Penekanan Makro & Mikro ekonomi juga tidak di beri pandangan serius meluas sebaliknya bajet besar kpd Azmin yg jaga MITI.

Dan kami amati juga percakapan Azmin menyatakan FDI di bawah portfolionya hanya melibatkan teknologi sahaja, berpilih/bersasar yg tidak menyeluruh. Ini adalah kesilapan besar yg beliau umumkan selepas bajet.

Perbelanjaan besar yg tidak perlu ialah kos belanja RM81 juta hanya kepada 50 orang sahaja yg berada di JASA. Bukankah sewaktu PH bubarkan JASA dahulu, 400 ahli jasa tersebut telah pun Gobind Singh Deo jaga periuk rezeki anak bini depa nak makan, di serapkan ke dalam pelbagai agensi malah di serapkan ke SKMM bawah kendalian Gobind itu sendiri. Hari ini dgn 50 orang dapat RM81 juta ?

Dalam nukilan ini, jika kami duduk dalam BOD dan bentangkan unjuran belanja tahun hadapan... GM sendiri akan "MENOLAK" bajet sebegini.

Bukan maksud di sini jika tebuk atap bentangkan bajet maka kami sendiri perlu wajib tolak. Perkiraan itu adalah salah pd hasrat demikian.

Ada pelbagai yg di lihat, antaranya modal bajet dari mana... kesan pd GLC & GLCI sekiranya wang bajet berasal dari sana, pemulihan ekonomi, kesihatan dan pelajaran, bantuan sara hidup kpd rakyat juga pelbagai aspek luarjangka yg lain. Jika lebihan belanja di buat contohnya bajet jasa tadi, hati besar & kecil kami sendiri akan menolak!

Jika pentadbiran Muhyiddin melakukan fakta pada asas betul walaupun tidak mesra kepartian, kami sendiri mmg tetap akan menyokong atas fakta dan kewajaran. Tapi dalam kes ini, sebagaimana GM katakan jika berada dalam BOD dgn hal bajet sedemikian... mmg arahan kekal menolak di keluarkan dan di buat unjuran sekali lg.

Ok, sbg pengakhiran... esok adalah hari akhir pihak PH mengkaji bajet tersebut. Maka silalah buka mata yg terbaik pd setiap butiran angka.

Dah 3x istana keluarkan kenyataan media, pd maksud tersirat nak suruh semua menyokong. Harap malam nanti atau esok, usahlah pula keluar surat lg. Ada masa yg perlu buleh mencampuri, tapi jika terlalu sentiasa & selepas bajet pun jika masih ada surat kenyataan media untuk mencampuri tersirat... rakyat akan melihat ada suatu yg tidak kena di sana.

Peringkat yg ada di sini, biarkan mereka mencari hujah dan bahaskan di dewan. Itu adalah kerja mereka sbg pemerintah sementara & pembangkang dalam sistem demokrasi berparlimen!

Yang berkarya:

Gino Marvela aka Gin Marvel.

 

LAMA-LAMA UMNO JADI BACUL

 'Jasa bukan unit propaganda tapi untuk dengar rintihan rakyat'

malaysiakini.com
'Jasa bukan unit propaganda tapi untuk dengar rintihan rakyat'
Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, Jasa adalah untuk memastikan kerajaan sentiasa mendengar dan faham rintihan rakyat.


HAMDAN TAHA


Saya nak tanya bekas pegawai JASA di zaman BN apakah betul tuduhan parti BERSATU ini terhadap JASA di zaman Bn....atau sebenarnya di zaman Bn pun tugas yang di sebut pengampu muhyudin ni sama saja tugas Jasa di zaman Bn...nampak benar Bersatu ni benci kepada Umno tahap yang dasyat.....tapi perlukan UMNO...lama lama UMNO jadi bacul tak tentu pasal....

'Jasa bukan unit propaganda tapi untuk dengar rintihan rakyat'

8 Nov 2020

Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan lagi satu unit propaganda, kata Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan.

"Jasa adalah Jabatan Hal Ehwal Khas. Peranannya berubah mengikut situasi semasa. Saya difahamkan bahawa niat kerajaan setakat ini adalah untuk memastikan kerajaan sentiasa mendengar dan faham rintihan rakyat, dan pada masa yang sama rakyat juga boleh mendapat maklumat tepat dari kerajaan.

"Bukan untuk propaganda seperti dulu. Era itu sudah berakhir,” tulis Wan Saiful di akaun Facebook hari ini.

Wan Saiful menjelaskan bahawa peranan Jasa juga telah berubah mengikut situasi semasa.

“Saya difahamkan bahawa niat kerajaan setakat ini adalah untuk memastikan kerajaan sentiasa mendengar dan faham rintihan rakyat, dan pada masa yang sama rakyat juga boleh mendapat maklumat tepat dari kerajaan (Menerusi Jasa),” katanya.

Wan Saiful berkata demikian susulan tindakan kerajaan PN yang menghidupkan semula unit propaganda Jasa, dengan peruntukan RM85.5 juta di bawah Belanjawan 2021.

Operasi Jasa dihentikan selepas Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan persekutuan sebagai langkah mengurangkan kos.

Namun ketika pentadbiran BN, 222 anggota Jasa telah dikerahkan di setiap kawasan Parlimen.

Pengkritik malah mendakwa tugas anggota Jasa adalah untuk menyebarkan propaganda.

Sementara itu, Wan Saiful turut berkata, teknologi yang diperlukan untuk komunikasi berkesan tidak murah. Maka tidak pelik jika peruntukan yang secukupnya wajar diberikan buat Jasa.

“Itu kita belum bercakap mengenai kos tangani berita palsu yang sengaja disebarkan lagi. Mungkin sebab itu juga lah peruntukan emolumen hanya sekitar RM4 juta sahaja daripada jumlah penuh yang diperuntukkan. Tak besar pun, sebenarnya.

“Yang lain adalah untuk pembelian keperluan termasuk teknologi yang diperlukan,” katanya.

Selain itu, Wan Saiful turut berkata pembangkang kini sedang cuba untuk membesarkan isu peruntukan Jasa.

Tambahnya, PN juga tidak boleh jadi seperti kerajaan PH sebelum ini yang tidak mendengar rintihan rakyat.

“PH dahulu gagal memahami bahawa rakyat mahukan bantuan kos sara hidup, bantuan perniagaan, peluang pekerjaan, dan lain-lain insentif untuk kehidupan sempurna.

“PN jangan jadi begitu. Jika perlu pelaburan teknologi baru untuk menggarap permintaan rakyat, maka kita patut buat agar tawaran dan inisiatif kerajaan sentiasa tepat dengan keperluan rakyat,” tambahnya.

 


APAKAH KATEGORI PKP KKM

 FAEZUDDIN PUAD


1. Apabila dirujuk infografik yang dihebahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat 7 November 2020 kita dapati hampir semua negeri (Johor, Perak, Kedah dan Terengganu) yang dilaksanakan PKPB adalah Zon Hijau dan Zon Kuning. Hanya terdapat beberapa mukim tergolong dalam Zon Merah.

2. Saya tak pasti bagaimana penilaian KKM atau MKN ketika memuktamadkan keputusan untuk melaksanakan PKPB. Namun pada padangan orang luar KKM dan MKN, apabila lihat saja Zon Hijau dan Zon kuning mengatasi Zon Merah secara logiknya kes terkawal atau selamat.

3. Disebabkan itu ramai yang marah, merungut, mengeluh dan tak puas hati mempersoalkan apa keperluan pelaksanaan PKPB di Zon Hijau dan Zon Kuning? Mengapa tidak dilaksanakan PKPB atau PKPD secara bersasar di Zon Merah saja?

4. Kebimbangan mereka ada asas yang kuat kerana apabila PKPB dilaksanakan sedikit sebanyak periuk nasi mereka terganggu. Buka perniagaan tapi pelanggan tak ramai. Apabila perniagaan terjejas pasti ramai akan dibuang kerja.

5. Itu belum cerita bab pendidikan anak-anak kita. Sekolah tutup, Universiti tutup. Benar boleh belajar secara atas talian tetapi pernah tak kita fikir anak orang miskin yang tak mampu beli laptop atau smartphone? Nak langgan data internet pun tak mampu.

6. Rakyat akan sentiasa bersetuju dengan apa jua keputusan kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 tetapi kerajaan juga perlu fikir tentang kelangsungan hidup rakyat.

7. Tetapi sebelum nak umum pelaksanaan PKPB, umum la dulu bantuan tambahan kepada rakyat misalnya lanjutan moratorium, naikkan bantuan kewangan, sumbangan bekalan keperluan asas dan lain-lain bantuan yang melagakan rakyat.

8. Ini tidak, lagi dua hari nak laksanakan PKPB hari ini baru umum. Zon Hijau pun kena PKPB. Lepas tu tiada bantuan tambahan. Marah la rakyat.

