LUPAKAH KAMU SEWAKTU KAMU DIZALIMI?




Hikmahnya kita tahu siapa bangsat yg jadi pengkhianat selama ini.  Org yg jahat takkan suka pilih org baik jadi ketua mereka.  Patut pun presiden dia kaki auta, penipu dan pengkhianat kpd janji, timbalan pun sama juga.  

Dia lupa, sewaktu dia dizalimi, tukang masak dia pun kena halau.  Timbalan dia pulak kena pecat, dihina dan diaibkan.  Bini dia menangis takut laki dia kena tangkap.

Siapa yg bersama dia waktu itu?  Lebai?  Kita dlm PH termasuk Dap lah yg bersama mereka untuk melawan rejim zalim waktu itu.  

Apa balasannya?  Khianat!!   Menipu!!   Lari tinggalkan kawan dan duduk bersama kumpulan kleptokrasi.  

Apakah kamu ingat kami takut untuk meneruskan perjuangan? Kami biasa dengan kesusahan.  Pengkhianat pasti akan mendapat balasan samada di dunia mahupun di akhirat.

WFAUZDIN NS

TUN HARUS HORMATI YDPA.


Man Kopi


1. Sebagai Perdana Menteri interim, Tun tidak layak sama sekali untuk menentukan bagaimana PM ke-8 dipilih dari kalangan mereka yang punya sokongan. 

2. Perdana Menteri interim hanya bertindak sebagai pelaksana sahaja dengan kuasa yang terhad di bawah perkenan DYMM YDP Agong.

3. Adakah kerana gagalnya pelan Kerajaan Perpaduan (UG) yang dibentang oleh Tun di Istana pagi tadi, lantas Tun bergegas menyertai semula Bersatu dan cuba pula laksana 'pelan 2 Mac' di Parlimen?

4. Persidangan Majlis Raja² yang pada mulanya dimaklumkan bersidang esok selepas solat Jumaat, telah pun diawalkan ke sebelah pagi. 

5. Adakah kerana Tun menghidu sesuatu bakal berlaku di istana pada sebelah petang, maka Tun terus sailang dengan meminta supaya keputusan PM ditentukan di Parlimen?

6. Perkara paling lucu ialah Tun telah mempromosi Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dipilih menjadi PM8 melalui Parlimen pada 2 Mac nanti. Ini bukan rancangan realiti wahai Tun, ini soal tanahair tercinta yang sedang dalam kehancuran dek pengkhianatan.

7. Menjadi persoalan, di manakah janji² manis Tun yang berpuluh kali menyebut peralihan kuasa hanya akan berlaku dari Tun kepada Anwar Ibrahim? Adakah Tun mudah lupa?

8. Cukup-cukuplah Tun. Kalau pun benar Tun memang tidak pernah terniat untuk bersetuju jadikan Anwar Ibrahim PM ke-8, janganlah hingga tergamak sailang kuasa YDP Agong. 

9. Berilah ruang kepada Majlis Raja-Raja bersidang terlebih dahulu, dan biarlah YDP Agong yang selesaikan kemelut ini.

10. Atau adakah sesuatu yang Tun risaukan akan berlaku pada petang Jumaat ini, hinggakan Tun dilihat cuba membeli masa sehingga Isnin?

Daulat Tuanku

Sekian


#AgongTolakKerajaanPerpaduan
#TolakUnityGovernment
#KerajaanPintuBelakangTerkubur
#KekalkanMandatRakyat

KEDUDUKAN KERUSI PARTI TIAP NEGERI KINI


TERKINI

TERKINI

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang pada mulanya dijadualkan selepas solat Jumaat, telah dipercepatkan kepada sebelah pagi esok.

KENYATAAN MEDIA- BELUM SAHIH...HARAP MAKLUM



KENYATAAN MEDIA

Saya mengambil maklum pengumuman keputusan sesi temuduga bersama Yang Di-Pertuan Agong yang katanya gagal menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku. 

Saya kesal ia belum dapat diselesaikan dan rakyat terpaksa menunggu. Tentunya ketidakstabilan politik akibat perbuatan individu yang hauskan kuasa menyebabkan keresahan rakyat dan memberi impak kepada ekonomi. 

Cuma, saya agak terkejut apabila keputusan ini hadir sebelum mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dijadualkan esok. Adakah kedatangan Tun Mahathir ke Istana Negara pagi tadi untuk mendesak Yang Di-Pertuan Agong untuk membuat pengumuman seperti ini?

Sewajarnya kita menanti keputusan selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja esok. Berikan mereka ruang untuk berbincang dan membuat keputusan demi masa hadapan negara.

Oleh itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini.

DS Anwar Ibrahim

27 Februari 2020

KENYATAAN HANYA DARI ISTANA NEGARA






KENYATAAN HANYA DARI YDPA . ISTANA NEGARA SAHAJA. BUKAN DARI MAHATHIR

SENARAI KABINET BAYANGAN

Tiada penerangan foto disediakan.
Tiada penerangan foto disediakan.




Surat Terbuka Untuk Tun Dr Mahathir Mohamad



*Oleh: Husam Musa*

MALAYSIA TIDAK BOLEH BERGANTUNG KEPADA PEMIMPIN TUNGGAL  DEMI MASA DEPANNYA

YAB Tun,

“(Nabi) Muhammad itu tidak lain hanya se orang Rasul. Sebelumnya telah ada Rasul-Rasul yang lain.

Jika sekiranya Baginda meninggal atau dibunuh, adakah kamu semua akan berpaling semula ke belakang (meninggalkan ajarannya)?’ Al Imran : 144.

Firman Allah ini mengingatkan kita bahawa, dalam soal agama sekali pun, Rasul yang diutuskan tidak akan kekal bersama pengikut mereka.

Nabi-Nabi lagi dimatikan, tetapi kehidupan beragama berjalan terus. Kitab-kitab sebagai pedoman adalah lebih kekal dan bertahan lebih lama dari kehidupan para Rasul.

Begitu juga lah dengan para pemimpin.

Sekali pun Tun memang se orang pemimpin yang hebat, satu hari Tun akan pergi dan Malaysia perlu  meneruskan perjalanan dengan pemimpin yang lain pula.

Bah kan, Nabi Muhammad s.a.w dimatikan dalam usia yang relatif masih muda – 63 tahun. Apabila misinya membawa ajaran Allah telah selesai, baginda dipanggil maut. 

Tun hidup jauh lebih lama dari Nabi Muhammad s.a.w. Namun, tidak bermakna Malaysia sentiasa selamanya perlu bergantung kepada Tun.

Jalan kestabilan dan masa depan Malaysia terletak kepada pertukaran kepimpinan.

Oleh itu, menjadi salah satu tugas Tun, meletakkan asas pertukaran kepimpinan negara dalam keadaan teratur dan licin.

Bukan hanya memikirkan Tun mesti memegang kuasa untuk selama-lamanya.

Tun perlu menyediakan pelan peralihan kuasa itu jika benar Tun sayangkan Malaysia dan tidak  memikirkan kepentingan Tun sendiri semata-mata.

Bahkan, ini adalah yang paling penting demi kelangsungan kestabilan dan kemajuan negara ini, lebih-lebih lagi dalam usia Tun sekarang.

Tun,

Untuk tujuan memantau kepimpinan baru yang diletakkan demi negara itu, Tun boleh masuk semula ke dalam kabinet sebagai Menteri Kanan seperti mana langkah Lee Kuan Yew dalam menyusun Singapura selepasnya.

Semasa itu, Tun boleh membetulkan apa yang difikirkan perlu dibetulkan.

Jika ia dilakukan sekarang, Tun boleh hadhir mewakili Kerajaan Malaysia dan negara di sidang Apec sebagai pemimpin yang benar-benar ulung, berkorban untuk negara, serta meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan dan sentimen peribadi.

Tun adalah Pemimpin Agung, bagi pandangan kami – jika berlaku demikian.

Tun,

Mengenai cadangan Tun untuk melantik anggota kabinet merentasi parti-parti dan tidak tertakluk kepada Parti Menguasai Kerajaan, ada beberapa perkara yang menjadi persoalan.

Maafkan saya untuk menyentuh perkara ini.

a. Tun tidak pernah membincangkan perkara ini terlebih dahulu dengan mana-mana pihak. 

             Ia hanya muncul secara mendadak selepas Tun dilantik oleh YDPA sebagai PM 
             Interim hasil perletakan jawatan oleh Tun sendiri.

b. Lantaran itu, timbul kebimbangan besar bahawa sistem baru yang dicadangkan oleh Tun ini akan mengubah amalan sistem demokrasi ala Westminster sekarang kepada pemusatan kuasa hanya kepada se orang individu berjawatan Perdana Menteri.

Sistem semak dan imbang tidak lagi boleh berfungsi dengan baik.

Kuasa akan berpusat kepada se orang insan bernama Tun Dr Mahathir Mohamad, pada hari ini dan esok -  kepada siapa kita belum tahu.

Jika beliau melantik pemimpin baik dan jujur, negara beruntung. Jika beliau melantik orang tertentu yang rapat dengannya, atau kitaran semula, atau mempunyai agenda tersembunyi, negara akan menjadi lebih parah.

Pemusatan kuasa kepada seseorang, adalah cenderung menjadi tidak baik. Negara seperti cacat, sentiasa perlukan pemimpin tunggal. Pemimpin tunggal pula akan cenderung berlaku salah kerana kuasa yang terlalu besar itu.

Saya tidak katakan ia sebuah kerajaan diktator dengan makna yang luas, tetapi ia cenderung ke arah itu.

Kabinet akan hanya menjadi rubber stamp Pemimpin Tunggal itu.

c. Ada juga yang bertanya, semasa YB Mazlee mengosongkan jawatannya baru ini, kenapa peluang itu tidak digunakan untuk membuat lantikan seperti konsep yang dikemukakan oleh Tun.

Tun,

Saya harus mengingatkan Tun kepada kemungkinan kemunculan semula ke tapak kuasa, kepimpinan kleptokrat yang telah kita bersama tumbangkan.

Tun lah, secara fakta dan sentimental, menjadi salah satu factor terpenting dalam kejayaan rakyat negara ini memerdekakan Malaysia dari cengkaman amalan kleptokrat terdahsyat dalam PRU lalu.

Tanpa Tun, ia tidak terhasil.

Jangan pula kerana kesilapan langkah Tun di akhir usia, mereka kembali berkuasa. Baik melalui penyusunan politik yang Tun lakukan sekarang, mahu pun dalam PRU yang akan datang kerana ketiadaan susunan parti-parti yang sama perjuangan dengan Tun dalam memerangi kleptokrat ini.

UMNO dengan bilangan ahli Parlimennya yang besar, boleh sahaja menelan Parti Bersatu jika ia diberi ruang. 

Sementara Pas, adalah rakan kumpulan kleptokrat sejak asal. 

Ruang berkerajaan kepada Pas akhirnya akan menyebelahi kleptokrat.

Dalam hal ini, saya menyeru Tun mengembailkan Bersatu ke dalam PH.

PH, saya lihat, masih terbuka.

Bila dimaklumkan Tun telah meletakkan jawatan kerana ditekan oleh pemimpin Bersatu sendiri dalam mesyuarat Bersatu pada 21 Feb lalu, kami semua menitiskan air mata.

Kak Wan menangis di depan Tun. Sama seperti Mat Sabu. Lim Guan Eng menggeletar. Tun telah saksikan sendiri. 

Ini semua tanda cinta kami kepada Tun atas nama kestabilan negara Malaysia.

Kami masih akan memberi ruang kepada Tun dan pasukan. Bahkan, saya tidak ragu-ragu untuk secara terbuka membuat cadangan kepada pimpinan PH untuk melantik YAB Mukriz sebagai calon Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan pimpinan DSAI.

Dengan itu, kerajaan Negeri Kedah  dan negeri-negeri yang lain akan dapat diselamatkan.

Satu kemaslahatan yang lebih luas, yang Tun perlu timbangkan.

Tun,

Peristiwa-peristiwa misteri berlaku hampir serentak pada Ahad, 21 hb lepas.

Kesemuanya menuju kepada gangguan susunan pemerentahan negara.

Esoknya, pasaran saham, sebagai salah satu petanda kesan Gerakan Sheraton, jatuh teruk.

Ekonomi negara dan nasib sebahagian rakyat menjadi pertaruhan.

Tun mesti bertindak ke atas pensabotaj ini. Tun mesti menjauhkan diri dari mereka sebagai tanda Tun tidak merestui tindakan mereka.

Jangan pula Tun dilihat sebagai dalang di sebalik tindakan mereka.

Memang benar Tun telah menyatakan sebab Tun meletakkan jawatan sebagai PM adalah kerana menolak agenda Gerakan Sheraton secara keseluruhan, termasuk dari parti Tun sendiri – tetapi atas nama kepentingan negara, itu belum cukup.

Sesuatu tindakan yang tegas ke atas mereka adalah diperlukan.

Apa lagi untuk Tun memasukkan mereka semula dalam kerajaan atas apa jua nama.

Ia akan menjadikan prinsip Rakyat Malaysia yang seharusnya menolak sebarang bentuk pengkhianatan akan dipermainkan.

Ia mendidik rakyat kita menjadi tidak berprinsip dan ini buruk untuk negara dalam jangka panjang.

Pengkhiantan adalah pengkhianatan.

Tun – you sould be above all this things.

Akhir kata, kemelut ini perlu ditamatkan cepat demi Negara.

Husam Musa
12.25 tengah hari
27 Februari 2020

BERITA INI 90% SAHIH...CUMANYA ESOK ADALAH MESYUARAT MAJLIS RAJA RAJA...


So apa apa pun semoga dipermudahkan...tak ada kerajaan negeri yang tumbang...tunggu esok penggumuman...

PLAN A & PLAN B




Rancangan sabotaj Mahathir sudah lama dikesan
BAIK BURUKNYA KERAJAAN PERPADUAN

Inilah ditaktor yg memenjarakan Anwar hingga Anwar teruk dipukul, dibogelkan dan berpisah bertahun lamanya dgn keluarganya. Anwar maafkan dia. Anwar bantu Tun setelah diaibkan Najib.

Anwar izinkan Tun bersama PH. Isteri Anwar tolak menjadi PM kerana berpegang pada janji, Anwar dan PH izinkan beliau jadi PM walaupun parti menang sedikit. PH benarkan partinya bertanding paling byk kerusi Parlimen....

Tun dulu sabotaj Tunku Abdul Rahman, dia buat Tun Hussein Onn keluar dari UMNO, dia buat Tun Musa Hitam letak jawatan, dia juga melemahkan kuasa Raja2 Melayu, dia buat Tan Sri Ani Arope meletak jawatan, dia membuatkan Pak Lah meletak jawatan, dia telah membuat Najib hilang jawatan PM... dan kononnya utk Melayu dia sendiri robohkan kerajaan UMNO.

Tun diaibkan apabila Najib menarik khidmat polis trafik, pembantu rumah, gugurkan jawatan MB Mukhriz, ucapan pentasnya dihentikan polis dan diaibkan di media saban minggu.

Dia keseorangan ketika itu. Lalu dia dgn muka tidak tahu malu bertemu dgn Anwar di mahkamah. Meminta izin dari Anwar utk bersama Pakatan Harapan.

Anwar terima kehadiran Tun. Anwar maafkan Tun walaupun anak2nya melarang. Bila menang dia lupa janji2. Dari dulu dia menipu. Ayatnya..." Sebenarnya saya sudah berjanji ..98. Kali ini juga dia berkata " Sebenarnya saya sudah berjanji.'

Bagi saya dia adalah contoh insan yg akan dikenang dlm sejarah sebagai manusia yg tidak boleh dipercayai. UMNO bijak kerana mencurigai Tun.

Yg pelik mengapa di zaman serba moden dan bermaklumat masih ada yg percaya ia agenda Melayu. Mengapa kita tidak boleh bekerjasama dgn beberapa pemimpin Cina yg bersih daripada bekerja dgn pemimpin2 Melayu yg korup hingga trillion hutang negara ?

Jika sesebuah kerajaan tidak menganggu sistem perlembagaan negara... berilah siapa pun menjadi PM janganlah kita gusar. Malaysia wajibkan PM dan TPM mestilah Melayu apa lagi yg dibimbangkan.

Lihat bagaimana di Amerika apabila mereka melantik Presiden dari kaum bekas hamba abdi mereka walaupun negara Uncle Sam itu masih mempunyai sentimen perkauman. Ia kerana Perlembagaan Negara tersebut tidak diganggu sepertimana Tun musnahkan di era pemerintahannya dulu.

Benar ekonomi negara perlahan tapi lihatlah  dan fikirlah siapa yg sabotaj ekonomi negara. Kerajaan yg ada ini dikhinati atau disengajakan lemah utk mudah menyakinkan rakyat mengapa perlu diubah.

Kita telah lama tahu penglibatan Tun. Tapi demi menjaga akhlak di mata rakyat agar jgn dituduh rakus, mengkhianati perjanjian ( Konsensus ), Presiden Parti dlm PH bersabar melihat game Tun. Malah strategi Tun telah dpt dihidu sebab itu dlm artikel yg lalu saya katakan... saya tetap tidak percaya dgn Tun.

P. Ramlee... " Yang kau percaya orang tua ni kenapa. Kamu kan tahu dia ini penipu. Muka dia pun muka penipu.

PLAN A

1. Suruh Azmin lawan secara terang terangan. Salah laku Azmin disembunyikan. Kemudian suruh Bersatu keluar dari PH agar kerajaan PH hilang majoriti.

2. Dia berlakon kononnya tidak bersetuju tindakan Azmin dan Bersatu agar PKR, Amanah dan DAP percaya. So dia letak jawatan PM kononnya kecewa dgn Bersatu. Sebenarnya dia mahu gugurkan semua jawatan2 Menteri Kabinetnya yg 70% dikuasai PKR, Amanah dan Dap.

Bayangkan jika lebih 20 Menteri dihalau dari Kementerian masing2 tentulah akan membuat rakyat simpati dan pastinya Tun akan dilihat kejam. Lakonan Tun hebat seperti gayanya ketika berkempen bersama PH dulu sebelum PRU. Masih ingat video ' Atok tiada masa lagi...'

3. Tun berharap PKR, Amanah dan Dap tertipu dan akn mencalonkan beliau menjadi PM semula.

4. Tun mahu wujudkan kerajaan perpaduan agar dia tidak terikat dgn konsensus PH. So dia bebas melakukan sesuka hati dan tempoh jawatannya sebagai PM tidak perlu diungkit lagi.

PLAN B

1. Tun yakin dia akan dicalonkan semula sebagai PM. Tapi perangai khianatnya sudah dihidu Anwar, Mat Sabu dan LGE apabila dia tidak mahu mempengerusi mesyuarat Majlis Presiden PH.

2. Apabila dia mendapat tahu PH ( PKR, Amanah dan DAP ) kesemua solid mencalonkan Anwar, dia segera membuat Ucapan Khas secara live. Ia adalah signal darinya utk dirinya dipilih semula...

3. Jika berdasarkan undian Anwar menjadi PM lalu dgn kuasa PM Interim dia seperti cuba mempengaruhi dgn membiarkan Dewan Rakyat yg memilih siapa PM 8 Malaysia. Sedangkan dulu dia boleh menyerah jawatan PMnya kepada Pak Lah tanpa perlu ke Dewan Rakyat.

4. Memujuk GPS dan Warisan menyokongnya serta PAS yg dianggap mudah dibeli berbanding UMNO yg dpt merasai sukar utk bekerjasama dgn Mahathir yg dianggap manusia yg tidak boleh dipercayai. Apapun jgn terkejut jika UMNO menyertai semula bekerjasama dgn Tun dgn alasan  DAP sudah tidak bersama dlm kerajaan perpaduan. Kita mesti ingat kes2 mahkamah pemimpinnya. Mereka bukan fikir soal bangsa sebenarnya tetapi kes peribadi yg membolehkan mereka dipenjarakan di Sg Buluh.

a)Kerajaan Perpaduan baik dan buruknya...

Kerajaan perpaduan tidak bagus utk sesebuah negara. Ia akn membuatkan seorang PM menjadi Ditaktor. Negara yg tidak mempunyai pembangkang sebagai chk n balance sgt tidak baik apatah lagi senario politik di negara kita berbeza.

Benarkah demi Melayu dan agama?

Benarkah demi Melayu? Jika demi Melayu apa yg kerajaan skg buat hingga Melayu terhina. Adakah Islam terancam? Jika kita amati segala tindakan berunsur perkauman siapakah Menteri Dlm Negeri ketika itu? Seperti kita ketahui kerajaan PH sengaja dilemahkan dari dalam bukan sahaja dari ekonomi tapi dari isu2 berbau perkauman.

Jika utk Melayu mengapa Tun bersama PH mahu menjatuhkan UMNO dan PAS dahulu? Dia berbohong, dia bersama PH atas dendam kesumatnya kpd Najib Tun Razak. Itu saja.

Kenapa Tun bimbang bersama UMNO?

Pasti kerana anaknya. Apatah lagi mengenangkan nasib Mukhriz selepas ketiadaan beliau. Mukhriz dianggap tiada pengaruh, junior dlm arena politik. Jika dia tiada pastinya UMNO akan meratah Mukhriz dan terbuang begitu sahaja.

Benarkah pengaruh Tun PH berjaya memenangi PRU 14?

Tidak malah undian Melayu merosot sekitar 5 % dari PRU 13. Bukti seterusnya parti Bersatu yg paling banyak bertanding menang tidak sampai 15 kerusi. Melayu tidak sokong Tun.

Benarkah Tun dihalang menggunakan kuasanya sebagai PM?

Yg tidak tahu...Tun memilih Menteri Kabinet mengikut kemahuannya. Malah memilih Menteri Bersatu sama ramai dgn parti2 PH yg menang besar dlm PRU. Dia lantik Ketua SPRM, KP, Peguam Negara keputusan dirinya sendiri. Dia lantik MB dari kalangan partinya walaupun menang 1 kerusi. Malah dia diizinkan menentukan tarikh yg sesuai utk meletakkan jawatan. Apa lagi halangan dan kekangan dia sebagai PM?

Akhir kata adakah Malaysia akan 'kiamat' jika Tun sudah tiada? Apakah kita masih mahu bergantung kpd seorang lelaki tua berusia 95 tahun? Ia bukan soal menyelamatkan bangsa dan sebagainya ( kata2 utk tujuan politik )... ia adalah kebodohan kita yg mudah dimainkan dgn persepsi.

Adakah kita fikirkan sampai begitu bodoh, kononnya Anwar menjadi PM ingin memperkasakan bahasa Cina, nak serah kuasa pada Cina. Anwar itu lebih Melayu dari Tun... sanggup kena penjara utk Melayu Baling. Perjuangannya utk Melayu dan Islam hingga lahirnya UIA dan Bank Islam. Lihatlah akhlak keluarga Anwar. Bukan sahaja sopan budi bahasa dan pemakaian tapi tidak ada yg bergelar jutawan...




LANGSUNG: Anwar akan angkat sumpah?

LANGSUNG: Anwar akan angkat sumpah?

KUALA LUMPUR: FMT menyampaikan berita secara langsung di Istana Negara di tengah-tengah kekosongan politik di Putrajaya.
11.15 pagi: Terdapat percanggahan berhubung siapa yang mempunyai majoriti, di mana penyokong Anwar Ibrahim berkata pemimpin PKR itu akan mengangkat sumpah sebagai PM. Pemimpin tertinggi Pakatan Harapan akan mengadakan pertemuan pada jam 1 petang hari ini.
11.10 pagi: Dr Mahathir mungkin tidak mengangkat sumpah kerana beliau tidak memakai Baju Melayu, yang merupakan protokol istana yang diperlukan semasa istiadat itu.

ANWAR DAN PH TIDAK PERNAH MENGKHIANATI MAHATHIR



Apabila PH semalam membuat keputusan menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri pilihannya, banyak pihak, terutama daripada Bersatu telah menuduh gabungan itu mengkhianati Tun Mahathir Mohamad.

Sikap khianat itu dikaitkan berikutan ketiga-tiga pemimpin utama PH – Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu – dalam pertemuan dengan Tun Mahathir pada pagi Isnin lalu, sehari selepas rampasan kuasa yang digerakkan oleh Azmin Ali menemui kegagalan, telah menyatakan kesediaan untuk mencalonkan semula bekas Pengerusi Bersatu itu sebagai Perdana Menteri.

Kenapa setelah menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir, tetapi tiba-tiba PH mencalonkan Anwar?

Berdasarkan rentetan, sokongan oleh PKR, DAP dan Amanah kepada Tun Mahathir itu adalah berdasarkan hakikat pada ketika itu (pagi Isnin) Tun Mahathir masih lagi Pengerusi PH serta Bersatu juga tetap merupakan salah satu ahli gabungan PH.

Dalam pertemuan dengan ketiga-tiga pemimpin PH itu, Tun Mahathir telah menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan berikutan kecewa namanya telah digunakan oleh pihak yang merancang rampasan kuasa itu, sambil memperlihatkan dirinya seolah-olah sedia bekerjasama dengan kumpulan perasuah daripada UMNO.

Atas dasar itulah Anwar, Guan Eng dan Mohamad Sabu menyatakan kesediaan menyokongnya semula sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, apabila Tun Mahathir pada jam 1 tengahari Isnin itu mengumumkan meletakkan jawatan, ia kemudian diikuti dengan pengumuman Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu bahawa parti itu membuat keputusan keluar daripada PH.

Tun Mahathir pula selepas itu mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu.

Seterusnya, Yang Dipertuan Agong menerima perletakan jawatan Tun Mahathir, tetapi melantiknya semula sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu perlantikan Perdana Menteri baru dibuat.

Bagi tujuan melantik Perdana Menteri baru, Yang Dipertuan Agong telah mengambil langkah bijaksana dengan menemubual seorang demi seorang kesemua 222 Ahli Parlimen.

Dalam hal ini, sudah tentu setiap blok dan parti perlu menamakan siapa calon Perdana Menteri pilihan mereka.

Tun Mahathir yang sudah meletakkan jawatan dan dilantik sebagai Perdana Menteri interim sepatutnya tidak lagi menawarkan diri untuk dipilih sebagai Perdana Menteri yang baru.

Tetapi, Tun Mahathir telah menunjukkan keinginannya untuk berkuasa semula dengan cara memanggil semua ketua-ketua parti bagi mendapatkan sokongan dalam pembentukan kerajaan perpaduan yang dirancang mahu ditubuhkannya.

Bagaimanapun, UMNO dan Pas kemudian menolak hasrat Tun Mahathir itu kerana beliau didapati masih ingin melibatkan DAP dalam kerajaan baru yang bakal dibentuknya.

Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung UMNO dan Pas segera mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Tun Mahathir kerana mereka tidak mahu bekerjasama dengan DAP serta menuntut pembubaran Parlimen bagi pilihanraya baru diadakan segera.

Hanya selepas UMNO dan Pas menarik balik sokongan terhadap Tun Mahathir, barulah PH mengadakan mesyuarat pada petang Selasa lalu untuk memuktamadkan siapa calon Perdana Menteri yang mahu dipilih.

Meskipun Bersatu sudah keluar PH, tetapi gabungan itu tetap menjemput Tun Mahathir untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, Tun Mahathir menolak untuk hadir, lalu mesyuarat itu hanya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin daripada PKR, DAP dan Amanah saja.

Dalam mesyuarat itulah akhirnya diputuskan bahawa calon Perdana Menteri yang akan dipilih oleh Ahli-Ahli Parlimen PH ialah Anwar, tetapi pengumuman mengenainya hanya dibuat semalam.

Secara mudahnya, asas memilih Anwar dan bukan Tun Mahathir adalah berdasarkan tiga faktor:-

Pertama, Anwar merupakan calon PM8 yang dipersetujui sebelum ini dan keputusan memilihnya setelah Tun Mahathir selaku PM7 meletakkan jawatan adalah untuk memperlihatkan bahawa PH sentiasa berpegang kepada janji yang telah dikonsensuskan sejak sekian lama.

Kedua, keengganan Tun Mahathir hadir mesyuarat PH, meskipun dijemput secara terhormat, dengan sendirinya menunjukkan Tun Mahathir tidak mahu lagi bersama gabungan itu.

Dalam keadaan itu, di mana logiknya PH masih mahu mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, sedangkan beliau sendiri tidak mahu lagi menunjukkan komitmen bersama PH?

Ketiga, berikutan pengumuman Muhyiddin bahawa Bersatu keluar PH pada tengahari Isnin, bermakna ketika mesyuarat PH pada petang Selasa itu diadakan, parti itu bukan lagi merupakan ahli gabungan PH.

Dalam keluarnya Bersatu daripada PH dan Tun Mahathir merupakan Ahli Parlimen Bersatu, bermakna parti itu sendiri yang menjauhkan diri daripada memilih Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri oleh PH.

Ia tambah diperkuatkan lagi apabila Tun Mahathir sendiri enggan hadir mesyuarat PH.

Jadi, celah mana yang mengatakan PH atau Anwar telah mengkhianati Tun Mahathir? (ShahbudinHusin 27/02/2020)

SIAPA CALOM PM 8


DIKTATOR INI MESTI DIHENTIKAN SEGERA!



1.Kenyataan Tun Mahathir semalam jelas menunjukkan beliau seorang DIKTATOR.Noktah.

2.Mari kita semua rakyat Malaysia yang masih waras,celik dan cinta kepada negara ini merafak sembah kepada DYMM YDP Agung agar menarik balik kuasa yang diberikan kepada Mahathir dalam kadar segera. 

3.Kerajaan Perpaduan adalah manifestasi seorang diktator yang mahu berkuasa total dan berselindung disebalik nama baik perpaduan.

4.Kenyataan diktator ini semalam juga secara terang dan terbuka mencabar kuasa DYMM sendiri yang sedang dalam proses membuat keputusan sesuai dengan peruntukan kuasa yang ada pada baginda.

5.Makanya sebelum diktator ini melakukan lebih banyak kerosakan kepada negara beliau mesti dihentikan daripada memiliki sebarang kuasa pemerintahan serta merta.

Mohamad Ezam Mohd Nor
27Feb2020, 3 Rejab 1441H

KEDUDUKAN SOKONGAN KINI


SITUASI SEMASA - PARTI DI SABAH DAN SARAWAK WAJAR MENYOKONG KERAJAAN PH



Setakat ini, Tun M masih PM sementara sehingga YDPA memutuskan siapa PM ke 8.  Kita tahu, PH yang mencalonkan Anwar sebagai PM telah mengatasi calon lain yang dipilih oleh semua MP.

Ini satu kelebihan buat Anwar Ibrahim untuk diangkat menjadi PM.  Tun M pula lebih awal meletakkan jawatan PM dan perletakannya diterima oleh YDPA. Beliau cuma diminta oleh YDPA untuk menjadi PM sementara sehingga YDPA membuat keputusan.

Parti GPS di Sarawak menyatakan bahawa 18 MP dari parti berkenaan akan menyokong mana-mana pilihan dari YDP.  Sekarang ini, kita tidak tahu keputusan YDPA, maka pendirian GPS itu masih tergantung.  

Saya melihat hari ini, YDPA cuma ada dua pilihan sahaja.  Pertama, Tuanku bersetuju untuk melantik Anwar Ibrahim (PH) bagi menjadi PM, bukan sahaja Anwar Ibrahim mendapat pilihan tertinggi, tetapi lebih baik kerajaan PH yakni kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada PRU14 yang lalu dikembalikan semula kepada rakyat.  Rakyat tentu tidak mahu kerajaan selepas ini adalah kerajaan "pintu belakang".  Pelabur mana yang boleh percaya kepada "kerajaan kudeta"?

Pilihan kedua, Tuanku akan bersetuju dengan idea Tun M iaitu beliau terus menjadi PM tanpa terikat dengan mana2 parti.  Jika ini berlaku, saya tidak boleh bayangkan Tun M memiliki "senjata" yang lebih ampuh.  Saya tidak boleh bayangkan bagaimana seseorang ahli politik yang menang di dalam pilihanraya, tetapi menjadi PM yang kemudiannya mentadbir tanpa mahu ada kaitan dengan politik?  Bukankah PM itu sendiri orang politik dan naik pun kerana politik?  Lebih banyak mudharatnya memilih kaedah ini bagi menentukan jawatan PM.  Rakyat tidak boleh dipaksa untuk menerima ksedah yang langsung membelakangkan hak mereka.

Ada yang berpendapat YDA akan bertindak membubarkan Parlimen.  Saya tidak percaya ini berlaku walaupun Umno dan Pas memilih kaedah ini setelah mereka sedar mereka tidak boleh mengatasi Anwar di dalam mendapatkan sokongan.  Di dalam keadaan kewangan dan ekonomi negara sekarang, tambahan pula kita cuma ada separuh sahaja lagi untuk menghabiskan penggal PRU, membubarkan parlimen adalah langkah yang mungkin tiada dalam pemikiran YDPA. 

GPS Sarawak dan Warisan di Sabah, dua negeri yang sering disebut oleh Anwar Ibrahim sebagai negeri yang berpotensi untuk dimajukan lagi.  Alangkah bertuahnya rakyat di negeri tersebut sekiranya kerajaan negeri sekarang memberikan kepercayaan kepada Anwar Ibrahim, bekas Menteri Kewangan Terbaik Asia itu untuk menjadi pemimpin di negara ini.  Anwar adalah satu2nya pemimpin yang paling lantang menyuarakan hak negeri Sabah dan Sarawak.

InsyaAllah, hari ini YDPA akan membuat pilihan terbaik setelah memohon pertunjuk melalui solat "Istikhorah" nya.  Apa pun, rakyat perlu diutamakan bukannya kehendak pemimpin yang tidak boleh menunggu mandat PRU.  

WFAUZDIN NS

DARI DR DZULKIFLI AHMAD

Dr Zdulkilfi Ahmad

Mewakili kawan2, saya pohon Maaf kepada seluruh rakyat Malaysia!

Kami sedar apa yg diistilahkan olih disiplin Sains Politik sebagai kemelut 'Politik Elit' ini, sememang layak ditanggapi Rakyat sebagai golongan politikus yang saling mencari formula menggapai cita-cita merumus "Politik Koalisi" dalam penubuhan sebuah kerajaan. Mungkin sahaja ada yang berkata dua kali lima sahaja semuanya. Aduuh. 

Lalu ia tidak akan mencetuskan keinginan rakyat untuk turut berdemonstrasi di jalanan kalau ia gagal mencapai keputusan yg tuntas. Ini bukan 'Politik Rakyat' yg mencetuskan Reformasi, satu ketika dahulu. Tapi kali ini, dalam simpang-siur gimnastik politik yang memeningkan, silap2 hari bulan, mereka bosan, mual dan jelak.

Justeru, jangan terus-terusan bebani Rakyat dgn pelbagai gelagat buruk kita! Cukup2lah mempamerkan kejelekan tabiat kita, dicelah2 kehempitan kehidupan mereka. Tontotan itu mengganggu kesejahteraan bahkan menambahkan penyiksanaan hidup mereka. 

Rakyat nantikan Pakej  Rangsangan Ekonomi dan keprihatinan kerajaan untuk menangani seterusnya pandemik COVID-19,  tetapi ini pula yg kita hadiahkan sebagai 'penyelesaian'.

Sekarang 'political impasse' dalam penentuan PM-8 bakal mengundang pelbagai reaksi serta melibatkan wacana yang kurang produktif dan mungkin sahaja berpotensi meledakkan kebrentakan. 

Jangan sampai hilang kewajaran dan arah. Berpada2 berpolitik kerana Rakyat mahukan kebaikan dari kekusutan ini, bukan perbalahan serta pertelingkahan berpanjangan. Jangan tajamkan lagi sensitiviti ras dan agama. Tidak sopan menjadikan semua ini modal politik.

Segera tamatkan era tidak berkerajaan ini. Tidak wajar negara dikemudi hanya seorang lnterim atau Caretaker PM berpanjangan ! Ayuh!

#DaulatTuanku

https://www.facebook.com/515881535150989/posts/3511075558964890/

ADUN DARI BERSATU DESAK PIMPINAN BERSATU LETAK JAWATAN KERANA LEBIH MEMPERCAYAI MUSUH DARI RAKAN DALAM PH



Bila kita mempercayai musuh yang kelihatan baik lebih daripada mempercayai rakan dan sahabat yang berhempas keringat jerih perit untuk menjulang kemenangan ditinggalkan. 

Saya menuntut AMPT  bersatu yang membuat keputusan keluar Pakatan harapan meletakan jawatan kerana kamu telah membuat keputusan yang salah dengan mempercayai musuh daripada sahabat dan rakan yang berjuang untuk menegakkan kebenaran.

Perbuatan ini mengkhianati mandat ahli parti yang telah bersama berjuang menumbangkan kerajaan kleptokrasi bersama sama didalam Pakatan harapan.

Ahli parti tidak rela di peralatan demi mencapai nafsu serakah segelintir pimpinan yang telah menyebabkan bersatu dipandang hina oleh parti dan rakyat seluruhnya.

YB. Sallehudin Amiruddin
Ketua Penerangan Bersatu Selangor. 
Rabu | 6.52 PM

TUN M TELAH BUKTIKAN KEWIBAWAANNYA, KINI TIBA MASA ANWAR PULA MELAKSANAKANNYA.



Selepas PH berjaya membentuk kerajaan pada Mei 2018, Tun M telah berusaha untuk melaksanakan beberapa manifesto yang dijanjikan meskipun semua tahu masalah besar yang kita hadapi apabila mewarisi kerajaan yang telah hampir rosak.

Banyak manifesto yang telah ditunaikan walaupun tidak memenuhi kesemua yang dijanjikan.  Masalah kewangan yang berpunca dari banyak skandal kerajaan terdahulu membataskan usaha kerajaan.

Namun, apa yang boleh dibanggakan adalah kita sifar amalan rasuah dan skandal yang melibatkan menteri2 kabinet.  Ini jauh berbeza dari kerajaan terdahulu yang sehingga kini kes2 rasuah dan penyelewengan mereka tidak selesai di mahkamah.

Bayangkan, sekiranya peralihan kuasa PM akan berlaku di dalam masa terdekat ini di mana tampuk pemerintahan akan diberi kepada Anwar Ibrahim, sudah pasti akan bertambah lagi kes2 yang akan dibicarakan.  Paling penting, negara ini akan memperlihatkan reform yang sebenar.

Anwar, seorang pejuang Melayu dan Islam serta tidak rasis dan berlapang dada terhadap semua bangsa dan agama, pasti akan membawa negara ini ke arah perpaduan yang jitu.  Beliau juga seorang yang berpengalaman menguruskan ekonomi dan kewangan negara akan berupaya membina ekonomi negara dengan lebih cemerlang.  Seorang yang pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia dan di antara 100 tokoh ternama dunia akan banyak membantu beliau sekiranya beliau ditabalkan sebagai PM di dalam masa terdekat ini.

Rakyat menanti peluang ini untuk Anwar Ibrahim membuktikan kewibawaannya.

WFAUZDIN NS

(function() { var d = document, w = window; w

Bendera putih di seluruh Malaysia saat dihurung pandemik menandakan sesuatu yang lebih mendalam

MUSTAFFA K.ANNUAR Pandemik Covid-19 benar mengganggu negara kita, mengakibatkan bilangan kematian yang meningkat, lebih banyak jangkitan ser...