MGID

Kecelaruan Daftar Pemilih : PAS Mohon Campur Tangan YDPA



KUALA LUMPUR 13 OGOS : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memohon Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mengambil tindakan terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana gagal menjalankan tugas mereka bagi memastikan daftar pemilih bersih dan tidak dicemari penipuan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyatakan pendedahan media yang dilakukan beberapa minggu ini membuktikan betapa daftar pemilih yang disediakan diragukan kesahihannya tetapi terus dinafikan oleh SPR.

"Kehilangan kepercayaan sebahagian rakyat kepada SPR begitu memuncak sekarang.

"Oleh itu kita harap YDPA campurtangan segera dan ambil tindakan terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR kerana gagal jalankan tugas," kata Mohamad dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

SPR kini dibelenggu pelbagai kontroversi seperti isu 'Mismah', status MyPR bertukar kepada pemegang MyKad dalam tempoh beberapa jam dan banyak lagi.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu turut menambah betapa Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusoff dan Timbalannya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar seringkali bertindak menyebelahi kerajaan Umno-BN.

"SPR suka guna kalimah parti pembangkang. Umno boleh, tapi bagi SPR semua parti politik adalah pelanggannya," ulas Mat Sabu.

Apapun, menurut beliau, tindakan membersihkan daftar pemilih dan memastikan mereka yang bertanggungjawab menerajui suruhanjaya menjalankan tanggungjawab dengan telus dan amanah, merupakan langkah terbaik demi masa depan Malaysia.

"Jika rakyat terima keputusan pilihan raya, negara ini akan aman. Jika rakyat tolak, ia berbahaya pada keselamatan negara.

"Kita tak ada masalah parti lain menang.. tapi akan jadi masalah jika mereka menang kerana manipulasi daftar pemilih," tegas Mat Sabu lagi.

DAP : BN Tak Tahu Beza Rusuhan, Himpunan Aman




KUALA LUMPUR 13 OGOS : Percubaan pemimpin BN dan Umno termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menyamakan rusuhan di United Kingdom dengan himpunan aman Bersih 2.0 di Malaysia tidak masuk akal, kata setiausaha organisasi DAP Teresa Kok.

“Yang mengganas di London adalah perusuh, sebaliknya yang bertindak ganas di Malaysia sewaktu perhimpunan aman Bersih 2.0 adalah pihak polis.

“Di Kuala Lumpur, perhimpunan aman Bersih 2.0 mempunyai matlamat yang jelas dan telah dianjurkan secara terancang.

“Agenda, tarikh dan waktu bersurai telah dinyatakan secara terus-terang buat pengetahuan pihak kerajaan, polis, media dan orang awam dari awal-awal lagi.,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam, lapor Malaysiakini.

Sebaliknya, menurut Kok rusuhan di London itu berlaku secara rambang tanpa sebarang agenda yang jelas atau spesifik melainkan menimbulkan kekacauan dan keganasan.

“Oleh itu kenyataan Hishammudin bahawa rakyat Malaysia harus bersyukur dan berterima kasih kepada pihak polis kerana perhimpunan aman Bersih 2.0 tidak menjurus ke situasi rusuhan di UK adalah tidak munasabah.

“Ia menunjukkan bahawa beliau tidak dapat membezakan di antara perhimpunan aman Bersih yang bermatlamat murni mencapai pilihan raya bersih dan adil berbanding rusuhan bakar dan samun yang berlaku di UK,” kata Kok yang juga ahli parlimen Seputeh.

Pekakkan telinga

Katanya, beliau kesal dengan sikap Menteri Dalam Negeri itu yang masih cuba menafikan hakikat di sebalik beratus-ratusan rakaman video membuktikan polis menggunakan kekerasan keterlaluan telah dimuatnaikkan ke internet untuk tontonan ramai.

“Hishammuddin masih memekakkan telinganya terhadap kutukan keras oleh warga Malaysia dan komuniti antarabangsa dan masih menyokong tindakan polis.

“Sehingga hari ini, sebulan telah pun berlalu, Hishammuddin dan polis masih gagal membentangkan laporan keganasan polis kepada orang ramai.

“Apakah ini menunjukkan ketidakcekapan dan kelalaian Kementerian Dalam Negeri dan polis segi siasatan terhadap anggota polis sendiri?” soalnya.

Sehubungan itu, Kok meminta Hishammuddin supaya mengambil iktibar daripada cara kerajaan dan polis UK mengendalikan keadaaan rusuhan yang sebenar.

Perbezaan di UK dan KL

Kok kemudiannya menggariskan perbezaan ketara di antara rusuhan di London dan perhimpunan aman di Kuala Lumpur.

* Di UK, perniagaan dan orang awam telah disamun oleh perusuh dengan kehilangan harta-benda dianggarkan bernilai berjuta-juta sterling pound;

* Di KL, tidak ada satu pun laporan tentang kedai disamun oleh penyokong Bersih 2.0, sebaliknya, kedai-kedai yang membuka perniagaan pada 9 Julai lalu memperolehi keuntungan berikutan kehadiran ribuan rakyat di ibu kota;

* Di UK, kereta dan bangunan telah dibakar dan dirosakkan oleh perusuh sehingga membahayakan keselamatan awam di samping kepulan asap yang menyesakkan nafas;

* Di KL, asap yang berkepul adalah daripada tembakan gas pemedih api oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas penyokong Bersih 2.0 yang berhimpun secara aman. Gas pemedih mata dan meriam air juga ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin;

* Di UK, perusuh membawa senjata seperti pisau, batu dan “molotov cocktail” untuk mencederakan orang awam;

 * Di KL, penyokong Bersih 2.0 hanya memakai t-shirt kuning yang diharamkan oleh Hishammuddin, dan ada antara orang ramai cedera kerana gas pemedih mata;

* Di UK, perusuh secara aktif dan sengaja menyerang dan mencederakan anggota polis;

* Di KL, polis didakwa secara aktif dan sengaja telah menembak gas pemedih mata dan meriam air terhadap peserta Bersih 2.0 yang berjalan secara aman, dan tidak pula bertindak balas apa-apa terhadap pihak polis yang bersikap agresif itu.

* Di UK, polis hanya menahan 1,000 orang walau pun rusuhan ganas telah berlanjutan selama lima hari.

* Di KL, polis Malaysia menahan lebih daripada 1,600 orang dalam tempoh tak sampai sehari hanya kerana cuba berhimpun secara aman.-Malaysiakini

Bersih 2.0 : SPR Lebih Berminat Pertahan Kedudukan Pemerintah



KUALA LUMPUR 13 OGOS : Jawatankuasa Pemandu Bersih melahirkan kekecewaannya atas respon balas yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersabit tuntutan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil oleh pertubuhan bukan kerajaan itu.

Dalam satu kenyataan media semalam, Bersih mendakwa SPR dilihat secara terus-menerus memberikan ulasan yang memudaratkan muafakat kerjasama ke arah pilihan raya yang lebih adil sebaliknya lebih "beria-ia mempertahankan parti pemerintah".

Malah menurut kenyataan media itu lagi, jawatankuasa itu sangat kecewa dengan cara Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang didakwanya terus mengambil pendekatan konfrontasi melampau dan tidak produktif.

"Kami telah menyatakan berulangkali bahawa matlamat Bersih 2.0 adalah sistem pilihan raya yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia, bukannya untuk memburukkan mana-mana institusi atau mempromosikan sebarang agenda politik," katanya.
Menurutnya, Bersih 2.0 hanya berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih.

"Sekiranya BN atau mana-mana parti menang melalui pilihan raya yang bersih dan adil, maka matlamat kami telahpun tercapai," tegas kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, Bersih berpendapat SPR dan Wan Ahmad mesti menumpukan perhatian mereka dengan melibatkan diri bersama-sama masyarakat madani bagi memperbaiki institusi awam dan "bukannya terlibat dalam perang mulut dengan parti-parti politik".

"Ulasan terkini yang dibuatnya, mengancam kewibawaan awam berkenaan sifat 'non-partisan' SPR yang diperlukan untuk mengekalkan keyakinan orang ramai.

"Membuat kritikan politik merupakan tugas seorang timbalan pengerusi sebuah parti politik, dan bukannya tugas timbalan pengerusi SPR," tambah kenyataan itu.

Berikutan itu, katanya, Bersih 2.0 berharap SPR menumpukan tenaganya untuk menyelesaikan masalah besar, yang dikesan pada daftar pemilih seperti “skandal Mismah”.

Perkara itu, menurut gabungan NGO itu, mendedahkan perkembangan membimbangkan mengenai pemberian hak mengundi kepada seseorang yang diragukan kewarganegaraannya.

"Masalah daftar pemilih lain termasuk kejadian pengundi bernama 'Kg Baru', penyelewengan yang serius berkenaan pengundi berganda serta alamat penuh sesak dan sebagainya.

"SPR sepatutnya memberi perhatian untuk membetulkan masalah ini dengan segera dan bukannya mempertahankan serta menjadikan perkara ini sebagai isu politik yang menjejaskan kewibawaan semua pihak," tegas kenyataan itu lagi.

Mengenai isu pengesahan biometrik, katanya, Bersih 2.0 memandang serius laporan terbaru bahawa pihak polis sedang menyiasat penyelewengan sistem biometrik yang digunakan untuk mendokumentasi pekerja asing.

"Lebih tepat lagi, ianya merupakan kelemahan yang akan membolehkan penipuan pilihan raya secara besar-besaran sekiraya hanya sistem biometrik sahaja digunakan untuk mencegah pengundi hantu.

"Kami masih belum mendengar hujah-hujah meyakinkan tentang kenapa kaedah dakwat kekal yang lebih murah, mudah dan lebih berkesan tidak patut dipakai," tambahnya.

Memorandum kepada Ketua Hakim Negara: Harapkan pagar, Pagar makan padi

Memorandum kepada Ketua Hakim Negara: Harapkan pagar, Pagar makan padi

Bekas pekerja Ladang Bukit Jalil

Penderitaan empat generasi Ladang Bukit Jalil
Rakyat miskin tidak mendapat pembelaan sistem kehakimam: Harapkan pagar, Pagar makan padi


Yang Amat Arif,

1. Kami, 41 Keluarga adalah bekas Pekerja Ladang Bukit Jalil yang beralamat di batu 16 ½ Jalan Puchong, Kuala Lumpur.

2. Ini merupakan ladang terakhir di kawasan berhampiran Kuala Lumpur dan kami telah menetap di ladang ini untuk empat generasi dan hampir 80 tahun.

3. Di ladang kami, ada kuil, sekolah, tanah perkuburan dan rumah-rumah kami.

4. Semasa negara kita mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957, Ladang Bukit Jalil sudah pun wujud. Tuan ladang adalah Kinrara Estate Grp Sdn Bhd yang selain ladang ini, juga membangunkan Ladang Kinrara.

5. Yang Arif, sejak 1976, Kesatuan Sekerja NUPW menuntut Kinrara Estate Grp Sdn. Bhd untuk memberi tanah untuk membina rumah untuk pekerja di bawah Skim Perumahan Sendiri Tun Razak. Tuntutan untuk membina rumah teres di tanah sedia ada telah dibuat banyak kali.

6. Pada tahun 1980, Kerajaan (Kementerian Wilayah Persekutuan) telah mengambil alih pengurusan ladang daripada Kinrara Estate Group dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960. Semasa Kerajaan ambil alih dari Tuan ladang, rumah untuk kami masih tidak dibina malah Kerajaan yangmenjadi Tuan ladang terus memeras saki baki buruh pekerja ini untuk menoreh getah dengan guna Kontraktor-kontraktor upahan kerajaan. Lebih 7 kontraktor datang dan pergi, peluh diperas tetapi yang lebih teruk adalah Kontraktor Kerajaan tidak bayar EPF dan SOCSO.

7. Pada tahun 1988 pada Bulan September, Menteri Wilayahpersekutuan berjanji bahawa bekas pekerja ladang boleh tinggal dirumah ladang sehingga perumahan kos rendah dibina di kawasan ini. Malah Ladang bersebelahan, Ladang Kinrara yang berhenti beroperasi pada tahun 1983 membina rumah terespada tahun 1992 tetapi Ladang kami iaitu Ladang Bukit Jalil yang diambil alih oleh kerajaan pula, tidak mahu bina rumah teres atau memberi tanah untuk perumahan untuk pekerja di tanah ini sehingga hari ini.

8. Lebih menghina adalah pada tahun 2007, kami telah dilabel sebagai setinggan dan notis Ordinan Darurat Pembersihan Setinggan yang zalim diberikan kepada penduduk. Penduduk dipaksa mengosongkan tanah dan pindah ke flats PPR (Projek Perumahan Rakyat) yang kecil, tidak selesa yang berdekatan.

9. Penduduk membantah pengusiran paksa ini dan membuat tuntutan 4 ekar tanah SAHAJA untuk membina rumah di samping menuntut Kuil, sekolah dan kubur dikekalkan di tempat yang sedia ada.

10. Permintaan 4 ekar adalah suatu permintaan yang munasabah kerana Tanah ladang ini pada asalnya seluas 1,800 ekar dan telah diguna untuk pelbagai projek mewah, padang golf dan sebagainya tetapi gagal membina rumah teres kos rendah untuk pekerja ladang iaitu mereka yang paling awal menetap di sana. Ini memang tidak adil.

11. Kini tinggal 26 ekar tanah dan bekas pekerja ladang hanya mahukan 4 ekar untuk dibina perumahan di samping Kerajaan sudah berjanji untuk mengekalkan sekolah, kuil dan tanah perkuburan di tempat asal.

12. Tetapi malangnya, DBKL telah mengeluarkan notis pengusiran paksa dengan menggunakan Ordinan Darurat pembersihan setinggan yangkejam keatas bekas pekerja ladang.

13. Oleh yang demikian, para bekas pekerja ladang telah cuba mendapat perintah injuksi untuk menghalang pengusiran paksa.

14. Namun demikian, kami cukup dukacita dengan sistem penghakiman negara yang memberikan kami satu gambaran bahawa orang miskin dan yang berpendapatan rendah tidak boleh mendapat pembelaan di mahkamah.

15. Kami cukup dukacita dan memorandum ini berhasrat membawa keluhan ini kepada Tuan Yang Amat Arif selaku Ketua hakim negara kerana kami tidak tahu lagi apa yang boleh kami lakukan selain dari mengutarakan bantahan kami.

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI


Kami sedar bahawa kami telah gagal untuk mendapat satu perintah injuksi dari mahkamah Rayuan pada 10 Ogos 2011 dan kes kami telah dibatalkan pada 11 Ogos 2011 oleh mahkamah Tinggi Kuala lumpur di hadapan Hakim Zabariah binti Mohd Yusof atas alasan teknikal iaitu kami dakwa kes terhadap pihak yang salah dan DBKL menggunakan akta yang betul. Walaupun proses perundangan kes-kes ini masih belum selesai sepenuhnya tetapi kami ingin mengutarakan beberapa keluhan tentang kepincangan dan nasib orang miskin seperti dalam konteks sistem kehakiman Negara.

1. Mahkamah tidak mahu memberi injuksi dan impikasinya adalah rumah kami boleh diroboh bila-bila masa dan jika esok kami menang kes di mahkamah, maka kami boleh menuntut ganti rugi. Dalam persoalan ini, mahkamah gagal mengambil kira bahawa satu komuniti masyarakat akan dihapuskan begitu sahaja, rumah diroboh dan kehidupan mereka menjadi kacau-bilau tetapi semua ini dirasakan boleh digantikan dengan pampasan.

2. Mengapa undang-undang Ordinan Darurat masih digunakan di zaman tidak wujudnya darurat? Mengapa pihak kehakiman tidak dapat menegur penggunaaan akta zalim ini padazaman tidak ada darurat ?

3. Mengapa Ordinan Darurtat pembersihan setinggan digunakan ke atas pekerja ladang? Fakta ini diakui oleh semua tetapi ini adalah kali pertama satu akta pembersihan setinggan digunakan ke atas bekas pekerja ladang di negara kita.

Perbicaraan kes kami sepatutnya didengar pada 17 dan 18 Oktober 2011 tetapi nampak sangat bahawa hakim yang sama bergesa-gesa hendak membatalkan kes dan menggunakan pelbagai cara untuk memastikan kes ini tidak akan didengar dalam satu perbicaraan penuh. Hakim tersebut juga sudah awal-awal memberitahu peguam kami beliau berhasrat untuk dispose kes kami walaupun hujah-hujah kami masih belum didengar. Ini menimbulkan satu kecurigaan di kalangan kami mengenai adakah kes kami ditolak atas merit atau kerana hakim tidak mahu mendengar kes ini kelak?

Maka kami membawa keluhan ini kepada YAA Zaki Tun Azmi kerana walaupun semua pihak cukup arif dan faham bahawa kami adalah bekas pekerja ladang, menetap di rumah estet (bukan setinggan) tetapi mahkamah masih boleh melabel kami adalah setinggan dan menghalalkan penggunakan akta darurat ke atas kami.

Jika ini berlanjutan, rakyat berpendapatan rendah akan hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman negara. Kami berharap YAA dapat menyiasat keluhan kami dan membuat apa yang patut.

