TERKINI

Anwar kini di Terangganu untuk pujuk Haji Hadi

Dato Seri Anwar Ibrahim kini berada di Kuala Terengganu untuk berjumpa Dato Hj Hadi Awang. Anwar tiba menaiki Firefly dan disambut oleh YB Azam Ismail Adun Bandar  bersama beberapa ahli dan pemimpin PKR Negeri mengikut sumber yang dipercayai.

Mengikut sumber Anwar bergerak menaiki kenderaan proton Perve metalic WYK 319. Bersama Anwar SU PKR Saifuddin Nasution.

Pihak kami mendapat maklumat tiada sebarang pertemuan setakat ini.

Sumber PAS yang rapat dengan Rusila, Marang dihubungi tidak mengetahui tentang pertemuan ini
-tranungkite

INILAH MASA PAS NAK JADI HERO...ATAU SILAP CONGAK...

Betul lah tindakan Anwar pecat Khalid . Kalau Umno sokong Khalid bermakna ada udang disebalik mee.Sebab itu Umno sokong Khalid. Kalau Umno pakat dengan Pas , Umno umum dulu , Silap Umno umum dulu, Masa inilah PAS nak tunjuk hero. PAS tak boleh buat apa. Semua kena kelentong.
Umno meeting 1 jam saja. Mustahil meeting 1 jam kalau agenda dah dirancang rapi.

Kalau Pas tak tarik break...pas eksiden parah...kalau Pas ikut PKR dan DAP ...PAS jadi hero. Inilah masa Pas nak jadi hero semula . Kalau Pas nak terjun lobang tong taik sebagaimana penyokong kata kepada Anwar...sila kan.......yang tak cerdik dok salah Anwar gila kuasa.Siapa yang gila kuasa kalau Umno dan PAS bersatu???...Kalau Pas teruskan...pas pasti berpecah. Ini real politic.

PKR dan DAP hari ini berkata, penjelasan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada sultan Selangor bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai meragukan.

Mereka justeru menuntut Khalid membuktikan sokongan yang didakwanya itu dengan memanggil sedang dewan bagi membuktikan untuk usul undi percaya bagi membuktikannya mendapat sokongan PAS dan Umno.

Dalam kenyataan bersama Setiausaha PKR Datuk Saifuddin Nasution dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, mereka berkata Khalid kini telah hilang kepercayaan 28 ADUN apabila kedua-dua parti itu secara terbuka tidak menyokong ADUN Pelabuhan Klang itu.

Malah, kata mereka, PAS pula hanya akan membuat keputusan selepas bermesyuarat pada 17 Ogos depan dan Khalid kini hanya boleh mempunyai sokongan majoriti daripada 12 ADUN Umno.

"Tan Sri Khalid Ibrahim (perlu) membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperolehi oleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa.

"Ini termasuklah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan dari ADUN PAS dan Umno," kata kenyataan itu.

Saifuddin dan Tony juga berkata sekiranya 12 ADUN Umno tidak menyokong Khalid, maka menteri besar itu telah memberi maklumat palsu kepada Sultan Selangor.

Justeru, mereka menegaskan akan terus menggunakan segala kaedah mengikut undang-undang tubuh negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan kerajaan Selangor kepada Pakatan yang dipilih rakyat.