PENGHARGAAN KEPADA SEMUA WIRA NEGARA

Kehadiran hampir sejuta umat di perhimpunan BERSIH 3.0 adalah bukti bahawa jika perhimpunan ini dikawal dan dijalankan dengan penuh berhemah dan profesional dari pihak berkuasa dan saling memahami tidak akan berlaku sesuatu kejadian yang tidak menyenangkan.

Namun kita percaya dan ramai yang percaya di luar sana bahawa pihak pemerintah tidak mahu perkara ini berjalan dengan aman.Jika pemerintah dipilih rakyat, maka seharusnya menghormati rakyat dan jika Dataran Merdeka ini diberikan, tidak akan ada kekecohan.Yang hadir hanya mahu mendengar amanat dari pimpinan .

Tahniah kepada yang berani untuk hadir, dan kepentingan serta masa santai baik bersama keluarga atau sahabat handai diketepikan hanya lah kerana BERANI DAN SANGGUP MENGAMBIL  RISIKO DEMI KEHORMATAN SEBAGAI MANUSIA


WRLR

GAMBAR-GAMBAR AKAN DI UPLOAD KEMUDIAN

VIDEO SUKA DUKA BERSIH 3.0










SIAPAKAH PEMANDU YANG MEMAKAI TOPI KELEDAR TANPA PAKAIAN POLIS





















Chegu Bard : Najib Menjadikan Peserta Dan Polis Mangsa Kekecohan Bersih 3.0



SHAH ALAM 29 APR : Peserta dan polis telah dijadikan mangsa di dalam kekecohan pada himpunan BERSIH 3.0 akibat tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata ini kerana Najib tidak membenarkan peserta berhimpun di Dataran Merdeka.

“Jika rejim pemerintah memberi peserta masuk ke dalam dataran itu, lebih-lebih dua hingga lima jam sahaja yang boleh berhimpun dan akhirnya bersurai dengan aman tiada sebarang masalah berlaku,” katanya ketika dihubungi.
Bagi beliau, polis adalah mangsa dalam kejadian itu tetapi ini tidak menghalalkan tindakan ganas yang dilakukan pasukan keselamatan itu.
Di dalam himpunan di Kuala Lumpur semalam, polis menembak gas pemedih mavta dan menyembur air kimia kepada ribuan penyokong BERSIH 3.0 yang turun mengepung Dataran.
Setelah peserta-peserta tersebut yang menjangkau 250,000 itu berpecah lari ke beberapa lokasi di sekitar Dataran, mereka dikejar dan dihalau pasukan polis.

Dilaporkan polis memukul dan menggunakan kekerasan terhadap peserta yang tidak bersurai dan seramai 512 orang ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di Kuala Lumpur.
Beberapa wartawan yang membuat liputan terhadap himpunan itu mendakwa mereka dikasari polis yang merampas kamera dan menghalang mereka daripada merakam tindakan polis terhadap peserta.
Badrul Hisham, yang juga dikenali Chegu Bard mendakwa beliau turut dipukul semasa ditahan polis di kawasan Masjid Jamek semalam.

“Tindakan ganas polis itu, Najib perlu bertanggungjawab penuh. Perbuatan polis seperti ‘gangster’ yang berindak diluar jangkaan seperti mengacukan pistol dan sebagainya sudah melampaui batas.
“Apa yang berlaku semalam adalah rusuhan polis di tengah-tengah Bandara Raya Kuala Lumpur,” kata Badrul Hisham.
Badrul Hisham bekata beliau dipukul sehingga luka di bahagian kepala malah tulang mukanya patah.
Tambahnya, beliau dipukul oleh kira-kira 50 anggota polis di Jalan Tunku Abdul Rahman.
“Pada waktu hampir Maghrib, ketika saya berada di Masjid India, saya ditarik dan dipukul teruk oleh lebih 50 anggota polis di Jalan Tunku Abdul Rahman kemudian ditarik dan dibawa ke Dataran Merdeka.
“Saya mengatakan simpati kepada anggota polis dan rakyat semua. Kita adalah mangsa kepada tindakan Najib yang memperkudakan polis itu,” katanya.

Beliau berkata perhatian hanya diberikan kepada tindakan ganas yang dilakukan peserta BERSIH.
“Tetapi sebagai contoh, ianya berlaku di depan mata saya di Sogo, anggota polis membawa kereta dan merempuh seterusnya melanggar peserta BERSIH sehingga ada yang terperosok di bawah kereta.
“Malah peserta yang tiada pilihan lain bertindak menterbalikkan kereta terbabit apabila polis tidak menghiraukan permintaan mereka untuk mengalihkan kereta bagi mengeluarkan mangsa yang cedera teruk terbabit.

“Dan akhirnya polis mengeluarkan kenyataan memberitahu bahawa anggota polis itu meninggal dunia akibat dipukul,” katanya.

30 hari Pengerusi SPR, timbalan letak jawatan

30 hari Pengerusi SPR, timbalan letak jawatan

Anis Nazri, 29 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 29 April: PAS memberi masa 30 hari untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meletakkan jawatan.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (gambar), berkata masa tersebut sudah mencukupi bagi kedua-duanya meletakkan jawatan ekoran terdedahnya keahlian parti politik mereka.

"Kita beri notis 30 hari untuk kedua-duanya meletakkan jawatan.  Sewajarnya mereka tidak non-partisan, kerana mereka merupakan 'pengadil' dalam sesebuah pilihan raya," tegas Syed Azman, pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas terbongkarnya identiti Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar yang merupakan ahli Umno.

Perkara tersebut disokong Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilasi PAS Pusat.

Katanya, sebagai seorang 'pengadil', adalah tidak adil baginya memihak kepada mana-mana 'pemain'.

"Sama macam bola sepak. Kalau Manchester United lawan Manchester City, mana boleh pengadil dari Manchester United.  Mana boleh Selangor lawan Kelantan, pengadilnya Selangor.  Teruklah Kelantan," kata beliau.

Sehubungan itu, Mohamad berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum mendesak Abdul Aziz dan Wan Ahmad meletakkan jawatan sebagai  pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, esok, di Putrajaya.

(function() { var d = document, w = window; w

PRU-15: Anwar hormati suara akar umbi tapi parti komponen gesa guna logo PH

  Oleh FAZLI RADZI   /  September 16, 2021 Penggunaan logo Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu diselesaikan se...