Kami akan terus mempertahankan rumah kami.

*Memorandum daripada bekas Pekerja Ladang Bukit Jalil kepada Ketua Hakim Negara di Palace of Justice Putrajaya. Pegawai Khas Ketua Hakim Shazali telah menerima memorandum tersebut pada jam 11 pagi.

BAJET SYOK SENDIRI


Ezam Lancarkan 'Perang' Ke Atas Penganut Kristian



SHAH ALAM 12 OGOS : Senator Ezam Mohd Nor hari ini bersumpah untuk melancarkan "perang habis-habisan" serta memberi amaran keras kepada kumpulan penganut agama Kristian sekiranya pihak pihak terbabit terus-menerus menjalankan kegiatan memurtadkan umat Islam.

“Kepada orang bukan Islam, kita tiada masalah dengan mereka, malah kita juga melindungi, menjaga dan mempertahankan mereka.

“Tapi kita ada masalah besar dengan orang bukan Islam yang kurang ajar... dengan orang bukan Islam yang biadab, dengan orang bukan Islam yang tarik orang Islam untuk keluar dan murtad,” katanya pada perhimpunan aman isu murtad pertahankan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di pekarangan Masjid Negeri, petang tadi.

Malah, beliau juga turut melancarkan "perang habis-habisan" ke atas portal berita pro pembangkang seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider kerana didakwa sebagai "ejen" kepada "pengkhianat Islam."

"Kita sedia berperang dengan mereka,"katanya di hadapan kira-kira 100 orang.

Perhimpunan anjuran Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu.

"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka ,"katany.

"Malaysiakini, The Malaysian Insider... ini adalah amaran terakhir buat mereka. Mereka ini adalah media penghianat umat Islam dan kita akan bakar mereka," katanya lagi di perhimpunan yang turut diketuai ahli parlimen bebas, Zulkifli Noordin dan exco pemuda Umno Lokman Noor Adam.

SPR KERJA UNTUK KERAJAAN....

BERSIH 2.0 amat dukacita melihat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih "beria-ia mempertahankan parti pemerintah".

BERSIH berpendapat SPR dan Wan Ahmad mesti menumpukan perhatian mereka dengan melibatkan diri bersama-sama masyarakat madani bagi memperbaiki institusi awam dan "bukannya terlibat dalam perang mulut dengan parti-parti politik".

Jawatankuasa pemandu BERSIH juga sangat kecewa dengan cara Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (kiri) yang didakwanya terus mengambil pendekatan konfrontasi melampau dan tidak produktif.

"Membuat kritikan politik merupakan tugas seorang timbalan pengerusi sebuah parti politik, dan bukannya tugas timbalan pengerusi SPR," tambah kenyataan itu.

Masalah daftar pemilih lain termasuk kejadian pengundi bernama 'Kg Baru', penyelewengan yang serius berkenaan pengundi berganda serta alamat penuh sesak dan sebagainya.

Mengenai isu pengesahan biometrik, katanya, BERSIH 2.0 memandang serius laporan terbaru bahawa pihak polis sedang menyiasat penyelewengan sistem biometrik yang digunakan untuk mendokumentasi pekerja asing.

"Lebih tepat lagi, ianya merupakan kelemahan yang akan membolehkan penipuan pilihan raya secara besar-besaran sekiraya hanya sistem biometrik sahaja digunakan untuk mencegah pengundi hantu.

"Kami masih belum mendengar hujah-hujah meyakinkan tentang kenapa kaedah dakwat kekal yang lebih murah, mudah dan lebih berkesan tidak patut dipakai," tambahnya.

"Malaysia yang kami hasratkan adalah di mana kesemua parti politik daripada kedua-dua belah pihak memiliki hak yang sama terhadap kesemua jenis media, tanpa ada pengecualian," kata kenyataan itu.

Oleh itu, katanya, BERSIH 2.0 menolak sepenuhnya apa sahaja perbandingan antra perhimpunan aman 9 Julai di Kuala Lumpur dengan rusuhan di United Kingdom.

(function() { var d = document, w = window; w

PENYOKONG UMNO, PAS BERBEZA PENDAPAT TENTANG MUHYIDDIN

  Minggu ini politik Malaysia digawatkan berkaitan hubungan politik antara UMNO dan Perikatan Nasional (PN). Pembentukan Kerajaan Perikatan ...