HAAAA...NAMPAKNYA PERANGKAP UNTUK NAJIB DAH MENGENA...KLUSTER MAHKAMAH ZAHID NAJIB DAN SEORANG LAGI HISHAMUDDIN YANG SELALU MAIN WAYANG..KALI INI JANGAN BIARKAN DIA LAGI.

 

Selepas Bersatu, Pemuda Umno pula gesa tubuh RCI siasat skandal LCS




Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata kerajaan perlu segera menubuhkan RCI bagi menyiasat isu LCS secara komprehensif dan bebas demi kepentingan rakyat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemuda Umno mendesak kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal kapal tempur pesisir (LCS) secara menyeluruh.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata penubuhan RCI itu bagi membentuk satu titik noktah yang berautoriti agar tentera laut dapat mencapai objektif asal kepada perolehan berkenaan seterusnya menjamin keupayaan pertahanan untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

“Malah, kepimpinan Umno yang berada dalam kerajaan sebelum dan ketika ini juga mahukan agar siasatan dan tindakan menyeluruh terhadap laporan audit yang dikeluarkan PAC dapat dilakukan segera.

“Justeru, Pemuda Umno mendesak kerajaan segera menubuhkan RCI bagi menyiasat isu ini secara komprehensif dan bebas demi kepentingan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Asyraf berkata, tuduh menuduh, andaian demi andaian serta provokasi oleh pelbagai pihak mengenai perkara itu amat tidak sihat dalam kalangan rakyat dan memberikan persepsi tidak baik mengenai aset sensitif ketenteraan, kesiapsiagaan pertahanan, keselamatan dan kedaulatan negara.

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mendesak kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat skandal LCS supaya satu siasatan telus dan berwibawa dapat membawa pihak terlibat ke muka pengadilan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

Khamis lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, berkata Kementerian Pertahanan dan syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) telah mengabaikan pandangan tentera laut bagi projek LCS.

Wong berkata, tiada satu kapal pun yang berjaya disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek tersebut, yang dikurniakan kepada BNS melalui tender terbuka.

Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein selepas itu berkata, pihak yang terlibat dalam salah laku berkenaan akan dibawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata, SPRM sedang menjalankan siasatan kes itu.

No comments: