TANPA GELARAN CHUA TERUS BERJUANG

Parlimen Batu Milik Tian Chua


Saturday, 19 June 2010 11:18 AM Oleh Era Pakatan

Satu persoalan telah timbul sama ada pemimpin pembangkang, Tian Chua perlu mengosongkan kerusi Parlimen Batu selepas Mahkamah Tinggi semalam mengurangkan dendanya kepada RM2,000 kerana menggigit seorang anggota polis pada Disember 2007.

Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini berkata, kerusi Parlimen itu perlu diisytiharkan kosong mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan.

Karpal berkata, mengikut Perkara 53 perlembagaan itu, seorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika dia tidak merayu keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, ialah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Karpal yang juga seorang peguam memberitahu media di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bahawa pada 1975, Ahli Parlimen DAP, Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu selepas dia dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 selepas disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan.

Bagaimanapun, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Tian Chua bertegas bahawa anak guamnya masih kekal sebagai Ahli Parlimen dan hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf.

Hakim Datuk Ghazali Cha ketika mendengar rayuan Tian Chua, mengetepikan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 yang dijatuhkan Mahkamah Majistret pada Oktober tahun lepas dan menggantikannya dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Dalam penghakimannya, hakim itu berkata, Tian Chua mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika hukuman terdahulu dilaksanakan dan satu pilihan raya kecil perlu diadakan.

Amer Hamzah berkata, dalam kes Leong Yin Ming pada 1993, Mahkamah Agung ketika itu memutuskan bahawa perkataan 'tidak kurang lima tahun' bermaksud lima tahun dan sehari, dan ini boleh diguna pakai dalam kes Tian Chua.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan sama ada kerusi Parlimen Batu kosong atau sebaliknya setelah penyandangnya disabitkan kesalahan dan denda oleh mahkamah, akan hanya diputuskan oleh pejabat Speaker Dewan Rakyat.

Beliau berkata, perkara itu termaktub dalam Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan bahawa pejabat Speaker Dewan Rakyat yang mempunyai kuasa bagi menentukan status sesebuah kerusi Parlimen berkenaan.

Perkara 53 (1) menyebut: ''Jika berbangkit apa-apa persoalan sama ada seorang ahli Majlis Parlimen telah hilang kelayakan, soal itu hendaklah diputuskan oleh Majlis Parlimen dan keputusan itu adalah muktamad.''

''SPR hanya menunggu notifikasi atau pemakluman rasmi daripada Pejabat Speaker Dewan Rakyat sama ada kerusi Parlimen Batu kosong atau sebaliknya. Buat masa ini, SPR tidak mengambil apa-apa tindakan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - BERNAMA

JANGAN ULANG PULAU PINANG DARUL SAMPAH:KONTRAKTOR DAN PEKERJA MAJLIS DALANG NYA

Kontraktor Pembersihan Pantai Ini Jawapannya(foto: PAS BUKIT BENDERA)





Jika anda ke Pantai Batu Feringhi pasti terlihat satu papan tanda projek perbersihan pantai oleh Kontraktor Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PEN MUTIARA).Pasukan Pemantau CAT mencari jawapan.
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
Kotor.Kotor.Kotor tiada usaha untuk dibersihkan .
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
Sampah sarap ada dimana-mana.
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
Semak samun tiada dibersihkan
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
Sampan rosak dibiarkan,tiada siapa peduli
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
Botol arak dibuang merata-rata,besi buruk cacat tidak dibuang.
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
bot rosak,banner rosak,anjing tidak berlesen boleh dilihat,tiada penguatkuasaan

bakar sampah di pantai jadi perkara biasa
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
kumpul kayu banyak banyak malam ini boleh bakar.
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
stock simpan barang perniagaan,ikut suka aku tiada siapa pun tak boleh larang
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
kawasan sampah sarap tiada kawalan
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
pantai cantik tapi penuh dengan sampah.

YB....
Pasukan Pemantau CAT lihat perlu diambil tindakan segera.

Pengerusi Cintai Alam Sekitar Pantai Tanjung Bungah
Saiful Lizan

Cerita ini berlaku apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri.Ada kontraktor dan pekerja majlis yang secara sengaja atau tidak telah dengan sengaja atau tidak melambatkan proses mengutip dan membuang sampah. Dengan cara ini rakyat di Pulau Pinang akan mula mempersoalkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Misalnya ada tong sampah yang tidak di ganti,sampah lambat di kutip dan hanya di kutip menjelang waktu sibuk semasa orang ramai hendak ke tempat kerja,sampah di pasar malam dan pasar pagi dibiarkan sehari suntuk dan di kutip keesokkan harinya.

Membakar sampah di dalam tong sampah.Walau bagaimana pun alasannya , kerajaan negeri yang seharusnyalah bertindak dengan lebih tegas menangani permasalahan ini.

Ini bertujuan juga agar rakyat mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri.Bagaimana mahu mentadbir negeri jika sampah pun gagal diuruskan???

Bagi pekerja di MPSP, kebanyakkan pekerjanya di ambil diketika Umno/Bn memerintah..suku sakat,kroni money yang bekerja di kalangan penyokong.Walau hanya sebagai pekerja pembersih, namun dengan peranan mereka memboikot jadual kutipan sampah memperlihatkan tentang kegagalan kerajaan Pakatan di mata orang ramai.

Pihak kerajaan Pakatan pula tidak boleh menunding jari kepada sesiapa.Sudah 2 tahun memerintah dan semakin hari nampaknya keadaan ini bertambah meruncing dan ini dikatakan kejayaan Bn/Umno memboikot kerajaan negeri.