ULASAN KRITIKAL ANWAR TENTANG BUKU TOMMY THOMAS

 

Memoir Tommy Thomas yang baru diluncurkan baru-baru ini yang diberi judul ‘My Story: Justice in the Wilderness’ mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari khalayak. Mungkin kerana suasana kita hari ini yang disibukkan dengan ancaman virus dan fasa pengurungan di rumah menjadikan kita ternanti-nanti berita-berita sensasi.

Memetik dan mengubahsuai sedikit dari kata-kata Winston Churchill, mantan Perdana Menteri Britain yang cukup terkenal itu bahawa belum pernah terjadi dalam lapangan penulisan memoir (atau biografi) yang telah banyak tertulis oleh ramai orang tentang sekumpulan mereka yang sedikit.

Pertamanya, gambaran oleh Tommy tentang hubungan kekeluargaan serta peri penting aspek kasih sayang dan kejituan dalam berpegangan itu mengingatkan saya kepada sosok bernama Alexis de Tocqueville yang mengungkapkan tentang ‘hati nurani’, dan bahawa kecenderungan itu yang membentuk sikap dan hidup kita, pilihan serta segala tindakan kita dipengaruhi tanpa sedar oleh sikap nurani.

Dalam memoirnya itu, Tommy meneguhkan tentang semangat berpelembagaan sebagai batu asas demokrasi, kebebasan dan keadilan, dan mengapa mengangkat reformasi dan prinsip ketelusan adalah suatu nilai yang cukup murni.

Saya berpandangan ia sesuatu yang tidak terbantahkan oleh mereka yang menjiwai prinsip dan sikap yang sama. Sikap Tommy, seperti yang tercerna di dalam buku itu menampakkan minatnya dalam membela mereka yang tertindas, dan sedang memperjuangkan sesuatu yang murni.

Di era digital seperti hari ini, buku ini tentunya berbaloi untuk dicetak dan ditelaah, setidaknya untuk masyarakat umum dan mereka yang tidak terburu-buru merasakan dikritik olehnya, dilemparkan tuduhan atau lebih parah, dituduh secara terang-terangan. Meskipun demikian, tidak seperti mereka yang mengagung-agungkan buku ini, saya percaya banyak yang boleh dikritik juga tentang buku itu.

Dalam banyak hal, Tommy seolah lebih gemar menyerang dulu dan kemudian baru mengajukan soalan. Ramai yang terkena serangannya itu, dan tidak ada sesiapa yang terselamat termasuk saya sendiri.

Sejujurnya, saya merasakan pernyataan Tommy itu bukan suatu penghinaan kepada saya tetapi adalah kenyataan yang jujur dan spontan, serta dengan niat yang baik. Budaya atau sikap kritikal adalah tiang seri dalam mana-mana negara demokrasi. Saya telah dan pernah melalui saat yang lebih parah dari ini, dan itu belum lagi tentang tuduhan jelek dan sindiran yang dilemparkan ke arah saya.

Apa yang ingin saya katakan adalah ‘sisi gelap’ memoir Tommy ini tidak bersebab peribadi. Ia adalah tentang beberapa hal yang terungkap dan tidak dijelaskan yang mencurangi mutu buku tersebut. Bagi saya, terdapat banyak kelemahan dalam buku ini, tetapi ia tidak harus dipandang ringan.

Saya telah mengenali Tommy sekitar 1980an. Dia begitu mendukung saya tatkala dipecat pada tahun 1998 dan seterusnya bermulanya pendakwaan jelek ke atas saya. Ini menjadi sebab musabab mengapa kami berdua beranggapan bahawa sistem kehakiman di negara ini telah lama dicurangi.

Hubungan kami mulai rapat hanya setelah saya dibebaskan dari Sungai Buloh pada tahun 2004. Sejak itu, dan sehingga beliau dilonjakkan ke jawatan Peguam Negara, beliau telah banyak mewakili saya secara pro bono dalam beberapa kes sivil.

Sejurus Pakatan Harapan memenangi PRU14 dan selepas saya dibebaskan pada tahun 2018, saya ke Kota Bharu sebagai upaya bagi mengelak berlakunya krisis setelah Tun Mahathir melantik Tommy sebagai Peguam Negara.

Ada juga peristiwa lain yang meletakkan kami berdua dalam kem yang sama yang boleh dibaca lanjut dalam bukunya pada tahun 2016 yakni ‘Anything but the Law’. Mungkin penerbitnya mahukan kemaskini yang lebih provokatif ketimbang yang sebelum. Tanpa keraguan lagi bahawa beliau berjaya untuk tahap ini, tetapi malangnya beliau telah mengorbankan banyak hujah rasional beserta bukti.

Saya mulakan dengan penegasan yang dibuat Tommy berhubung peristiwa 13 Mei di mana beliau menyatakan bahawa terdapat “bukti yang menunjukkan kudeta (rampasan kuasa) digerakkan oleh Tun Razak”. Hanya dengan sebatang pen, Tommy meluncurkan serangan.

Mantan Perdana Menteri Kedua negara Almarhum Tun Abdul Razak tidak hanya diiktiraf sebagai penggagas dalam pembangunan negara, tetapi juga adalah sosok besar yang sangat prihatin terhadap nasib rakyat dan bangsa. Tun Razak juga manusia, seperti kita, dan tentunya ada kelemahannya yang tersendiri. Penting juga bagi kita sebagai masyarakat yang berfikrah kritikal untuk berhenti mengagung-agungkan tanggapan-tanggapan sejarah tertentu.

Saya tidak boleh salahkan Tommy untuk cuba mengubah sesuatu tanggapan sejarah di masa lalu, tetapi ia juga penting untuk kembali melihat sejarah dalam latar atau konteks yang tepat beserta analisa baru yang lebih segar.

Tommy menambah lagi bahawa “amat sukar untuk percaya bahawa Tun Razak tidak bersetuju dengan anak-anak muda dari satu kaum yang bertempik dan mengherdik kaum lain”. Petikan ini cuba untuk memberi gambaran atau konteks tentang apa yang berlaku pada tahun 1969. Sebaliknya, beliau hanya mengambil satu sudut pandang dan melihat dari lensa orang lain sambil mengekalkan emosi yang sama dalam keadaan terbalik.

Dan kita pun bingung memikirkan apa matlamat yang ingin dicapai dari tanggapan semacam ini. Dan ini terjadi di saat ini di mana kita sedang dikelilingi gejala berita palsu dan teori konspirasi. Cakaplah apa pun tentang Tun Razak, tetapi dia juga berhak untuk diadili dan dinilai berdasarkan konteks dan latar masa lalu yang tepat. Tommy tampaknya tidak meletakkan sebarang latar atau konteks untuk ini.

Kita tidak boleh nafikan fakta bahawa Tun Razak telah melonjakkan negara yang pada saat itu baru mencapai kemerdekaan, ke satu anjakan baru. Beliau bertanggungjawab dalam memungkinkan ekonomi yang berasaskan cucuk tanam yang berselirat dengan masalah kemiskinan pada waktu itu ke arah pembangunan sosioekonomi secara besar-besaran.

Saya merasakan Tommy cuba untuk menggunapakai lensa Tun Razak dan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai upaya untuk menganalisa dalam konteks penggunaan Darurat hari ini. Meski kajian terkait ini boleh mencerahkan, namun penting juga untuk diingatkan bahawa kesimpulan yang akan dibuat kelak tidak bersifat spekulatif dan separuh masak. Ini bukan caranya kita menegakkan undang-undang, dan saya harap para pengamal undang-undang akan membantah metode semacam ini.

Beliau adalah seorang yang gigih dan taat pada tanggungjawabnya, dan meninggalkan dunia saat menjawat jawatan penting negara. Tommy menyatakan bahawa terdapat bukti untuk tanggapannya itu, tetapi yang disajikan kepada kita sebaliknya adalah sangkaan dan teori konspirasi.

Ada juga gerombolan yang menyatakan pernyataan seperti itu pernah dibedah secara terperinci dalam buku yang ditulis Kua Kia Soong pada tahun 2007 yang bertajuk ‘May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969’. Tetapi tidak ada satu bahagian pun di dalam buku tersebut yang boleh digunakan sebagai bukti dalam meneguh sangkaan seperti itu. Allah SWT mengingatkan kita dalam Surah Yunus ayat 10, ”Sangkaan tidak akan mampu menewaskan kebenaran”.

Menjawab mantra propagandis Nazi terkenal Josef Goebbels, mengulangi sangkaan seperti ini tidak akan menjadikannya sesuatu yang benar. Tambahan pula menggunapakai prinsip cui bono dalam perkara sebesar ini adalah lemah dan ia tidak akan mampu tertegak di mahkamah, apatah lagi di ruang umum.

Ia adalah suatu bentuk celaan kepada ingatan ramai rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu yang menyanjung tinggi sosok besar Tun Razak. Adalah amat tidak bertanggungjawab tanggapan seperti itu datang dari seseorang yang pernah menjawat jawatan tertinggi dalam sistem undang-undang negara.

Tuduhan Tommy bahawa mantan Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria dianggap tidak cekap untuk memimpin dan mengawasi pendakwaan kes salahlaku 1MDB pada tahun 2018. Hanafiah telah pun membuat laporan polis dan saya tidak mahu menyentuh lebih.

Memadai untuk mengatakan bahawa Tommy sepertinya telah hilang arah yang tidak hanya mengesankan Hanafiah tetapi juga seluruh Jabatan Peguam Negara kerana ternyata pernyataan seperti itu sangat memberi kesan kepada mereka. Pengganti Tommy Tan Sri Idris Harun juga mengecam buku tersebut sebagai “penghinaan pada profesion guaman dan telah melemahkan semangat para pengamal undang-undang”.

Saya tidak mahu mengulangi keluhan serta kebimbangan yang disuarakan oleh pelbagai pihak yang mempertahankan Jabatan Peguam Negara tetapi saya akan menambah sedikit.

Tommy semacam telah melemparkan tuduhan yang sangat serius pada Jabatan Peguam Negara dengan pernyataan semacam itu dengan menggambarkan, “peguam-peguam di sektor awam mempunyai sikap yang tipikal, mendapat gaji yang tetap setiap bulan dan hanya mengharapkan pencen setelah bersara”. Tommy tidak hanya menghina Jabatan Peguam Negara tetapi telah merobek imej serta reputasi keseluruhan penjawat awam di negara ini.

Tanggapan bahawa para penjawat awam bekerja di sektor awam hanya untuk mendapat gaji tetap dengan harapan akan menerima pencen sesudah bersara adalah tanggapan yang menjijikkan dan langsung tidak berasaskan kritikan yang rasional. Di sinilah tumit Achilles buku tersebut.

Di sini juga berlakunya pertembungan antara pengalaman Tommy dan saya dengan sistem ini yang kami percaya amat memerlukan reformasi yang menyeluruh. Ia adalah sikap prasangka terhadap kaum Melayu kesan dari sikap perkauman yang bertahun-tahun lamanya.

Ini mengingatkan saya pada buku “Mitos Pribumi Malas” oleh Syed Hussein Alatas yang meruntuhkan konstruk masyarakat Melayu oleh penjajah (termasuk masyarakat Filipina dan Jawa) pada abad 16 hingga 20. Mitos-mitos ini akhirnya menyatu menjadi “pandangan sepihak penjajah terhadap penduduk asal di rantau Asia serta masyarakatnya”. Adalah penting untuk kita elakkan dari membuat sebarang kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai penjelmaan semula fikrah superior penjajah.

Benar, saya juga mempunyai sejarah hitam dengan Jabatan Peguam Negara. Meski pengalaman buruk yang pernah saya lalui di masa lalu, saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan stereotaip melibatkan kecekapan serta profesionalisme mereka. Sikap individu tidak boleh digunakan untuk menghukum keseluruhan mereka yang saya percaya sememangnya efisien dan profesional.

Dalam banyak ketika terdapat ramai penjawat awam di pelbagai kementerian, jabatan-jabatan kerajaan serta pelbagai institusi awam yang pernah saya ketemu yang tidak hanya punyai kecekapan sebagai penjawat awam tetapi juga punyai komitmen serta dedikasi dalam mengangkat suara rakyat melebihi mereka yang di sektor swasta.

Kita juga sedari tentang banyak penjawat awam dan pegawai atasan di Jabatan Peguam Negara yang punyai profesionalisme, dedikasi, disiplin, serta kecekapan dan integriti. Saya bingung memikirkan bagaimana Tommy, yang ramai tahu seorang yang merendah diri, mencintai undang-undang, keadilan dan kesaksamaan mempunyai pandangan semacam itu terhadap para penjawat awam di negara ini.

Tommy juga menulis satu bab tentang perkauman dan menggambarkan bahawa gejala perkauman hanya menjangkiti pemimpin-pemimpin Melayu. Tidak ada satu ayat pun melibatkan perkauman dari kaum lain, dan ini adalah kelemahan besar buku ini. Sememangnya tidak ada sesiapa pun harus menjulang perkauman. Sebaliknya, kita harus mengecam dan melawan perkauman.

Tanggapan Tommy itu tidak menyumbang pada wacana terkait perkauman di Malaysia, yang sememangnya telah menjadi budaya bertahun-tahun lamanya kesan dari kebijakan pemerintan. Kita sebaliknya mesti menganalisa secara kritikal isu tersebut, dan menonjolkan sikap yang benar-benar mahu memadamkan luka lama dan bina semula sebuah Malaysia yang bersatu padu dan saksama.

Saya juga kusut memikirkan bagaimana Tommy boleh memberikan komen terkait kes bunuh Samirah yang masih berjalan. Kes tersebut semestinya tidak punya relevan sama sekali dengan naratif yang cuba ditonjolkan dalam memoir itu, dan saya pasti pelajar undang-undang tahun pertama tahu bahawa pernyataan itu adalah bersifat subjudis dan akan memberi kesan pada proses di mahkamah.

Sekali lagi, mengapa Tommy yang punyai pengalaman yang cukup luas dalam undang-undang boleh membuat kenyataan sebegitu rupa yang nanti akan kembali menghantuinya di kemudian hari?

Saya percaya saya harus berhenti sekarang dari terus menulis. Dan memetik Robert Frost, “aku masih punyai jarak yang mesti ditempuhi sebelum tidur”. Tommy kini telah disaman oleh pelbagai pihak serta berpuluh laporan polis dibuat terhadapnya. Namun begitu, laporan bahawa Kementerian Dalam Negeri mengancam untuk mengharamkan buku tersebut ternyata membimbangkan.

Pada tahun 1644, John Milton menulis ‘Areopagitica’ ke Parlimen UK yang berhujah untuk menentang gejala pengharaman atas prinsip bahawa setiap mereka yang rasional mesti bertanggungjawab terhadap pegangan serta tindakannya, dan bangunkan masyarakat yang menghidupkan budaya perbahasan secara terbuka.

Meski saya merasakan saya punyai hak untuk mengkritik memoir Tommy, saya tetap tegas menentang segala bentuk pembulian atau pengharaman terhadap buku tersebut.

Saya berfikiran bahawa Tommy mesti dibenarkan untuk mempraktik kebebasan bersuara selaras dengan Perlembagaan serta tertakluk pada undang-undang yang memantau fitnah, serta yang berbaur hasutan. Dalam semangat yang sama juga saya menyatakan ketidaksetujuan dengan pandangan serta kenyataan Tommy.

Mendiamkan mana-mana suara adalah langkah kebelakang. Harus saya nyatakan di sini bahawa suara Tommy juga sama penting dalam usaha kita menghidup dan meraikan kemajmukan di negara ini di mana suara dari kaum lain juga mesti diangkat dan diraikan. Malangnya, ‘Justice in the Wilderness’ adalah buku yang sarat dengan stereotaip, dan kita harus menelaahnya dengan prinsip skeptisisme yang tinggi.

Kita juga tidak boleh mengesampingkan fakta bahawa buku ‘The Justice in the Wilderness’ adalah kisahnya, dan meski kita akan terus berdebat dan membantah kandungan buku tersebut, tetapi ia adalah haknya untuk menceritakan seperti mana yang dia mahukan.

Dan selalunya mereka yang terburu-buru untuk mendiamkan mana-mana suara sebaliknya hanya menambahkan minat masyarakat umum untuk mendengarnya. Oleh itu, sebaliknya marilah bersama kita hidupkan budaya kritikal dan wacana terbuka. Bagaimanapun, asas untuk beberapa wacana yang tertangguh yang sangat diperlukan di negara ini sedang menunggu kita untuk menerokanya secara kritikal.

ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang/Presiden PKR

7 Februari 2021.


UNDANG-UNDANG BERKASTA.BAGI JA MENTERI BANGANG TU JAWAB..

 May be an image of 4 people and text that says "KETUA PENGARAH KESIHATAN MENTERI KESIHATAN MG Individu tiba dari Sabah perlu pakai gelang kuarantin, jalani kuarantin wajib 14 hari November 20, 2020 @ 8:53pm Pengembara dari Sabah hanya perlu lakukan ujian swab- -Adham 24 November 2020 BH Utusan Malaysia Tempoh kuarantin ditetapkan 10 hari 13 Disember 2020, 7:51 pm Sinar 3 hari tempoh kuarantin menteri balik lawatan rasmi luar negara 09 Februari 2021 HALAFSIA PUTRAJAYA: tempon pengawasan S serta berkuat kuasa hari"

Rafidah pertahan memoir Tommy Thomas, berbeza pandangan bukan satu kesalahan

 


Rafidah pertahan memoir Tommy Thomas, berbeza pandangan bukan satu kesalahan


Memiliki pandangan yang berbeza daripada yang digambarkan dalam buku memoir yang diterbitkan bukan alasan untuk mengharamkan buku itu, kata bekas menteri Rafidah Aziz.

Membidas pihak yang menggesa agar buku memoir bekas peguam negara Tommy Thomas diharamkan, Rafidah berkata sikap tidak bertoleransi kerana tidak bersetuju dengan pandangan berbeza merupakan sesuatu yang membimbangkan di Malaysia.

“Penting untuk diingat, bahawa setiap orang yang menulis memoir peribadinya, tidak boleh dipaksa untuk melihat sesuatu dari sudut pandang pembaca, penganalisis, atau pengulas.

“Seseorang tidak seharusnya menghukum penulis hanya kerana tidak menyukai mesej itu kerana berbeza dengan pandangan atau persepsi mereka,” katanya, sambil menyorot sesuatu kejadian akan sentiasa mengundang pelbagai persepktif.

Dikenali sebagai pemimpin lantang, Rafidah mengatakan dia mungkin tidak bersetuju dengan Thomas mengenai perkara-perkara tertentu.

“Tetapi itu tidak memberikan sesiapa pun hak untuk mengharamkan buku itu.

“Ini adalah trend yang membimbangkan, ketika tidak ada ruang untuk perbezaan pendapat, dan kepelbagaian pandangan,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

“Tetapi pada masa sama, tidak ada yang mengambil tindakan terhadap beberapa kesalahan, dan salah tafsiran fakta oleh beberapa orang. Walaupun ia telah menjadi tular di media sosial,” tambah Rafidah.

Sejak diterbitkan bulan lalu, memoir Thomas yang berjudul My Story: Justice in the Wilderness, mengundang sejumlah laporan polis, ancaman tindakan undang-undang dan siasatan Kementerian Dalam Negeri yang boleh membawa kepada pengharaman buku itu.

Salinan fizikal buku itu yang diedarkan oleh penerbit bebas Gerakbudaya habis terjual dalam beberapa hari selepas penerbitannya.

Sebagian besar reaksi, bagaimanapun, didasarkan pada versi digital yang dibocorkan dalam talian yang telah banyak dikongsi, selain dari laporan berita berdasarkan kandungannya.

“Tidakkah orang yang mempersoal tentang autobiografi / memoir Tommy, menyedari ada banyak yang bersetuju dengan pemerhatian Tommy mengenai apa yang dia tahu?

“Atau adakah kita hanya ingin mempunyai memoir yang menghiasi sesuatu, mempermanis perkara yang pahit, menafikan yang jelas, dan hanya mengambil jalan selamat?” katanya.

“Peristiwa bersejarah tidak dapat disangkal lagi. Setiap daripada kita pasti akan mempunyai tafsiran kita sendiri untuk setiap peristiwa, terutama dari perspektif politik.

“Tetapi itu bukan kesalahan,” kata Rafidah.

Rafidah yang sedang menyiapkan memoirnya sendiri mengingatkan agar pembaca tidak hanya mengharapkan pandangan baik-baik mengenai peristiwa atau individu yang akan disebutkan.

“Tidak ada yang dibenarkan memberi panduan kepada saya ketika saya menulis memiar saya. Saya tahu apa yang berlaku, apa yang dikatakan, dan terpulang kepada saya untuk menyebut nama atau tidak.

“Itu terpulang kepada saya. Tidak ada political correctness dalam meletakkan pen ke kertas, untuk mengaitkan memoir seseorang,” katanya.

Thomas, yang bertugas sebagai peguam negara dari bulan Jun 2018 hingga Februari tahun lalu, mencetuskan kontroversi kerana bukunya setebal 500 halaman yang diterbitkan pada 30 Januari didakwa memberi gambaran salah dan menghina Jabatan Peguam Negara.

Di antara pengkritik Thomas yang telah mengajukan tuntutan undang-undang termasuk bekas perdana menteri Najib Razak yang membicarakan bab yang dikhaskan untuk skandal pembunuhan warga negara Altantuya Shaariibuu yang dikaitkan dengannya dan isterinya, Rosmah Mansor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Huzir Mohamed sebelumnya mengatakan bahawa polis telah menerima 134 laporan di seluruh negara mengenai buku itu, sementara peguam Thomas, Sangeet Kaur Deo, mengatakan bahawa anak guamnya berjanji untuk memberi kerjasama penuh dengan semua proses yang sedang berjalan. 



PKP 2.0: Prihatin melihat rakyat terhimpit, ini sektor dibenarkan kembali dibuka

 


Faris Danial Razi
PKP 2.0: Prihatin melihat rakyat terhimpit, ini sektor dibenarkan kembali dibuka
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sejak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya sedar ramai yang terkesan dari segi ekonomi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 semestinya berbeza dengan PKP yang diadakan pada Mac tahun lalu. Kali ini, kerajaan memberikan lebih banyak kelonggaran.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sejak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya sedar ramai yang terkesan dari segi ekonomi.
"Ada yang terpaksa gulung tikar dalam perniagaan dan peratus pengangguran meningkat.
"Menyedari hakikat ini, sedikit demi sedikit kerajaan mengambil pendekatan untuk melonggarkan sektor ekonomi.
"Kerana apa? Kerana kelangsungan hidup mereka yang terkesan dek kerana pandemik COVID-19," jelasnya.
Untuk itu, kerajaan bersetuju untuk membuka baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan bagi memastikan kelangsungan ekonomi khususnya kepada para peniaga kecil.
Pembukaan sektor di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 setakat 9 Februari adalah seperti berikut:
SENARAI SEDIA ADA
1. Kompleks membeli-belah;
2. Pasaraya/ pasaraya besar;
3. Departmental Store (hanya makanan, keperluan harian, keperluan bayi dan kanak-kanak, perubatan, peralatan elektrik dan berkaitan perlindungan dengan COVID-19);
4. Farmasi/ penjagaan diri;
5. Kedai serbaneka/ mini mart;
6. Dobi (termasuk layan diri);
7. Restoran (take away);
8. Kedai perabot;
9. Kedai emas;
10. Kedai cermin mata;
11. Kedai elektrik dan elektronik;
12. Kedai buku & alat tulis;
13. Kedai hardware;
14. Kedai makanan haiwan;
15. Kedai peralatan sembahyang dan pengebumian;
16. Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti;
17. Pusat pengedaran dan jualan kereta;
18. Other Specialty Retail Stores: Stesen minyak;
19. Pusat cuci kereta;
20. Kedai gunting rambut dan salun (perkhidmatan gunting rambut sahaja);
21. Pemborongan (semua kategori produk);
SENARAI TAMBAHAN
22. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori;
23. Kedai kasut;
24. Kedai barang fotografi/ perkhidmatan fotografi;
25. Kedai barangan terpakai;
26. Kedai bunga/ nurseri;
27. Kedai kraftangan dan cenderahati;
28. Kedai antik;
29. Kedai alat permainan;
30. Kedai permaidani;
31. Kedai kandungan kreatif/ peralatan industri kreatif;
32. Kedai outdoor;
33. Kedai peralatan sukan;
34. Barangan rumah dan peralatan dapur;
35. Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi;
36. Kedai tembakau;
37. Kedai aksesori kenderaan; dan
38. Restoran (dine-in).
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 09 Feb 2021
Terdahulu, kerajaan bersetuju untuk membenarkan restoran dan kedai makan beroperasi secara dine in atau makan di kedai dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Beliau menjelaskan sidang khas Majlis Keselamatan Negara memutuskan kebenaran itu diberikan bermula pada 10 Februari dengan jumlah dua orang semeja.


PERJUANGAN PAS HANYA SEKADAR CANDU POLITIK



Dan sejarah tercipta lagi apabila empat buah negara Arab mengiktiraf Israel hanya dalam tempoh lapan bulan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat bertaraf menteri. Empat negara itu ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 13 Ogos 2020 diikuti Bahrain (15 September), Sudan (23 Oktober) dan Morocco pada 10 Disember tahun lalu.






Anwar Ibrahim: Pembaziran & Darurat Mengurangkan Proses Tender Akan Menye...

BILA MENTERI KONTROVERSI NAK LETAK JAWATAN?




“Kedudukan terkini bebanan yang dihadapi oleh rakyat sudah di tahap mencekik leher. Laporan pemberhentian pekerja oleh pelbagai sektor dengan jumlah ribuan pekerja, serta kenaikan kos hidup yang kini amat memuramkan suasana sosiopolitik negara.” Beliau berkata Kerajaan perlu mengambil tindakan segera untuk mengelakkan situasi panik di kalangan rakyat.




ADAKAH MUHYIDDIN SEDANG MERANCANG MENGADAKAN PILIHANRAYA AKHIR TAHUN INI ?

 

MUHD MUFIZ

Penyokong PH yang xberparti kena turun membantu calon-calon PH di Dun dan Parlimen masing-masing !!....sumbang apa yang termampu, masa, tenaga dsb

PRU15 kali ini PRU RAKYAT MELAWAN PENYAMUN, PENGKHIANAT, PENJAHANAN NEGARA, PENZALIM RAKYAT !!

 

Tapi kalau ader PROKSI-PROKSI ATOKSAKA yang menjadi calon PH dalam PRU15...KITA PASTIKAN MEREKA TUMBANG !!


1.  SUDAH SELESAIKAH RUNDINGAN ANTARA UMNO DAN BERSATU?

2. KERUSI MANAKAH YANG AKAN DITANDINGI BERSATU, UMNO DAN PAS

3. BAGAIMANA PULA PENOLAKAN UMNO TERHADAP BERSATU.


May be an image of 1 person

Muhyiddin mesti arah Menteri Kesihatan tarik balik peraturan berat sebelah

 


Muhyiddin mesti arah Menteri Kesihatan tarik balik peraturan berat sebelah


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu mengarahkan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba untuk menarik semula kelonggaran perintah kuarantin kepada menteri yang pulang dari kunjungan luar negara, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Menurutnya, Muhyiddin perlu berbuat demikian demi mengotakan janjinya yang tiada dwistandard dalam soal pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi melawan wabak Covid-19.

Lim membangkitkan perutusan khas Muhyiddin pada 6 Oktober 2020, yang antara lain berkata dia sendiri tidak terkecuali daripada tertakluk kepada SOP, serta akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang mengingkarinya.

“(Maka) Adakah janji perdana menteri tidak mempunyai sebarang makna jika menteri kesihatan kini boleh wartakan layanan berbeza dalam pematuhan SOP kuarantin Covid-19 untuk para menteri?

“Ia menjadikan penegasan perdana menteri pada bulan Oktober tahun lepas untuk tidak masuk akal sama sekali.

“Apa yang dipertaruhkan sekarang bukanlah kredibiliti menteri kesihatan ‘air suam’ memandangkan dia tidak ada sebarang kredibiliti lagi, tetapi kredibiliti perdana menteri sendiri – sama ada lebih baik daripada kredibiliti menteri kesihatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Dr Adham mengeluarkan perintah yang melonggarkan peraturan kuarantin daripada 10 kepada tiga hari kepada jemaah menteri yang pulang daripada lawatan rasmi di luar negara.

Perintah itu dinamakan “Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021” terbit pada Warta Persekutuan semalam ditandatangani Adham dan berkuat kuasa hari ini.

Banyak pihak sudah menyurakan bantahan terhadap kelonggaran itu, dengan menyifatkan ia membawa risiko kesihatan serta bersifat berat sebelah.

Terdahulu, Adham mempertahankan pewartaan itu dengan menegaskan tempoh kuarantin tiga hari hanya jika menteri benar-benar mengikut “gelembung program perjalanan” (itinerary bubble), iaitu tidak terlibat dengan mana-mana program kecuali pertemuan rasmi.

“Setiap menteri Kabinet perlu memohon kelulusan daripada Perdana Menteri dan Kabinet sebelum ke luar negara. Untuk tujuan ini, hanya gelembung program perjalanan yang ketat yang dibenarkan.

“Saya akan buat penilaian dan jika mereka mematuhi jadual lawatan kerja, mereka perlu jalani (kuarantin) 10 hari. Ini jelas,” katanya seperti dipetik laman CodeBlue.

Dalam pada itu, Lim turut membangkitkan ucapan Muhyiddin yang menyebut dia akan “mula menggunakan rotan” terhadap mereka yang melanggar undang-undang berkaitan Covid-19.

Katanya, kini adakah Muhyiddin akan menggunakan “rotan” terhadap menteri kesihatannya sendiri.

Katanya lagi, pelonggaran itu akan mengikis kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dalam usaha membendung wabak Covid-19, di saat unsur itu perlu menjadi keutamaan kerajaan pada masa ini.

“(Tetapi) kerajaan membuat perkara berlainan – melakukan segalanya yang boleh merendahkan lagi kepercayaan, keyakinan, dan sokongan rakyat seperti yang dilakukan dengan peraturan kuarantin baru untuk menteri.

“Muhyiddin juga perlu ingat jaminan Perlembagaan yang menjamin kesamarataan untuk semua rakyat Malaysia seperti yang termaktub dalam Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi. 



Gempar! Salahuddin dedah ‘kartel daging’ tawar pakej percutian mewah

 


Gempar! Salahuddin dedah ‘kartel daging’ tawar pakej percutian mewah


Seorang bekas menteri berkata, dia dan keluarganya pernah ditawarkan perjalanan mewah ke Eropah sebagai “kunjungan hormat”, oleh seorang pengimport daging beku yang didakwa ada kaitan dengan skandal kartel daging.

Bekas menteri pertanian dan industri asas tani Salahuddin Ayub memberitahu New Straits Times pengimport tersebut mendekatinya beberapa bulan selepas Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya pada 2018, dalam apa yang sepatutnya menjadi satu “sesi pengenalan” dengan pemain industri.

Namun, timbalan presiden Amanah merasa ada yang tidak kena ketika beliau ditawarkan pakej percutian ke Eropah sebagai “kunjungan hormat”.

“Mereka menawarkan pakej percutian mewah kepada saya dan keluarga. Perjalanan berbayar ke Eropah. Tetapi saya menolaknya,” katanya kepada wartawan dalam wawancara.

Bagaimanapun, Salahuddin tidak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak pasti tentang “sifat” tawaran itu, manakala syarikat itu tidak meminta apa-apa sebagai balasan.

Beliau berkata, syarikat yang menawarkan percutian itu menjalankan perniagaan dengan beberapa rumah penyembelihan di India yang mengeksport daging ke Malaysia.

Katanya, beliau cuba untuk menangani isu melibatkan import daging semasa menjadi menteri, terutama selepas mendapat tahu terdapat monopoli ke atas import daging beku.

“Kami terima laporan sebuah syarikat memonopoli bekalan dari rumah penyembelihan yang ada, jadi saya menambahkan beberapa lagi untuk mengatasi masalah ini,” katanya, menjelaskan tujuannya untuk memecahkan monopoli.

“Tetapi kita menghadapi pelbagai isu birokrasi. Agensi meminta justifikasi mengapa kami perlu mengesahkan lebih banyak rumah penyembelihan apabila apa yang kita sudah ada cukup untuk pasaran.”

Jemaah Menteri diminta untuk membantu sebelum persetujuan akhirnya diberikan, katanya.

Salahuddin juga berkata, beliau mahu membawa wakil SPRM dan NGO untuk mengiringi pegawai Kementerian Kesihatan, Jabatan Kemajuan Islam Jabatan, dan Perkhidmatan Veterinar semasa lawatan ke rumah penyembelihan sebelum kelulusan import dikeluarkan.

Ini untuk memastikan ketelusan dan segala amalan rasuah di sektor itu dapat ditangani, katanya, sambil menjamin produk tersebut selamat untuk rakyat dan halal.

“Tetapi itu tidak berlaku. Ia memerlukan lebih daripada hanya satu penggal menjadi kenyataan. Saya juga tertanya-tanya, ketika agensi kerajaan ini pergi ke sana, siapa yang jaga mereka?”

Beliau mengulangi gesaan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal kartel daging, kerana ia cara terbaik untuk menyiasat perkara itu.

Dilaporkan pegawai kanan dari sekurang-kurangnya empat agensi kerajaan dipercayai bekerjasama dengan kartel yang membawa daging yang tidak diperakui ke Malaysia dan memasarkannya sebagai produk halal.

Sumber yang tidak dinamakan dilaporkan mendakwa pegawai-pegawai kanan ini, yang diberi kepercayaan untuk memastikan standard halal dipatuhi, menerima rasuah dan layanan seksual untuk memastikan operasi kartel tidak dapat dikesan.

Negara yang disahkan pihak berkuasa Malaysia untuk mengimport daging halal adalah Australia, Argentina, Brazil, India, Afrika Selatan, Pakistan, Jepun, New Zealand dan AS, dengan import dikendalikan oleh Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan.


ALHAMDULILLAH.....MEMANG HANGPA NI PENGKHIANAT UGAMA

 

ALHAMDULILLAH.. sejak PAS jadi kerajaan ni pusat judi, arak, pub & kelab malam masih terus dibuka malah CABUTAN KHAS JUDI makin ditambah hampir 3 kali ganda berbanding zaman PH.

Takebeer !!

Kerajaan Isle la katakan....

SR

 May be an image of text that says "SELEPAS PAS JADI KERAJAAN 2021 SPECIAL DRAW NEW HARI INI.. 9/2/2021 CABUTAN JUDI Jap Cari TOTO Jap Cari Dalil Jap Cari Dalil magnum JAN 26/01 FEB 02/02 09/02 16/02 MAR 02/03 30/03 APR 06/04 MAY 25/05 JUN 15/06 29/06 JUL 06/07 27/07 AUG 03/08, 24/08 SEP 07/09, 28/09 OCT 05/10, 26/10 NOV 02/11 30/11 DEC 07/12 28/12 Tambahkan lagi cabutan judi daripada 8 kepada 22 kali setahun SR haili"

BERUBAH DAN BERUBAH LAGI.


Bagaimana pelabur nak datang Malaysia kalau ini jenis menteri dan kerajaan tebuk atap yang ada? Setiap hari ada saja cakap berubah-ubah . Cakap menteri pun dah macam statistik Covid19...berubah-ubah...adoii...


 May be an image of 3 people and text that says "SOP -Semua Orang Pening Aktiviti operasi Kelab Malam & Pub serta restoran di dalamnya adalah TIDAK DIBENARKAN 12 Jan. Aktiviti operasi Kelab Malam & Pub adalah DIBENARKAN BEROPERASI dari 6.00 pagi 10.00 mlm Aktiviti operasi Kelab Malam & Pub serta restoran di dalamnya adalah TIDAK DIBENARKAN 4 Feb. 8 Feb."

KALAU KATA KAT PARTI SENDIRI MAKNA KATA MEMANG TAK BOLEH HARAPLAH RUU 355

 PH sendiri tak boleh diharap usahakan RUU355, jawab MP PAS

malaysiakini.com


MAT DAHARI ALI

Kah kah kah puak lebai bukan faham isu, ruu355 adalah isu Pas di parlimen. Isu yang gagal diselesaikn Pas. Akhirnya ditipu oleh Umno. Sekarang dah jadi sekutu Umno dan pegang kerajaan. Terusknlah ruu355 tu kalau Pas ikhlas nak bela agama. Takat ni Pas ni hanya gadai agama untuk survival. Agama pun gamak digadai apa  lagi yang lain.




BUKAN DULU SOKONG GANG TEBUK ATAP KA?

 

IBRAHIM MAT ISA

Malaysia dah dekat nak lunyai dikerjakan oleh pengkhianat, baru dia nak sound. Tak apa lah, better late than never!

Tapi dia juga dulu yang mendokong pengkhianatan kan?

 May be an image of 1 person and text that says "Translate Tweet Dr M @realDrMAZA Bo ehkah ka au saya ke luar negara saya hanya dikuarantin 3 hari? Apakah beza tubuh saya dengan tubuh mereka yang mendapat kelonggaran Apa beza tubuh mereka yang dapat keistimewaan, soal Mufti Perlis sinarharian.com.my 12:12 09 Feb 21 Twitter Web App"

DIA NI MEMANG PATUT PUN LETAK JAWATAN...HAPA PUN TAK BOLEH..

 

Dulu kontroversi air suam, sekarang dengan isu kuarantin tiga hari...nampaknya dia ni jadi menteri langsung tidak mampu menyumbang apa-apa.

Memang patut dah letak jawatan...

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Bahasa English ilיור Daftar Log Masuk Berita McDelivery Malaysia lagi McDelivery Muat turun sekarang Seksyen #AdhamBabaLetakJawatan trending di Twitter Ragananthini Vethasalam Dikemas kini 34 minit yang lalu Diterbitkan pada 9 Feb 2021 10:37AM 0 Komen ADHAM Sett Akmal Menteri Kesihatan Adham Baba didesak letak jawatan susulan kelonggaran peraturan kuarantin terhadap menteri yang pulang dari lawatan kerja rasmi di luar negara.- Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Februari, 2021.‎"‎‎

Khaled tempelak Annuar Musa cuba main tarik tali dengan UMNO

 


Khaled tempelak Annuar Musa cuba main tarik tali dengan UMNO


Saya merujuk kepada penyataan tekad Anuar Musa yang menyatakan dia tidak akan mengalah dengan pendiriannya bahawa Umno perlu bekerjasama dengan semua parti Melayu, sekali pun jika dipecat parti.

Alasan Annuar, kerana dia percaya bahawa hanya dengan bekerjasama dengan semua parti Melayu maka Umno akan menjadi kuat.

Saya ingin menjawab perkara tersebut dari beberapa aspek.

Pertama, tidak wujud sebarang khabar atau ura-ura yang menjurus ke arah niat untuk memecat Annuar. Jadi, mengapa mahu sengaja dibangkitkan tanggapan serta sentimen victim (mangsa) seperti ini?

Ia hanya akan membuka ruang salah faham yang tidak baik, sama ada dari luar mahu pun dalam parti.

Kedua, adalah tidak sihat untuk beliau terus-menerus mengkritik parti secara terbuka seperti sekarang. Ia tidak menguntungkan Umno. Ia melemahkan setiakawan dan – secara sistematik – mengelirukan parti.

Sebagai seorang ahli lama, Annuar mempunyai akses kepada semua kepimpinan parti untuk menyatakan pendirian dan pandangan kritikalnya.

Lebih penting, tindakan mengkritik secara terbuka ini akan hanya memberi kesan kepada moral dan sokongan ahli parti dan masyarakat luar yang sedang memerhati Umno secara rapat.

Ketiga, Umno sudah memutuskan untuk kembali dan menguatkan BN. Pada masa sama, kekuatan politik orang Melayu turut diusahakan bersama-sama PAS dalam Muafakat Nasional.

Ada dah ditolak terang-terangan

Segala kerjasama membentuk kerajaan hanya akan dipertimbangkan setelah pilihan raya dan dibuat bersadarkan mandat dan pilihan rakyat.

Ini keputusan parti dan keputusan bersama. Jadi, Umno bekerja keras untuk menjayakannya. Berjaya atau tidak Umno dalam ikhtiar ini sangat terletak kepada pilihan rakyat.

Semua itu terpulang kepada keyakinan rakyat.

Keputusan Umno untuk tidak bersama Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) adalah kerana kedua-duanya tidak pun diyakini oleh rakyat.

Sebahagian daripada mereka juga sudah ditolak terang-terangan. Ada yang sampai diheret ke mahkamah oleh pengundi di kawasan mereka untuk dilucutkan dari jawatan.

Kemerosotan populariti PN dan keraguan terhadap kemampuannya mentadbir negara menjadikan kerjasama Umno dan PN tidak strategik. Apatah lagi tiada usaha radikal untuk menarik sokongan bukan Melayu.

Jadi, apa motivasi dan alasan kukuh untuk terus mendesak Umno dengan sebegitu rupa?

Keempat, sekali pun Umno sedang mengusahakan penyatuan politik Melayu, hakikatnya Umno sangat sedar bahawa sokongan bukan Melayu turut penting. Tidak ada pihak yang dapat menafikan perkara ini.

Atas dasar ini, Umno yakin BN adalah satu wadah dan platform yang lebih sesuai, inklusif dan bersifat jalan tengah untuk semua. Bukannya PH atau PN.

Kelima, seandainya Umno ini sudah tidak elok dan gagal memahami aspirasi dan perjuangan peribadi Anuar, janganlah bermain tarik tali dan bertangguh-tangguh dengan Umno ini.

Ia hanya mengelirukan orang ramai. Tambahan pula parti ini sedang diperkasakan. Ini usaha yang kritikal dan besar. Jadi, Umno memerlukan semua pihak untuk bersama-sama dalam perjuangannya serta membantu mengukuhkannya.

Bukannya membiarkan Umno diserang-serang, diperkotak-katikkan malah terus-menerus mempertahankan pula lawan dan mereka yang merendah-rendahkan Umno.

Parti ini lebih besar daripada perjuangan dan kepercayaan seorang individu. Umno adalah milik rakyat. Biarlah rakyat yang menentukan masa depan Umno. – MK


MOHAMED KHALED NORDIN ialah naib presiden Umno dan bekas menteri besar Johor.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi PI.



ADA UPDATES BARU TAK ?

 


Image

MKN BUAT 'PUSINGAN U' LARANG KELAB MALAM, PUB BEROPERASI KERANA KECAMAN WARGANET BUKAN SEBAB USAHA LOBAI PAS PUN…

 

BOB KELANANG


Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi mengeluarkan poster berkaitan larangan operasi kelab malam dan pub serta restoran di dalam premis hiburan terbabit.

Perubahan tersebut dimaklumkan menerusi Facebook rasmi MKN sekali gus mengundang kecaman warganet.

Sebelum ini, MKN dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikemaskini pada 4 Februari membenarkan restoran termasuk di kelab malam dan pub beroperasi hingga 10 malam.

Susulan itu, orang ramai menyifatkan MKN seperti membuat pusingan U, bahkan menganggap kerajaan cacamarba dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19.

Ketika pusat hiburan tidak dibenarkan beroperasi pun ketika pelaksanaan PKP, terdapat banyak kes pelanggaran oleh pemilik premis.

Malah, pemeriksaan polis turut mendapati ada premis hiburan terbabit tidak mempunyai lesen sah untuk menjual minuman keras sekali gus melanggar Akta 76 Akta Eksais 1976.

Kegagalan mematuhi arahan sepanjang tempoh PKP membolehkan mereka terbabit dikompaun RM1,000 atau ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Tindakan dikenakan mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021.



(function() { var d = document, w = window; w

Mengapa perlu takut buka Parlimen?

  Ini bukan kerajaan gagal tapi kerajaan tidak bermaruah MAHIADDIN PM PALING TERUK DLM SEJARAH Rakyat sedang menderita. Ada yg bunuh d...