SEKALI LAGI TUN M BERJAYA KUCAR-KACIRKAN PKR….




Sedar tak sedar, di sebalik perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, PKR sekali lagi jadi bergolak dan kucar-kacir dibuatnya.
Oleh kerana Latheefa adalah bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, dua kumpulan dalam parti itu telah berbeza pendapat mengenainya.
Satu kumpulan gembira dan menyokong perlantikan Latheefa, manakala satu lagi menyifatkannya tidak wajar serta bercanggah dengan janji manifesto PH.
Dengan itu, hanya kerana lantikan Latheefa yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad, PKR seakan-akan makin melebar perpecahannya.
Jika diteliti, ini adalah kali kedua PKR menjadi kucar-kacir dan bergolak yang diakibatkan oleh Tun Mahathir.
Kali pertama ialah ketika Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, meskipun namanya tidak pernah dicalonkan oleh PKR untuk menjadi menteri lantaran sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.
Dengan melantik Latheefa, Tun Mahathir seakan mahu pergolakan yang berlaku dalam PKR selepas beliau melantik Azmin dahulu berterusan lagi.
Tidak dinafikan, Latheefa memang dikenali sebagai pemimpin antara pemimpin PKR yang pro Azmin dalam pertembungannya dengan Rafizi Ramli mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR, hujung tahun lalu.
Kenapakah Tun Mahathir suka sangat membuat PKR bergolak dan kucar-kacir?
Apakah ia bertujuan mengenepikan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 dan melorongkan laluan kepada Azmin untuk melonjak lebih tinggi?
Tetapi, oleh kerana PKR mempunyai jumlah kerusi Parlimen terbanyak dalam PH, sedarkan Tun Mahathir tindakannya menyebabkan parti itu bergolak secara langsung akan melemahkan PH juga akhirnya?
Apa untungnya kepada beliau jika PKR sentiasa bergolak dan PH menjadi lemah?
Lebih daripada itu, apakah menjadikan PKR bergolak dan melemahkan PH itu merupakan tugas dan peranan Tun Mahathir selaku Pengerusi PH? (Shahbudindotcom 08/06/2019)

KENAPA CALON YANG DICDANG DITOLAK ?

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, sut

CADANGAN DATO SERI SHUKRI BEKAS KETUA PESURUHJAYA SPRM TENTANG CALON PENGGANTINYA DITOLAK OLEH TUN M
Mengikuti sidang media bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM,Dato Seri Shukri sebentar tadi.
Intipatinya adalah:
1. Beliau tidak letak jawatan, cuma pendekkan tempuh kontrak beliau mengikut perjanjian awal beliau dengan Tun M sebelum beliau dilantik dulu.
2. Tugas utama beliau iaitu siasat kes SRC dan skandal 1MDB telah selesai dan skrg menunggu kes di mahkamah saja. Hajat beliau untuk menyatukan kakitangan SPRM juga telah selesai.
3. Dakwaan bahawa beliau ditekan untuk meletakkan jawatan, atau terlibat dgn rasuah atau melindungi mana2 pihak adalah tidak benar samasekali.
4. Beliau pernah ditawarkan 3 tahun lagi kontrak, namun beliau tolak dan tetap berpegang pada janjinya kpd PM.
5. Beliau mencadangkan dua nama pegawai kanan SPRM untuk menggantikan tempatnya kerana bagi beliau pegawai di SPRM lebih layak dan berpengetahuan untuk menerajui SPRM.
6. Nama Latheefa Koya sebagai penggantinya bukan cadangan beliau bahkan beliau tidak tahu menahu tentang cadangan perlantikan Latheefa Koya kerana beliau hanya cadangkan penjawat awam iaitu pegawai dalam SPRM sendiri untuk menerajui SPRM.
Selaku bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM yang bukannya orang politik, beliau tidak terikat dengan janji2 atau manifesto PH iaitu sebarang lantikan jawatan penting mestilah dibincang di dalam Majlis Presiden, Kabinet dan juga Jawatankuasa Khas Parlimen. Justeru itu, tidak pelik jika beliau berkata " Oleh kerana lantikan telah pun dibuat, maka sokongan perlulah diberi kpd Latheefa Koya". Apa lagi yang boleh beliau katakan?
Kesimpulannya, cita2 Dato Seri Shukri untuk melihat SPRM terus diterajui oleh penjawat awam dari kalangan SPRM terlatih telah gagal. Cita2 kita untuk melihat janji PH dan janji Tun M di dalam perlantikan jawatan penting ini juga gagal. Kalau pandangan SPRM pun Tun M tidak mahu dengar, pandangan rakyat yang mahu melihat reform di dalam kerajaan PH pun Tun M tidak endahkan, saya tidak pasti ke arah mana Tun M mahu bawa Malaysia Baru ini.
Kita hanya boleh nyatakan bantahan kita di sini. Sertai poll PETITION - Latheefah Koya harus letak jawatan
WFAUZDIN NS