Keli Limbat


Lokman Ismail

 


Ikan keli limbat (clarias nieuhofi) merupakan sejenis ikan keli liat yang hidup dalam kawasan belukar atau semak-samun yang ditakungi air di kawasan sawah.






Ikan keli limbat mempunyai ukuran tubuh lebih dua kali ganda daripada ikan keli biasa atau seakan-akan belut. Tubuhnya berwarna kuning pekat. Ikan keli limbat kini sukar untuk ditemui.  


Ikan keli limbat dipercayai berkurangan berikutan tidak ada kawasan tanah sawah terbiar seperti pada 1960-an dan 70-an. Selain itu, tanah belukar yang ditakungi air diteroka untuk dijadikan kawasan pertanian.


Ikan keli limbat mendiami di kawasan hulu sungai, alur air dan kawasan berpaya. Ikan keli limbat memakan anak ikan, serangga, udang dan juga terkenal sebagai pemakan bangkai. 

 

Dikatakan ikan keli limbat 'sanggup' naik ke darat untuk memakan bangkai yang ada di tepi.


Terdapat kampung yang menggunakan nama 'limbat'. Di Kelantan terdapat Kampung Limbat dan di Terengganu pula Kampung Alor Limbat.


Umpan terbaik untuk memancing ikan keli limbat ialah buah kelapa sawit dan daging ayam.




𝐀𝐙𝐌𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐑 𝐀𝐘𝐀𝐌: 𝟐𝟎𝟐𝟑 𝐯𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔




Shahir







Tiga tahun lepas Dr Azman Ibrahim sembang bukan mudah nak pecah monopoli Cina dalam industri telur ayam. 


Siap cakap pentingnya Melayu Islam kuasai rantai pengeluaran telur ayam. 


Kemudian tambah kita Melayu Islam kalau sekadar menyelit dan menumpang di tengah-tengah kartel besar yang dikuasai Cina kita akan tersepit, lemas dan mati. 


Tup, tup, tup hari ni dia umumkan salah satu syarikat pengeluar telur ayam terbesar negara bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Terengganu bangunkan ladang ayam berteknologi moden di Kuala Nerus. 


Ini kira menyelit dan menumpang di tengah-tengah kartel besar ke tak?


Melayu Islam dekat Terengganu tak tersepit, lemas dan mati? 


Kita ulang balik ayat dia 3 tahun lepas je. 


Pemimpin parti penunggang agama memang selalu wirid Melayu Islam tertindas dengan Cina, lepas tu pergi deal dengan kartel besar Cina. 


Panggil munafik karang meloncat-loncat. 


Hakikatnya itulah mereka.