 

HIKAYAT LEBAI MAKAN SAGON


JAMZURI ARDANI

 Image may contain: 1 person, text that says "Pas puji belanjawan 2021, anggap paling menyeluruh 07/11/2020 2:00 PM"

Image may contain: 1 person, text

Budget JASA Enam Juta Sebulan, Apa Rakyat Dapat? Zaharin Mat Yasin Mengu...

BANK JAGA BANK, Menteri Pula Tak Bincang Nak Mintak Budget Sebab Apa? Za...

Datuk Seri Anwar ucap tahniah kemenangan Joe Biden, rakyat AS tolak perkauman

 

Kemenangan calon parti Demokrat Joe Biden dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) diharap membuka lembaran baharu dalam situasi politik antarbangsa yang tidak menentu.

Dalam ucapan tahniahnya, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap kemenangan Biden merupakan kejayaan rakyat AS melawan perkauman dan sikap pelampau.

"Tahniah kepada Joe Biden dan Kamala Harris di atas kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat

"Rakyat AS telah memilih untuk bersatu padu, menolak perkauman dan kerajaan yang mengutamakan keamanan, mempertahankan hak asasi serta alam sekitar

"Malaysia dan AS mempunyai sejarah panjang dalam perdagangan dan hubungan dua hala dan saya ikhlas mengharapkan hubungan kedua-dua negara akan bertambah kukuh," ciap Anwar di akaun Twitter rasminya.

Joe Biden mengumumkan kejayaannya pada Sabtu lalu dan berikrar akan menjadi presiden yang berusaha memperbaiki perpecahan dalam negara serta "membuat Amerika kembali dihormati di seluruh dunia".

Beliau yang berumur 78 tahun menjadi presiden tertua dalam sejarah AS, menewaskan Donald Trump dalam pemilihan yang dibayangi pandemik Covid 19.

Biden berikrar akan mengendalikan Covid 19 dengan sebaik-baiknya. Katanya, tanpa mengatasi masalah itu sukar bagi AS membuat kemajuan dan membangun semula ekonomi serta mengembalikan negara seperti biasa.



ABIM pertikai Belanjawan 2021 tidak lanjut moratorium, semak semula JASA



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) kurang senang dengan Belanjawan 2021 yang dikatakan membela kesusahan rakyat ketika pandemik Covid 19 namun tidak memasukkan unsur-unsur pembelaan yang penting.

Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, kesungguhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) amat kabur apabila gagal dilihat secara jelas dasar fiskal yang mempunyai sasaran membantu rakyat memasuki fasa pemulihan ekonomi.

Walaupun, katanya, ABIM mengalu-alukan penerusan beberapa program membantu rakyat seperti kepelbagaian insentif yang diberikan kepada golongan B40.

"ABIM mengambil contoh moratorium penuh yang tidak dilanjutkan hingga Mac 2021 sedangkan trend himpitan ekonomi serta pengangguran berada di paras yang sama.

"Sejak Mac 2020 peratus pengangguran mencatatkan 3.9% dengan jumlah 610,000 penganggur. Diikuti April 2020, 5.0% (778,800) seterusnya Ogos 2020 - 4.9% dan September 2020 - 4.7% (745,800).

"Dalam pada itu permintaan pengeluaran wang KWSP dari akaun satu juga jelas menunjukkan paras kesempitan hidup rakyat masih tidak berubah.

"Justeru lanjutan moratorium penuh ini dilihat akan membantu segenap lapisan rakyat menjangkau B40 termasuk M40 yang sememangnya terkesan untuk menyusun semula dan menstabilkan kondisi kewangan masing-masing memasuki fasa pemulihan kewangan," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu ABIM juga, katanya, berasa amat pelik dengan tindakan kerajaan PN menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan peruntukan RM81 juta ketika negara kekurangan dana melawan pandemik Covid 19.

"ABIM menggesa kerajaan menyemak semula sejauh mana Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berupaya memberi pulangan ekonomi kepada rakyat sebelum peruntukan berganda yang amat besar iaitu RM81.5 juta di bawah Belanjawan 2021 diberikan.

"ABIM juga menggesa kerajaan bersikap telus dengan membentangkan kepada rakyat pihak mana yang mendapat manfaat dari RM81.5 juta ini dan apa KPI yang ditetapkan bagi peruntukan sebanyak itu," katanya lagi.

Bagaimanapun ABIM tetap merakamkan tahniah kepada Kementerian Kewangan dan seluruh Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang yang mengutamakan kebajikan rakyat dalam mencari kesepakatan meluluskan Belanjawan 2021 tersebut.



JASA JABATAN HARAM?


Jika benar belanjawan lawan Covid 19 mengapa potong peruntukan KKM?

 


Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan mula sangsi hala tuju sebenar Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 6 November lalu.

Kerajaan PN sewajarnya mempunyai tugas berat dalam melawan pandemik Covid 19 dan memenuhi titah Yang di-Pertuan Agong agar belanjawan perpaduan itu diluluskan secara sebulat suara di Parlimen.

Namun, menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, Belanjawan 2021 didapati melakukan pemotongan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bukan menambah sebagaimana diharapkan dalam melawan wabak maut.

Kata Dr Dzul, peruntukan RM31.94 bilion untuk perkhidmatan kesihatan yang diumumkan lebih rendah berbanding peruntukan bagi tahun 2020, ketika Covid 19 belum wujud sewaktu belanjawan dibentang.

“Tolak emolumen RM1.5 bilion kakitangan kontrak, maka jumlah peruntukan sebenar (untuk) KKM ialah RM30.4 bilion (sewaktu pentadbiran PN) Vs RM30.6 bilion (PH)! Kenapa,” ciapnya di Twitter.

Pemotongan itu, tambah Dr Dzul, merangkumi program perubatan, kesihatan awam, kesihatan pergigian, perkhidmatan farmasi, penyelidikan dan sokongan teknikal serta penyelidikan dan sokongan teknikal.

Beliau turut menyertakan penjadualan yang dibuat oleh portal kesihatan Codeblue yang menyenaraikan beberapa potongan yang terlibat dalam belanjawan kali ini. Antaranya:

• Nefrologi: RM252.11 juta (2020) kepada RM56.44 juta (2021)

• Kardiotoraks: RM180.5 juta (2020) kepada RM60.11 juta (2021)

• Farmasi dan Bekalan: RM1.94 bil (2020) kepada RM512 juta (2021)

• Radioterapi dan Onkologi: RM328 juta (2020) kepada RM136.43 juta (2021)

• Perubatan Am: RM1.73 bil (2020) kepada RM1.48 bil (2021)

• Anestesiologi dan Rawatan Rapi: RM499.56 juta (2020) kepada RM449.45 juta (2021)

• Perubatan Pernafasan: RM38.4 juta (2020) kepada RM34.4 juta (2021)

• Psiakiatri dan Kesihatan Mental: RM344 juta (2020) kepada RM313 juta (2021)

Dalam temubual bersama Astro Awani kelmarin, Dzulkefly juga menyuarakan kebimbangannya lewat kemerosotan peruntukan untuk KKM.

"Saya perlu katakannya kerana kita telah kurang mengeluarkan perbelanjaan (untuk KKM) sejak sedekad lalu, ini adalah masa yang terbaik untuk kita mengeluarkan perbelanjaan lebih. Kita (KKM) kekurangan kakitangan, kekurangan dana, jadi ini adalah masa yang terbaik.

"[..] .. Untuk penyakit tidak berjangkit (NCD), apa-apa untuk penjagaan kesihatan yang utama, semuanya perlu ditingkatkan, peruntukan itu tidak banyak pun, jadi itu menjadi kebimbangan saya," katanya.

 

26 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 



SEHINGGA KINI SEBANYAK 26 POSTING TELAH UPLOAD . SILA TEKAN    >  UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI. TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG WRLR.


JOM TOLAK BELANJAWAN 


Kenapa kita percaya politikus?


RAKYAT KELANTAN PERLU BERANI UNTUK BELA DIRI SENDIRI…


Image may contain: 1 person, standing and outdoor


MSO

HARI ini ada ruang sedikit untuk mengisi blog setelah sibuk meyiapkan buku baru beberapa hari lepas. Apa yang hendak disentuh dalam post kali ini mengenai cadangan kerajaan Kelantan untuk meluluskan rang undang-undang bertujuan untuk meminda Enakmen (Saraan) Anggota-Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri 1980.

Tujuan pindaan ini adalah untuk membolehkan saraan atau gaji pokok wakil rakyat Kelantan dinaikkan dari RM3,000 hingga RM5,000.

Hari ini setiap orang wakil rakyat Kelantan telah menerima elaun sebanyak sekitar RM8,000 hingga RM15,000 hasil semakan Enakmen berkenaan pada 2015. Sekiranya pindaan dicadangkan itu diluluskan membolehkan wakil rakyat Kelantan akan menerima gaji antara RM10,000 hingga RM25,000 seorang.

Ekoran cadangan itu ada beberapa buah NGO seperti PKPIM melihat cadangan itu sebagai tidak munasabah dan mengharap kerajaan sepatutnya lebih memikirkan soal nasib rakyat dalam waktu Covid ini daripada memikirkan kenaikan gaji atau elaun mereka.

PKPIM Kelantan menerusi Yang diPertuanya Muhammad Aqil Iqbal Mohd Zulkifili berpendapat kerajaan lebih wajar memikirkan soal untuk menyediakan pekerjaan kepada penganggur dan juga memikirkan masalah ekonomi rakyat bukannya membuat semakan untuk menaikkan elaun dan gaji.

Parti pembangkang juga turut sama membuat protes dan mengatakan dukacita ke atas cadangan itu.

Protes dan bangkangan terhadap cadangan pindaan rang undang-undang itu memang kena dan wajar, kerana kerajaan Kelantan sepatutnya afdal atau lebih cakna memikirkan rakyat dahulu baru mengenai diri mereka. Namun saya tidak fikir ianya akan didengar oleh pihak kerajaan Pas Kelantan. Pindaan itu tetap akan diluluskan secara sebulat suara.

Sebelum ini berbagai protes dan bantahan terhadap langkah-langkah diambil oleh kerajaan Pas Kelantan yang dikira membebankan rakyat tetapi ia berlalu begitu saja bagaikan angin lalu. Kerajaan seakan tidak "berdegis" langsung dengan kritikan dan bantahan itu semua.

Sebenarnya banyak isu-isu belum selesai di Kelantan dan sering menjadi perdebatan malahan diejek oleh orang luar. Misalnya masalah air bersih yang sudah berlarutan berdekad-dekad. Dahulu kerajaan memberi alasan kerana tidak ada wang untuk menyediakan air bersih, tetapi kini setelah mendapat wang royalti, tetapi masalah air masih juga berlaku.

Masalah air menjadi bahan protes dan ejekan berkabuk oleh rakyat. Masalah air memalukan negeri Tok Kenali itu di mata orang luar terutamanya mereka yang melancong ke Kelantan. Macam-macam cara rakyat lakukan untuk menarik perhatian kerajaan agar mengatasi masalah itu.

Ada yang merakam air keluar daripada paip seperti air tea "O" dan tea tarik, Milo atau Nescafe dan sebagainya. Ada yang mengusung "legel" (drum) untuk tadah air hujan apabila Menteri Air dan Alam Sekitar Tuan Ibrahim Tuan Man cadangkan agar ambil air hujan kerana ia bersih bersifat air mutlak.

Tetapi segala kritikan dan suara kesedihan dan jeritan itu tidak dipedulikan. Selain masalah air, kerajaan Kelantan juga dipersoalkan mengenai tanggungjawab mereka yang lain. Masalah banjir, masalah penyeludupan, kebersihan, pil kuda, ganja atau masalah-masalah sosial lain dan sebagainya.

Tetapi semua kebimbangan terhadap masalah dan gejala itu tetap juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan diambil sambil lewa sahaja. Tidak ada tindakan atau pelan khas dibuat oleh kerajaan negeri untuk mengatasi segala masalah itu. Sebaliknya ada yang meletakkan kesalahan berlaku itu ke atas bahu kerajaan Persekutuan. Hari ini alasan itu tidak relevan lagi kerana kerajaan Persekutuan juga didukung bersama oleh Pas.

Demikian juga dengan pelbagai cukai dan kenaikan tarif bayaran dikenakan terhadap rakyat, seperti cukai pintu, cukai tanah, masalah parking dan sebagainya, dinaikkan "berdecun-decun" sampai membebankan rakyat. Rakyat protes tetapi ia tetap tidak dipedulikan. Rakyat terus ditimpa dengan beban asmara itu.

Ohya, sebelum ini juga langkah kerajaan membeli 14 buah Mercedes-Benz untuk kegunaan Exco, MB dan TMB juga menjadi isu dan dipersoalkan. Rakyat mempersoalkan apakah keperluannya membeli kenderaan mewah itu. Paling mengejut dan menimbulkan kemarahan orang ramai apabila kerajaan beri pula wang poket RM50,000 seorang kepada Exco kononnya untuk membantu rakyat?

Nampaknya protes dan bantahan rakyat itu tidak memberi apa-apa kesan. Suara rakyat Kelantan kepada kerajaan macam suara anjing menyalak Bukit Marak sahaja. Justeru sudah sampai untuk rakyat Kelantan menggunakan mekanisme lain untuk membela diri mereka sendiri dan bagi memastikan kerajaan Pas Kelantan tidak bertindak sessuka hati dan mengambil berat terhadap mereka.

Sebelum itu rakyat Kelantan perlu tahu kenapa kerajaan Kelantan menjadi degil dan bebal begitu? Tentu ada sebab-sebabnya yang kerajaan Kelantan jadi macam lembu kenyang bila berhadapan dengan rakyat? Di sini rakyat Kelantan mungkin terlupa untuk membuat penilaian dan menyedari kenapa kerajaan Kelantan jadi pasif terhadap suara mereka.

Sebenar jawabnya mudah sahaja, ianya terjadi demikian kerajaan Pas Kelantan berada dalam keadaan selesa dengan kemenangan besar dalam pilihan raya lalu. Mereka tidak perlu bimbang dan takut dengan segala kritikan dan desakan itu kerana ia tidak mengugatkan kedudukan mereka. Jeritan rakyat tidak berbekas pun kepada mereka.

Dalam politik yang penting bukan dapat memenuhi kehendak rakyat, tetapi mengekalkan kuasa. Pemikiran itu yang terpasak dalam kepala orang politik penguasa di Kelantan. Kerana kalau mereka takut pasti mereka alert kepada rintihan rakyat. Jadi kalau kedudukan dan kuasa mereka sudah stabil untuk apa mereka pedulikan suara rakyat.

Pas yang memerintah Kelantan sejak tahun 1990 dan sudah 30 tahun. Ia tidak perlu bimbang dengan kekuasaan mereka di Kelantan hari ini tergugat. Kedudukan mereka dalam DUN sedikit pun tidak terancam dan terganggu bila mana DUN Kelantan telah sifar pembangkang sekarang ini apabila Umno sudah bersama mereka. Dahulu ada juga seorang DUN pembangkang yang memantau tindak tanduk kerajaan dan mengkritik dan merekodkan kritikan dalam handsart DUN, tetapi kini tidak ada lagi.

Lapan orang Adun Umno yang menang dalam PRU 2018 dulu, bertindak menjadi pembangkang kini sudah berpelukan dengan Pas. Mereka tidak boleh lagi diharap untuk menegur kerajaan Kelantan dan membawa suara nurani rakyat. Mulut mereka juga sudah jadi "birat birung" semuanya. Pindaan Enakmen dicadangkan itu juga tentu mendapat sokongan padu daripada mereka. Kerana mereka lebih mementingkan tembolok mereka berbanding perut kempis rakyat.

Solusi untuk mengatasi masalah masih ada. Caranya ialah dengan menghadirkan pembangkang dalam DUN Kelantan dalam pilihan raya akan datang. Dengan cara ini sahaja baru suara dan kritikan mereka akan diguna pakai. Untuk ini rakyat kena berani dan sedia melakukan perubahan, melakukan reformasi.

Justeru dalam pilihan raya akan datang, rakyat Kelantan perlu mempersiapkan suara mereka menerusi pembangkang, Rakyat Kelantan kena pastikan dalam 45 orang Adun itu ada pembangkang. Kalau mereka tidak tergamak untuk menukar kerajaan kerana percaya Pas parti agama, dan rela untuk terus minum air paip berwajah tea tarik, Milo dan Nescaffe itu cukuplah dengan menghantar seorang dua pembangkang di DUN Kelantan untuk menjadi suara mereka dan memperjuangkan masalah rakyat seluruhnya.

Hanya dengan adanya pembangkang yang mengkritik secara rasmi dalam DUN Kelantan sahaja baru ia dapat menyedarkan kerajaan yang berada dalam keadaan selesa laksana ular sawa kekenyangan itu. Jadi masalah dan beban terpikul di pundak rakyat Kelantan tidak akan selesai dan menjadi ringan kalau mereka tidak berani bertindak dan membuat aksi politik di Kelantan. [wm.kl. 8:39 pm

 

(function() { var d = document, w = window; w

TAZKIRAH UNTUK WALAUN BOD YANG DITIPU PIMPINAN PAS.

Hamdan Taha  Kes perjudian yang kecoh sekarang ini apabila mahfuz dapat jawapan bertulis dari menteri kewangan Ada pimpinan pas kata itu buk...