Dari FB Wall Gino Marvela berkaitan B2021...
Pihak pembangkang hanya ada sehari saja lg utk habiskan mengkaji
setiap angka jumlah keseluruhan bajet 2021 sebelum di bahaskan pd Isnin ini.
Jika di tanya apa pendapat berkaitan bajet yg di umumkan semalam...ini adalah
jawapan kami.
Pertamanya kita perlu lihat beberapa aspek kriteria apakah bajet
ini meyakinkan atau hanya sekadar melebarkan unjuran perbelanjaan dalam keadaan
defisit tanpa ambil kira pendapatan sebenar.
Dengan mengambil dari Petronas RM10bilion, pinjaman dari KWSP,
Khazanah, hasil percukaian... kemudian melebarkan lg jumlah perbelanjaan/
berlebihan belanja, ia bukan suatu langkah penyelamatan ekonomi. Dari mata
kasar kami, hanya 8% - 15% sahaja unjuran menyentuh sedikit sahaja berkaitan
ekonomi. Itu pun hanya percakapan sedap hati memelihara imej sahaja & bukan
tindakan penyelamatan sebenar.
Belanja sektor kesihatan di sektor farmasi/ perubatan di
kurangkan drastik & di alihkan kpd keuntungan luar biasa pembekal peralatan
berkaitan covid. Bukan kami marah tingkatkan belanja utk hal covid ini, tapi
penjagaan kesihatan lain mestilah tidak di biarkan berkurang drastik kelak
rakyat terbeban pd lebihan kos yg terpaksa di tanggung sendiri.
Ada pun bajet yg berkaitan KWSP akaun 1, itu bukan bajet. Itu
adalah wang simpanan pekerja rakyat, cuma pengolahannya ialah keluarkan RM500
untuk selama 12 bulan yg di buang pekerjaan sahaja kelonggarannya di beri. Hat
kerja sendiri & masih bergaji nk kluar KWSP RM500/bln, "bye-bye
bersama mu!".
Bersasar & hanya 600 ribu pencarum sahaja layak kelurkan
KWSP akaun 1.
RM500 x 12bln + RM1000, jumlahnya x kepada 600 ribu pengguna...
jumlah itulah yg di ambil dan di letakkan dalam belanjawan. Haduiii... entah
bagaimana ini di katakan bajet belanjawan negara. Itu duit rakyat!
Sektor pendidikan juga di kurangkan drastik.
Dan Moratorium tidak di lanjutkan, wang RM500 KWSP tadi adalah
untuk timbal hutang Moratorium 6 bulan lepas. Itu pon adalah 600ribu yg bernasib
baik, hat penyimpan kwsp yg lain bagaimana pula mereka yg terkesan?
Hanya yg sedap buat menjamu selera rakyat ialah peningkatan
bantuan prihatin. Itu pun ada beberapa kelemahan ada yg tertinggal tidak dapat
manfaat darinya.
Sesi kali ini bukan untuk penyelamatan ekonomi, tapi berbelanja
tanpa terkawal. Kesannya bajet 2021 yang di umumkan, natijahnya adalah pada
tahun 2022 kelak. Kenapa natijahnya pd 2022... audit perbelanjaan kewangan
tahun hadapan (2021) akan di bawa ke tahun seterusnya.
Minggu ini audit 2019 yg di perintah PH dahulu di dedahkan
berlaku kenaikan lebihan keuntungan bertambah berbanding 2018. Ketika itu PH
mmg nampak kedekut sedikit, tapi perbelanjaan berimbang dan terkawal.
Bajet 2019 yg di bentangkan tahun lepas bermula Januari tahun
ini, tebuk atap ambil alih pd Febuari 2020. Maka segala yg di umumkan oleh
Muhyiddin Yassin di tahun ini adalah bajet yg PH bentangkan tahun lepas. Tetapi
di tambah beberapa kali dalam tambahan yg tidak di luluskan dlm parlimen. Audit
kewangan tahun ini di dedahkan pd pertengahan tahun hadapan.
Nak lihat berdayamaju atau tidak pentadbiran atap tahun ini
adalah pd tahun 2021.
Kebimbangan PH ketika itu ialah hutang 1MDB dan pelbagai
tanggungan hutang yg lain. Maka penjajaran bajet PH ketika itu adalah berdasarkan
masalah utama berkaitan ekonomi tersebut.
Hari ini setelah pentadbiran tebuk atap memerintah, isu
tanggungan hutang besar 1MDB & masalah Covid 19 adalah dua penjajaran bajet
yg di umumkan semalam. Dan di tambah kpd masalah lain iaitu perbelanjaan berlebihan
yg akan beri kesan akan datang. Penekanan Makro & Mikro ekonomi juga tidak
di beri pandangan serius meluas sebaliknya bajet besar kpd Azmin yg jaga MITI.
Dan kami amati juga percakapan Azmin menyatakan FDI di bawah
portfolionya hanya melibatkan teknologi sahaja, berpilih/bersasar yg tidak
menyeluruh. Ini adalah kesilapan besar yg beliau umumkan selepas bajet.
Perbelanjaan besar yg tidak perlu ialah kos belanja RM81 juta
hanya kepada 50 orang sahaja yg berada di JASA. Bukankah sewaktu PH bubarkan
JASA dahulu, 400 ahli jasa tersebut telah pun Gobind Singh Deo jaga periuk
rezeki anak bini depa nak makan, di serapkan ke dalam pelbagai agensi malah di
serapkan ke SKMM bawah kendalian Gobind itu sendiri. Hari ini dgn 50 orang
dapat RM81 juta ?
Dalam nukilan ini, jika kami duduk dalam BOD dan bentangkan
unjuran belanja tahun hadapan... GM sendiri akan "MENOLAK" bajet
sebegini.
Bukan maksud di sini jika tebuk atap bentangkan bajet maka kami
sendiri perlu wajib tolak. Perkiraan itu adalah salah pd hasrat demikian.
Ada pelbagai yg di lihat, antaranya modal bajet dari mana...
kesan pd GLC & GLCI sekiranya wang bajet berasal dari sana, pemulihan
ekonomi, kesihatan dan pelajaran, bantuan sara hidup kpd rakyat juga pelbagai
aspek luarjangka yg lain. Jika lebihan belanja di buat contohnya bajet jasa
tadi, hati besar & kecil kami sendiri akan menolak!
Jika pentadbiran Muhyiddin melakukan fakta pada asas betul
walaupun tidak mesra kepartian, kami sendiri mmg tetap akan menyokong atas
fakta dan kewajaran. Tapi dalam kes ini, sebagaimana GM katakan jika berada
dalam BOD dgn hal bajet sedemikian... mmg arahan kekal menolak di keluarkan dan
di buat unjuran sekali lg.
Ok, sbg pengakhiran... esok adalah hari akhir pihak PH mengkaji
bajet tersebut. Maka silalah buka mata yg terbaik pd setiap butiran angka.
Dah 3x istana keluarkan kenyataan media, pd maksud tersirat nak
suruh semua menyokong. Harap malam nanti atau esok, usahlah pula keluar surat
lg. Ada masa yg perlu buleh mencampuri, tapi jika terlalu sentiasa &
selepas bajet pun jika masih ada surat kenyataan media untuk mencampuri
tersirat... rakyat akan melihat ada suatu yg tidak kena di sana.
Peringkat yg ada di sini, biarkan mereka mencari hujah dan
bahaskan di dewan. Itu adalah kerja mereka sbg pemerintah sementara & pembangkang
dalam sistem demokrasi berparlimen!
Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.