Belanjawan 2021 seharusnya menumpukan sepenuh daya dan usaha
untuk memastikan kebajikan ekonomi rakyat Malaysia dijaga dan dilindungi.
Namun, ada beberapa segmen dan inisiatif di dalam ucapan
Belanjawan 2021 yang saya lihat tidak berdaya untuk melindungi kelangsungan
hidup rakyat Malaysia. Saya ingin ulas tentang perlaksanaan perlindungan
moratorium kepada rakyat.
cadangkan supaya perlindungan moratorium dilaksanakan secara
automatik sehingga Jun 2021. Tetapi, Belanjawan 2021 hanya menyediakan
moratorium bersasar dan bukannya automatik.
Peminjam boleh mohon untuk lanjutkan moratorium selama 3 bulan
atau 6 bulan dengan syarat bayaran 50% ansuran bulanan.
Kenapa saya ada masalah dengan cadangan ini?
Pertama, saya sendiri telah berjumpa dan menerima terlalu banyak
aduan rakyat (ramai juga di Parlimen Muar) yang mahukan moratorium dilaksanakan
semula. Mereka tidak tahu bahawa moratorium bersasar bank telah dibuat sejak
September lepas.
Mereka tidak tahu kerana mereka tidak ada kesempatan masa untuk
ambil tahu. Ramai juga rakyat yang tidak ada internet atau smartphone untuk
beritahu yang mereka boleh sendiri mohon di bank masing-masing untuk
perlindungan moratorium.
Sebab itu saya cadangkan moratorium secara automatik (“blanket
moratorium”) kepada semua rakyat Malaysia yang susah. Tak perlu tunggu mereka
sendiri mohon dan buat temu janji dengan bank masing-masing. Ramai lagi rakyat
tidak ada masa untuk ke bank kerana tuntutan kerja semasa tempoh bekerja. Ada
yang tidak larat dan tidak mampu untuk turun ke bandar buat permohonan.
Kalau mahu mohon secara online (ada juga bank yang tawarkan
permohonan secara online), ia tidak menafikan masalah jaringan internet dan
jarak kumpulan rakyat yang susah dan berada jauh dari bandar. Ingat, tidak
semua mampu dan tidak semua senang.
Ini belum lagi saya sentuh soal tuntutan dokumen yang sah,
syarat-syarat permohonan dan masa yang panjang untuk satu-satu permohonan
moratorium diluluskan. Ini semua adalah kesenangan masa dan tenaga yang tidak
ramai rakyat Malaysia ada.
Mereka juga tidak boleh tunggu sehingga moratorium lulus untuk
hidup. Ramai yang perlukan perlindungan segera hari ini.
Laksanakan perlindungan moratorium secara automatik kepada
rakyat Malaysia.
Ketiga, saya juga boleh memetik beberapa berita yang catatkan
keuntungan bank-bank di Malaysia walaupun sedang menghadapi COVID-19. Tetapi,
perlaksanaan moratorium tidak pun menjejaskan atau menghapuskan hutang
peminjam, sebaliknya ia ditangguhkan sehingga kuasa ekonomi rakyat Malaysia
sudah pulih dan kembali bersedia.
Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada kebajikan ekonomi rakyat
Malaysia dan tidak boleh tunggu rakyat mohon dan rayu untuk terus dibantu.
Hapuskan birokrasi untuk kebajikan rakyat. Siapa lagi permohonan
moratorium belum lulus?