NAJIB TARIK BALIK TUDUHAN HAKIM NAZLAN TERLIBAT RASUAH...INGAT HAKIM MACAM DIA KOT.



MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF





Setelah berbulan-bulan Raja Spin tuduh Hakim Nazlan terlibat dengan rasuah, bila dah hampir untuk perbicaraan di Mahkamah Persekutuan, dia tarik balik akuan bersumpah bab dia tuduh Hakim Nazlan ada kaitan dengan rasuah.

Kenapa tarik balik bab tuduhan itu kalau betul-betul ada bukti? Tunjuklah bukti tersebut dalam Mahkamah, bukan dalam facebook. Yang paling teruk ialah penyokong mat sakau tanpa segan silu tuduh hakim yang ada integriti mengambil rasuah; padahal dia tak ambil rasuah. Allahurabbi.

Inilah dia bukti ada depan mata tuan-tuan, dalam Facebook serba tahu, tuduh hakim ambil rasuah tapi bila nak masuk mahkamah dia pula tiba-tiba tak tahu.

Moga Allah himpunan Mat Sakau dengan pengikutnya bersama-sama di akhirat nanti.

https://www.nst.com.my/.../najib-withdraws-allegations...

 

MANA SEMBOYAN ?




 

MMMM...NAK JADI AHLI POLITIK

 

Ah jeng! Dorang ingat Majlis Perbandaran ni tempat persembahan lawak bodoh ke? Aku simpati kepada rakyat Kluang.

Adik-adik yang sekolah tak pandai mana, tapi ada cita-cita nak bergaji besar, bolehlah berjinak-jinak dengan politik.

Asalkan pandai bodek, pasti akan ada jawatan yang menanti nanti. Ingatlah pesan yang berguna ini. Guane boh?

Raja Gelap















 

Spin yahudi Najib Razak yang terbaru. Takyah pemimpin PH pun jawab. Biar rakyat marhein je jawab.

 

Spin yahudi Najib Razak yang terbaru. Takyah pemimpin PH pun jawab. 

 

Biar rakyat marhein je jawab. 

 

Ni faktanya agar semua tahu. 

 

1. Projek mula tahun 2011. Bukan 2014 ye Dato Seri. 

 

Dari tahun 2011 sampai 2017, peratusan siap untuk 6 tahun hanya 44%. Maknanya hanya 7.3% setahun progres bawah BN. 

 

Tahun 2018-2019 progres naik 11.7%. Ni bawah PH/PN. 

 

Ini kalau ikut data yang DS bagi lah. Sebab DS suka spin2 nombor kan. Bagi pentaksub syok. 

 

Makanya jelas projek LCS ni bawah BN lagi lembap berbanding bawah PH/ PN. 

 

2. Kalau nak lagi tepat. Tengok Laporan PAC. 

 

Untuk makluman DS, Laporan PAC disediakan jugak oleh 9 MP Kerajaan termasuk 3 dari UMNO. Jangan cakap spin pulak ya. 

 

Tengok muka surat 6 Laporan PAC tersebut. 

 

Kemajuan Projek dari Mei 2019 ke Okt 2020

 

LCS1- Dari  36.8 % ke 63.7% 

LCS2- Dari 32.6% ke 60.39%

LCS3- Dari 29.1% ke 53.39%

LCS4- Dari 22.0% ke 48.49%

LCS5- Dari 1.6% ke 36.2% 

 

Maknanya ketika zaman PH dan PN, progres LCS secara puratanya menaik lebih kurang separuh dalam masa setahun setangah. Jauh beza progress masa zaman BN dulu. 

 

So propaganda, zaman PH semua beku dan tak bergerak tu tang mana? Kalau ini data yang ada? 

 

Nak spin pun pada2 la. 

 

Dah jelas kelambatan projek ni disebabkan:

 

1. Detailed design tak dimuktamadkan sampai sekarang. Kerana BNS tak bayar syarikat induk mereka, Naval Group.  

 

Tengok muka surat 15 Laporan PAC. 

 

2. Ironinya, duit pendahuluan diberi secara uploading. Tak ikut kemajuan projek. Ni dah salah etika Perbendaharaan. Tapi masa tu DS jadi MOF, maka semuanya dihalalkan. 

 

Isunya, walau dah dapat advance payment punya banyak. Tapi masih tak boleh bayar syarikat induk Naval Group. Membuatkan semua pun lambat. 

 

Tengok m/s 8 Laporan PAC. 

 

3. Kemampuan BNS nak biayai kos projek. Sebanyak RM400m yang diterima tidak digunakan untuk projek. Pergi bayar hutang terdahulu. Ini berlaku pada tahun 2014-2017. Siapa yang approve ni, DS boleh bgtau? 

 

https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2022/08/04/pac-mindef-overspent-rm14b-on-littoral-ship-project-with-rm400m-used-to-settle-old-debts/21002

 

Jadi propaganda Tai Chi DS rasanya tak berjaya langsung. Saya sarankan DS tulis sendiri la FB DS. Jangan bagi penulis hantu. 

 

Makanya, tuan puan, janganla cepat percaya apa DSNR tulis. Banyak yang dispin. 

 

Baca dan baca. Moga kebenaran tertegak juga untuk semua rakyat Malaysia. 

 

Kita doakan siapa2 yang menyakau harta negara sampai perjudikan nyawa askar kita, dilaknat Tuhan jua. Amin. 

 

#ohbosslu #plunderingidiot #nationalembarrassment

 

https://www.facebook.com/100045124192657/posts/pfbid02Mu7gsHpnv3fiHDxPum5tScBu8wbAKTB9hkRn4PcgzXoZX95sCnHA282osTzpEdxBl/?d=n

 

 


HAAAA...NAMPAKNYA PERANGKAP UNTUK NAJIB DAH MENGENA...KLUSTER MAHKAMAH ZAHID NAJIB DAN SEORANG LAGI HISHAMUDDIN YANG SELALU MAIN WAYANG..KALI INI JANGAN BIARKAN DIA LAGI.

 

Selepas Bersatu, Pemuda Umno pula gesa tubuh RCI siasat skandal LCS




Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata kerajaan perlu segera menubuhkan RCI bagi menyiasat isu LCS secara komprehensif dan bebas demi kepentingan rakyat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemuda Umno mendesak kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal kapal tempur pesisir (LCS) secara menyeluruh.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata penubuhan RCI itu bagi membentuk satu titik noktah yang berautoriti agar tentera laut dapat mencapai objektif asal kepada perolehan berkenaan seterusnya menjamin keupayaan pertahanan untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

“Malah, kepimpinan Umno yang berada dalam kerajaan sebelum dan ketika ini juga mahukan agar siasatan dan tindakan menyeluruh terhadap laporan audit yang dikeluarkan PAC dapat dilakukan segera.

“Justeru, Pemuda Umno mendesak kerajaan segera menubuhkan RCI bagi menyiasat isu ini secara komprehensif dan bebas demi kepentingan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Asyraf berkata, tuduh menuduh, andaian demi andaian serta provokasi oleh pelbagai pihak mengenai perkara itu amat tidak sihat dalam kalangan rakyat dan memberikan persepsi tidak baik mengenai aset sensitif ketenteraan, kesiapsiagaan pertahanan, keselamatan dan kedaulatan negara.

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mendesak kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat skandal LCS supaya satu siasatan telus dan berwibawa dapat membawa pihak terlibat ke muka pengadilan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

Khamis lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, berkata Kementerian Pertahanan dan syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) telah mengabaikan pandangan tentera laut bagi projek LCS.

Wong berkata, tiada satu kapal pun yang berjaya disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek tersebut, yang dikurniakan kepada BNS melalui tender terbuka.

Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein selepas itu berkata, pihak yang terlibat dalam salah laku berkenaan akan dibawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata, SPRM sedang menjalankan siasatan kes itu.

PENGERUSI PAC SANGGAH ZAHID HAMIDI, LAPORAN DISEDIAKAN BERDASARKAN DOKUMEN DAN KETERANGAN

 

1. Saya membaca ulasan Datuk Seri Zahid Hamidi mengenai laporan PAC berhubung Perolehan Littoral Combatant Ship (LCS) yang “menyeru agar PAC seharusnya lebih sensitif dalam mengendalikan keseluruhan proses siasatan, khususnya isu keselamatan negara kerana ia masih di peringkat siasatan.”

2. Saya tidak pasti apa dimaksudkan beliau yang didapati tidak sensitif apabila PAC yang bi-partisan sekadar melaksanakan tanggungjawab kami yang diamanahkan oleh Dewan Rakyat kepada Jawatankuasa ini dalam memastikan perbelanjaan wang rakyat adalah terpelihara.

𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕 𝗣𝗔𝗖

3. PAC mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan Mesyuarat (PM) 77(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (PPMMDR) untuk memeriksa segala kira-kira Kerajaan Malaysia termasuk apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa ini patut diperiksa.

4. Semua saksi yang hadir di hadapan PAC mengetahui bahawa segala maklumat yang dinyatakan dalam Prosiding PAC akan direkodkan dalam rakaman percakapan bertulis atau dikenali sebagai hansard. Selalunya, pembentangan saksi akan dikendalikan melalui slide pembentangan yang disediakan oleh saksi sendiri.

5. Laporan PAC akan disediakan berdasarkan segala keterangan yang diberikan semasa Prosiding PAC, iaitu segala yang terkandung dalam hansard dan slide pembentangan saksi-saksi.

𝗞𝗘𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗦 𝗭𝗔𝗛𝗜𝗗 𝗛𝗔𝗠𝗜𝗗𝗜

6. Datuk Seri Ahmad Zahid selaku mantan Menteri Pertahanan telah hadir di hadapan PAC pada 25 Oktober 2021 bersama Datuk Seri Muez Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

7. Hansard Datuk Seri Ahmad Zahid diserahkan kepada beliau melalui pos berdaftar 4 Januari 2022 berdasarkan PM83(10) PPMMDR dan beliau diberikan tempoh masa tujuh (7) hari untuk membuat sebarang pembetulan pada kenyataan yang diberikan.

8. Untuk rekod, Datuk Seri Ahmad Zahid tidak membuat sebarang pindaan, pembetulan atau pemotongan terhadap mana-mana maklumat yang diberikan dalam prosiding yang beliau hadiri.

9. Sekiranya mana-mana hansard yang mempunyai sebarang isu sensitif melibatkan kepentingan keselamatan negara dan dicadangkan untuk pindaan atau pemotongan oleh saksi, PAC akan berbincang sama ada hendak membenarkan permohonan tersebut, termasuk mendapatkan pandangan undang-undang daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) yang turut hadir dalam setiap prosiding PAC sebagai ex-officio PAC. Dalam prosiding kapal LCS, tidak ada mana-mana saksi-saksi yang mengemukakan permohonan sebegini.

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗗𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗨 𝗦𝗘𝗡𝗦𝗜𝗧𝗜𝗙 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗣𝗔𝗖

10. Contoh terbaik bagaimana PAC mengendalikan isu sensitif yang menyentuh soal kepentingan negara adalah dalam Prosiding PAC berkaitan Perolehan Vaksin Covid-19 dan Penggunaannya Terhadap Rakyat Malaysia.

11. Tanpa prejudis kepada kebebasan PAC dalam melaksanakan tanggungjawabnya, PAC telah mencapai persetujuan dengan saksi iaitu YB Khairy Jamaluddin, Menteri MOSTI ketika itu supaya harga perolehan Vaksin Covid-19 dikeluarkan dari hansard selepas harga tersebut dimaklumkan kepada PAC. Malah, slide pembentangan yang mengandungi maklumat harga Vaksin Covid-19 juga dikeluarkan daripada laporan PAC.

12. PAC telah membuat keputusan sedemikian demi memastikan Kerajaan Malaysia tidak terdedah kepada risiko penamatan kontrak perolehan vaksin oleh pembekal vaksin yang mungkin akan memudaratkan pembekalan vaksin Covid-19 pada ketika itu.

13. Saya cadangkan Datuk Seri Ahmad Zahid merujuk Laporan Penuh PAC berhubung Perolehan Vaksin Covid-19 dan Penggunaannya di muka surat 3 hingga 5 laporan berkenaan.

(LINK: https://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-234-287.pdf)

14. Amalan sama digunakan PAC dalam prosiding PAC pada 1 Disember 2021 yang membabitkan saksi YB Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kanan Pertahanan dan Datuk Seri Muez, KSU MINDEF dalam isu pertukaran tanah MINDEF (Land Swap) yang kini dalam proses penyediaan draf laporan.

15. Dalam prosiding berkenaan, saksi-saksi telah memaklumkan kepada PAC berkenaan ada maklumat sensitif yang membabitkan kepentingan keselamatan negara dan PAC telah bersetuju supaya perenggan yang terbabit dalam hansard dikeluarkan. Saya tidak boleh mendedahkan hansard tersebut kerana laporan dalam isu ini masih belum dibentangkan dan segala maklumat beradalah dalam status embargo berdasarkan PM85 PPMMDR.

𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗟𝗖𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗔𝗦𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗗𝗢𝗞𝗨𝗠𝗘𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡

16. Dalam isu LCS, PAC telah membentangkan laporan berdasarkan kepada fakta, dokumen dan keterangan yang diperolehi oleh Jawatankuasa ini sepanjang prosiding. Perbincangan rakyat dalam isu ini menunjukkan betapa rakyat mahu mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku dalam Projek LCS.

17. PAC menghormati keperluan untuk menjaga sensitiviti keselamatan negara. Namun, selaku Pengerusi PAC, saya tidak akan membenarkan nama keselamatan negara diguna sewenang-wenangnya dan semata-mata untuk menyekat rakyat daripada mengetahui maklumat sebenar bagaimana Kerajaan membelanjakan wang mereka.

𝗪𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗛 𝗪𝗢𝗛

𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗣𝗔𝗖

𝟬𝟵.𝟬𝟴.𝟮𝟬𝟮𝟮




SUBCON BERLAPIS UNTUK SAPU HABIS






LIYANA MARZUKI

Saya baru baca pendedahan Rafizi Ramli

Macam mana kontrak LCS ni diseleweng dan dikaburi modus operandi nya, dengan buat banyak lapis subkontraktor.

Syarikat BNS last2 kena subcon pada Kontraktor yang sama buat kapal selam Scorpene. Yang penuh kontroversi masa zaman Najib jadi MENHAN.

Sampai la ni tak deliver. Duit dah nak bayar habis dah, tapi satu kapal tak sampai.

Bandingkan dengan Kapal LMS yang syarikat BNS bina bersama syarikat China CSOS. Mula kerja 2017 dan tahun 2021 dah deliver 3 kapal pada TLDM. Tinggal lagi satu kapal. Takde isu pun. 4 tahun settle dah.

Ni Kapal LCS, lepas 10 tahun tak nampak bayang 1 kapal pun.

Makanya takleh cakap BNS dan TLDM yang salah. Kontrak lain diaorg perform je.

Jadi kita kena check kroni siapa yang dapat manfaat dari layer2 yang BNS kena subcon tu. Mesti wahyu dari atas kan?!

Yang kuang asem, markup harga kontrak sampai 200%! Duit rakyat jugak tu yang kena bayar!

Pastu set2 ni meratib tak boleh bayar pencen askar. Tolak permohonan mereka untuk bantuan.

Tapi kalau bab menyakau, laju je korang approve yer?!

Memang sejenis hantu raya!

https://www.bharian.com.my/.../boustead-serah-kapal-misi...

https://www.bharian.com.my/node/986511/amp/

 

KEDAH FASHION WEEK


Kedah Maju Jaya di bawah PAS.

Kedah Fashion Week Patuh Syariah.

TAKDIR!!!

 BANGSA CINA PAKAI TUDUNG DALAM PERTUNJUKKAN

 FASION HANGPA MAKI KATA ERSENDA ISLAM. SERABUT

 WALAUN NI.







 

ALAHAI JIB....BUKANKAH KAMU YANG BERKUASA PENUH KEATAS SEMUANYA DI MALAYSIA INI ?

 


Kenapa kamu tak siasat sub-kontraktor LCS, Najib soal Rafizi






Najib Razak mempersoalkan bagaimana dia boleh diheret dalam perkara
 itu sedangkan tidak pernah terlibat dalam penganugerahan dan
 pengurusan projek LCS.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mendesak Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyiasat pemilik kepada dua sub-kontraktor dikaitkan dengan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Ia susulan dakwaan Rafizi mengenai penglibatan Najib dalam projek itu.

Rafizi mempersoalkan mengapa pentadbiran Najib tidak membeli LCS secara terus daripada DCNS sebaliknya melalui struktur berlapis melibatkan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dan dua sub-kontraktor Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED).

Najib membalas dengan mempersoalkan tindakan Rafizi yang tidak menyatakan nama kedua-dua sub-kontraktor yang terlibat.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata, kedua-dua syarikat itu adalah entiti usaha sama Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC), anak syarikat Boustead, dan syarikat Jerman Rheinmetall Air Defence AG.

Najib berkata, pengarah urusan BHIC dan pengerusi jawatankuasa projek LCS ketika itu ialah bekas panglima tentera laut Ahmad Ramli Mohd Nor.

“Kenapa tak siasat sepenuh-penuh dan sepuas-puas hati sekiranya bekas panglima laut, syarikat Boustead milik LTAT dan syarikat Jerman itu disyaki bersalah? Saya tak ada bantahan sebab saya langsung tak terlibat,” kata Najib di Facebook.

Najib mempersoalkan bagaimana dia boleh diheret dalam perkara itu sedangkan tidak pernah terlibat dalam penganugerahan dan pengurusan projek LCS.

Semalam, Rafizi berkata Najib tidak boleh “cuci tangan” daripada skandal LCS.

Beliau berkata, hal ini kerana Najib merupakan perdana menteri ketika kerajaan menandatangani perjanjian bagi projek LCS, satu-satunya pihak yang berkuasa mempengaruhi penukaran reka bentuk kapal tersebut daripada keperluan tentera laut.

Pada Khamis, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, berkata Kementerian Pertahanan dan BNS telah mengabaikan pandangan tentera laut mengenai projek LCS.

AMBOI NUSI...TAK PATUT HANG KATA KE BANG KHAI...DIA BALIK DARI TURKEY BERAPA BILLION WALAUN DOK KATA....DIA BAGI TAU YANG BETOI....TAU LA PARTI HANG NAK PELUK BERSATU DALAM PN- UMNO CERAI HANGPA DAH....

 


Sanusi selar Khairuddin ‘haiwan politik’, tak kenang jasa Bersatu





Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan Khairuddin Aman Razali ‘lebih Umno daripada sebahagian orang Umno’.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyelar Khairuddin Aman Razali sebagai “haiwan politik” yang tidak mengenang jasa Bersatu, sebaliknya hanya inginkan PAS memilih Umno sebagai sekutunya.

“Dia sudah tak relevan untuk beri komen atau nasihat apa patut PAS buat… haiwan politik saja yang ambil sikap tidak mengenang jasa orang lain,” katanya yang juga ketua pengarah pilihan raya PAS pusat.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu yang berkata, Presiden PAS Abdul Hadi Awang sepatutnya menjalinkan kerjasama dengan Umno, bukan Bersatu yang disifatkan sebagai “parti kecil” dan hanya bergantung kekuatan orang lain.

Malah, Khairuddin yang keluar PAS pada 14 Mac lalu berkata, strategi parti itu meletakkan kerjasama dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin adalah satu kesilapan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Mengulas lanjut, Sanusi berkata tindakan Bersatu yang keluar daripada Pakatan Harapan (PH) untuk bersama PAS dan Umno membentuk kerajaan perlu dihargai kerana berjaya menyelamatkan negara daripada zaman gelap 22 bulan pentadbiran kerajaan liberal pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

“PAS tak selfish (pentingkan diri)…PAS mengenang jasa dan pengorbanan orang. Bersatu keluar PH membolehkan Bersatu bersama dengan Umno dan PAS ambil alih kerajaan.

“Dengan ambil alih kerajaan itulah negara dapat diselamatkan daripada 22 bulan zaman gelap bagi Melayu Islam bawah kerajaan liberal dan cauvinist PH yang dikepalai DAP,” katanya kepada FMT.

Sanusi berkata, jika Bersatu mementingkan politik semata-mata, adalah lebih baik parti itu kekal dalam PH.

“Baik dia kekal dalam PH jadi kerajaan, lebih banyak mereka boleh buat untuk bunuh Umno dan PAS. (Tetapi) kerana mereka juga pentingkan Melayu dan Islam, mereka keluar PH dan bersama Umno dan PAS.

“Sebagai manusia waras, bukankah ini sikap yang patut dihargai?,” katanya.

Sanusi turut menempelak Khairuddin dengan menyifatkan segala pandangan bekas pemimpin PAS itu “sudah tidak relevan”, sambil menyifatkan “Khairuddin lebih Umno daripada sebahagian orang Umno”.

Khairuddin yang juga bekas menteri perusahaan, perladangan dan komoditi dipecat sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Feb lalu, sebulan selepas beliau digugurkan sebagai ahli jawatankuasa (AJK) pusat.

RASUAH MENJEJASKAN KESELAMATAN NEGARA DAN KEPENTINGAN UMAT ISLAM




RASUAH MENJEJASKAN KESELAMATAN NEGARA DAN KEPENTINGAN UMAT ISLAM

1. Skandal Kapal tempur(LCS) untuk Tentera Laut Malaysia telah didedahkan di Parlimen dalam laporan PAC baru-baru ini. Segala usaha dari PH untuk selamatkan negara dari penyakit rasuah yang sistemik telah dikhianati atas sentimen perkauman dan agama sempit. Namun setelah pengkhinatan mereka, satu persatu skandal dari pimpinan politik orang-orang Melayu terus terbongkar. Lebih menggerunkan institusi orang Melayu /Islam seperti LTAT dan Tabung Haji menjadi mangsa oleh scam perjuangan Melayu/Isle. Walaupun hanya 22 bulan, PH berjaya memulakan langkah pemulihan ke atas kedua institusi ini.

2. Apa yang didedahkan oleh PAC ialah dari legasi era 'Bossku' sebagai PM dan Zahid serta Hishamudin sebagai MENHAN (2009-2014) ketika itu. Parti Melayu yang melaungkan patriotism negara dan ketuanan orang Melayu bukan sahaja menipu orang Melayu tetapi membahayakan keselamatan perairan negara dengan kegagalan projek ini akibat rasuah.

3 LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) menjadi mangsa skandal terkini kapal tempur LCS di mana perjanjian dgn BNS (Boustead Naval Shipyard) ditandatangani pada 2014 bernilai RM 9 Bilion , sepatutnya siap 6 buah kapal pada Ogos 2022 setelah kerajaan membayar RM 6bilion namun satu kapal pun tak sampai. LTAT adalah untuk kebajikan veteran yang rata-rata Melayu/Islam. LTAT ada kepentingan 50.8% secara tak langsung melalui BHIC (Boustead Heavy Industry Corporation) dan 10% kepentingan langsung dgn BNS. Sebelum ini LTAT dengan kewangan yang kritikal tetap memberi dividen atas campurtangan politik dan kelompok tertentu yang meraih keuntungan walaupun kebajikan tentera tidak banyak ditangani.

4. Arahan LTAT oleh 'Bossku' untuk membeli syarikat swasta bernilai RM 550juta untuk kuatkuasa AES yang rugi. Ini dideahkan oleh laporan PAC. PH telah selamatkan LTAT dengan menebus kembali RM550juta. Seluruh ALP dan Ketua Eksekutifnya ditukar untuk memulihkan LTAT semasa kerajaan PH.

5 Ketika TH (Tabung Haji) mengalami masalah kewangan yang sama, sejak 2014 dividen dibayar tinggi tidak patuh akta dan kerugian tidak direkodkan manakala keputusan dibuat dengan campurtangan politik, tiada bezanya dengan LTAT. Peliknya TH terus diserang dan difitnah walaupun Jabatan Audit Negara untuk Kewangan TH tahun 2019,2020, 2021 memperakui kejayaan hasil penstrukturan-semula TH di bawah kerajaan PH. Buktinya TH hari ini mampu membeli bangunan Minster Building di London bernilai RM1.32B walaupun tidak disebut harga perolehan.

6. Sedarlah rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu, kita tidak boleh kekal diperbodohkan oleh kelompok yang guna perkauman dan sentimen Melayu. Kita perlu berhijrah kepada politik Nilai dan Ide barulah negara ini dibersihkan dari perompak dan pengkhianat yang jadikan sentimen kaum dan agama sehingga menjejaskan kebajikan pendeposit majoriti Melayu/Islam dan keselamatan negara. Cukup-cukuplah kita menjadi mangsa oleh penunggang agama dan kaum.

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden Parti AMANAH

Pengerusi PH Perak

Ahli Parlimen Parit Buntar

6 Ogos 2022

JANGAN SERONOK SANGAT : KES LIM GUAN ENG. BANYAK NAMA PIMPINAN UMNO TERLIBAT


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF







Sebelum permulaan kes terowong LGE saya ada sebut, jangan seronok sangat sebab dalam kertas siasatan pun tulis banyak nama pemimpin UMNO yang terlibat.

Star witness kes ini ialah Zarul Ahmad tapi yang paling best dia claim LGE dapat 200k dengan 2 sampul surat. Cuba la hangpa masukkan 100k dalam sampul surat size A4, muat ke tidak?

Beberapa hari lepas saksi yang sama juga cakap dia bagi 19 juta kepada proxy mat sakau.

Persoalan yang saya nak tanya antara 200 ribu dan 19 juta, yang mana lebih besar? Kalau anda percaya 200k, makna anda juga kena percaya 19 juta. Dan kalau 200k kena siasat , kenapa 19 juta tak kena siasat?

Lagi best dalam banyak kes rasuah ( terowong LGE, UKSB), kenapa nama pemimpin UMNO banyak yang keluar?


(function() { var d = document, w = window; w

DIA DAH DITOLAK DI DUN PENANTI. PERMATANG PAUH. BALIK LAH KEDAH USTAZ OIIIII....MAI CARIMAKAN DI PENANG PUN SUSAH JUGA...KULIAH DIA PUN BANYAK SEMBANG JUGA.

BALIK PE LAWAN DI KEDAH NU...   Kata dah PAS dah tukar zikir harian tapi walaun tak percaya..dulu ratib DAP DAP sekarang TOLAK PH, PH 22 BUL...