PKR,PH DAN MALAYSIA SIRI 3



Umum mungkin mengatakan Khalid Ibrahim dijatuhkan melalui Langkah Kajang. Tapi Langkah Kajang hanya dibuat selepas PRU13. Tian Chua dan Sivarasa pasti tahu siapa pemimpin dan kumpulan yang bersungguh memaksa parti menukar MB sejak 2008.

Tian Chua dan Sivarasa mungkin tidak mahu mengakui masalah ini bermula sejak 2008 kerana mereka berada dalam kedudukan politik berbeza iaitu melawan Azmin. Meskipun Tian Chua ada membuat kenyataan menyokong Saifuddin Nasution pada ketika itu, ramai tahu beliau dalam kumpulan Khalid Ibrahim selepas menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden. Tian mungkin lupa beliau antara yang pergi memujuk Khalid Ibrahim kekal menjadi MB bila Sultan Selangor enggan melantik Wan Azizah menjadi MB pada tahun 2014. Tian Chua juga mungkin lupa Azmin mahu mengangkat bekas pemimpin Gerakan yang baru masuk parti untuk dijadikan Naib Presiden parti.

Sivarasa tentu ingat semasa kemelut penggantian MB Selangor itu beliau sering tampil menjelaskan keputusan Lembaga Disiplin memecat Khalid Ibrahim. Apakah beliau berani menggunakan alasan-alasan yang sama dalam kes Azmin dan kumpulannya?

Jika Sultan tidak mahu melantik Wan Azizah atas apa alasan sekalipun, Tian Chua dan Sivarasa pasti tahu bahawa sokongan kepada Wan Azizah yang menghilangkan kepercayaan dua pertiga kepada Khalid Ibrahim dan sekaligus menghentikan kemelut MB Selangor yang berpanjangan itu. Jika bukan Wan Azizah yang dipilih seharusnya rundingan dibawa semula kepada semua parti. Tetapi apa yang berlaku ialah jalan belakang telah dipilih. Oleh siapa? Azmin. Jika ada sokongan terhadap Azmin kemudian pada ketika itu hanyalah bersifat formaliti. Sejak itu jugalah budak-budak Azmin secara keterlaluan menyerang DAP dan kumpulan pengasas Amanah yang tidak memberi sokongan untuk beliau menjadi MB. Jika hari ini kumpulan Azmin mahu bercakap tentang keputusan bersama mereka harus melihat cermin yang besar.

Kemegahan dan keangkuhan Azmin dan kumpulannya bukanlah tidak diketahui oleh Tian Chua dan Sivarasa. Beberapa skandal muncul di Selangor tetapi tidak dijawab dengan baik malah tidak dibawa ke SELCAT semasa pentadbiran beliau. Berapa kali SELCAT berjalan semasa pentadbiran beliau? Tidak pernah kita dengar.

Skandal-skandal ini pernah dikemuka oleh CheguBard dalam FB lama beliau. Pintu gerbang berhampiran UM. Pembaikan bumbung masjid Negeri Shah Alam. Parkir perpustakaan negeri. Mengapa ia tak dijawab secara tegas? Adakah ia ada kaitan dengan pelantikan beliau sebagai MB? Projek pasir yang mengkayakan anak saudara beliau. Bukankah itu hanya tip of the iceberg?

Azmin ketika awal menjadi MB telah mengherdik Saari Sungib di Twitter yang mengingatkan bahaya mencapai kuasa melalui jalan belakang. Ketika itu adakah Azmin lupa Saari jauh lebih banyak berkorban semasa reformasi? Bukankah pengorbanan Saari yang mengingkari keputusan PAS membolehkan Khalid Ibrahim hilang majoriti? Pada Azmin kritikan Saari adalah kerana inginkan jawatan EXCO. Azmin fikir orang lain gila kuasa seperti beliau. Sebenarnya jika Wan Azizah tidak mahu dipilih menjadi MB, Saari Sungib adalah sosok yang elok dijadikan MB walaupun beliau mungkin tidak berparti. Mungkin itu yang Azmin bimbangkan.

Azmin selalu memperagakan kejayaan sebagai MB. Tidak ada apa yang hebat tentang Azmin kerana kejayaan beliau ditunjuk dengan berbelanja rezab simpanan semasa pentadbiran Khalid Ibrahim sehingga menyebabkan pentadbiran semasa sukar mengekalkan beberapa program Merakyatkan Ekonomi Selangor kerana kekangan kewangan.

Pertambahan rezab yang dicanang oleh Azmin semasa pentadbirannya adalah palsu. Tidak ada satu pun usaha Azmin yang menambah hasil negeri. Beliau hanya tahu berbelanja. Selebihnya beliau bernasib baik kerana pertumbuhan ekonomi Malaysia umumnya mengalir ke Selangor sejak dulu sebagai negeri industri.

Semasa menjadi MB Azmin bukan membantu parti tetapi mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya. Hanya mereka yang terpilih mendapat bantuan.

No comments: