TUN, LUPAKANLAH SAJA USAHA MAHU KEJAR MAJORITI DUA PERTIGA!!




Menurut Tun Mahathir, antara pindaan perlembagaanKatanya, apabila majoriti dua pertiga sudah diperolehi, ia akan memudahkan kerajaan meminda beberapa fasal dalam perlembagaan negara.
 yang dicadang untuk dilakukan kerajaan ialah menurunkan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 tahun serta menetapkan tempoh seseorang memegang jawatan Perdana Menteri hanya selama dua penggal saja, selain mengurangkan kuasanya.
Bagaimanapun, apa yang nyata daripada keghairahan Tun Mahathir mahu mengejar majoriti dua pertiga itu ialah menampakkan kenginannya untuk menarik lebih ramai Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu.
Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan itulah sebenarnya tujuan dan keinginan beliau di sebalik dalih majoriti dua pertiga itu.
Dalam erti kata yang mudah, majoriti dua pertiga itu bukanlah sangat untuk meminda perlembagaan negara bagi memenuhi janji pilihanraya kepada rakyat, tetapi lebih bertujuan menambah bilangan Ahli Parlimen dalam Bersatu demi mengukuhkan lagi kedudukannya.
Berdasarkan keputusan PRK Semenyih, meminda perlembagaan berkaitan had umur pengundi dan menetapkan tempoh Perdana Menteri memegang jawatan bukanlah sesuatu yang penting dan dikehendaki rakyat.
Rakyat lebih berharap kerajaan menunaikan janji yang tidak memerlukan pindaan perlembagaan seperti memansuhkan tol, menurunkan kos sara hidup, PTPTN, melunaskan hutang peneroka Felda dan seumpamanya.
Kegagalan menunaikan janji-janji itulah yang menyebabkan rakyat bangun menolak PH sekarang ini hanya selepas sembilan bulan mereka memberikannya kuasa sejak 9 Mei 2018 lalu.
Lagi pula, jika kerajaan mahu menurunkan had pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, rasanya semua parti pembangkang sedia memberi sokongan dalam pengundian di Parlimen nanti kerana ia juga bermanfaat untuk mereka.
Untuk itu, apa perlunya PH ada majoriti dua pertiga sebagai kerajaan?
Begitu juga berkaitan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri, perkara itu bukanlah sesuatu yang terlalu penting dan mendesak dalam waktu terdekat ini.
Ini kerana sebagaimana yang semua sedia maklum, Tun Mahathir sudah pun menjangkau usia 94 tahun, manakala bakal penggantinya yang telah dipersetujui iaitu Anwar Ibahim telah melebihi umur 72 tahun.
Bermakna, selain Tun Mahathir telah dipersetujui hanya menjadi Perdana Menteri sekitar dua tahun saja, Anwar pula terlihat sukar mampu memegang jawatan itu melebihi dua penggal.
Jadi, apa yang sibuk sangat nak mengejar majoriti dua pertiga bagi meminda perlembagaan dan menetapkan tempoh dua penggal Perdana Menteri memegang jawatan itu?
Jika Tun Mahathir benar-benar jujur dan ikhlas mahu memberi keselesaan kepada rakyat dengan berusaha semampu boleh menunaikan janji-janji pilihanraya tanpa ada udang terselindung di sebalik mee, beliau wajar melupakan saja usaha mahu menarik kemasukan Ahli-Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu dengan tujuan agar kerajaan ada majoriti dua pertiga itu.
Yang jauh lebih penting, tunaikanlah terlebih dahulu janji-janji lain yang langsung tiada kena kaitan dengan pindaan perlembagaan negara.
Menunaikan janji berkaitan perut dan keselesaan hidup rakyat adalah lebih bermakna daripada meminda perlembagaan negara yang manfaatnya tidak dirasai apa-apa oleh mereka. (ShahbudinHusin 03/03/2019)





Kes cabul remaja: Shahidan Kassim hadapi perbicaraan 18, 19 Mac ini


Kes cabul remaja: Shahidan Kassim hadapi perbicaraan  18, 19 Mac ini
Shahidan, 68, yang berkemeja putih dan bersongkok, tiba di perkarangan mahkamah pada 8.50 pagi.
KANGAR: Selepas tiga kali gagal hadir di mahkamah untuk prosiding pengurusan kes dakwaan mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hadir di Mahkamah Sesyen Kangar, di sini hari ini.
Shahidan, 68, yang berkemeja putih dan bersongkok, tiba di perkarangan mahkamah pada 8.50 pagi dengan ditemani isteri dan anaknya untuk prosiding menetapkan tarikh perbicaraan.
 
Hakim, Ainul Shahrin Mohamad kemudiannya menetapkan 18 dan 19 Mac ini, sebagai tarikh perbicaraan.

Pada 12 November tahun lalu, Shahidan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual dengan menyentuh tangan hingga ke bahu seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.
 
Perlakuan didakwa dilakukan dalam sebuah kereta di perkarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, pada pukul 11.30 malam, 20 Oktober lalu.
 
Pendakwaan dilakukan mengikut seksyen 14(a), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
 
Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun serta sebatan.

‘KALAU RAKYAT GEMBIRA KOS HIDUP TURUN, ISU PERKAUMAN MATI’

PENJAWAT AWAM TIDAK WAJAR SABOTAJ KERAJAAN – DR WAN AZIZAH

PERJUANGAN PH EKONOMI, KENAPA TERPERANGKAP DALAM PERKAUMAN?

(function() { var d = document, w = window; w

PATUTLAH H2O BERSUNGGUH KRITIK KERAJAAN MENJELANG KETUA-KETUA PARTI MENGHADAP AGONG BARU-BARU INI…

ANTARA PENGALAMAN PENAKUT HISHAMUDDIN NI KETIKA DEBAT MAHASISWA DI UKM,NKETIKA BELIAU MENJADI KETUA PEMUDA. SAKSI HIDUP DATO MAHFUZ OMAR DAN...