TETAMU ISTIMEWA AMANAH TWEET


Oleh:Mat Zulaimi Kazim


Inilah Hishamudin Rais... insan yg jadi Tetamu Khas Konvensyen Amanah Nasional dan Konvesyen Pemuda Amanah Nasional.

Terlalu istimewa orangnya...owhhh jangan percaya makan ayam tak sembelih,anjing macam kucing,dan paling cun ludah ke langit....


SIAPA PENGKHIANAT

Salute you Tan Sri.

Artikel yg sgt baik dan ditunggu2 dari org umno sendiri. Tahniah Tan Sri Megat Najmuddin krn berani berkata benar tanpa rasa takut. Semoga tulisan Tan Sri ini dapat membuka mata 53% melayu yg masih gemar diperbodohkn dan ditipu oleh pemimpin2 korup umno trmsk prof2 melayu yang kureng cerdik di universiti. Yang paling malang adalah pas yg snggup bkerjasama dgn perosak bangsa.

Hanya sekadar perkongsian...

Tan Sri Dato' Megat Najmuddin Megat Khas: Sesekali kena dgr jugak dr pihak PH...

*SIAPA PENGKHIANAT*

Dalam sejarah politik negara, hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan peĊ•tama memenangi hampir 85% kerusi menjunam kepada dibawah 2/3 pada piliharaya 1959.

Hanya dibawah UMNO, Melayu dahulunya mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan dua jawatan terpenting negara dari MCA dan Menteri Pembangunan Kerjaraya dari MIC.
Merekalah sebenarnya menguasai pembangunan dan kewangan negara.
Maka dari sejak merdeka hinggalah ketahun 1970 an pentadbiran negara berada bukan ditangan Melayu.
Malah hingga kepenghujung 70an diantara jabatan jabatan kerajaan yang ada pada masa itu semuanya dikuasai oleh pegawai pegawai tinggi bukan Melayu melainkan satu jabatan iaitu jabatan perhutanan.

Itulah hakikatnya apabila seawal salepas merdeka, apabila UMNO dan pemimpin Melayu mula berkuasa, *Melayu telah mula tergadai hak dan maruah diri dibumi Melayu akibat pemimpin pemimpin Melayu yang mula menjual kuasa untuk kepuasan dan keseronokan peribadi,* sementara Melayu semakin miskin dan hina dan Tun Abd. Razak hanya mampu mengalihkan Melayu yang pada masa itu dikatakan tidak berharta hatta tanah tempat tinggal ke hutan rimba (saperti Bukit Serampang) dijadikan *peneroka dan kini 4 generasi* mereka terperangkap sebagai *peneroka FELDA* yang kini kekal sebagai peneroka saperti hamba dan terasing dari kelompok masyarakat Melayu dan desa yang jauh terbela dan dibela.

Hari ini kita menyaksikan bagaimana *FELDA dihancurkan oleh bukan Cina.* *Bukan DAP tetapi oleh pemimpin UMNO itu sendiri.*
Inilah balasan UMNO kepada Melayu FELDA yang merupakan *bank safe deposit kuasa UMNO* yang sebelum ini menjamin 67 kerusi Parlimen untuk UMNO.

Sejarah tidak lupa siapakah angkara Singapura dan Pulau Pinang terlepas dari kuasa kita. Bukankah sejarah tercipta semasa UMNO memerintah Negara?

Di Singapura dahulunya ada UMNO begitu juga Pulau Pinang .
*Kedua duanya terlepas dari tangan kita bukan kerana DAP tetapi kerana kita*. Kerana kelemahan pemimpin UMNO.

Kenapa bangkitkan tentang Pulau Pinang dan menyalahkan DAP?
*Bukankah lama sudah kuasa Melayu terlepas di Pulau Pinang juga kerana pemimpin UMNO.*
Bukankah UMNO yang merestui dan mengiktiraf  parti *GERAKAN* yang berkuasa disana?
*Kenapa salahkan DAP* yang mengambil kuasa dari GERAKAN ?
*Nasib Melayu kurang terbela di Pulau Pinang bukan kerana DAP* .
*Malah peruntukan kerajaan negeri kepada pembangunan Islam dibawah DAP kini berlipat kali ganda.*
Dalam DAP ada wakil rakyat Melayu dalam DAP ada *ramai ahli Melayu.* Mereka juga mendukung Perlembagaan negara.
Hanya yang ketara *MCA* dalam perbincangan perhimpunan agong berbicara dalam *bahasa Cina* menakala *DAP berbicara dalam bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.*
MCA didalam perlembagaanya *menolak Perkara 152* iaitu *Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan* dan memperjuangkan sekolah Cina tetapi ini bukan perjuangan DAP.

Dalam Perlembagaan, semua Parti Politik  dinegara ini dan faham matlamat mereka semua.  *Semua mereka kecuali MCA* seperti disebut diatas menerima Perlembagaan negara tanpa syarat kecuali MCA dan itulah sebabnya mereka adalah pertubuhan berdaftar.

Kenapa DAP musuh kita?

*Jelasnya inilah manipulasi UMNO.*

Pernah hilang kuasa dibawah PERIKATAN diakhir 60an.

Diakhir 60an politik bukan Melayu bertambah kuat dan *Melayu semakin mundur dan lemah dibawah UMNO.*
Namun UMNO masih mahu terus berkuasa.

*Dasar UMNO dari sejak awal lagi ialah menakut-nakutkan Melayu* tentang hilang kuasa, hilang hak istimewa, hilang kedudukan Raja Raja, hilangnya Islam di negara tercinta.

Dalilnya yang wujud seawal mencapai kemerdekaan ialah ancaman dari *persepsi* perkauman yang menakutkan Melayu.
Maka dicipta ancaman komunis sebagai racun bersalut gula yang sebenarnya matlamatnya *menakutkan dibenak pemikiran Melayu tentang ancaman kaum Cina terhadap ketuanan Melayu .*
Cina sebagai sinonim Komunis.
Tentunya amat menakutkan. Ini membuat Melayu yakin pada perjuangan UMNO membela dan mempertahankan ketuanan Melayu untuk beberapa dekad mendatang selepas PERIKATAN dibubarkan dan digantikan dengan BN.

Kesimpulan nyata dari sejarah setakat 1970an pemimpin UMNO berjaya menakutkan Melayu tentang ancaman kaum Cina yang disamakan dengan Komunis.
Menakutkan Melayu dengan kebangkitan kuasa kaum Cina di negara ini sejak merdeka adalah modus operandi politik UMNO.
Sebaliknya pada masa yang sama kuasa kewangan pendidikan dan membangunkan negara diserahkan oleh pemimpin UMNO kepada bukan Melayu di dalam kerajaan Perikatan.

*Sesungguhnya kita semua adalah mangsa kebodohan, ketamakan, ketidak bertanggungjawab pemimpin UMNO yang menjadikan kita semua terumbang ambing selrpas tahun 1969.

Buktinya jelas bilangan kita yang berjaya mengejar ilmu untuk kejayaan hidup boleh dibilang dengan jari.
*Sepatutnya kita boleh lebih jauh baik* sekiranya sistem pendidikan disekolah kebangsaan di zaman kita dahulu dapat mendidik kita ditahap yang sepatutnya lebih baik dibandingkan dengan aliran lain di English Collage High School Muar,
 Kluang.

*Tertubuhnya BN dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO bersama PERIKATAN yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969* yang menimbulkan kesedaran dan kebangkitan Melayu.
Sesungguhnya 1957 - 1969 adalah satu jangka masa pemimpin Melayu berseronok honeymoon selepas merdeka.
*YB2 Melayu UMNO* kini berstatus sama seperti pegawai tinggi kolonial Inggeris cuma bezanya Melayu ini Melayu tidak berilmu kebanyakannya dan Melayu yang digambarkan oleh penulis barat sebagai pemalas, bodoh, pemabuk, suka berjudi dan berfoya-foya.

Maka tidak hairanlah pada waktu itu maka menaikkan status pemimpin dan pegawai Melayu ke status sama seperti penjajah dapat dilihat disemua peringkat hirarki lapisan masyarakat tempatan.
Maka mencurah curahlah arak di Mess Parlimen untuk wakil rakyat. Mencurah curahlah arak di mess tentera, PDRM hatta harga beer di kem askar Melayu yang disebut sebagi NAFI adalah hampir sama dengan coca cola.
Fenomena ini berterusan hingga akhir 70 an.

Pada masa yang sama  kilang arak di Petaling Jaya dirasmikan pembukaannya oleh Tun Razak dan puncaknya pusat perjudian terbesar di Asia yang merupakan menara gading maksiat di negara ini bertakhta di Genting Highland dan duduk bersemayam sebagai Pengerusi adalah datuk kepada Datuk Sri Najib dan Datuk Sri Hishamuddin, Mertua kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn, dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dan Presiden UMNO lambang kuasa Melayu yang telah banyak juga mencederakan maruah Melayu dan maruah Negara sebagai negara yang dikatakan Islam sebagai agamanya.

*Apakah semua ini angkara DAP ?*

Selepas 1969 dan tertubuhnya BN, UMNO terus memerlukan sokongan Melayu untuk terus berkuasa.
Kini apakah lagi dalilnya yang perlu dicari sebagai meneruskan usaha *menakutkan Melayu tentang kehilangan kuasa, hak istimewa , kedudukan Islam dan raja raja.*

*Ya Melayu perlu dikuasai pemikirannya supaya terus mengharapkan pembelaan dari UMNO* yang sebelumnya gagal membela Melayu dibawah fasa pertama berdama PERIKATAN.

*Melayu perlu dimomokan dan ditakutkan oleh ancaman Cina.*

Masalahnya selepas 1969 ancaman komunis telah tamat.
Oleh itu ancaman komunis tidak lagi wujud untuk digunakan oleh pemimpin UMNO bagi menakutkan Melayu tentang bahaya ancaman kaum Cina keatas kuasa Melayu.

*Maka bermulalah era baru dalam sejarah indoktrinasi negatif pemikiran Melayu selepas tamatnya indoktrinasi pemikiran negatif fasa pertama oleh UMNO ke atas Melayu dizaman pemerintahan PERIKATAN yang gagal membela nasib Melayu.*

Kebangkitan Cina di bumi Melayu adalah merupakan isu sensitif yang mempengaruhi pemikiran Melayu yang jauh tertinggal di belakang kaum Cina dinegara ini. *Ini dikenal pasti sebagai racun mujarab bersalut madu politik UMNO yang mudah digunakan untuk memesongkan fokus sebenar Melayu tentang kemunduran mereka dan membolehkan UMNO mengeksploitasikan keadaan dan mendakwa diri mereka sebagai penyelamat Melayu di atas sentimen sempit nafsu perkauman yang mengambarkan Cina sebagai musuh Melayu.*

Maka di atas pendekatan ini lah *pemikiran Melayu dipesongkan ke arah menakutkan mereka tentang kekuatan Cina* dan *membentuk satu pemikiran Melayu yang membenci Cina.*
Ini jelas dilaksanakan secara *halus dan sulit* di dalam program bina semangat melalui Biro Tata Negara dan berbagai perkumpulan Melayu yang lain

Seterusnya *mewujudkan perasaan takut cemburu iri hati dan sakit hati Melayu terhadap Cina* yang diwujudkan dengan berbagai cara ini akhirnya diolah dengan menjuruskan *prasangka jahat terhadap Cina* untuk mencapai maksud sebenar UMNO iaitu *menyamakan ancaman Cina ini sebagai ancaman DAP yang merupakan parti politik berbilang kaum yang bertambah kuat dan diterima oleh bukan Melayu dan dipimpin oleh pemimpin yang berilmu dan berkebolehan.*

Maka kini berjayalah *UMNO memesongkan pemikiran sebahagian Melayu kearah membenci DAP sedangkan DAP adalah juga parti yang dianggotai oleh Cina India dan Melayu.*

Senjata makan tuan begitulah bayangan pepatah Melayu.
*Pemikiran jahat UMNO terhadap DAP kini menarik ramai generasi muda Melayu yang berpendidikan menyertai DAP.*

Bahkan *DAP kini memenangi hati bukan Melayu dan mendapat sokongan hampir 90% dari penggundi bukan Melayu dan kini DAP menyertai PH yang dianggotai oleh tiga parti politik majoriti Melayu.*

Dimana UMNO dalam BN ? *Satu* parti politik Melayu diantara 13 parti politik bukan Melayu.

Di Selangor, *Melayu masih berkuasa dan terbela walau pun DAP adalah parti bersama* yang membentuk *kerajaan bukan BN di Selangor yang amat berjaya* tidak seperti dibawah BN dahulu.

Sedarlah *kejatuhan sesuatu bangsa zaman moden* ini adalah ditentukan oleh *bangsa mereka sendiri dan bukan kerana kejayaan kaum lain.*

*Melayu hari ini akan menjadi bangsat kerana dibangsatkan oleh Melayu UMNO dan bukan oleh DAP.*

Zimbabwe, Sri Lanka kini didalam cengkaman Cina komunis bukan kerana adanya rakyat mereka berketurunan Cina yang menekan mereka.
*Mereka dibangsatkan oleh pemimpin korup mereka yang menggadaikan negara mereka ke tangan Komunis China.*

*What Zimbabwee and Sri Lanka today is what Malaysia tomorrow.*

Dahulunya perajurit kita anak melayu beribu terkorban dan ramai lagi yang cacat tercedera mempertahankan negara bangsa di medan perang di hutan belantara hidup rakyat terseksa.
*Hari ini berbondung-bondung China Kominis diberikan layanan istimewa dan datang dan duduk di bumi Melayu malah diberi layanan lebih istimewa dari penjajah yang pernah menjajah kita.*

Kini telah wjud *wilayah bebas dalam bentuk tapak kediaman dan perkilangan industri bagi rakyat China Komunis di bumi kita.*
Universiti China besar tersergam indah khusus untuk pelajar *China Komunis dibina dikawasan Dengkil berdekatan Sepang.*
*Kita kini berhutang ratusan billion Ringgit kepada Cina untuk projek ECRL yang menguntungkan Cina menakala beban hutang ditanggung oleh rakyat.*

Puncaknya kini *UMNO BN duduk roundtable bersama berbincang dengan wakil Parti Komunis China dibumi kita.*
Apakah akan berlaku *transformasi ideologi komunis kepada UMNO BN.*

Dalam suasana kita di bumi Melayu ini mula dikelilingi dan dibayangi oleh *kuasa Komunis China apakah ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu, Islam sebagai agama negara tidak terancam ?*

Apakah Cina rakyat Malaysia yang mengancam Melayu. ?

Apakah segala ancaman dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV . FIC . BANK NEGARA  pengkhianatan terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya tinggal 12% dan di Johor skandal rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan hartanah lot Bumiputra bagi rakyat Melayu Johor *adalah malapetaka dan angkara DAP ?*

*Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang diberikan kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang menghancurkan serta merosakan Melayu dan Negara .*

PKR,PH DAN MALAYSIA SIRI 4



Keputusan Azmin untuk menolak pembentukan Pakatan Harapan hanyalah semata-mata kerana bimbang beliau akan dijatuhkan sebagai MB. Azmin tidak pernah pedulikan setiakawan. Yang penting ialah dirinya sendiri. Setiakawan hanyalah slogan untuk mengekalkan kedudukannya. Azmin tidak pernah pedulikan PH pada awalnya bahkan kumpulannya bertindak dengan cara meremehkannya. Apakah Tian Chua dan Sivarasa tidak melihat ini sebagai penolakan terhadap keputusan parti dan keputusan bersama kerjasama politik yang kita pegang?

Bila PPBM muncul dan menyertai PH, Azmin masih berusaha mendapatkan sokongan PAS. Tian Chua yang pada ketika ini mula menyertai kem Azmin pergi ke Kelantan mewakili kem Azmin untuk menunjukkan gesture hubungan baik. Semua tindakan ini hanyalah untuk mengukuhkan kedudukan peribadi, bukan kerana PAS memang mahukan Azmin menjadi MB. Keputusan Majlis Pimpinan PAS Pusat semasa krisis MB ialah menyokong Wan Azizah dan Azmin. Ini menjadikan Wan Azizah mendapat sokongan penuh PAS, DAP dan hampir semua ADUN PKR. Azmin?

Amanah dan Bersatu terbentuk lewat krisis dalam PAS dan UMNO. Azmin masih berusaha mendapatkan sokongan PAS yang tidak memberi respond positif. Mereka hanya mahu kekal menjadi EXCO di Selangor dan menikmati segala kemudahan, gaji, elaun dan pencen. Sambil terus kekal dalam kerajaan Selangor mereka menyerang kepimpinan PH.

Bila kerjasama PH semakin teratur, dengan pertemuan dan rundingan Tun M dan Anwar yang menggembirakan banyak pihak, struktur asas kerjasama dibentuk di mana Anwar yang masih di penjara dilantik menjadi Penasihat, Tun M menjadi Pengerusi dan Wan Azizah menjadi Presiden. Muhyiddin, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng dilantik sebagai Timbalan Presiden. Ketika ini Azmin mungkin sedar beliau terpaksa menerima PH. Azmin sekali lagi menunjukkan beliau hanya pentingkan kedudukan politik peribadi. Beliau melobi untuk diletak sebaris dengan pemimpin parti-parti komponen sebagai Timbalan Presiden PH. Apakah Azmin fikir orang akan lupa beliau ditempelak Mohamad Sabu “macam mana you nak jadi Timbalan Presiden mesyuarat PH Selangor pun you tak buat”.

Itulah Azmin. Kerana mahu menjaga hati PAS, beliau tidak mahu mengiktiraf Amanah. Sanggup tidak buat mesyuarat PH Selangor yang beliau diamanahkan sebagai Pengerusi atas kedudukan beliau sebagai MB Selangor demi menjaga reputasi peribadi dengan PAS. Apa yang Azmin lakukan selepas ditempelak Mohamad Sabu? Esoknya beliau terus mengadakan mesyuarat dan dimuat naik ke media sosial untuk menggambarkan beliau kini mengikut keputusan PH.

Tetapi itu bukan niat sebenar beliau. Beliau tahu kenyataan Mohamad Sabu boleh memberi implikasi kepada kedudukannya dalam PH. Beliau terpaksa berenang dalam banyak kolam demi menjaga kedudukannya di Selangor dan peluangnya pada masa akan datang.

Azmin dan kumpulannya jangan ingat rakyat lupa bahawa merekalah yang sekali lagi menolak keputusan menamakan Tun M sebagai PM. Mereka tahu lebih mudah menolak Anwar yang dinamakan pengganti kerana beliau masih di penjara. Belum ada keputusan jelas tentang kedudukan kes Anwar pada waktu itu. Beliau mungkin saja dibebaskan tetapi digantung daripada politik sebagaimana tahun 2004. Jadi Azmin dan kumpulannya mempertikai Tun M sebagai calon PM. Siapakah calon pengganti yang mereka mahukan? Azmin. Sekali lagi semuanya tentang diri beliau. Azmin tidak pernah pedulikan komitmen beliau kepada kerjasama politik dan setiakawan kecuali ia dapat melonjakkan dirinya sendiri ke kedudukan kuasa. Pasukan Azmin hanya mengendurkan cemuhan pilihan Tun M menjadi PM bila Tun M sendiri berkias “Azmin pun layak tapi dia tak dipilih”. Azmin tahu salah percaturan dia terpaksa berlawan dengan Tun M. Adalah lebih baik dia menawarkan diri berbaik dan mengukuhkan kedudukannya.

Azmin sekali lagi menggunakan jalan belakang dalam penamaan Kabinet. Maka tidak menghairankan jika Sivarasa beria menyokong beliau. Tian Chua pula sanggup dilantik menjadi pegawai tidak bergaji di KKR (apakah ini amalan governans terbaik tidak pula dihujahkan beliau). Apakah Sivarasa, Baru Bian, Saifuddin Abdullah, Zuraidah, Azmin pernah membangkitkan agar pelantikan Kabinet dibincang bersama? Tidak. Cuba jika mereka tidak dilantik. Pasti situasi sebaliknya berlaku. Begitu juga pelantikan Amirudin sebagai MB Selangor ketika sudah ada konsensus 4 parti memilih calon lain.

Inilah latar mengapa kumpulan Azmin cukup diragui dalam penamaan calon atau pelantikan ke jawatan Kabinet dan pimpinan lantikan parti. Mereka akan bercakap tentang keputusan bersama walhal ia hanyalah hujah bila keputusan bersama akan memihak mereka. Mereka akan bercakap tentang komitmen bila komitmen itu memihak mereka. Mereka akan bercakap tentang setiakawan dan ketaatan bila setiakawan dan ketaatan memihak mereka.

Kini kita sekali lagi berdepan dengan usaha melanggar konsensus PH untuk melantik Anwar sebagai PM ke-8. Sebenarnya ini bukanlah isu utama PH. Tetapi ia dianggap penting kerana sejarah pertembungan Tun M dan Anwar yang unik. Tanpa kebesaran jiwa kedua-dua mereka, pasti PH berbeza pada hari ini. Tanpa PH pada hari ini, peluang untuk menang PRU14 mungkin lebih kecil. Ada rasa ingin tahu yang besar dalam kalangan masyarakat dunia untuk melihat sama ada Tun M dan Anwar benar-benar telah menutup kisah pertembungan lalu yang ditandai dengan peralihan kuasa daripada Tun M kepada Anwar. Apatah lagi Wan Azizah telah menunjukkan kebesaran jiwa menolak pelantikan sebagai PM.

Namun lingkaran politik bukanlah terlalu sulit. Pada masa yang sama diketahui ada usaha untuk membentuk kerajaan pintu belakang yang menjadi buah mulut dalam UMNO dan PH. PAS, Warisan dan GPS juga tahu tentang ini tetapi mereka mengambil pendekatan lebih berhati-hati.

Nama-nama pemimpin di depan dan di belakang usaha ini juga bukanlah tidak diketahui. Malangnya ada dalam kalangan pemimpin dan penyokong PKR sendiri sedia mengambil jalan ini demi kuasa. Sehingga hari ini Tian Chua masih diam dan tidak menjelaskan dakwaan pemimpin Gerakan bahawa beliau cuba merundingi pengambilalihan parti itu oleh pasukan Azmin. Pada masa satu pilihan yang mungkin dilihat lebih berpotensi menarik sokongan UMNO dan PAS ialah membentuk kerajaan baru tanpa DAP, Amanah dan kumpulan yang tidak bersama Azmin dalam PKR.

Team Azmin cukup tahu antara langkah penting yang perlu mereka lakukan ialah menghidupkan pertembungan Tun M dan Anwar. Isu Anwar menjadi PM8 mesti dibingkai dalam kerangka “tidak sabar”. Maka Azmin dan kumpulannya tiba-tiba bersungguh mahu Tun M menghabiskan penggal penuh sedangkan mereka tidak mahu pun Tun M menjadi PM. Kumpulan Azmin terus bertindak dengan pelbagai cara untuk menunjukkan kepimpinan Anwar lemah. Anwar cuba dimalukan dengan pelbagai cara. Mereka lupa ketika Saidina Ali ditanya tentang kegawatan masyarakat di zamannya, Saidina Ali menegaskan pemimpin terdahulu mempunyai pengikut yang taat dan berdisiplin seperti beliau manakala pengikut di zaman beliau tidak mempunyai teladan tersebut.

Kuasa melantik yang diberikan kepada Presiden memang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan beliau supaya dalam tempoh kepimpinannya mesyuarat dapat berjalan dan keputusan dapat diambil. Hanya orang bodoh akan melantik mereka yang sudah menang atau mereka yang akan menentang dirinya. Namun itu tidak beerti mesyuarat tidak perlu dibuat dan dihadiri.

Mereka yang mempersoal keputusan Anwar berasaskan Perlembagaan parti ini tidak pernah pun kedengaran mempersoal keputusan Azmin yang bertentangan dengan parti terutama sejak beliau menjadi MB Selangor. Mereka tidak boleh salahkan anggota parti jika ada yang percaya mereka telah dibeli dengan pelbagai kepentingan jawatan, gaji, elaun, kemudahan, bantuan politik dan sebagainya. Tidak susah untuk anggota parti melihat bagaimana cara hidup lingkaran Azmin yang jelas mewah serba-serbi.

Seluruh kronologi ini perlu difahami agar kita sedar kenapa Azmin dan pasukannya adalah duri dalam daging Pakatan Harapan. Jika mereka sebagai satu kumpulan dalam PKR boleh melanggar keputusan parti, konsensus PH berkali-kali, apakah ertinya? Apakah mereka lebih besar dan mengatasi segalanya?

Tindak tanduk Azmin dan kumpulannya tepat dengan pepatah Melayu Beraja Di Mata Bersultan Di Hati, iaitu hanya menurut nafsu sendiri.

PKR,PH DAN MALAYSIA SIRI 3



Umum mungkin mengatakan Khalid Ibrahim dijatuhkan melalui Langkah Kajang. Tapi Langkah Kajang hanya dibuat selepas PRU13. Tian Chua dan Sivarasa pasti tahu siapa pemimpin dan kumpulan yang bersungguh memaksa parti menukar MB sejak 2008.

Tian Chua dan Sivarasa mungkin tidak mahu mengakui masalah ini bermula sejak 2008 kerana mereka berada dalam kedudukan politik berbeza iaitu melawan Azmin. Meskipun Tian Chua ada membuat kenyataan menyokong Saifuddin Nasution pada ketika itu, ramai tahu beliau dalam kumpulan Khalid Ibrahim selepas menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden. Tian mungkin lupa beliau antara yang pergi memujuk Khalid Ibrahim kekal menjadi MB bila Sultan Selangor enggan melantik Wan Azizah menjadi MB pada tahun 2014. Tian Chua juga mungkin lupa Azmin mahu mengangkat bekas pemimpin Gerakan yang baru masuk parti untuk dijadikan Naib Presiden parti.

Sivarasa tentu ingat semasa kemelut penggantian MB Selangor itu beliau sering tampil menjelaskan keputusan Lembaga Disiplin memecat Khalid Ibrahim. Apakah beliau berani menggunakan alasan-alasan yang sama dalam kes Azmin dan kumpulannya?

Jika Sultan tidak mahu melantik Wan Azizah atas apa alasan sekalipun, Tian Chua dan Sivarasa pasti tahu bahawa sokongan kepada Wan Azizah yang menghilangkan kepercayaan dua pertiga kepada Khalid Ibrahim dan sekaligus menghentikan kemelut MB Selangor yang berpanjangan itu. Jika bukan Wan Azizah yang dipilih seharusnya rundingan dibawa semula kepada semua parti. Tetapi apa yang berlaku ialah jalan belakang telah dipilih. Oleh siapa? Azmin. Jika ada sokongan terhadap Azmin kemudian pada ketika itu hanyalah bersifat formaliti. Sejak itu jugalah budak-budak Azmin secara keterlaluan menyerang DAP dan kumpulan pengasas Amanah yang tidak memberi sokongan untuk beliau menjadi MB. Jika hari ini kumpulan Azmin mahu bercakap tentang keputusan bersama mereka harus melihat cermin yang besar.

Kemegahan dan keangkuhan Azmin dan kumpulannya bukanlah tidak diketahui oleh Tian Chua dan Sivarasa. Beberapa skandal muncul di Selangor tetapi tidak dijawab dengan baik malah tidak dibawa ke SELCAT semasa pentadbiran beliau. Berapa kali SELCAT berjalan semasa pentadbiran beliau? Tidak pernah kita dengar.

Skandal-skandal ini pernah dikemuka oleh CheguBard dalam FB lama beliau. Pintu gerbang berhampiran UM. Pembaikan bumbung masjid Negeri Shah Alam. Parkir perpustakaan negeri. Mengapa ia tak dijawab secara tegas? Adakah ia ada kaitan dengan pelantikan beliau sebagai MB? Projek pasir yang mengkayakan anak saudara beliau. Bukankah itu hanya tip of the iceberg?

Azmin ketika awal menjadi MB telah mengherdik Saari Sungib di Twitter yang mengingatkan bahaya mencapai kuasa melalui jalan belakang. Ketika itu adakah Azmin lupa Saari jauh lebih banyak berkorban semasa reformasi? Bukankah pengorbanan Saari yang mengingkari keputusan PAS membolehkan Khalid Ibrahim hilang majoriti? Pada Azmin kritikan Saari adalah kerana inginkan jawatan EXCO. Azmin fikir orang lain gila kuasa seperti beliau. Sebenarnya jika Wan Azizah tidak mahu dipilih menjadi MB, Saari Sungib adalah sosok yang elok dijadikan MB walaupun beliau mungkin tidak berparti. Mungkin itu yang Azmin bimbangkan.

Azmin selalu memperagakan kejayaan sebagai MB. Tidak ada apa yang hebat tentang Azmin kerana kejayaan beliau ditunjuk dengan berbelanja rezab simpanan semasa pentadbiran Khalid Ibrahim sehingga menyebabkan pentadbiran semasa sukar mengekalkan beberapa program Merakyatkan Ekonomi Selangor kerana kekangan kewangan.

Pertambahan rezab yang dicanang oleh Azmin semasa pentadbirannya adalah palsu. Tidak ada satu pun usaha Azmin yang menambah hasil negeri. Beliau hanya tahu berbelanja. Selebihnya beliau bernasib baik kerana pertumbuhan ekonomi Malaysia umumnya mengalir ke Selangor sejak dulu sebagai negeri industri.

Semasa menjadi MB Azmin bukan membantu parti tetapi mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya. Hanya mereka yang terpilih mendapat bantuan.

PKR,PH DAN MALAYSIA SIRI 2



Ini fakta yang perlu kita telan. Kezaliman terhadap banyak pihak termasuk kepada Tian Chua, Ezam, Hishamuddin Rais, Raja Petra, Saari Sungib dan ramai lagi dulu mendapat sambutan kerana mereka berani tampil membela ketidakadilan terhadap Anwar. Bukan kerana sosok mereka memang sangat berpengaruh sehingga boleh mencetuskan arus reformasi yang terus dirasakan sampai hari ini. Masing-masing mungkin ada pengikut mereka. Tapi jumlah pengikut ini rata-rata muncul dan membesar selepas peristiwa 1998 bukan kerana mereka memang tokoh hebat yang punya ribuan pengikut tersedia.

Isu orang lama orang baru rentetan apa yang berlaku di Kongres seperti perkelahian antara budak sekolah yang lebih senior dan lebih junior. Nampak lekeh. Macamlah tidak ada orang lama yang berkhianat. Macamlah tidak ada orang baru yang berani. Macamlah orang lama betul semua. Macamlah orang baru tak tahu apa dan tak ada sumbangan. Macamlah orang lama tak ada sumbangan besar. Macamlah orang baru lebih tahu segalanya. Macamlah orang lama sudah tidak diperlukan. Macamlah orang baru segala-galanya.

Dakwaan siapa lebih bagus yang lama atau yang baru ini sebenarnya memalukan. Orang lama harus sedar mereka tidak menang di zaman awal tetapi mendapat sokongan generasi baru untuk berada dalam prestasi sekarang. Orang baru juga harus sedar  kita berada di sini hasil perjuangan yang dicetuskan dan dimulakan oleh orang lama. Ada beza antara pencetus dan pemula. Jika Anwar tak bangkit melawan membela maruahnya, tak ada pemula yang boleh menggarap seluruh kekuatan pelbagai kaum sehebat beliau. Yang sembang hebat memang ramai boleh buat.

Inilah kekuatan PKR. PKR adalah parti paling beraneka. Segala macam latar belakang demografik ada dalam parti ini. Tapi nampaknya naratif Malaysia Baru yang mahu membela rakyat dengan formula baru - bukan berasaskan kaum - tenggelam. Kongres tempoh hari gagal mengangkat persoalan ini lebih daripada pertembungan antara dua pemimpin tertingginya.

Azmin yang dulunya dikecam kerana berleluasa dalam parti dan dilindungi Anwar kini menjadi seteru utama Anwar. Kedua-dua mereka mungkin tidak mahu mengaku tetapi sekurang-kurangnya tanggapan itu ada dalam kalangan orang-orang lama dan baru yang cakna dengan perkembangan parti. Tian Chua dan Sivarasa yang kini menjadi orang kuat Azmin lebih tahu tentang leluasanya Azmin dalam parti kerana kekuatan kewangan dan penggunaan maksimum tanggapan bahawa beliau orang kepercayaan Anwar.

Sivarasa konon membangkitkan masalah bermula sejak sebelum PRU14 dalam soal pemilihan calon pilihan raya dan nama-nama yang diangkat ke Kabinet. Ini membayangkan fokus beliau adalah kepada kuasa. Beliau patut akui bahawa masalah PKR hari ini sebenarnya bermula sejak 2008. Ini kerana parti telah mengangkat Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor. Siapa yang tidak berpuas hati ketika itu? Azmin Ali.

Tian Chua dan Sivarasa pasti ingat antara hujah-hujah menghentam Khalid Ibrahim ialah kerana beliau culas datang ke mesyuarat parti. Tian dan Sivarasa pasti ingat bagaimana MPP yang dikuasai oleh Azmin cuba memaksa Khalid Ibrahim letak jawatan dan mengusul penggulingan Presiden kerana tidak mengangkat Azmin sebagai MB.

PKR, PH DAN MALAYSIA SIRI 1




Rumah siap pahat masih berbunyi. Pepatah ini sesuai menggambarkan Kongres PKR minggu lalu. Nampaknya masalah parti itu yang nampak macam menuju penyelesaian 24 jam sebelum bermula Kongres itu menjadi semakin besar.

Ini tidak sihat untuk Malaysia Baharu kerana PKR adalah parti terbesar dalam kerajaan. Tambahan pula imej PH belum cukup baik dan terbukti dengan kekalahan besar di Tg Piai. Cerita politik dalaman PKR hanya menyumbang kepada sebab lain kenapa rakyat tidak begitu yakin dengan kestabilan kerajaan pada hari ini.

Tapi masalah dalaman PKR bukan baru. Sejak penubuhannya dengan nama PKN dulu pun ramai pengasas dan kumpulan pemimpin parti itu keluar dan menyertai parti lain. PKR tetap dapat undian mengikut corak mood rakyat terhadap isu semasa, bukan kerana pergolakan dalaman parti itu.

Menarik sekali jika ditanya kepada bekas pemimpin-pemimpin parti itu mereka akan memberi dua sebab tidak lagi meyakini perjuangan PKN atau PKR iaitu kerana faktor Azmin cuba mengawal parti itu dan Anwar memihak kepada Azmin bila ada pergeseran antara Azmin dengan mereka. Azmin pada waktu itu menggunakan kedudukan sebagai bekas SU Sulit Anwar untuk mengekal dan mengukuh pengaruhnya dalam parti. Siapa berani menyanggah Anwar? Maka mereka terpaksa akur dengan Azmin yang mendakwa mewakili aspirasi Anwar. Antara yang kecewa pada waktu itu termasuk Chandra Muzaffar, Abdul Rahman Othman, kumpulan ABIM, Ezam Mohd Nor dan rakan-rakan pengasas Pemuda Keadilan bahkan ramai lagi yang mungkin kurang dikenali umum.

Anwar pada waktu itu lebih banyak di dalam penjara. Wan Azizah bukanlah ahli politik. Beliau lebih merupakan simbol bahawa parti ini terasas daripada perjuangan Anwar dan Anwar masih belum mendapat keadilan. Bayangkan jika Chandra Muzaffar atau Azmin atau Ezam mahukun Syed Husin Ali jadi Presiden PKN atau PKR sejak 1999 atau 2003. Tak sama auranya. Silap haribulan PKN atau PKR jadi macam PRM saja. Isu Anwar adalah simbol ketidakadilan yang besar. Bukanlah isu-isu rakyat yang lain tidak penting. PAS, PRM dan banyak lagi pemimpin dan parti bercakap pasal isu rakyat sejak dulu. Impak politiknya tak pun menggegar kekuasaan BN sebagaimana isu Anwar pada tahun 1999.

JINGGA 13 : MOHON BANTU INSAN INI

Jingga13 Pahang rayu bantu Sdr Zainol sekeluarga hadapi musibah kebakaran di Felda Sungai Koyan Satu

Jingga 13 Pahang mohon sedikit
 sumbanga pada saudara Zainol Abidin
 bin 
Abdullah yang mengalami musibah  kebakaran rumah beliau di Felda Sungai 
Koyan Satu , Pahang  . Kejadian berlaku jam 9.30 malam tadi pada 
17 Disember 2019.



Mangsa merupakan pesara  tukang kebun Sekolah Kebangsaan Sungai Koyan, 
Pahang . Isi rumah tersebut adalah 9 orang dan sekarang menumpang tinggal
 di rumah anaknya di lot yang sama.



Kepada mana-mana pihak yang prihatin silalah membantu mereka sekeluarga 
dengan memasukkan bantuan kewangan di Maybank 156114152583 di atas 
nama Zainol Abidin bin Abdullah


Atau menghubungi Sdr Shahril , Koordinator Jingga13 Pahang untuk sebarang
 pertanyaan dan bantuan barangan di talian 0199224822

Peranan Parlimen terus diperkasa dalam era Malaysia Baharu




Oleh Nga Kor Ming
(Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Timbalan Setiausaha Agung DAP)
Sistem demokrasi berparlimen adalah sistem yang diamalkan oleh negara kita. Institusi Parlimen sebagai institusi perundangan tertinggi negara adalah institusi paling penting untuk memastikan sistem demokrasi negara kita terus subur dengan mekanisme semak dan imbang yang lebih berkesan. Justeru itu, Reformasi Parlimen adalah agenda penting dalam era Malaysia Baharu. Perlu diingatkan bahawa agenda Reformasi Parlimen juga merupakan janji ke-16 manifesto Pakatan Harapan (PH) yang terkandung dalam Buku Harapan. 

Pada 2019, pelbagai langkah reformasi atau penambahbaikan telah dilaksanakan dan usaha ini mula membuahkan hasil. Antara 11 pencapaian positif Reformasi Parlimen adalah seperti berikut:

1. Buat pertama kali dalam sejarah, jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) disandang oleh wakil pembangkang. Ini bagi memastikan PAC terus memainkan peranan semak dan imbang yang lebih berkesan.

2. Penubuhan 11 Jawatankuasa Pilihan Khas yang dipengerusikan oleh wakil kerajaan termasuk wakil pembangkang. Dalam aspek ini, PH berjaya mencatat sejarah apabila Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) buat pertama kalinya telah dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas untuk sesi libaturus dan kajian. Ini membuktikan bahawa Parlimen bukan lagi “rubber stamp”. Selain itu, 11 Jawatankuasa Pilihan Khas ini juga telah mengadakan lebih 130 kali mesyuarat sepanjang tahun 2019.

3. Bagi pelaksanaan sistem Jawatankuasa Pilihan Khas, Parlimen Malaysia telah berjaya mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar Parlimen UK, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand sebagai rujukan. Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas akan dibentang di Parlimen untuk dibahas. Contohnya laporan PAC berkaitan dengan wang GST RM19.4 billion yang hilang, telah dibentang dan dibahas di Dewan Rakyat. PAC juga adalah jawatankuasa yang paling aktif. Sepanjang tahun ini PAC sudah mengadakan mesyuarat sebanyak 77 kali dan ini juga merupakan rekod tertinggi dalam sejarah. 

Terima kasih juga kepada Kementerian Kewangan yang meluluskan RM3 juta bagi memastikan langkah pembaharuan ini berjalan dengan lancar termasuk mengupah kakitangan tambahan. 

4. PH berjanji bahawa Parlimen akan bersidang sehingga 100 hari. Parlimen Malaysia sedang berada di landasan yang tepat untuk mencapai matlamat tersebut. Dari 53 hari pada 2017, 58 hari pada 2018, 68 hari pada 2019 dan pada 2020, Parlimen akan memanjangkan tempoh bersidang kepada selama 77 hari. Pertambahan melebihi 30%. 

5. Pindaan kepada perintah tetap selaras dengan prinsip ketelusan dan akauntabiliti. Pindaan terhadap Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dan Peraturan Mesyuarat Perkara 83 dan Perkara 85 dilakukan supaya mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas boleh diadakan secara terbuka serta mempunyai kuasa untuk memanggil siapa saja sebagai saksi termasuk Perdana Menteri. Langkah ini membuktikan Parlimen kini sedang menuju ke arah pentadbiran yang lebih telus, bersih dan penuh akauntabiliti. Perintah Tetap 17 juga dipinda supaya Ahli Parlimen boleh bertanya soalan tambahan semasa mesyuarat di kamar khas berkenaan urusan pentadbiran kerajaan. 

6. Hari Menteri Menjawab. Sesi soal jawab lisan kini menjadi lebih berkesan dengan had masa yang ditetapkan. Produktiviti sesi soal jawab telah meningkat 100%. Sebelum ini, Menteri hanya sempat menjawab sekitar lapan soalan dalam sesi waktu pertanyaan lisan, kini telah meningkat kepada 15 soalan. Sistem Hari Menteri Menjawab juga diperkenalkan supaya Menteri boleh memberi tumpuan dalam melaksanakan tugas kementerian kerana tidak perlu hadir ke persidangan Parlimen setiap hari. Selain itu, pada era Malaysia Baharu, Parlimen tidak lagi bersidang sehingga subuh atau awal pagi. Kini waktu bersidang tidak melebihi jam 12 malam. 

7. Kedai pintar pertama Parlimen di dunia telah ditubuhkan di Parlimen Malaysia.
8. Siri syarahan speaker. Tokoh akademik dan pemimpin luar negara kini dijemput untuk memberi kuliah apabila mereka melawat Parlimen. Sebagai contoh Speaker Singapura, Tan Chuan Chin; Pegawai Parlimen UK, Sir David Natzler dan pegawai Parlimen Australia, David Elder telah menyampaikan kuliah di Parlimen. Program seperti ini mendedahkan kepada anggota Parlimen tentang amalan terbaik Parlimen yang menetapi piawai peringkat antarabangsa. 

9. Buat pertama kali dalam sejarah, Laporan SUHAKAM telah dibentang dan dibahas di Dewan Rakyat sekaligus mengakhiri penantian selama 19 tahun badan tersebut. Ini membuktikan bahawa Malaysia Baru mengambil berat tentang rekod hak asasi manusia.

10. Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen. Akta baru ini akan diperkenalkan pada Mac 2020. Kelulusan akta baru ini akan menjadikan institusi Parlimen sebuah badan yang bebas selaras dengan doktrin pengasingan kuasa. 

11. Pada 2019, Parlimen juga mula mengaktifkan semula Diplomasi Parlimen untuk mengangkat martabat dan imej negara di persada antarabangsa. Dalam aspek ini, Parlimen Malaysia telah dijemput sebagai wakil rasmi ke Pilihan Raya Presiden Republik Indonesia pada April 2019 dan Pilihan Raya Umum Uberkizhtan. Selain itu, Parlimen juga berjaya menubuhkan lima kumpulan APPG atau All Parties Parliamentary Groups & Parliament Friendship Group dengan 36 buah negara. Ini menunjukkan bahawa institusi Parlimen Malaysia lebih menonjol dalam usaha hubungan dua hala atau hubungan multi lateral dengan badan-badan dunia.




ZURAIDA & AZMIN DIPERALAT MAHATHIR - Otai Reformasi




DAKWAAN Otai Reformasi bahawa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali diperalatkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan sesuatu yang serius. 

Otai Reformasi mendakwa kedua-duanya diperalatkan bagi mengekang kemaraan DS Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri kelapan. 

Anwar yakin bahawa beliau akan menjadi perdana menteri pada atau sebelum Mei 2020 sementara Mahathir membayangkan bahawa beliau hanya bersedia melepaskan jawatan selepas Persidangan APEC 2020 atau selepas November 2020.

Samada benar atau tidak mereka diperalatkan bagi mengekang kemaraan Anwar sebagai calon perdana menteri kelapan, kedua-dua menteri berkenaan perlu mengesahkannya, menafikannya atau mengambil tindakan undang-undang.

Ramkarpal gesa siasatan semula kes bunuh Altantuya



Peguam mewakili keluarga Altantuya Shaariibu, Ramkarpal Singh menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung pembunuhan wanita warga Mongolia itu susulan pendedahan mengejut bekas anggota polis, Azilah Hadri.

Azilah, seorang dari dua tertuduh yang dijatuhi hukuman mati berhubung kes berkenaan, mendakwa telah diarahkan oleh Najib Razak yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri untuk membunuh Altantuya pada 2006.
Pendedahan itu difailkan Azilah menerusi Akuan Bersumpah (SD) dan dilaporkan serta diterbitkan penuh oleh portal berita, Malaysiakini, hari ini. 

Menurut Ramkarpal, pihak berkuasa boleh menggunakan SD berkenaan bagi membuka semula siasatan berhubung pembunuhan Altantuya. 

“Tidak perlu tunggu untuk laporan polis dibuat berhubung perkara itu kerana polis boleh mengambil tindakan berdasarkan SD itu sendiri. 

“Kenyataan terbaru sekarang perlu diambil dari Azilah sendiri dan orang-orang yang dia libatkan dalam SD yang diperkatakan, termasuk Najib dan saya menggesa Ketua Polis Negara (Abdul) Hamid Bador berbuat demikian dengan serta-merta memandangkan betapa seriusnya dakwaan yang diperkatakan.

“Misteri tentang siapa mengarahkan pembunuhan Altantuya mesti diselesaikan dan perkembangan hari ini boleh menjadi satu langkah penting ke arah itu. 

“Keluarga Altantuya tidak akan berdiam sehingga motif dan personaliti di sebalik pembunuhan kejamnya didedahkan dan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan,” kata Ramkarpal dalam kenyataan, hari ini. 

Selain Najib, Azilah turut mendakwa arahan pembunuhan dan menghapuskan Altantuya juga di bawah pengetahuan bekas pembantu Najib, Razak Baginda dan pegawai kanan polis DSP Musa Safri.

RAKYAT MALAYSIA SEPERTI UK MAHU TARIKH PERALIHAN KUASA

JOM MAKAN ANGIN SAMBIL CARI MODAL BERNIAGA. TAK ADA DUIT HUTANG KERAJAAN PUSAT.



Oleh:Miqdada Zakaria





Dapat duit Pinjaman dari kerajaan Pusat terus pergi makan angin.. 

Mudah gila bawa islam.. Lepas makan angin.. Makan angin.. Lepas makan angin.. Makan angin.. Lepas tu baru makan angin pulak.. Last sekali cukup bulan beranak.. 

Tu je la cara bawa islam mengikut khadam MCA.. 

Ha ha..

Dah ada yang kata Anwar pulak yang suruh Azilah buat SD..


Oleh: Mohd Islam Lilalamin

Dah ada yg kata Anwar pulak yg suruh Azilah buat SD..
mmg jahat betul le si perancang konspirasi yg nak jatuhkan Anwar ni..

Apa kepentingan Anwar nak buat macam tu?
apa pula kuasa Anwar sampai boleh jumpa banduan akhir?

yang ada kepentingan di sini (jika benar SD tu Azilah dipaksa lalukan) adalah mereka yg mahu menubuhkan kerjaan pintu belakang dan sekaligus menafikan Anwar untuk jadi PM

hujahnya : hujahnya adalah kerajaan pintu belakang sekarang ni tidak cukup jumlah sokongan MP..

dalam UMNO kini terdapat sejumlah MP yg tidak menyokong usaha pintu belakang ini malah ada antara mereka yg menyokong Anwar Ibrahim untuk jadi PM.

manakala Najib hari tu pula dah jelaskan bahawa beliau menolak sama sekali penubuhan  kerajaan melalui pintu belakang dan lebih suka pintu depan iaitu beliau mahu jadi kerajaan melalui pilihanraya umum..

keengganan Najib ni menyukarkan pihak yg ingin menubuhkan kerajaan pintu belakang kerana mereka kekurangan MP yg menyokong mereka...

keengganan Najib ni bukan hanya beliau sorang je, keengganan beliau tu mempengaruhi MP UMNO lain, sama seperti ketika UMNO dipimpin Mat Hassan, jika Zahid tidak kembali hari tu, UMNO kini mungkin sudah bersama kerajaan pintu belakang melalui satu gabungan lain..

Jika MP UMNO solid menyokong kerajaan pintu belakang,  maka mudahlah kerja pihak2 kerajaan pintu belakang tu untuk menumbangkan kerajaan PH dan menjadi kerajaan baru melalui satu gabungan lain..

jika nak kata Anwar terlibat tu jauh sekali le, Anwar setakat ni menghormati konsensus PH..


tanpa SD Azilah tersebut pun Najib mungkin lebih senang Anwar jadi PM berbanding mengekalkan Tun sebagai PM sehingga habih penggal...

Jika kes 1MDB tidak mampu menarik hidung Najib, mungkin kes yg lebih berat seperti kes Altantuya yg melibatkan pembunuhan warga monggolia itu mampu melembutkan Najib..

apa pun aku tetap sokong siasatan kes Altantuya itu dibuka semula supaya kita tahu siapa master mind yg mengarahkan Azilah dan Sirul membunuh Altantuya..

Namun nak kata Anwar Ibrahim terlibat tu jauh tersasar sekali tuduhannya dan berniat jahat sekaligus seakan cuba membawa sudut pandang rakyat ke arah lain jauh dari sasaran sebenar dan menutup jejak mereka2 yg berkuasa yg mampu untuk berbuat demikian secara sulit (jumpa Azilah si banduan akhir)

Kenyataan Tun M sebelum menjadi PM 7..



Oleh:Sherif

Kenyataan Tun M sebelum menjadi PM 7..

Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau hanya bertanya siapa yang mengeluarkan perintah kepada dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu.

Katanya adalah tidak adil jika Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri dikenakan hukuman bunuh kerana mereka hanya mengikut arahan.

“Ini bukan masalah (kes pembunuhan) lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh.

“Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.

“Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul (Azhar Umar) dan rakannya (Azilah Hadri),” katanya

MAKSUD TUN

siapa yang beri arahan perlu disoal siasat supaya kematian ini tidak disalah ertikan.

FGV TAK PERNAH RUGI", tulis seorang PENYAMUN BESAR dalam Facebook.



Oleh: Zulkefle Mahmud

"FGV TAK PERNAH RUGI", tulis seorang PENYAMUN BESAR dalam Facebook.

Tapi kat Bursa Malaysia, prestasi saham FGV menjunam hampir 300% antara Julai 2012 sehingga Mei 2018.

Harga saham FGV pada Julai 2012 adalah sekitar RM5.44 seunit. Tapi harga yang ditinggalkan oleh bekas PM tersebut kepada PH pada 9 Mei 2018 adalah RM1.90. Dari harga RM5.44 jatuh sampai harga RM1.90. Tapi.......... bekas PM itu kata "FGV tak pernah rugi".

On tak on?

Begini lah. Kita percaya je cakap bekas PM tersebut. Kita bersangka baik. Sebab mungkin "FGV" dalam ayat "FGV tak pernah rugi" bermaksud Najib, Isa Samad dan geng-geng penyamun yang menguasai perniagaan dan pengurusan FGV.

"FGV" ini (Najib, Isa Samad dan geng-geng penyamun") sudah tentunya tak pernah rugi. Mana ada istilah rugi dalam kamus mereka? Mereka dapat gaji tinggi, mereka dapat imbuhan, mereka dapat bonus. Masyukkkkkk. Mestilah "FGV" ini "tidak pernah rugi".

Tapi........ yang rugi adalah pemegang-penegang saham FGV! Pemegang-pemegang saham FGV ini adalah peneroka-peneroka FELDA sendiri!

Saya mudahkan pemahaman tentang apa yang telah berlaku. Bayangkan macam ni.

Bekas PM tersebut tawar beli tanah awak pada harga RM100 ribu. Tapi bekas PM itu tak bagi cash. Bekas PM itu bagi awak saham dan janji awak nilai saham tersebut akan makin naik. Awak setuju dan menerima 100,000 unit saham pada harga RM1 seunit. 100,000 unit saham pada harga RM1 seunit jadilah RM100 ribu. Betul?

7 tahun kemudian, nilai saham awak cuma tinggal RM0.30 seunit. Nilai saham yang diberi oleh bekas PM tersebut menjunam dari RM1 seunit kepada RM0.30 seunit. Maka hari ini, nilai 100,000 unit saham yang dipegang oleh awak hanya bernilai sejumlah RM30 ribu berbanding RM100 ribu pada tahun 2012.

Dari RM100 ribu, kini tinggal RM30 ribu, tapi bekas PM tersebut kata "FGV tak pernah rugi". On tak on cara perniagaan "FGV" (Najib, Isa Samad dan penyamun-penyamun UMNO)?

Of course lah onnnnnn. Sebab FGV (Najib, Isa Samad dan kroni-kroni UMNO) tak rugi. Awak je yang rugi.

MENYASARKAN NAJIB SEMATA-MATA TIDAK MENJAMIN KEADILAN DAPAT DITEGAKKAN



Berikutan akuan bersumpah atau SD oleh Azilah Hadri, salah seorang pesalah dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu yang mendakwa beliau diarahkan oleh Najib Razak untuk melakukan pembunuhan itu, semalam seluruh negara gempar jadinya dengan hampir semua orang bercakap dan mengulas perkara itu.

Rata-rata menuding jari kepada bekas Perdana Menteri itu, lebih-lebih lagi SD yang dibuat oleh Azilah ternampak lengkap dengan urutan peristiwa beserta tarikh-tarikhnya sekali.

Tidak kurang yang mengatakan “habislah Najib kali ini”, manakala bekas Perdana Menteri itu tidak mengambil masa yang lama untuk mengaitkan wujudnya SD itu sebagai perancangan kerajaan PH untuk segera memasukkannya dalam lokap tanpa boleh diikat jamin.

Dalam apa juga kes jenayah, motif adalah perkara paling penting sekali dan daripada motif itulah dapat diselongkar segala kebenaran.

Walaupun SD bukan semestinya betul dan 100 peratus boleh diterima sebagai bahan bukti di mahkamah, setidak-tidaknya dengan adanya SD Azilah itu, ruang lebih terbuka untuk melihat kes pembunuhan Altantuya dibuka semula dan keadilan ditegakkan.

Tetapi, dalam hal ini, menyasarkan Najib semata-mata tidak menjamin keadilan dapat ditegakkan dalam erti kata yang sebenarnya.

Memang Najib ketika kejadian pembunuhan Altantuya berlaku, beliau adalah Timbalan Perdana Menteri, namun sewaktu penyiasatan, perbicaraan dan proses hukuman melalui mahkamah, banyak pihak telah terlibat sehingga akhirnya Azilah dan Sirul dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Sementara hukuman gantung dijatuhkan pada 2015, Azilah kini diletakkan di Penjara Kajang, manakala Sirul telah melarikan diri ke Australia.

Maka itu, kita boleh bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang mahu semua pihak yang disyaki terlibat, bukan setakat Najib saja, harus dibawa sama ke muka pengadilan.

Untuk pasukan penyiasat polis yang menyiasat kes pembunuhan Altantuya itu, mengapakah pegawai pengiring Najib, DSP Musa Safri misalnya, tidak pernah disiasat dan diambil keterangannya?

Bukankah DSP Musa adalah ketua kepada Azilah dan Sirul dalam tugas mereka menjaga keselamatan Najib?

Begitu juga dengan Pejabat Peguam Negara, bagaimanakah mereka boleh membuat pendakwaan terhadap Azilah dan Sirul, meskipun tanpa ada keterangan daripada saksi seperti DSP Musa?

Apakah Pejabat Peguam Negara ketika itu cuai, diberikan tekanan atau  dengan sengaja melakukan pendakwaan, walaupun ada keterangan penting tidak dimasukkan?

Lebih parah, bagaimana pula hakim ketika menjatuhkan hukuman mati kepada Azilah dan Sirul, boleh menyimpulkan kedua-dua anggota UTK itu sebagai bersalah dengan mengatakan, motif pembunuhan tidak penting untuk diketahui?

Bukankah semua kejadian mesti ada motif dan tujuan, sedangkan Azilah dan Sirul tidak pun mengenali Altantuya itu?

Selain itu, mengapakah apabila rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda yang kemudian didapati tidak bersalah kerana bersuhabat dalam pembunuhan Altantuya, tetapi Pejabat Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan?

Jika dalam kes Rafizi Ramli, ramai yang bising apabila Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan terhadap pembebasannya, bukankah tidak merayu sama sekali dalam kes Abdul Razak Baginda lebih parah keadaannya?

Kesimpulannya, jika kerajaan PH benar-benar ingin menegakkan keadilan, mereka tidak harus hanya menyasarkan kepada Najib seorang saja.

Abdul Razak Baginda, pasukan penyiasat polis, Pejabat Peguam Negara dan hakim yang mendengar perbicaraan kes Altantuya dulu hendaklah diseret sekali ke muka pengadilan demi keadilan yang sebenar-benarnya. (Shahbudin Husin 17/12/2019)


VIDEO: ANWAR POPULIS, KALAU ANWAR NAIK, PEMBANGKANG MENGHADAPI KESUKARAN

Episod 22 Krisis Anwar & Tun M sampai kemuncak, Apa Implikasinya?



The Top 30 Richest World Leader List – Mahathir Ranked No 2 With US$44 Billion




Ads by Kiosked


1. Hosni Mubarak – President of Egypt (1981–2011 )
Egypt $40–$70 billion(2011)
2. Mahathir Mohamad- Prime minister of Malaysia ( 1981–2003 )
Malaysia- $44 billion (2011)
3. Suharto – President of Indonesia ( 1967–1998 )
Indonesia -$15–$35 billion (1998)
4. Ferdinand Marcos- President of Philippines ( 1965–1986 )
Philippines – $13–$35 billion (1999)
5. Ibrahim Babangida- President of Nigeria ( 1985–1993 )
Nigeria – $12 billion (1993)
6. Zine el-Abidine Ben Ali- President of Tunisia ( 1987–2011 )
Tunisia – $7.8 billion (January 2011)
7. Silvio Berlusconi- Prime Minister of Italy ( 1994-1995 , 2001–2006 , 2008–2011 )
Italy – $6.2 billion (2011)
8. Sani Abacha- President of Nigeria ( 1993–1998 )
Nigeria – $4 billion
9. Saddam Hussein – President of Iraq ( 1979–2003 )
Iraq – $2 billion (2003)
10. Asaf Jah VII- Nizam of Hyderabad ( 1911–1948 )
Hyderabad – $2 billion (1940)
11. Rainier III- Prince of Monaco ( 1949-2005 )
Monaco – $1.5 billion (2005)
12. Thaksin Shinawatra – Prime Minister of Thailand ( 2001–2006 )
Thailand – $1.4 billion (2004)
13. Mobutu Sese Seko – President of Zaire ( 1965–1997 )
Zaire – $1-$5 billion
14. Akbar Hashemi Rafsanjani- President of Iran ( 1989-1997 )
Iran – $1.1 billion (2006)
15. Daniel Arap Moi – President of Kenya ( 1978–2002 )
Kenya – $1 billion (2002)
16. Fidel Castro- President of Cuba ( 1976–2008 )
Cuba – $900 million (2006)
17. Yasser Arafat- President of Palestine ( 1996–2004 )
Palestine – $300 million (2003)
18. Paul Martin- Prime Minister of Canada ( 2003–2006 )
Canada – $225 million (2004)
19. Begum Khaleda Zia – Prime Minister of Bangladesh ( 2001–2006 )
Bangladesh – $212 million (2009)
20. Franz Joseph II – Prince of Liechtenstein ( 1938–1989 )
Liechtenstein – $150 million (1945)
21. Gyanendra- King of Nepal ( 1950–1951 , 2001–2008
Nepal – $100 million (2007)
22. George H. W. Bush- President of the United States ( 1989–1993 )
United States – $20 million (1999)
23. George W. Bush- President of the United States ( 2001–2009 )
United States – $15 million (2004)

(function() { var d = document, w = window; w

PATUTLAH H2O BERSUNGGUH KRITIK KERAJAAN MENJELANG KETUA-KETUA PARTI MENGHADAP AGONG BARU-BARU INI…

ANTARA PENGALAMAN PENAKUT HISHAMUDDIN NI KETIKA DEBAT MAHASISWA DI UKM,NKETIKA BELIAU MENJADI KETUA PEMUDA. SAKSI HIDUP DATO MAHFUZ OMAR DAN...