Kekhilafan Sekitar Pelaksanaan 'Hudud' Melalui Usul Bil Persendirian Akta 355

Kekhilafan Sekitar Pelaksanaan 'Hudud' Melalui Usul Bil Persendirian Akta 355
Kekhilafan Sekitar Pelaksanaan 'Hudud' Melalui Usul Bil Persendirian Akta 355
1. Membawa usul meminda Akta 355 menerusi Bil Persendirian adalah tindakan di luar keputusan Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah Persekutuan (Bersama Pusat Dan Negeri).
Kenapa tindakan di luar keputusan Jawatankuasa Teknikal Bersama itu dibuat?
Adakah Saudara Mohd Amar dan Saudara Taki tahu dan faham apa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa berkenaan?
Jika anda tahu, mengapa anda berdua tidak menasihati Presiden supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ketetapan Jawatankuasa berkenaan?
Anda lebih hebat dari mereka?
Anda tidak merujuk lebih dahulu kepada anggota Jawatankuasa berkenaan?
Kenapa?
2. Usul dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat tanpa dirundingi mahu pun dimaklumkan kepada mana-mana peringkat Pas Pusat, melainkan Presiden yang juga MP Marang yang telah dinasihatkan sebagai pembawa usul.
Oleh kerana itu, tindakan sedemikian tidak dapat diberikan pandangan kedua.
Bagaimana kegagalannya, jika berlaku, hendak dikongsikan dengan parti atau orang lain pada hal ia dibuat secara pintu belakang?
Sehinggakan draf usul itu sendiri mempunyai kesalahan berkait samada kuasa yang hendak dipinda terletak di bawah Senarai Pertama atau Senarai Kedua Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia!
Salah se orang Penolong SUA Pas di waktu itu telah memainkan peranan merangka draf itu, mendapatkan tandangan Presiden dan menyerahkan usul itu ke Parlimen.
Pakar undang-undang juga tidak dirujuk.
3. Kesegeraan itu berlaku kerana dua orang pemimpin Kelantan telah didatangi oleh wakil salah se orang Menteri Pusat yang memberi jaminan usul itu akan diizinkan untuk dibentangkan dalam sidang Parlimen yang sedang berjalan di waktu itu, Mac/ April 2015.
Kedatangan wakil Menteri membawa pesan Menteri untuk bertindak sedemikian ialah sewaktu sidang Dun Kelantan untuk pembentangan Enakmen Jenayah Syariah II(1993) 2015 sedang berjalan pada tarikh 17 hingga 19 Mac.
Sebaik pindaan dibawa iaitu pada 18 Mac, draf usul itu terus ditandatangani!
5. Bahkan, Bil Persendirian berkenaan terus dibawa tanpa menunggu Enakmen yang baru diluluskan itu digazetkan terlebih dahulu.
Satu kegopohan luar biasa tetapi setakat ini, berakhir dengan ketidaksampaian.
5. Sefaham saya, Jawatankuasa Teknikal Bersama Pusat Dan Negeri menetapkan pindaan Akta 355 hendaklah dibawa oleh Menteri atas nama Kerajaan Pusat selepas mendapat perkenan Raja-Raja terlebih dahulu.
Tujuan pindaan diputuskan dibentangkan oleh Menteri atau atas nama Kerajaan Pusat kerana beberapa pertimbangan, yang saya tidak akan panjangkan di sini atas dasar kemaslahatan jangka panjang.
Pertimbangan dan pandangan yang hampir sama telah timbul semasa mesyuarat Pas Pusat.
Termasuk, cukup bilangan MP yang menyokong, perkenan Raja-Raja dan laluan yang paling tepat, berhemah, bukan untuk political mileage dll.
Adakah individu-individu terlibat tidak merasa bersalah kerana mengabaikan pandangan jamaah mereka sendiri?
Selain membelakangkan keputusan Jawatankuasa Teknikal Bersama.
Jika pandangan mereka lebih tepat, kenapa sampai kini usaha itu nampaknya tidak kesampaian?
6. Bagaimana Presiden pada waktu itu begitu yakin usul yang dibawanya akan diizinkan untuk dibentangkan?
Melainkan ada pihak yang memberikan keyakinan itu kepada beliau.
Keyakinan itu sudah pasti dalam bentuk pihak berautoriti dari Kerajaan Pusat.
Soalnya:
A. Siapa pemimpin Pas yang memberikan info tidak tepat dan memberikan keyakinan yang tidak benar itu kepada Presiden?
B. Dari mana pemimpin Pas berkenaan mendapatkan jaminan itu?
C. Apa bentuk jaminan itu? Bertulis, lisan atau apa?
D. Ketepatan atau kekhilafan pemimpin atau pemimpin-pemimpin itu menilai jaminan yang diberi
E. Apakah wujud tipu daya politik dalam jaminan itu?
F. Jika ia tipu daya politik, siapa perlu bertanggung jawab kerana terperangkap dengan tipu daya itu?
7. Usul Bil Persendirian meminda Akta 355 tidak boleh bersandar atas 'tugas kita berusaha membentangkan sahaja. Berjaya atau gagal dibawa bukan tanggungjawab kita' kerana senario dan keadaan adalah berbeza dari Bil Persendirian mengenai isu yang sama yang pernah dibawa oleh MP Marang tidak lama dulu.
Premis kini, adanya laluan oleh Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno berikutan wujudnya Jawatankuasa Teknikal Bersama dan semangat yang ianya akan berjaya yang telah ditunjukkan oleh ucapan sekian ramai pimpinan Pas Pusat.
'Nak beli rempah kena pergi kedai rempah......', katanya.
8. Implikasi dari membawa Bil Persendirian Akta 355 adalah besar;
A. Mesyuarat Jawatankuasa Bersama terus terhenti sejak usul MP Marang dimasukkan.
Kenapa?
Mesyuarat terakhir Jawatankuasa berkenaan adalah pada 12 - 14 Februari 2015, iaitu kira-kira sebulan sebelum Sidang Dun Kelantan pada bulan Mac tahun itu.
Sejak itu, Jawatankuasa berkenaan tidak lagi bersidang.
Pada hemat saya adalah kerana kekecewaan sesetengah pihak atas kegopohan Pas yang mungkin didorong oleh pertimbangan politik yang singkat.
Sesuatu yang malang.
B. Pas dilihat begitu mudah dipermainkan.
C. Tindakan Pas dilihat tidak matang.
9. Meletakkan jawatan sebagai cagaran atas gagal berjalannya Enakmen Jenayah Syariah yang diwar-warkan sebagai Hudud bukan ciptaan saya.
Ia adalah janji Saudara MB Kelantan sendiri.
Saya tidak menggesa beliau menunaikan janjinya atas dasar ada orang lain yang lebih ke depan mengambil peranan sehingga apa yang direncanakan gagal pada waktu ini.
Namun, jika orang itu enggan meletakkan jawatan dan enggan pula mengambil tanggungjawab atas kegagalan yang ditempah atas salah perhitungan mereka sendiri, saya tidak dapat berbuat apa-apa.
10. Ada pun isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Saudara Mohd Amar Dan Saudara Taki, saya letakkan respon saya dalam helai yang lain untuk lebih mudah isu ini dinilai dengan pertimbangan yang lebih 'cool'.
Husam Musa 22 Rabiul Akhir 1437/ 1 Februari 2016

Ke mana peruntukan RM900 juta projek luar bandar hilang?


CCJ pelancaran jentera

KERIAN, 13 FEB: Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mempersoal mengenai peruntukan pembangunan bagi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk penduduk di negeri ini berikutan ia seolah-olah hilang.
“Pada 2015, sebanyak RM900 juta diperuntuk bagi MRP. Setiap DUN  mendapat sekitar RM15 juta. Misalnya di kawasan Kedup ada 100 kampung, setiap kampung atau JKKK sepatutnya dapat RM150,000. Ini bukan isunya, soalnya ke mana semua dana itu pergi?” katanya.
Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata, perkara itu sudah dibangkit pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tetapi gagal dijawab, malah DAP pula dituduh sebagai menghalang pembangunan luar bandar.
“Bila DAP ajukan pada sidang DUN, Ketua Menteri tak mahu jawab dan cuba alihkan isu ini menuduh kita pula menentang pembangunan luar bandar,” katanya pada pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN  Kedup dan Bukit Kemuja di Kampung Sungai Empani, baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa itu juga menempelak kerajaan BN yang mementingkan syarikat kroni dengan membiarkan rakyat berhadapan dengan bebanan akibat kadar inflasi yang tinggi.
“Tidak kira harga minyak dunia meningkat atau turun, hakikatnya rakyat tetap susah. Bila harga minyak naik, kroni dapat untung besar. Bila harga turun, rakyat tetap susah kerana inflasi tinggi.
“Hakikatnya, tidak kira apa sahaja  kebaikan yang konon dibawa BN, kehidupan rakyat tetap teruk terjejas akibat dasar BN. Aktiviti perniagaan semakin lembap manakala golongan pekerja terpaksa menanggung beban kenaikan kos hidup,” katanya
Beliau juga menyarankan rakyat Sarawak supaya melakukan perubahan dengan meluahkan kekecewaan mereka melalui kertas undi akibat kenaikan kos hidup berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Katanya,  perubahan yang dilakukan dalam pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka April hadapan akan mengukuhkan lagi kedudukan blok pembangkang yang menjadi asas kepada perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
“Kita perlu hantar mesej yang jelas kepada BN betapa kita membantah GSTInilah buat pertama kali rakyat negeri ini boleh meluahkan kekecewaan mereka terhadap pelaksanaan GST dalam pilihan raya negeri akan datang kepada Barisan Nasional (BN).
“Inilah juga masanya kita mengukuhkan kedudukan kita dan meletakkan asas kepada perubahan dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

(function() { var d = document, w = window; w

Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan (ULANGSIAR)

Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak ...