Putar belit fakta mahkamah, Guan Eng pertimbang saman Tantawi


tantawi mahkamah2














KUALA LUMPUR 18 JAN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan at-Tantawi jika memutar belit penyelesaian damai kes saman fitnah itu.
Pegawai Khas Undang-undang kepada Lim Guan Eng, Raja Syarafina Raja Shuib, berkata beliau dan ramai lagi terkilan berikutan Nasrudin menulis rencana berkaitan hal itu bertajuk ‘Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown – Kes diselesaikan di luar mahkamah’.
Beliau berkata, Nasrudin sama ada dalam kealpaan atau kecuaian yang disengajakan kerana memutar belit dan memperlekeh kebenaran seolah-olah menegakkan benang yang basah apabila menulis rencana itu.
“Jika Nasrudin yakin artikel asal bukan fitnah terhadap Guan Eng mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada Ketua Menteri?
“Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta,” katanya pada kenyataan media hari ini, berikutan tindakan Nasrudin semalam yang menulis rencana berkenaan selepas proses penyelesaian damai dicapai.
Sebelum ini, Guan Eng mengambil tindakan saman terhadap Nasrudin berikutan tulisan Ketua Penerangan PAS Pusat itu bertajuk ‘Apa Beza Kidex dan Terowong Pulau Pinang’ yang dimuat naik ke facebook pada 6 Ogos 2014.
Sebaliknya, Raja Syarafina berkata, Guan Eng masih menerima jalan penyelesaian damai yang dicadangkan mahkamah walaupun prosiding guaman terhadap Nasrudin dijadual berlangsung semalam dan hari ini.
“Nasrudin hanya perlu, antara lain, meminta maaf akibat tohmahan dan fitnah yang dilempar terhadap Guan Eng melalui artikel itu,” katanya dan menambah, Nasrudin tidak berbuat demikian, malah sebenarnya enggan menyuarakan kekesalannya terhadap salah faham akibat artikel itu.
Sedangkan, katanya, jika Guan Eng mementingkan kepentingan diri semata-mata dan enggan menerima kenyataan ‘kekesalan’ Nasrudin, penyelesaian damai itu tidak mungkin berlaku sama sekali.
Mengenai penyelesaian damai itu, Raja Syarafina berkata, ia dicapai antara pihak berkaitan menerusi Perintah Persetujuan bertarikh 18 Januari 2016 di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Lim Chong Fong ekoran permohonan Nasrudin.
Katanya, Guan Eng bersetuju dengan Nasrudin menzahirkan kekesalannya di depan hakim dan hadirin mahkamah mengenai kandungan artikel yang mengakibatkan salah faham terhadap ketua menteri itu.
Beliau berkata, kenyataan Nasrudin itu direkod mahkamah dan disahkan kembali oleh defendan itu yang turut membayar RM10,000 kepada Guan Eng sebagai kos, ialah:
“Menghadiri perbicaraan hari ini dan setelah meneliti dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah, saya kesal artikel saya mencetuskan salah faham terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihak pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dengan menarik balik artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu yang didapati tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri.” -Roketkini.com

AMPUN TUANKU, KERAJAAN BN BOROS RAKYAT MERANA!

FITNAH GUAN ENG: TANTAWI DIBIDAS NITIZEN DI FACEBOOK

PAKATAN HARAPAN AKAN FOKUS ISU RAKYAT LEBIH MANTAP

KES PEMBUNUHAN PENGASAS AMBANK DIBAWA KE PBB

EKONOMI TERTEKAN, WARGA KL SINIS HADAPI KERAJAAN BN’

GERTAK PULAK.....





PAS Kelantan hantar surat kepada Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR, melahirkan rasa dukacita kerana ada pemimpin PKR yang menghadiri program anjuran Parti Amanah Negara....... Siap bagi amaran secara halus kepada PKR agar perkara itu tidak diteruskan di masa akan datang.
Ya, kita tahu lebai PAS bukannya cerdik sangat, tapi rupa-rupanya memang sangat tidak cerdik sungguh...... Dari dulu sampai sekarang, tidak berhenti-henti lebai-lebai PAS mempertontonkan kebodohan sendiri kepada umum.
Takkanlah lebai PAS tak tahu langsung bahawa Presiden PKR yang mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, yang menggabungkan PKR, DAP dan Amanah.... Bahkan minggu lepas baru tandatangani perjanjian bersama menyetujui kod etika parti-parti komponen Pakatan Harapan...... Itu berlaku di peringkat pusat..... lebai PAS Kelantan ni jenis buta huruf atau buta kayu...?
PKR perlu memberi respon kepada surat rasmi itu.... PKR perlu tegas samada mahu akur kepada tuntutan PAS dan mempertimbangkan kedudukan PKR sendiri dalam Pakatan Harapan, atau, menolak saranan PAS dan mahu kekal dalam Pakatan Harapan, dengan memutuskan sebarang hubungan dengan PAS di seluruh negara termasuk Kelantan dan Selangor.
Kalau itupun tak mahu buat apa-apa, biarkan saja PAS nak kata apa kepada Amanah, apa perlunya PKR tandatangan perjanjian PH minggu lepas....? Apa gunanya perjanjian itu..?