Saifuddin: Misi Shafee Luar Negara Kaitan Kes Scorpene?


SHAH ALAM, 24 APR: Reaksi Datuk Mohamad Shafee Abdullah dalam isu memohon penangguhan kes yang dikendalikannya bagi membolehkan beliau menjalankan suatu misi sulit di luar negara tidak menjelaskan apa-apa.

Sebaliknya reaksi beliau lebih banyak menimbulkan persoalan adakah misi sulit beliau di luar negara itu melibatkan inkues kes komisen pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berlangsung di mahkamah Perancis yang melibatkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak sebagai saksi.

Demikian persoalan yang diajukan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution dalam sidang akhbar di ibu pejabat parti itu hari ini.

“Malangnya penjelasan beliau bahawa berita tersebut adalah mengarut dan langsung tidak menjawab isu pokok, malahan mengundang lebih banyak persoalan.

“Shafee hanya perlu menjawab jika benar beliau ada berkunjung ke Paris sepertimana beliau nyatakan dalam surat itu adakah ianya punya kaitan dengan perbicaraan kes pembelian kapal selam scorpene yang turut membabitkan PM yang dinamakan sebagai saksi,” kata saifuddin.

Menurut Saifuddin, Shafee hanya perlu menjawab beberapa persoalan yang dikemukan berhubung pemergian beliau ke luar negara dari 1 April hingga 25 April.

“Shafee hanya perlu menjawab samada beliau ada menghantar surat bertarikh 23 Mac 2012 kepada ketua hakim negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya memohon penangguhan kes mulai 1 April hingga 25 April dan memberikan salinan kepada PM dan isterinya, Datin Paduka Rosmah Mansor.

“Shafee hanya perlu jawab samada beliau ada menyatakan dalam surat tersebut bahawa beliau telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menguruskan suatu tugasan perundangan sensitif di luar negara yang mesti diselesaikan sebelum pilihan raya akan datang,” katanya lagi.

Dalam sidang akhbar itu, PKR turut mencabar agar Shafee berani menyatakan kebenaran berhubung isu ini.

“Memetik kata-kata beliau, “if only they know the truth” kita mencabar Shafee tanpa perlu berbelit-belit, nyatakan apakah ‘kebenaran’ yang beliau sembunyikan itu,” kata Saifuddin.

Dalam sidang media yang sama, PKR turut menuntut Najib turut memberikan penjelasan adakah benar kerajaan telah melantik Shafee sedangkan sepatutnya tugasan ini dijalankan oleh Peguam Negara atau lebih wajar Najib dan Rosmah melantik peguam peribadi.

Saifuddin menjelaskan PKR akan memohon agar Majlis Peguam merujuk Shafee sebagai kes pelanggaran disiplin sekiranya Shafee dan Najib gagal memberikan jawapan berhubung isu terbabit.

“Kiranya Shafee tidak dilantik Kerajaan Malaysia, tidak juga sebagai peguam peribadi PM dan isteri dan langsung tidak berada di New York, London, Dubai, Paris dan Basel sepertimana dalam alasan penangguhan kes beliau, kita mendesak PM membuat aduan kepada Majlis Peguam supaya tindakan dapat diambil ke atas Shafee.

“Kiranya PM terus berdiam, maka PKR memohon kepada Majlis Peguam untuk merujuk Shafee sebagai suatu kes pelanggaran displin,” ujar Saifuddin lagi.

DUIT TARAK KA?.....MANA PERGI......




SHAH ALAM, 24 APR: Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Terengganu dan Petronas perlu menjelaskan terma penyelesaian antara kerajaan negeri terbabit dengan Petronas dan Kerajaan Persekutuan apabila tindakan undang-undang berhubung tuntutan royalti minyak digugurkan pada 21 Mac baru-baru ini.

Tindakan Undang-undang yang dimulakan oleh Kerajaan Terengganu pada Mac 2001 itu telah berlarutan selama sebelas tahun ekoran keengganan Petronas dan kerajaan pusat meneruskan bayaran royalti apabila PAS berjaya merampas tampuk pemerintahan negeri itu dari Umno pada 1999.

Demikian menurut Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Saifuddin, ketiga-tiga pihak terbabit harus menjelaskan berapakan jumlah pembayaran yang diterima oleh Kerajaan Terengganu yang membolehkan satu penyelesaian luar mahkamah dicapai oleh ketiga-tiga pihak terbabit.

“Apakah terma-terma penyelesaian yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Terengganu, Petronas dan Kerajaan Malaysia yang membawa kepada tindakan penyelesaian di luar mahkamah.

“Berapakan jumlah bayaran sebenar yang akan diperolehi Kerajaan Terengganu hasil penyelesaian cara ini?

“Berapakah terimaan sebenar wang ehsan dan wang royalti yang diterima Kerajaan Terengganu mulai 2001 sehingga 2011 memandangkan perbedaan harga minyak dunia di antara USD20 sehingga USD100 setong di sepanjang tempoh tersebut,” kata Saifuddin.

Saifuddin turut menuntut penjelasan ke akaun manakah wang tersebut disalurkan dan adakah ia digunakan untuk membiayai projek-projek tertentu di Terengganu.

“Ke dalam akaun mana wang ini dimasukan, samada kumpulan wang disatukan kerajaan negeri atau digunakan terus untuk membiyai projek-projek seperti Monsoon Cup, Masjid kristal dan lain-lain,” ujar Saifuddin lagi.

Menurut Saifuddin, sebelum ini kerajaan pusat telah menghentikan pembayaran royalti minyak kepada Terengganu disebabkan dendam politik Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila tewas di Terengganu pada pilihan raya tahun 1999.

“Rakyat seluruhnya sedia maklum dolak dalik kerajaan persekutuan terhadap isu wang ehsan dan royalti ini sebenarnya terbit daripada dendam politik Umno dan BN apabila tewas di Terengganu padu 1999 hingga 2004,” kata Saifuddin.

Saifuddin juga memberitahu rakyat Terengganu berhak mengetahui situasi sebenar isu ini memandangkan ianya melibatkan kepentingan rakyat negeri itu secara terus.

CERDIK,BIJAK,PINTAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT.....YANG NGOK....

TAK KAN ADA ORANG YANG LEBIH BIJAK DARI MAHATHIR DALAM UMNO HARI INI.....KALAU BELIAU BERKATA DEMIKIAN.

Tuesday, 24 April 2012 - Mahathir kata, yang pandai menyertai PAS, yang bijak menyertai PKR dan yang pintar menyertai DAP :

Oleh Aspan Alias

Memang sudah menjadi adat dan cara hidup semua bangsa dan agama mengenang jasa dan budi orang itu memang menjadi tuntutan. Hidup tidak mengenang budi ‘ibarat kacang lupakan ...kulit’. Itulah perbilangan Melayu yang semua orang tahu. DAN sememangnya orang Melayu mengenang jasa. Hanya sekarang politik tidak dapat membezakan antara siapa yang patut mengenang jasa dan siapa yang telah memakan jasa. Itulah sekarang menjadi tuntutan Najib apabila beliau melawat Pulau Pinang dua hari yang lepas. Najib seperti pemimpin UMNO yang lain sentiasa menuntut orang Melayu dan rakyat untuk mengenangkan jasa UMNO dan pemimpin-pemimpin besarnya yang telah lalu dan yang sedang berkuasa pada hari ini. Katanya kita mesti ingat kepada jasa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Dr Mahathir Mohamad serta Abdullah Badawi. Mereka ini semuanya berjasa kepada orang Melayu dan negara, kata Najib.


Kata-kata Najib itu ada benarnya tetapi mengenang jasa itu biarlah bertempat dan kena pada orangnya serta tepat pada sasaran di mana jasa itu dikenang. Kita tidak boleh mengenangkan jasa kepada mereka yang tidak berjasa seperti mereka yang telah membinasakan perjuangan dan tamadun bangsa kita sendiri. Saya berpendapat Dr Mahatnir sepatutnya mengenang budi parti yang telah mengangkat beliau ke mercu kekuasaan, tetapi Mahathir menggunakan kuasa hasil daripada mengenang jasa orang Melayu dengan membinasakan parti itu pada suatu ketika dahulu. Jasa parti itu besar kepada beliau tetapi beliau tidak mengenangnya kerana beliau merasakan ahli-ahli UMNO tidak lagi mahu lagi mengenang jasanya. Beliau tidak mahu menerima yang ahli-ahli UMNO sudah keberatan untuk memberikan jasa lagi kepada beliau kerana sebab-sebab yang kita dengar semasa ramai dari ahli-ahli UMNO mahukan beliau dibersarakan setelah memberikan jasa yang begitu besar kepada beliau. Justeru beliau telah membiarkan UMNO itu mati walaupun kuasa yang diberikan rakyat kepada beliau boleh menyelamatkan parti itu daripada terkubur.


Beliau adalah Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri semasa itu yang sepatutnya menggunakan kuasa yang ada kepada beliau mengikut Akta Pertubuhan 1965 sek 70 yang membolehkan beliau menggunakan kuasa itu untuk menghidupkan mana-mana pertubuhan yang diharamkan oleh mahkamah. Beliau enggan menggunakan akta itu kerana beliau mahukan UMNO itu mati terus dan menggantikannya dengan parti baru yang menggunakan nama ‘UMNO’ yang keramat itu. Maka wujudlah satu parti yang meminjam nama UMNO yang telah terkubur itu. Apa yang hendak diterima kasihkan kepada pemimpin-pemimpin seperti ini? Kenapa hendak memaksa orang ramai khususnya orang Melayu yang berjiwa tulen dalam perjuangan mereka untuk mengenang ‘jasa’ yang seperti ini? Inikah dia yang dinamakan jasa? Selepas dan bermula dari saat itu kita tidak lagi mempunyai pemimpin-pemimpin yang jujur untuk perjuangan selain daripada memperjuangkan untuk mengisi perut dan keluarga masing-masing. Pemimpin-pemimpin berkomplot sesama sendiri untuk naik takhta kepimpinan dan melakukan perkara-perkara yang menjadi persoalan kepada rakyat.


Masalahnya rakyat begitu perlahan untuk sedar tentang perlakuan yang telah merosakkan keseluruhan ‘fabric’ politik orang Melayu khususnya dan rakyat amnya. Hanya sekarang baru ramai rakyat telah sedar dan mereka memulakan langkah untuk bertindak melawan arus yang deras ini. Dalam keadaan inilah Najib dan barisan pimpinan mundar-mandir untuk memujuk kembali rakyat menyokong mereka. Najib telah menjanjikan bulan dan bintang, tetapi kita sedar yang apa yang dijanjikan oleh UMNO sejak 54 tahun yang lalu masih menjadi janji dan isu pada masa ini. Janji untuk memajukan kaum Melayu tidak pernah tercapai walaupun setiap pilihanraya isu memajukan orang Melayu menjadi bahan kempen pihak BN dan UMNO. Tiada UMNO Melayu akan mati, kata mereka. Tetapi Melayu wujud sebelum UMNO wujud lebih-lebih lagi kewujudan UMNO baru yang lebih muda dari anak bongsu saya. Bagaimana Melayu hendak memberikan keyakinan jika masa lima dekad tidak mampu untuk menambah equiti bumiputra misalnya. UMNO hanya melalui kegiatan siasahnya dengan slogan besar-besar tetapi tidak ada pun satu daripada slogan yang diwarwarkan itu membuahkan hasilnya. Semasa slogan Bersih, Cekap dan Amanah dahulu tiada satu yang bersih, tiada nampak kecekapannya dan jauh sekali ada sifat amanah kepada bangsa Melayu kita. Malahan zaman itulah rasuah mula menjadi-jadi dan masa itu jugalah bermulanya berlakunya noda-noda berlaku terhadap politik dan ekonomi negara. Kata orang, keruh air di hulu keruhlah air di hilir.


Kekalutan zaman inilah yang menyebabkan kita mendapat warisan yang kita lihat pada hari ini. Kekalutan yang begitu parah yang rakyat hadapi hari ini tidak mungkin bermula pada zaman Pak Lah. Ianya bermula setidak-tidaknya 20 tahun sebelum kekalutan itu sampai ke tahap hari ini. Tidak adil kita letakkan kesalahan itu kepada Pak Lah kerana siapa yang melantik Pak Lah itu wajib bertanggungjawab bersama-sama. Apa yang hendak kita katakan lagi jika Mahathir sendiri berkata, yang pandai menyertai PAS, yang cerdik menyertai PKR dan yang pintar menyertai DAP. Kata-kata itu bukannya datang daripada pemimpin-pemimpin dalam komponen PR tetapi dari mulut Dr Mahathir sendiri.


Kalau begitu kata Mahathir, yang bodoh itu menyertai parti apa? Saudara jawablah sendiri Aspan Alias

HADIR BERSIH WAJIB: JANGAN KATA RASUAH TU WAJIB.

Jangan kata rasuah tu memalukan negara kalau dibongkar walau di luar negara.Aku pelik juga la..sebab semakin ramai cerdik pandai di negara kita ini, menteri cakap macam nak memperbodohan rakyat.Tapi biasa nya kalau ikutan sejarah, memanglah sesuatu yang nak tumbang akan melakuan banyak tindakan bodoh dan seringkali juga memperbodohkan rakyat.
Itu tak kira gang CIBAI lagi.....





Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hadir ke perhimpunan BERSIH pada 28 April ini wajib kerana ia diadakan untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam.

NONE"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya kepada akhbar rasmi PAS Harakah di pejabatnya di Kota Baharu hari ini.

Setiausaha akhbar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hari ini berkata, pemimpin nombor satu dalam parti Islam itu akan turun bersama dalam perhimpunan pada Sabtu ini.

Malah, kata Nasaie Ismail, PAS juga telah mengeluarkan arahan kepada semua ahli untuk turun beramai-ramai ke himpunan tersebut.

Mengulas soal pengundi hantu, yang termasuk dalam tuntutan BERSIH, Nik Aziz berkata ia jelas perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

"Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya.

"Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya," beliau dipetik sebagai berkata.

Kemenangan 'haram'

Justeru, tambahnya ‘wajib' rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai menjayakan BERSIH 3.0 untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

azlanBeliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya ‘haram' di sisi Islam.

"Malah segala elaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakil rakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.

"Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,"ujarnya lagi.

Anak ADUN Terlibat Skandal

http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1328:demonstrasi-besar-besaran-peneroka-jika-resolusi-ditolak-mazlan-ali

Kerajaan BN akan menghadapi gelombang penentangan besar-besaran sekiranya berdegil meneruskan proses penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) di bursa saham pada Jun depan.

Mazlan berucap

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman menegaskan, tunjuk perasaan peneroka akan dianjurkan andainya kerajaan enggan mempertimbangkan langkah-langkah alternatif selain penyenaraian.

"Konvensyen hari ini menghasilkan satu resolusi yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri supaya beliau mempertimbangkan (kembali) keputusan (penyenaraian).

"Kebimbangan utama kami adalah Putrajaya sedang berusaha mencari dana (melalui proses penyenaraian) bagi menghadapi pilihan raya umum dan bukannya ikhlas untuk membantu meningkatkan imej Felda," katanya dalam sidang media di Konvesyen Halatuju Felda anjuran gabungan Gerakan Selamatkan Felda di Dewan Unisel, Shah Alam, 22 April lalu.

Menurut Mazlan lagi, resolusi mengandungi beberapa cadangan itu akan dihantar kepada Perdana Menteri Najib Razak pada Mei depan untuk dipertimbangkan.

"Sekiranya Perdana Menteri tidak mahu mengambil tindakan, kami akan menggerakkan 1.6 juta peneroka dari seluruh negara untuk mengadakan perhimpunan raksasa sebelum pilihan raya bagi menghalang penyenaraian tersebut," tegasnya.

Tambah Mazlan, antara kandungan resolusi tersebut ialah membayangkan kepada PM risiko penyenaraian dan langkah alternatif yang boleh diambil Felda untuk membantu meningkatkan imej organisasi itu tanpa melalui proses penyenaraian.

10 resolusi yang dicapai semalam adalah:

1. Menentang penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) di atas tiga perkara utama;

a. Penglibatan syarikat yahudi yang merangkumi 20%;

b. Melibatkan tanah Felda Plantation yang sepatutunya diagihkan kepada generasi kedua; dan

c. Melibatkan Koperasi Permodalan Felda (KPF).

2. Tanah Felda Plantation mesti diagihkan kepada generasi kedua Felda dan rakyat yang layak;

3. Koperasi Felda di peringkat rancangan diberi peranan utama mengendalikan kebun-kebun peneroka dan bukannya Felda Technoplant;

4. Membuka peluang pekerjaan kepada generasi kedua dalam perladangan, perniagaan dan seluruh pengurusan Felda;

5. Jawatan pengerusi Felda hendaklah diberikan kepada anak peneroka;

Pemimpin Aank dan tetamu undangan


6. Memperuntukkan kuota ahli lembaga pengarah Felda dan 47 anak-anak syarikat Felda kepada generasi kedua Felda sebanyak 50%;

7. Mewujudkan Universiti Felda untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan dan pakar-pakar dalam bidang perladangan, bioteknologi dan sebagainya dari anak-anak peneroka;

8. Mewujudkan perumahan generasi kedua Felda melalui projek Bandar baru Felda;

9. Memberi pembiayaan mudah melalui institusi-institusi kewangan kepada peneroka, generasi kedua dan kakitangan Felda untuk menambah caruman saham dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF); dan

10. Menghapuskan hutang-hutang peneroka yang tidak munasabah.

Konvensyen sehari itu disertai oleh beberapa pembentang kertas kerja seperti Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakub Negara, Dr Kamari Kasan dan lain-lain.

Turut hadir bekas Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan Felda (KPF) Datuk Zainal Hassan, bekas Adun Pulau Manis, Datuk Ariff Sabri, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

BETUL TU...SAPU DUIT NEGARA TAK KUCAR KACIRKAN NEGARA